CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240131|Reply: 2730

(Edisi Saiko V6) Hafiz Hamidun vs Joy Revfa. SAH CERAI TALAK SATU. Kronologi kes

   Close [Copy link]
Post time 15-10-2017 08:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bini_fl at 28-10-2017 12:01 AM



Sebenarnya iols malas nak tambah tingkat rumah repah & pismidon nih..tetapi atas permintaan ramai i buat juga lah..




Joy Revfa Bersumpah Pernah Buat Seks Semasa Tempoh Kahwin Dengan Hafiz Hamidun
Oleh RTKY Editor
10 Oct 2017, 09:10PM

Kalau dikira isu ini agak sensitif untuk diperkatakan namun Joy Revfa menerusi laman sosial terbuka mengatakan beliau telah melakukan hubungan seks dengan suaminya, Hafiz Hamidun selepas suaminya itu menafikannya. Selain itu Joy turut memberitahu statusnya sebagai isteri Hafiz sah selepas mahkamah memutuskan penceraian dengan suami terdahulu.

“Since dia menceritakan “isu dalam kain” kepada media yang dia tidak pernah ‘menyentuh atau instimta’ bersama saya, dengan nama Allah saya berani menyatakan itu adalah bohong kerana kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yang saya tak dapat ceritakan demi menjaga aib dia”
“Saya rasa seperti kuasa ajaib Allah membantu saya dalam isu pernikahan saya. Tadi, bertarikh 10.10.17, Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami telah jatuh dua tahun yang lalu. Ini bermakna saya dan bekas suami sudah sah cerai dua tahun yang lalu. Nikah saya dgn “suami” sekarang adalah sah”
“Jika orang bertanya, adakah saya mahu teruskan pernikahan saya bersama HH (Hafiz Hamidun) 1,000 kali saya akan katakan tidak kerana bagi saya dia tidak layak jadi seorang suami saya dan keturunan saya nanti,” jelasnya kepada m Star Online mengenai hasratnya yang nekad untuk bercerai.


Bagaimanapun Hafiz menerusi laman Twitter terus menidakkan perkara berkenaan dan menegaskan mereka tidak pernah melakukan hubungan intim ketika berkahwin. Selaian itu, Hafiz turut mempersoalkan tindakan Joy mengatakan perkahwinan mereka sah sedangkan kes masih berjalan.

Sebolehnya isu sebegini tidak perlulah dibincangkan secara terbuka biarpun bergelar selebriti. Biarpun sudah tidak ada rasa cinta di dalam hati tetapi rasanya masing-masing perlu menjaga aib dan maruah sebagai suami isteri. Apapun semoga kes Hafiz dan Joy akan berakhir secepat yang mungkin. (rtky/w)



“Hafiz Hamidun Tak Mampu Bagi Nafkah Batin”


Oleh Rotikaya Staff
12 Oct 2017, 03:10PM

Dalam satu sidang media yang berlangsung petang ini, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin datang bersama kakak dan ibunya untuk menjawab persoalan orang ramai tentang status perkahwinan beliau dengan Hafiz Hamidun.

Joy Revfa yang berlinang air mata ketika sidang media berlangsung berkata perkahwinan beliau dengan Hafiz Hamidun lebih didorong oleh ibunya yang menganggap lelaki sebagai beragama, baik dan boleh jadi suami yang baik.
“Kalau ikutkan saya, Hafiz Hamidun bukan taste saya,” ujar Joy Revfa.
Dalam sidang media yang sama, Joy Revfa juga Hafiz Hamidun sebenarnya tidak layak untuk bergelar suami beliau mahu pun bapa kepada anaknya kerana tidak mampu memberikan nafkah batin seperti lelaki lain.

Pada perkembangan lain, Hafiz Hamidun terlebih awal memfailkan permohonan cerainya terhadap Joy Revfa di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya melalui peguamnya Zulkifli Yong Azmi.





Joy Tarik Dakwaan Pernah ‘Disentuh’ Hafiz
Published on Oct 12, 2017 in Artis/Utama & Sensasi


BARU sahaja tengahari tadi berlangsung sidang media yang diadakan oleh Joy Revfa di pejabat urusan Merve Cosmetic dekat Shah Alam, berkaitan kenyataan yang diberikan olehnya mengenai status penceraian bersama dengan bekas suaminya, Datuk Ray.
Terbaharu, Hafiz baru sahaja menfailkan permohonan cerai ke atas Siti Arifah Amin atau Joy.
Sebentar tadi, Joy telah mendedahkan bahawa Hafiz Hamidun tidak mampu untuk memberi nafkah batin kepadanya sebagai sorang suami.
Dua hari lepas, Joy ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia pernah ‘disentuh’ oleh Hafiz sepanjang perkahwinan mereka sejak 1 Mei dahulu. Tetapi kini dia sudah menarik balik kata-katanya itu.

