CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3425|Reply: 8

Golden Temple : Kuil Sikh Yang Disaluti 562 Kilogram Emas

[Copy link]
Post time 12-10-2017 03:08 PM | Show all posts |Read mode



Kuil Emas atau nama sebenarnya Sri Harmandir Sahib yang bermaksud "Tempat tinggal Tuhan" adalah Gurdwara (tempat beribadat) paling suci bagi penganut Sikh. Ia terletak di bandar Amritsar, Punjab, India. Dibina bada tahun 1577 oleh guru ke-5 Sikh iaitu Guru Ram Das, kuil ini mempunyai tarikan yang tersendiri.

Pasti anda sudah tahu apa tarikannya. Ya, ia merupakan sebuah kuil yang disaluti emas tulen. Ia menjadi perhatian seluruh dunia dan para pelancong tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan dengan mata sendiri antara kuil termahal di dunia ini.



1. Kuil biasa pada mulanya

Ia pada mulanya dibina sebagai sebuah kuil biasa tanpa salutan emas. Ia mula dibina pada Disember 1585 dan siap 19 tahun kemudian pada Ogos 1604.


2. Diubahsuai pada abad ke-18



2 abad selepas Golden Temple ini dibina, ia menjalani proses salutan emas yang telah diarahkan oleh Maharaja Ranjit Singh pada tahun 1830. Bagi menjayakan usaha tersebut, emas seberat 162 kg digunakan yang bernilai kira-kira RM31.9 juta.

3. Sekali lagi diubahsuai

Kuil ini sekali lagi diubahsuai di antara tahun 1995 hingga 1999. Ia sekali lagi diubahsuai pada tahun 1990-an dan kali ini ia melibatkan emas seberat 500 kilogram. Jika dihitung pada hari ini, kos yang dibelanjakan ketika itu adalah sebanyak RM90.9 juta.


4. Proses penyaduran




Segala pengubahsuaian yang dilakukan dalam menyaluti kuil ini dengan emas tidak dilakukan dengan teknik penyaduran tetapi dilakukan oleh artisan yang berkemahiran tinggi. Pakar-pakar dalam bidang tersebut dibawa dari seluruh India bagi menghasilkan satu seni yang tiada bandingan.

5. Emas 24 karat

Emas yang digunakan adalah emas 24 karat yang mana ia lebih tulen daripada emas 22 karat yang ada di kebanyakan rumah di India.


6. 24 lapisan emas




Ketika pengubahsuaian oleh Maharaja Ranjit Singh, sebanyak 7 hingga 9 lapisan disalut pada Golden Temple ini. Dan ketika pengubahsuaian sekali lagi yang memakan masa 4 tahun, sebanyak 24 lapisan emas disalut pada kuil ini.


7. Kos penyelenggaraan melalui derma




Menurut laporan, seluruh kos penyelenggaraan kuil ini adalah melalui sumbangan dan derma. Kerja-kerja membersihkan dan menyelenggara termasuk memasak dan menyediakan langar (makanan percuma untuk pengunjung) dilakukan oleh sukarelawan tanpa sebarang bayaran.


8. 3 juta pengunjung sebulan

Harmandir Sahib, nama lain bagi kuil ini, menerima kunjungan yang sangat ramai. Dilaporkan lebih daripada 3 juta pengunjung melawati kuil ini setiap bulan, yang kelihatan sangat menakjubkan dan bercahaya pada siang hari.

9. Pernah diserang




Bangunan suci ini pernah diserang dalam apa yang digelar sebagai "Operasi Bintang Biru" pada Jun 1984 yang telah diarahkan oleh Indira Gandhi, Perdana Menteri India ketika itu. Ia bertujuan menghapuskan pemisah Sikh yang dikatakan mengumpul senjata di kuil ini. Ia juga merupakan tindakbalas kepada kemerosotan undang-undang dan perintah di Punjab.



Rujukan:

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 03:47 PM | Show all posts
wahhhhh banyaknya duit
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 04:18 PM | Show all posts
pernah pergi ni... org kt sana baik2 je siap nak bergambar ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
lebih sanjung tanah mekah
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 12:36 PM | Show all posts
Mereka dengan kepercayaan dan budaya mereka
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 02:17 PM | Show all posts
banyak nya lapisan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2017 04:37 PM | Show all posts
kaya kan kalau dapat emas tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 04:53 PM | Show all posts
ini klau dikopek skit2, mmg kayo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2017 02:46 PM | Show all posts
byknye emasss...leh jd kayo cmniii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.124099 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list