CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafizadam

[2017] TOMBIRUO PENUNGGU RIMBA

  [Copy link]
Post time 13-10-2017 11:34 AM | Show all posts
zasssssss replied at 13-10-2017 10:54 AM
yelah...pastu tulisan jawi plak tu......dok imigin pandai lak ejim baca tulisan jawi....hehe

dia x pandai...tu nanti diorg pujuk dia g bandar...ajar solat sume...kalau ada tombiruo 2 la akan dtg....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 11:37 AM | Show all posts
eddlisa_uyuk replied at 13-10-2017 09:39 AM
best ke.....minggu nih nak tgk laaa

tgok la.....support filem malaysia yg berkualiti xpe...klu filem mat deham x pyh la....x selera nk tgok..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 11:41 AM | Show all posts
shailyvelera replied at 13-10-2017 11:34 AM
dia x pandai...tu nanti diorg pujuk dia g bandar...ajar solat sume...kalau ada tombiruo 2 la akan  ...

laa iye ke? x baca novel psl tu tak tahu....agak2 adalah tu nanti part 2......
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 01:12 PM | Show all posts
taji2906 replied at 13-10-2017 10:48 AM
end credit scene tetiba ejim jmp helaian surat dari laksamana sunan.. wow..

wahhh laksamana sunan?

iols masih berbelah bagi nk p tgk ke x...dh baca buku ni tp dh lama dulu..rs mcm nk baca balik novel seblom p tgk dkt wyg.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 04:13 PM | Show all posts

Tombiruo : Penunggu Rimba

Dah tengok filem Tombiruo yang mula ditayangkan di kebanyakan pawagam seluruh Malaysia sejak 12 Oktober 2017? Nampaknya filem ni agak mencetuskan fenomena terutamanya pembaca novel Tombiruo karya Ramli Awang Mursyid. Rasanya memang ramai peminat RAM yang menunggu karya RAM difilemkan, dah akhirnya impian itu direalisasikan menerusi filem ini.

Karya ini sebenarnya dah berusia hampir 20 tahun, namun baru kini dibawa ke layar perak. Dalam versi novel, ia mengandungi 3 siri iaitu Tombiro : Penunggu Rimba, Semangat Hutan, dan Tombiruo Terakhir.

SINOPSIS
Tombiruo: Penunggu Rimba
ialah sebuah filem aksi pengembaraan Malaysia 2017 yang diarahkan oleh Nasir Jani dan Seth Larney, diadaptasi daripada novel yang diterbitkan pada 1998 dengan judul sama karya Ramlee Awang Murshid. Filem yang berlatarbelakangkan negeri Di Bawah Bayu ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, M. Nasir dan ramai lagi. Ia akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 12 Oktober 2017

Berkisarkan dendam seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina. Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku. Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 04:14 PM | Show all posts
Antara review filem, kredit kepada FB Muhammad Fatrim

20 sebab kenapa anda wajib menonton Filem Tombiruo!

1 - Ia adalah adaptasi novel Tombiruo yang telah terjual 100 ribu naskah nukilan penulis thriller NOMBOR SATU MALAYSIA iaitu Ramlee Awang Murshid!
2 - Opening filem yang sangat bombastik! 5 minit pertama memang capture attention penonton dengan keunikan hutan negeri Sabah dan tersergam indah Gunung Kinabalu. Wow!

3 - Bam!! Tiba-tiba saja muncul perkataan TOMBIRUO di layar kaca. Memang taraf Hollywood!

4 - Plot cerita yang lancar dari awal sampai akhir! Satu persatu dirungkai dengan penuh halus dan mendebarkan!

5 - Pelakon mantap gila! Mula-mula saja kau akan nampak Faizal Hussein yang jumpa sesuatu dan kemudian beralih kepada M Nasir! Mereka ni living legend, perkataan yang keluar daripada mulut mereka atau riak wajah adalah bernilai!

6 - Kemunculan WAN SURAYA! Si Nabila Huda itu pun tiba-tiba bertanya soalan kepada Tuan Berham dari celahan orang ramai sambil memperkenalkan diri sangat berkerisma! Hinggakan Tuan Berham lakonan M Nasir terkesima dengan lontaran soalannya. Dan ini menunjukkan betapa berwibawanya WAN SURAYA sebagai wartawan!