“Awal perkahwinan dia bermalam selama enam hari di rumah saya dan kami berbulan madu di Taiwan untuk program Astro.
“Saya ingin memperbetulkan bahawa tiada istilah melakukan seks seperti yang tular di blog hiburan dan kami hanya melalui hubungan awal suami-isteri.
“Dahulu dia buat sidang media dan kata tak pernah menyentuh saya, oleh kerana itu saya rasa perlu untuk menegaskan tentang hal ini,” katanya dipetik daripada mStar Online.
Turut kelihatan ketika sidang media itu ialah peguam syarie yang mewakili dirinya, Aznor Syuhada dan Muhammad Nur Hafiz Roslan bersama dengan ibu dan kakaknya.
Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menetapkan 9 November depan sebagai sebutan kes faraq nikah yang telah difailkan oleh Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.
Walaupun permohonan itu dilakukan atas sebab Hafiz meragui status perkahwinan mereka, Joy memaklumkan bahawa Hafiz telah cuba untuk mengelakkan diri ketika diajak berbincang mengenai hal itu.
“Saya telah berusaha menghubungi Hafiz, namun dia tidak mengambil peduli mengenai masalah rumah tangga kami.
“Sejujurnya, selalu mesej minta dia berdamai, tapi dia tak layan. Itu yang saya kesal kerana dia tak mahu bincang secara baik,” tambahnya lagi.
Joy juga telah memaklumkan bahawa Hafiz telah berkeras ingin meneruskan perkahwian walaupun sudah mengetahui bahawa dia amsih belum menerima surat penceraian yang sah.
“Saya tolak lamaran pertama kerana saya masih belum mendaftarkan perceraian tapi dia tetap nak berkahwin.
“Dia kata dia boleh selesaikan isu ini selepas pernikahan, malah ibu saya percaya Hafiz mampu membimbing saya dan akhirnya menerima lamaran Hafiz Hamidun,”katanya.

Pernikahan mereka sebenarnya dilangsungkan dengan akur janji bahawa Joy akan memberikan surat pengakuan cerai terdahulu selepas selesai majlis akad nikah. Tapi apabila diminta berkali-kali oleh Hafiz, pelbagai alasan diberikan olehnya.

Hafiz dan Joy telah ke Songkhla, Thailand bagi menguruskan hal cerai taklik di Majlis gama Islam Wilayah Songkhla.
Selain itu, pasangan itu juga turut ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling bagi menyerahkan surat perakuan taklik tersebut.
“Menurut Siti Arifah, dia telah diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas aplikasi WhatsApp. Oleh itu, saya telah berkali-kali meminta Siti Arifah surat perakuan cerainya tetapi dia seperti tidak mahu selesaikan urusan tersebut,” kata Hafiz di dalam kenyataan rasminya pada 22 Ogos yang lalu.
Bertambah rumit perkara ini apabila kenyataan berubah-ubah. Keadaan kembali tegang apabila Joy dikatakan bakal menfailkan saman keatas beberapa blog yang menyiarkan berita membabitkan permohonan cerai taklik yang dilakukan pada Julai lalu.
“Setahu saya, hanya tiga pihak saja tahu mengenai permohonan itu. Berita yang dipaparkan blog berkenaan menyebabkan netizen mencaci saya sebagai pelacur dan anak kandung saya sebagai anak haram,” katanya.
Jelas didalam sidang media yang dilakukan Hafiz pada Ogos yang lalu, dia sudah pun menyebut sebab utama mengapa dia mahu menceraikan Joy.
Bilakah sebenarnya isu rumah tangga mereka ini akan selesai? Netizen pun dah naik meluat sebenarnya dengan isu yang nampak macam tiada penghujungnya ni. –MYNEWSHUB.CC



“Joy Revfa Menyusahkan Saya Selepas Nikah”

Oleh RTKY Staff
14 Oct 2017, 01:10PM

Harap anda bersabar, kisah mengenai penceraian di antara Joy Revfa dan Hafiz Hamidun masih belum lagi selesai tapi kami tahu, jauh di sudut hati anda sebenarnya ingin mengetahui bagaimana kesudahan kisah tentang hubungan mereka, bukan?
Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Hafiz di portal Media Hiburan, dia mengakui bahawa kehidupannya berubah selain Joy juga mengingkarinya selain turut menjatuhkan reputasinya di laman sosial.
“Joy juga menyusahkan saya selepas bernikah kerana gagal memberi sijil cerai dengan bekas suami yang menyebabkan status penceraian mereka hanya selesai 10 Oktober lalu,” katanya.
Tambah Hafiz, dia enggan melayan segala kenyataan yang dikeluarkan Joy di laman sosial selain tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman sekiranya Joy masih terus mengeluarkan kenyataan engatif terhadapnya. (rtky/s)




maksud nafkah batin Repah:




