CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2671|Reply: 54

[Tempatan] Syabas! FIFA Ranking Malaysia sungguh paling teramat ter....tercorot, 170 #42

[Copy link]
Post time 15-10-2017 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 17-10-2017 07:13 AM

KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak kebangsaan dijangka akan menduduki ranking terburuk apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengeluarkan senarai terkini bagi bulan Oktober esok.

Malaysia kini menduduki ranking ke-166 berkongsi kedudukan bersama Laos dengan 126 mata, berkemungkinan akan menurun empat atau lima kedudukan selepas kehilangan 16 mata susulan kekalahan 2-0 kepada Hong Kong pada kelayakan Kumpulan B Piala Asia pada 10 Oktober.

Kedudukan terburuk itu adalah yang terburuk sejak Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Mac lalu dan menghampiri kedudukan terburuk skuad kebangsaan di ranking 174 yang diperoleh pada April dan Mei tahun lalu.


  
Pasukan kebangsaan tidak memenangi sebarang lapan perlawanan antarabangsa yang lalu termasuklah lima perlawanan di bawah jurulatih baru kebangsaan, Nelo Vingada, sejak menewaskan Kemboja 3-2 pada November lalu di Piala AFF.

Malaysia hanya seri 0-0 menentang Filipina dalam perlawanan persahabatan dan seri 1-1 menentang Hong Kong pada kelayakan Piala Asia sepanjang tempoh itu.

Rekod tanpa kemenangan itu adalah yang terpanjang sejak 2013-14, mengakhiri rekod lapan perlawanan tanpa kemenangan skuad kebangsaan ketika di bawah bimbingan K Rajagobal yang bersama skuad kebangsaan selama empat tahun.

Kekalahan kepada Hong Kong bagaimanapun hanyalah membabitkan satu pertiga daripada kehilangan 16 mata ranking skuad kebangsaan, dengan selebihnya disebabkan oleh kehilangan 20 peratus daripada nilai mata dikutip ketika menewaskan Timor Leste 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada tahun 2015.

Kemenangan ke atas Hong Kong sepatutnya membolehkan Malaysia melonjak antara lima hingga tujuh anak tangga dengan 145 mata.

Berikutan aksi hambar menentang Hong Kong, Tunku Ismail berkata dia terpaksa campur tangan dalam pengurusan pasukan kebangsaan.

Presiden FAM itu turut mendakwa beberapa pemain dalam skuad tidak layak disenaraikan dan dia tahu Harimau Malaya bakal berdepan masalah sebaik melihat kesebelasan utama menentang Hong Kong.

Malaysia dijadualkan bertemu Korea Utara dalam satu lagi aksi kelayakan Piala Asia 2019 di laman sendiri pada 14 November, dengan perlawanan di tempat lawan bertemu lawan yang sama masih belum ditentukan tarikh dan tempatnya selepas tertunda tiga kali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2017 09:31 PM | Show all posts
sedihnya kedudukan negara kita..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau presidennya org awam dh tentu kena tegur,  kutuk kaw kaw.  Tapi ni tak boleh. Nanti sabit kesalahan menghina
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 10:01 PM | Show all posts
satu kaki main bola, rancak jugak game ni






Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts


Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 kalau lawan team perempuan omputeh pun kena belasah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2017 10:57 PM | Show all posts
oklah tu 160 berbanding team barcelona , real madrid 200
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 11:01 PM | Show all posts
yg bawah 22 ke yg main dlm sukan sea tu  promising , yg ni pemain yg bukan dari sukan sea tu ke? hmmm....i see...okay, try harder next time.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2017 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
tak jadi nk bg komen...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 11:40 PM | Show all posts
penyembah si dia ala2 nanti akn berkata...'rome wasn't built in a day'
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya tak kisah pun ranking merudum,
sebab FAM dah diketuai Presiden yg hebat lagi luarbiasa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 11:54 PM | Show all posts
xpela, awal lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 11:59 PM | Show all posts
oo... ingatkan selepas FAM diambil alih akan ada peningkatan... tapii
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 08:15 AM | Show all posts
Awal2 dpt jawatan bkn main sembang

then Zzzz & trus
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
bukankah presiden fam org yang hebat berwibawa telus ikhlas berjuang lagi mempunyai aura kemenangan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 08:26 AM | Show all posts
Susah dahhhh nak tegur FAM macam dulu2, kalau dulu sempoi jerrr kena kritik.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2017 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 15-10-2017 09:50 PM
Kalau presidennya org awam dh tentu kena tegur,  kutuk kaw kaw.  Tapi ni tak boleh. Nanti sabit kesa ...

masih dok sembah ratu lagi ke kingdom selatan
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 08:42 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ranking tidak relevan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2017 09:03 AM | Show all posts
cuba lawan dengan pasukan cacat anggota yg tular di socmed
sure kalah jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.078935 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list