7 - Keunikan bahasa Sabah (Bahasa Kadazan Dusun kalau tak silap) yang jarang diketengahkan dalam filem Malaysia! Sangat misteri, unik dan menarik untuk didengar. Pengertiannya juga sangat indah seperti PERKATAAN PERTAMA di filem ini iaitu GOMINAVU ZOU DIAU bermaksud AKU CINTA PADAMU.

8 - Hutan. Hutan adalah latar utama dan boleh nampak macamana hutan boleh membantu manusia dan bagaimana juga hutan boleh membinasakan manusia! Hutan nampak liar sebagai latar tapi hutan juga berjasa dan melindungi manusia yang dimahukannya.

9- ZUL ARIFFIN. Benar, tarikan filem ini adalah Zul Ariffin yang berbadan sasa itu! Meskipun tiada satu pun babak menunjukkan wajahnya. Pergerakannya saja sudah cukup membuktikan bagaimana bersemangat dan berdedikasinya Zul Ariffin menjayakan watak EJIM aka TOMBIRUO ini! Nampak benar yang kali ini lakonan Zul Ariffin bukan sekadar wajah!

10 - Kesemua pelakon meskipun watak tambahan mahupun tempelan memberikan makna kepada filem. ATU ZERO, FAYE KHUSAIRI, watak ORANG GILA kesemuanya memberi makna-makna dan bahasa filem. FAYE meninggal memberi petunjuk, ORANG GILA yang diselamatkan memberi maklumat dan ATU ZERO memberikan dedikasi kepada pekerjaan.

11 - Kamera tidak seperti kebiasaan. Ada banyak kedudukan kamera sesuai dengan keadaan babak. Babak cemas ini anglenya, babak mendebarkan ini anglenya, babak sedih ini anglenya, babak cinta ini anglenya. Dan misterinya satu babak ada kaitan dengan shot kamera dan mood cerita. Membuatkan mata penonton tak berkelip! Pergerakan kamera dan babak selaras dengan keadaan dan memberi makna dan emosi pelakon serta pergerakan cerita.

12 - Babak lawan. Babak lawan memang mantap habis! Melompat ke sana sini EJIM menewaskan musuh dan kemudian muncul pula AMIR yang cuba memusnahkan si TOMBIRUO dan babak lawan paling mendebarkan adalah babak lawan di awal filem dalam air dan sedang hujan. Memang mantap over the top tahap antarabangsa bukan seperti biasanya! Dan rupanya si HASNOL pun dahsyat gila berlawan walaupun dalam movie awalnya dia biasa-biasa saja!

13 - SEMANGAT! Apa yang boleh didapati dari setiap watak adalah SEMANGAT. Semangat WAN SURAYA untuk mencari berita walaupun nyawa menjadi taruhan! Semangat AMIR mencari TOMBIRUO yang dia percaya ada kaitan dengan kepergian isterinya dan semangat EJIM untuk melindungi semua! Semangat yang kadangkala di salahertikan! Semuanya berkaitan dengan SEMANGAT! Dan semangat MONSIRUI yang cuba menyelamatkan kembar yang sepatutnya mati. Semangat alam juga tidak terkecuali!

14 - PENGARAH ternama! Beliau adalah penulis dan pembuat visual effect (CGI) untuk filem hebat Hollywood seperti THE MATRIX, MATRIX RELOADED dan STAR WARS : THE REVENGE OF SITH. Memang mantap dan boleh nampak macamana pengarah meletakkan TOMBIRUO di tahap sama! Visual effect memang kebabom!

15 - ENDING CREDIT yang menimbulkan tanda tanya! Dahsyat filem Malaysia mana pernah ada ENDING CREDIT! Dan pula ENDING CREDIT menulis perkara lain! Apakah misteri tak habis lagi! (Tahu novel ada 3 bersambung) tapi ending credit tak menunjukkan langsung ada upcoming movie atau tak!

16 - KASIH SAYANG. Walau siapapun EJIM, Pondolou tetap menyayangi dan mengingatkan EJIM tentang kebaikan. Mengajar yang mana salah kerana tahu kekuatan Ejim. Pondolou hanya manusia biasa, dia mampu mengawal Ejim kerana dia sayangkan Ejim. Juga kerana sayang Ejim melindungi Wan Suraya! Dia tahu mana satu benar mana satu salah. Dan perkataan CINTA yang diajar kepadanya membuatkan Ejim tahu dan sedar.

