CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8600|Reply: 71

Che Ta Kena Auta, RM50,000 Lesap Dilarikan Datuk

[Copy link]
Post time 13-10-2017 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Che Ta pula yang kena auta kali ini selepas menjadi mangsa tipu seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk.


RM 50,000 hilang sekelip mata dan menurutnya penipu tersebut adalah individu sama yang menipu pasangan  Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, baru-baru ini.


Foto: IG Che Ta


“Saya ingatkan saya seorang saja kena tipu, rupa-rupanya Aeril dan Wawa pun turut menjadi mangsa. Namun, saya tidak membuat laporan polis kerana tiada sebarang perjanjian bertulis antara kami.

“Banyak kali saya minta dia pulangkan wang itu, tetapi tidak ada sebarang maklum balas daripada pihaknya. Jadi saya malas nak perbesarkan isu ini,” katanya kepada Harian Metro.


Tambah Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan, ini adalah penipuan terbesar yang berlaku kepadanya dalam penghasilan produk minyak wangi.

Foto: IG Che Ta


"Saya percaya doa orang teraniaya ini dimakbulkan Allah. Apabila saya reda, maksudnya saya halalkan duit itu. Biarlah dia menerima balasan daripada Allah.

“Hilang RM50,000 sekelip mata, Allah gantikan dengan rezeki lain pula. Cuma, saya terkilan dengan tindakannya yang sanggup berbuat sedemikian.

“Orang yang menipu ini hidupnya tidak tenang. Buktinya, sekarang dia menghilangkan diri dan tidak tahu berada di mana. Semua orang cari dia,” tambahnya.


Foto: IG Che Ta


Walaupun dia tidak mempunyai sebarang perjanjian bertulis, tetapi semua bukti pembayaran ada dalam simpanannya.


Tabahlah Che Ta! Semoga ada jalan penyelesaian terbaik nanti. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 10:16 AM | Show all posts
TABAHLA CIK TA..BANYAK LAGI DUIT KO..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 10:19 AM | Show all posts
Dashyat jugak la Dato' ni, senang2 je orang bagi heols duit without any written agreement.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus che ta. Konsep redha dan akan digantikan dengan rezeki lain kekdahnye, boleh dijadikan contoh
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg Datuk2 ni nk tipu org dia target retis2 y x berapa nak cerdik tp ada duit,. Tu lah mkn dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 10:40 AM | Show all posts
50 ribu ibarat rm50 je kat che ta...sebab tu xnk perbesarkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2017 10:41 AM | Show all posts
pandainya bagi duit takde agreement
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 10:43 AM | Show all posts
artis bg duit modal mmg xdak apa2 agreement ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 10:49 AM | Show all posts
Positif Che Ta ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian che ta
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 10:56 AM | Show all posts
Aku dah agak.. Ni mesti datuk yg sm tipu wawa ngan aeril.. Blh thn jgk che ta ye.. Rm 50k tu blh redha je.. Fuhh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 11:00 AM | Show all posts
Orang banyak duit macam Che Ta, alhamdulillah dia halalkan. RM50,000 tu. Tapi yerlah, dia tau jugak salah dia sendiri tak buat apa-apa perjanjian bertulis kan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 11:16 AM | Show all posts
Bertabahlah dgn dugaan ye che ta

Tp x per, che ta byk duit
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan tak kawan, len kali sgt penting ade black & white..... tapi sib baik RM50k je,celah gigi che ta je la kot...tapi utk marhaen, RM50k , gaji setahun tuu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 11:33 AM | Show all posts
dia buat 50k tu mcm xde apa je
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 11:37 AM | Show all posts
org kaya gitulah pesenya....cer klu kita yg kena...menangissss setahunnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 11:41 AM | Show all posts
so skrg minyk wangi che ta dah x de ek?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 11:44 AM | Show all posts
fofuler replied at 13-10-2017 10:25 AM
Bagus che ta. Konsep redha dan akan digantikan dengan rezeki lain kekdahnye, boleh dijadikan contoh

terpaksa la redha uols... takde pilihan sbb dah takde hitam putih..
mmg salah sndiri la. cuba kalau ada perjanjian perniagaan tu, harus cheta seret ke mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 11:54 AM | Show all posts
tetibe posting yg ni br nmpk humble dr seorang nama che ta

yg lain tu more humble brag jah

btw ecah comel sgt gmba peluk abg nye tu


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 11:56 AM | Show all posts
che ta ni memang bimbo....cash la kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.078367 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list