CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: melnanzz

[DRAMA MELAYU] LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU [Astro Mega Drama: Farid Kamil, Nelydia Senrose]

  [Copy link]
Post time 25-1-2018 09:07 AM | Show all posts
etonjelita replied at 17-1-2018 10:42 PM
Blh ke i share link novel ni??? If ok. Later iols share

entah la...PM saya link novel...boleh tak..?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 09:58 AM | Show all posts
qila dah tukar rambut pelusu dia... ok la sikit dr yg dulu . hahaahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 25-1-2018 09:00 AM
episod semlm tu....

klakar jugak...nak2 yang Qila kenenkan tea lady uncle lawyer tu dgn si Ryan ...

Dlm novel pun byk jg part kelakar...tp bila adaptasi ni kena pandai olah utk menarik penonton...blm lg part kak kembong n tuti kuar....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
I je ke yang terganggu dengan lontaran dialog si tasha tu? Ke memang macam tu cara dia cakap? Macam control pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
iols pn terganggu dgn cara lontaran nadiya mcm x bukak mulut je bila bcakap . Lgi satu ryan & tasha x nmpk mcm psgn kapel pn
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 01:15 PM | Show all posts
adoooiiii...mengekek aku gelak dengan qila ni...dahla marathon dari episod 4 - 8...


keras kejung pp aku menahan gelak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2018 01:50 PM | Show all posts
chikumanis replied at 25-1-2018 01:15 PM
adoooiiii...mengekek aku gelak dengan qila ni...dahla marathon dari episod 4 - 8...

best lah lakonan selamba nellydia dalam citer ni, kena jugak dgn semua dialog-dialog dia,so hillarious..
seolah2 itu watak nellydia yg sebenar, termasuk episod mlm tadi bila dia tetiba jadi boss . kudos to her and others.


Tp lakonan farid kamil dah kenapa? appearance betul2 macam cina jual vcd cetakrompak thn 90an heheh.


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 04:33 PM | Show all posts
axman replied at 25-1-2018 01:50 PM
best lah lakonan selamba nellydia dalam citer ni, kena jugak dgn semua dialog-dialog dia,so hillar ...

betullah FK xleh la watak mcm tu...dia ni sesuai jadi gangster je..

nelly pun 1 hal, part nyanyi lagi ku ku ku punya cinta...terima kasih!! perasan afiq duk tahan gelak je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 04:49 PM | Show all posts
hahahahah kelakonya nelly dlm ni....

FK sangat la kejung...padahal slalu berlakon ok jek..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Fk tu knp dah ngn die dlm cite. Mcm pelik je. Mcm lembut mcm x real. Mcm x de jiwa. Adoiii. Fenin aku tgok. Kalau rs die sesuai watak gngster je pun x juga sb die pnh jadi org kg dlm filem langit cinta ok sgt kot.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:29 PM | Show all posts
Mmg geli la style FK blakon. Nmpk mcm bapok!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:33 PM | Show all posts
Bab 21

Seraut wajah kerisauan jelas terpamer di wajah Tengku Aqilah.  Bibirnya yang merah menyala digigit-gigit seperti mencari idea gayanya.

“Hai mana tahi lalat?  Tak risau ke hilang ke’cun’an tu nanti,” usik Farhana yang sudah menarik kerusi duduk di hadapan bekas meja Tengku Ryan Ameer itu.

Tengku Aqilah sudah membuat muka bosannya.  Badannya disandar pada kerusi kulit.

“Aku tak ada moodlah nak cun-cun hari ni. Tapi aku ni dah memang semulajadi cun jadi tak ada masalahlah,” balas Tengku Aqilah dengan suara yang lemah tapi selamba.

Farhana hanya mengerutkan dahinya.  Tidak pula dia berminat untuk menyanggah kata-kata Tengku Aqilah itu, lebih-lebih lagi bila terpandangkan wajahnya yang seperti ayam berak nasi beriani saja.

“Ana, kau rasa boleh pakai ke idea kau ni?  Aku tak sedap hatilah.  Macam mana kalau kita cancel aje.  Aku pergi bancuh air macam biasa.  Aku seramlah Ana nak tengok muka Pak Engku, sure dia marah gila nanti.  Aku…” Resah sungguh Tengku Aqilah di kala ini.

Farhana sudah menggeleng sambil jari telunjuknya digerak-gerakkan sebagai tanda tidak setuju.

“Tak…tak, aku tak nak kau mengalah, bukan ke semalam kita dah practice apa yang kau perlu buat.  Lecehlah kau ni, semalam bukan main bersemangat, pagi ni dah kecut balik.  Apa punya orang cakap tak serupa bikin… buat malu kaum aje!”  marah Farhana dengan wajah yang dimasamkan.  Tanda proteslah tu!

Tengku Aqilah mengaru-garu rambut perang keras kejungnya.

“Aku bukan kecut Ana, tapi aku masih ada rasa hormat pada dia.  Aku tak naklah nanti tak pasal-pasal dia kena heart attack pula.  Aku ni masih berjiwa seorang muslimah yang sejati, kau tahu tak?”  Tengku Aqilah membela dirinya dengan alasan yang entah apa-apa.  Kalau takut tu cakap ajelah takut, ini tidak banyak pula songeh dia.

