CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

     Close [Copy link]
Post time 8-7-2019 09:42 AM | Show all posts
takde apa2 update ke? harini ada keputusan kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 10:11 AM | Show all posts
pukul berapa eh tau keputusan tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga keadilan  berpihak pada kebenaran.. amin  #justiceforfarhan
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 01:06 PM | Show all posts
semoga keadilan di pihak yg benar!! #justiceforfarhan
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu ikutkan arwah ni dah habis study kat upnm tahun ni. Sama ddgn anak saya sbb dorang sama course dàn kelas sejak dr asasi lg.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 01:19 PM | Show all posts
lawyer2 okt ni hebat2 tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2019 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
archerfahid replied at 3-7-2019 07:33 PM
Thanks for da artikel

8 julai.. Lg 5 hari..bertukar peguam plak pihak pendakwaraya

2x ramdhan dahbkan...bersabarlah keluarga arwah ni...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 01:37 PM | Show all posts
noradaniez replied at 8-7-2019 01:18 PM
Klu ikutkan arwah ni dah habis study kat upnm tahun ni. Sama ddgn anak saya sbb dorang sama course d ...

Mesti sedih anak awak kan? Pasti ada kisah menarik ttg arwah yg mungkin anak awak ada ceritakan. Kalau ada boleh share.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 02:15 PM | Show all posts
tggu gak update ni
harap2 angah akan update kat ig
dia kata kat igs arini, sebelum2 ni xleh nak update sebb ada story xleh dishare
xtaula ape storynye
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 8-7-2019 09:42 AM
takde apa2 update ke? harini ada keputusan kan?

Kwn i ckp Keputusan 31 july..
Harini hujah terakhir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 03:00 PM | Show all posts
kalau dorang tak update ssh la nak dpt info..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 03:01 PM | Show all posts
Lula2 replied at 8-7-2019 02:38 PM
Kwn i ckp Keputusan 31 july..
Harini hujah terakhir

berdebar pulak, apatah lagi family mangsa.. semoga nasib Zulfarhan terbela
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 03:07 PM | Show all posts
Lula2 replied at 8-7-2019 02:38 PM
Kwn i ckp Keputusan 31 july..
Harini hujah terakhir

okey, terima kasih bagi update!
tadi nampak kat twitter, video dorang nih.
hepi2 belaka senyum lebar. merengsa je tengok

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2019 03:53 PM | Show all posts
tq @Lula2 untuk update. Nah berita full


Mahkamah tetapkan 31 Julai keputusan kes bunuh pelajar UPNM

BERNAMA | | 8 Julai 2019
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -bunuh-pelajar-UPNM
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 31 Julai ini untuk keputusan kes 19 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh dan mencederakan rakan seuniversiti mereka, Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan dan penjelasan daripada kedua-dua pihak.

Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, antara intipati hujahan yang disentuh pihak pendakwaan ialah mengenai 90 kesan tekapan seterika wap pada mangsa.

"Laporan yang diberikan pakar patologi dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Dr Salmah Arshad menunjukkan kesan tekapan itu menyebabkan mangsa mengalami 80 peratus melecur pada tubuh badannya.

"Pihak pembelaan turut membangkitkan mengenai kesan kecederaan yang tidak kelihatan ketika kejadian namun, berdasarkan keterangan saksi mangsa menjerit setiap kali dipukul dan ditekap dengan seterika," katanya.

Barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Amer Hamzah Arshad, Datuk Ranjit Singh Dhillon, A.G. Kalidas, Datuk Hazizah Kassim, Datuk Seri M. Ramachelvam, Azizul Shariman Mat Yusoff dan Zamri Idrus.

Seramai 29 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula Januari 2018, termasuk dua saksi mata iaitu pelajar UPNM, Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah.

Isu lain yang turut dibangkitkan pihak pembelaan ialah mengenai punca kematian mangsa bukan disebabkan kecederaan ketika kejadian tetapi disebabkan faktor luaran dan peranan setiap pelajar UPNM terbabit serta niat bersama mereka seperti dalam pertuduhan.

Berhubung niat bersama, kata Julia, pihaknya menghujahkan bahawa prinsip niat bersama berjaya dibuktikan berdasarkan keterangan saksi yang melihat kejadian tersebut serta penglibatan setiap pelajar terbabit.

Enam penuntut UPNM, Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali menghadapi pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017 dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakannya. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2019 04:03 PM | Show all posts
Edited by lil_sparky at 8-7-2019 04:04 PM

ni link video lama (perbicaraan  bulan 11 last year rasanya)

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 04:57 PM | Show all posts
Semoga keluarga Allahyarham mendapat berita yang seadilnya dan pembunuh anaknya dihukum selayaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah utk arwah. Stiap kali bln puasa mesti teringt kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap lawyer yang bela suspek tu cerdik sikit la dalam islam...dok bela pembunuh buat apa tah!!!!! Aku harap peguam bela tu rasional dalam nak bela anak guam dia macam lawyer dalam filem INNOCENT WITNESS....moga Allah bagi pembunuh zulfarhan dapat balasan atas mukabumi ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ronin replied at 8-7-2019 01:37 PM
Mesti sedih anak awak kan? Pasti ada kisah menarik ttg arwah yg mungkin anak awak ada ceritakan. K ...

Anak saya ada sebut minggu lepas. Klu arwah ada mesti dpt konvo sama2, btw anak saya permpuan. Mmg dr asasi dah satu kelas, kat sana dorang panggil arwah ni osman bukan paan. Tu yg masa keluar berita pasal arwah meninggal kat berita jenuh dia nak ingat farhan yg mana satu. Bila saya hantar ws gaambar arwah baru dia tau. Masa kejadian tu tgh study week, kebanyakan civilian dah balik rumah sbb awal puasa. Yg tinggal hanya kadet saja. Mmg bnyk kenangan dia dgn arwah, bnyk gak gambar dorang dlm kelas, tp sorry anak saya tak bg publish. Lec pun sayang dgn arwah ni, jenis pendiam dan rajin. Sayu kita yg bukan sesiapa dgn arwah ni, apatah lg emak yg menjaga dr kecik. Moga aman dia disana. Banyak mana pun kasih kita dgn arwah, takkan sama kasih Allah padanya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Eiiii.. Geram betoiii tgk video kat ata.. Bleh senyum lebar... Srg je yg beria tutup muka..nmpk pd ketinggian.. Mcm najib ajer.

Yg lain tersengih2..sehat tembun mcm biasa jer.. X de tanda2 menderitaaa duk dlm lokappp ponn..siap berlagak bg salam lgggh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.307639 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list