17 - Kritikan Masyarakat. Buruk hina adalah jahat! Berkuasa berpangkat perlu dihormati. Lapis-lapis masyarakat ini boleh nampak melalui filem ini. Manusia selalu takut dengan bayang-bayang sendiri. Indah mesti cantik, kaya mesti selamanya kaya sedangkan ada perkara lebih utama dari sekadar indah dan kaya.

18 - 1 JAM 55 MINIT! Terasa cepat berlalu macam tengok setengah jam sahaja! Cerita bergerak pantas hingga tiada unsur lewah dalam penterjemahannya. Hingga mahu keluar pun terasa rugi, hingga terlelap walau sedetik ketakutan tertinggal ceritanya!

19 - TOMBIRUO adalah urban legend masyarakat Sabah yang jarang diketengahkan di mana-mana medium. Balik-balik pasal Gunung Kinabalu atau tempat bersejarah walhal masih banyak lagi cerita unik yang belum ditonjolkan. Ini menampakkan perbezaan. Nak kata TARZAN SABAH pun satu pencapaian! Cerita yang hanya cerita diangkat menjadi filem dan nyatanya tidak mengecewakan.

20 - SKRIP terbaik. Inilah yang paling penting. Penonton akan tertarik jika kata-kata pelakon ada nilai dan makna. Inilah kekuatan sebenar filem ini selain pelakon yang jelas mantap juga lontaran suara dan cara lakonan mereka. Setiap satu perkataan yang diungkapkan adalah penjelasan dan inilah tunjang utama filem TOMBIRUO.

p/s -- kalau 5 jam sekalipun, sanggup tengok dan memang takkan perasan masa berlalu! Tahniah team produksi filem TOMBIRUO. Tahniah mengangkat kisah terpencil dari bumi hutan belantara Keningau Sabah ke mata dunia! Tahniah menterjemahkan karya berkualiti dengan hasil berkualiti! 100 bintang di langit and..... WE NEED MORE! 👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2017 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
shailyvelera replied at 13-10-2017 10:31 AM
Iols pun dah tgok mlm tadi....ape yg iols nak komen same je mcm mzz komen..... hihihi

iols bg 4 ...

Tapi agak ruined takde langsung pasal kes bunuh kat kl..sebab bagi mzz agak penting utk bentuk watak juslan as psycho. Bukan je tamak malah memang psycho. And cara ws dapat tau dia pembunuh masa jumpa resit hotel tu lagi best dari dia sendiri tetiba muncul mengaku jahat dekat amir mcm dlm movie..

Thank god masa mzz tengok takdak acik bawang heheh
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 04:21 PM | Show all posts
Aku dah tengok filem ni semalam. Dan selaku pembaca novel Tombiruo yg dah banyak kali khatamkan novel ini, aku cukup berpuas hati dengan filemnya.  Untuk membandingkan novel & filem, mungkin kurang sesuai sebab novel tu pun tebal, lebih 500ms. Filem pulak cuma 115 minit, kurang 2 jam.

Tapi secara keseluruhannya, jalan cerita smooth dan aku sangat puji teknik CGI dalam filem ni. Kemas dan tak nampak kartun. Aku paling suka scene bertempur sebab nampak sangat kemas dan cantik. Scene yg melibatkan tembak-menembak, eksiden, dan terbakar so on pun nampak real. Part tembak2 tu aku rasa mcam tengok hollywood pulak. Lagi2 bila di slow motion kan.

View dalam filem ni pun terbaik! Aku suka sangat rumah Ejim atas pokok tu.

Pelakon, pada aku berjaya bawa watak dengan baik. Zul Ariffin ni walaupun aku tak minat dia, tp dia berjaya bawa watak Ejim dgn bagus sekali. Gerak badan dia sesuai dgn apa yg cuba disampaikan (terutamanya scene jumpa Wan Suraya dalam hutan). Farid Kamil pulak, sesuai dgn watak Amiruddin tu. Boleh laa aku feel mcm mana Amiruddin sebenarnya. Wan Suraya oleh Nabilah Huda, tak payah nak pertikai mmg bagus. Aku suka cara Abil bawa watak WS ni.

Cuma aku rasa lagi feel kalau betul2 boleh guna slang Sabah dalam bahasa ni. Sebab antara jiwa novel ni adalah slang Sabah tu sendiri.

Bagi yg dah baca novel ni, jangan harap terlalu tinggi mcm dalam novel. Tak ada plot twist yg keterlaluan, unsur thrill tak mcm dalam novel, tapi teras cerita tu ada dan memudahkan pemahaman.

