Ibu bapa seharusnya menjadi contoh yang baik dalam membentuk anak-anak menjadi seorang insan yang berjaya.
Namun satu insiden yang berlaku di pusat permainan kanak-kanak di pusat beli belah di Shenzen membabitkan dua lelaki memilih untuk bergaduh hanya kerana anak-anak mereka berebut mainan.
Memetik laporan The Reporter, kejadian itu berpunca daripada seorang kanak-kanak yang mengambil mainan dari kanak-kanak lain, lalu mencetus rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa kanak-kanak itu.
Paparan video menunjukkan beberapa lelaki berbaju hitam kelihatan cuba membantu menahan lelaki berbaju merah jambu yang bertindak memukul salah seorang lelaki berbaju hitam.
Akhirnya, lelaki berbaju jambu merah itu tersungkur di lantai akibat cedera dibelasah kumpulan lelaki berbaju hitam yang pada mulanya cuba untuk meredakan keadaan.
Sementara itu, dua wanita dipercayai ibu kepada anak-anak yang terlibat dalam kejadian itu juga turut bergaduh dengan menarik rambut masing-masing.
Pergaduhan mereka berdua berakhir apabila lelaki berbaju hitam datang dan menumbuk wanita berkenaan lalu tersungkur ke lantai.
Difahamkan polis sedang menyiasat kes itu dan mengenal pasti punca sebenar kejadian. Beberapa kanak-kanak yang menyaksikan kejadian itu berada dalam keadaan trauma.- CARI
yang lelaki da abes gaduh
yg pompuan x abes2 lagi situasi tarik rambut
mana pergi security dalam tu
tido ka
manalah anak2 pun x jadik samseng
mak bapak pun tunjuk cth x elok
meols tadi tengok pic je
x tengok pulak tang video
sekali buka video
kalah wrestling
ishhh tp puak2 ni bab parking pun boleh bergaduh ok
skeriiiiiiiiiiiiiiiiiii