joyrevfaNAFKAH BATIN? Apa maksud sebenarnya?
.
Since ramai sgt yg kecoh ttg tentang NAFKAH BATIN.. Haa ni nak perjelaskan yg cetek sgt ilmu tu. Jangan pikir Nafkah Batin kononnya nak buat anak je. Dia gagal memberi nafkah batin yg saya maksudkan di sidang media tadi tu membawa byk maksud.. (tak perlu saya perjelaskan disini) Jangan fikir Nafkah Batin tu happy2 atas katil je.. 😤Kalau tak tahu sgt maksud tu google atau tanya ustaz2/ustazah2 dulu apa sebenarnya Nafkah Batin yg saya maksudkan. Yg tetap menghukum saya konon membuka aib dia, silakan. Hanya yg follow kes saya dari awal saja tahu siapa yg buka aib siapa terlebih dahulu. Tak perlu saya nk explain satu persatu, org2 bijak pandai je yg tahu berfikir & menilai siapa benar atau siapa salah. Akal pendek je salah anggap maksud sebenar Nafkah Batin tu. 😅
.
Bila kita DIAM org duk menghina & mencaci. Bila kita BERSUARA & perjelaskan perkara sebenar org menghukum pulak. Terpulang lah. Bagi saya hanya Allah swt sebaik2 penolong & pelindung.



Terdahulu iaitu pada tahun 2016, Dato Ray pernah membongarkan tentang siapa repah sebenarnya, chuols boleh baca melalui posting beliau di bawah:




Vid interview melodi:




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2017 08:14 PM | Show all posts
senduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuunya
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
alaaa, c repah ni org komen sikit ja pun sentap terus d blocknya aku! ceittt
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm melodi tadi, HH soh joy gi cek mental
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pismidon mesti menyesal gila......skrg pun tgk netizens mmg duk hentam si pismidon....while joyahrepah duk ilekkkkk ilekkk play victim post lagu aku bukan malaikat bagai kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
laaa.. igt dah ending.. ada lg rupanya istana repah ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2017 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ehem ka belum ehem ka takyah cerita kat umum kot hmmm

Dah la public figure.masing2 lepaskan kemarahan cerita hal dalaman pulak kat socmed.takleh ka nak bincang sendiri2 instead of post out kat socmed ja
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tq kaka....xda dh xda tmpt nk hentam repah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2017 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 15-10-2017 08:23 PM
Dlm melodi tadi, HH soh joy gi cek mental

Tula tgk tadi.marah sungguh HH sampai suh cek mentak ka dak
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduradura replied at 15-10-2017 08:27 PM
Pismidon mesti menyesal gila......skrg pun tgk netizens mmg duk hentam si pismidon....while joyahrep ...

Mnyesallah mmg kawin dgn repah saiko. Mnyesal x cek ig dia dlu. Knl 6 minggu terus ajak kawin...trpedaya dgn cerita kekonon ibu tunggal tabah last2 terkena si saiko
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok. I used to be sooooo meluat ngan Hafiz (for no apparent reason). Meluat dari zaman dia blom kawen lagi. Take tau pasal. Nmpak poyo & kuat sentap.

Tapi lepas kes depa2 nie - and especially watching the way he reacted & answered questions throwed to him during an interview  - I can't help to be impressed.

Mmg nmpak tegas sangat. Pada Masa sama, x nampak cam berlagak or what. Just stating facts.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
nafkah batin mmg mendalam maksud dia...tp mostly org akan pk bnda tu..ayat dia pn...bila dia ckp xnak bukak aib pismedon..
cerai la cara baik..masing2 xmatang..
banyak kebaikan cerai cara baik
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
I second piz suruh joy check mental.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2017 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tomaz replied at 15-10-2017 08:34 PM
laaa.. igt dah ending.. ada lg rupanya istana repah ni

due to requestss haha..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
so sebenarnya nikah hafiz-joy ni memang sah la kan? sayangnya la.. patutnya skrg ni diorg dah boleh aman2 dah, tapi disebabkan terlajak buka aib, hancur semuanya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Banglo baru repah... neverending story... hahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2017 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sekarang ni..si joy dan rayos tu sah bercerai bila tarikhnya??
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 15-10-2017 09:01 PM
sekarang ni..si joy dan rayos tu sah bercerai bila tarikhnya??

ok baru baca artikel...hihihi 2 tahun lalu. okkkk
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah baru
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
I tengok kat melodi si hh suruh tepah check mental sheols. Padan muka joy. Sekali dia taknak hh, berkali2 hh taknak kat dia skrg. Trauma seumur hidup gamaknya si hh kawin 6 hari dapat bini mental camni. Dont get me wrong, i tak look down org yang ada masalah jiwa, tapi repah ni memang layak dihencap. Kegilaan dia obvious tau. Macam takde cooling period. Sepanjang masa dia gila
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.612300 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list