Aku harap sgt dapat baca review drpd orang yg tengok filem ni, tp ta pernah baca novelnya. Nak tau pandangan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 12-10-2017 09:01 PM
Hahahaha sbb julripin shirtless uols bg 4 star... currlasttt julripin

Kerlasss kan..padahal meolls nyamph dgn juripin..tapi dlm ni paki topeng
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
wah  boleh le pi tgk weekend ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 04:30 PM | Show all posts
nisako replied at 13-10-2017 04:28 PM
wah  boleh le pi tgk weekend ni

go and watch it. aku puji laa filem ni, tak mcm filem melayu lain. kalau tgk polis evo, aku rasa bolehlah disamatarafkan. nanti kalau dah tgk update laa nak tau jugak pandangan ko camne hehe

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm 2-3 hari ni bnyk review yg bagus aku baca pasal filem Tombiruo ni.. Tringin nk tgk walaupun dh berbelas tahun x tgk movie melayu kat panggung
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tgk..... ade anak kecik... sape mau jagaaaaaaa? Hehee
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 05:30 PM | Show all posts
kuzaime replied at 13-10-2017 05:02 PM
Dlm 2-3 hari ni bnyk review yg bagus aku baca pasal filem Tombiruo ni.. Tringin nk tgk walaupun dh b ...

pegi laa tgk. aku rekemen filem ni. Aku pun jarang tgk movie melayu ni. Latest tgk pun Bisik pada langit which aku rasa so so je. huhu

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 05:31 PM | Show all posts
sheqim replied at 13-10-2017 05:09 PM
Nak tgk..... ade anak kecik... sape mau jagaaaaaaa? Hehee

Mintak tolong siapa2 jaga, bagi upah siikit. Tak lama movie ni, tak sampai 2 jam. hehe

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 12:06 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2017 06:50 AM | Show all posts
novel yg menarik tp garapan dalam filem agak lemah untuk detail2 yg membuat kita wowwww

scene lawan bagus tapi yg lain banyak sangat kartunnya

camera shaking satu hal... too much la

scene kejar mengejar dikartunkannya

dengan pelakon2 hebat, sepatutnya lagi umpphh!

tapi filem ni kurang ramuan, kurang rempah... sayang sangat

terbayang2 kalau tombiruo digarap seperti filem2 holiwut mesti kababom meletopletop

hakak bg 2/5 bintang



ps: teringat waktu habis baca novel tumbiruo dulukala... terbayang si ejim dalam watak manusia sebenar... heheh beruntung la sapa dapat kawin dgn dia huhuhu sedap dipelukpeluk hahaha haruharu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 04:21 PM | Show all posts
Astro Shaw belanja first 25 minutes free:

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 10:28 PM | Show all posts
anakmak replied at 14-10-2017 06:50 AM
novel yg menarik tp garapan dalam filem agak lemah untuk detail2 yg membuat kita wowwww

scene law ...

slps baca review u 2 bintang je..i x jadi la nk tgk wayang..tggu astro 1st sajork..haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk seorang yang berumur 7 tahun masa novel ni mula2 diterbitkan menjadikan diri ini langsung tak berminat untuk baca siri Tombiruo ni

Mula berminat dengan karya R.A.M bila baca Ungu Karmila diteruskan pula dengan siri Laksamana Sunan & Fiksyen 302 (sekadar menyebut beberapa karya yang diminati)

Tapi bila dapat tahu Tombiruo nak diadaptasi,terus lah rasa tak sabar nak tonton filem ni.Dan saya menonton tanpa membaca novel ni terlebih dahulu..memang zero tak tau ape intipati cerita..


Bila dh berjaya tonton ptg td,apa yang boleh dikatakan adaptasi ni memang berjaya.Adegan pertarungan menarik walaupun ada yang nampak macam tak logik.Paling suka adegan pertarungan di awal cerita.Terasa mendebarkan.

Tapi filem ni terasa singkat.Terasa plot berjalan terlalu laju.Dan terlampau mudah nak teka siapa yang jahat untuk org yg tak baca novelnya.

Dari sudut pemilihan pelakon,memang terbaik.Semua dapat menjiwai watak dengan baik,dari watak utama sampailah watak tempelan.Tak ada yang kurang.

Saya bagi 4.5/5 bintang utk filem ni..Kurang 0.5 sebab mudah nak teka siapa yang jahat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.102385 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list