CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4149|Reply: 21

Kegiatan minta sedekah semakin berleluasa

[Copy link]
Post time 13-10-2017 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by nuc at 13-10-2017 08:26 PM


BANTING - Beberapa pengusaha kedai makan di daerah ini menyatakan kebimbangan mereka berhubung aktiviti peminta sedekah di sekitar kedai-kedai makan yang kini dilihat semakin berleluasa.

Pengusaha kedai makan, Muhammad Ali, 34, berkata, bukan sahaja peminta sedekah golongan betina yang sering dilihat berlegar-legar di sekitar kedai makannya, malah golongan jantan  juga dilihat semakin giat melakukan kegiatan itu.

Menurutnya, rata-rata kumpulan peminta sedekah ini akan singgah dari meja ke meja untuk mendapatkan makanan.

"Saya tak kisah kalau mereka meminta makan tapi saya bimbang jika mereka menyalahgunakan kuasa dan kesempatan yang ada.

"Memang ada yang benar-benar susah dan memerlukan makanan tetapi saya bimbang mereka membuat pembaziran," katanya.

Pelanggan, Mohd FaizulHussin, 29, berkata, dia sudah beberapa kali didatangi peminta sedekah ketika sedang makan. Katanya, kadangkala peminta sedekah ni sangat kurang ajar walaupun telah memberi sumbangan.

“Apa yang saya harap ada pihak memantau aktiviti peminta sedekah supaya ia tidak menjadi ikutan golongan susah yang lain.

“Selain itu, pengusaha kedai juga diharapkan dapat mengawasi aktiviti mereka supaya tidak mengganggu pelanggan yang menikmati makanan di kedai makan,” katanya.

Faizul berkata, walaupun peminta sedekah ini kadangkala memang dilihat susah, namun kebanyakan pelanggan yang didatangi mereka ragu-ragu untuk menghulurkan makanan.

"Kebanyakan daripada pelanggan lebih bersikap berdiam daripada menghulurkan sumbangan," katanya.


Tinjauan Sinar Hairan mendapati peminta sedekah yang ditemui tidak segan meminta sedekah dari satu meja ke meja yang lain.

sapa pernah kena dengan peminta sedekah ni? nak tolong ke tak? pendapat anda amat dihargai




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 03:50 PM | Show all posts
saya tidak akan memberi kepadapeminta sedekah yang menggangu orang makan.... tiada adab... biadab
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
uwaaaa, cilaka punya pilipin masa iols mkn d area 1 borneo ada plak dtg budak remaja pilipin ni minta derma. .hoiii, ko minta derma pun agak2laa aku tengok ko punya gigi siap pasang braces lg!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 04:48 PM | Show all posts
hurmmm aku kesian dorg yg mntk sedekah ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Belanja mkn, ok. Dia x memilih nk duit je. Singgit x mo, nk lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak senang jah. Kalau nampak pemintak sedekah yang cukup sifat ni, akak cakap gini jah, “lubang ada kan? Pandai-pandailah kau lacurkan diri cari sekupang dua!”
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2017 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bt dunno jah klu spesis ni dtg mintak duit



Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AyaqMeloSuam at 13-10-2017 11:48 PM

Mcm dia ckp pasal KUCING ja...
Ke aku silap tapsir... tp kalau peminta sedekah Cik Meow.. mmg ada yg mlampau.. kita dh bg isi ikan ke.. isi ayam @ dagin... boleh dia buat donno jer.. dok memiauuuw panjat2 lg.. xtau nk apa dh tu.. bg cabai melaka biaq bibir jd angelina jolie kang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat org yg mintak sedekah tu.kdg2 rasa depa tu dipergunakan kdg2 nmpk makcik tua kat pasar malam.relax ja budak muda mai kutip duit tu kat dia.tak malu langsung
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 13-10-2017 06:15 PM
Akak senang jah. Kalau nampak pemintak sedekah yang cukup sifat ni, akak cakap gini jah, “lubang ad ...

Abih tu xkan nak ckp kat hang "kak.. saya jual montot kak. Beli la kak, saya xde duit nk mkn ni.. abg buta tu pun mintak sedekah tapi dia jual tisu sana. Kalo akak nak fun tart pun bole kak.. murah je ni"

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
AyaqMeloSuam replied at 13-10-2017 08:12 PM
Mcm dia ckp pasal KUCING ja...
Ke aku silap tapsir... tp kalau peminta sedekah Cik Meow.. mmg ada  ...

Tu la...dr words yg dia guna tu aku rasa dia nk buat lawak bodoh pasal kucing
Cuma punchline x sampai
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah sah2 la dia buat lawak pasal kucing mintak makan..korang yang tak paham lawak ni mmg lambat pickup ke atau xda sense of humor?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 11:10 AM | Show all posts
kucing pun mau  kira kee?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Montel je kucing tu aku tengok
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 01:12 AM | Show all posts
Demanding nya kucing.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing pun demand apa lg org. Kucing tu paham laaaa.. org ni, badan sihat tp ttp mintak sedekah. Apaaaa pon tak boleyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2017 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sinalegna replied at 13-10-2017 09:17 PM
Abih tu xkan nak ckp kat hang "kak.. saya jual montot kak. Beli la kak, saya xde duit nk mkn ni..  ...

Kalau montot kau sis, yang teramat berkerak lagi penuh kurap ittewww memang akak tak belilah sis kheeennnnn.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 04:24 PM | Show all posts
Buat taktau je haaa, tiap kali pasar malam muka yg sama je, nak sangka baik pun da malas, ckup la da bagi sekali, yg tu betul2 ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 08:54 AM | Show all posts
dekat area jalan tun razak ni melambak. lagi magic bila hari jumaar dia dtg secara berjemaah. Paling legend ada sorang atok berkopiah and cucu-cucu dia (2 orang). peminta sedekah tegar. mula-mula kesian bagi la duit. Lepas tu terserempak dgn atok tu baik je turun escalator terus cabut kopiah simpan. hampeh betul. tah cucu betul ke tah tak.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.078225 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list