“Muslimah konon, rambut perang keras kejung ada hati nak jadi muslimah.  Hei Qila!  Aku tak suruh pun kau jadi Si Tanggang, aku cuma nak kau pertahankan hak kau, tak kan itu pun dia nak kena serangan sakit jantung.  Apa punya alasanlah, dah-dah sekarang kita practice lagi sekali.  Semalam kat rumah mungkin kau tak rasa feel lagi.  Okey sekarang aku keluar dulu nanti aku masuk, kau anggap aku Pak Engku.” Begitu sekali Farhana hendak menaikkan semangat sahabat baiknya yang teramatlah penaku dengan papanya itu.

Pintu terkuak dari luar, Farhana sudah melangkah masuk, Tengku Aqilah dengan penuh semangat melemparkan senyuman buat Tengku Hisham palsu itu.

“Aku ada hal nak cakap dengan kau…” Farhana menggaraukan suaranya, ala-ala suara lelakilah kononnya tu.

Tengku Aqilah masih belum lekang dengan senyuman.

“Apa senyum-senyum?  Kau ingat aku masuk bilik ni nak tengok senyum kau, sekarang kau jangan buang masa aku, aku nak kau keluar dari bilik ni sekarang!  Orang macam kau tak layak nak duduk kat kerusi tu! Sedarlah diri tu sikit!  Kau berambus sekarang!” Begitu keras nada suara Farhana.

Tengku Aqilah berdehem sedikit, dengan penuh keberanian dan keyakinan, wajah Tengku Hisham palsu itu dipandang dengan wajah yang serius.

“Maaf Pak Engku. Qila…”

“Sayalah… biar nampak formal sikit…” sampuk Farhana.

Tengku Aqilah terus membetulkan ayatnya.

“Saya tak rasa yang saya duduk di kerusi yang salah.  Buat masa sekarang saya merupakan pemegang utama syer di syarikat ini, saya percaya Pak Engku juga pasti tak boleh nak menafikannya.  So kalau tak ada hal yang urgent, saya nak sambung semula kerja saya.  Sekejap lagi saya ada meeting dengan merchandiser.”  Begitu bergaya cara Tengku Aqilah menuturkannya.

Farhana sudah menepuk-nepuk tangannya gembira.

“Dah kau pun terus pandang fail atas meja.  Ingat kau jangan angkat-angkat kepala lagi tengok dia.  Aku gerenti, sure dia blah punya,” sambung Farhana pula.

Tengku Aqilah sudah mengangguk dengan wajah yang begitu berkeyakinan.  Ya, apa pun berlaku hari ini dia tidak akan mengalah semudah itu lagi.  Semangat!!!

Dalam mereka berdua berseronok dengan lakonan masing-masing, butang interkom di atas meja berkelip.

Tengku Aqilah terus menekan butang merah itu.

“Yes Kak Rita, ada apa?”  tanya Tengku Aqilah dengan suara yang ceria.

“Qila, Tengku Hisham ada di luar dia nak jumpa awak, boleh ke dia masuk?”

Gulp!  Tengku Aqilah terasa seperti tercekik asam kelubi tanpa sempat dikunyah.  Dia sudah mengangkat kening pada Farhana.

“Pelik kan, kenapa Pak Engku perlu minta izin aku dulu nak masuk.  Sejak bila pulak dia jadi masyarat penyayang?”  Tengku Aqilah melahirkan kecurigaannya.

“Alah… itu trick dia ajelah.  Kau jangan mudah terpedaya pulak.  Ikuta pa yang kita dah rancang,” sanggah Farhana pula.

“Excuse me Qila, boleh masuk ke tidak ni?” Suara Zurita yang serak-serak popia basah itu berkumandang lagi.

Tengku Aqilah pantas menjawab, “Yup… sure suruh Pak Engku masuk.”

Farhana sempat menepuk bahu Tengku Aqilah sebelum bergerak ke tepi.

Pintu bilik dibuka, seraut wajah Tengku Hisham melangkah masuk dengan tenang.  Malahan dia sempat mengangguk pada Farhana yang berdiri tegak macam tiang elektrik TNB.

“Boleh Pak Engku duduk?”  Tengku Hisham meminta izin dengan sopan.

Tengku Aqilah masih dapat mengawal riak wajahnya seperti yang diajar oleh Farhana tadi.

“Silakan…” Ringkas jawapannya.

Ya Allah.  Kau kuatkanlah semangat aku nak mengadap papa aku ni, doanya di dalam hati.  Rupanya hanya luaran sahaja Tengku Aqilah nampak tenang tapi hakikatnya degupan jantungnya sudah berdegup seperti orang yang masuk maraton 1000 km.

“Qila sihat?” soal Tengku Hisham lembut.

Tengku Aqilah terus memeriksa telefon di atas mejanya, manalah tahu jika butang pembesar suara terpasang, menyebabkan dia boleh mendengar suara orang lain dari luar biliknya.  Farhana sudah mengerutkan dahinya.  Tengku Hisham turut pelik melihat perlakuan anak bongsunya itu.

“Woi Qila, apa yang kau buat tu?” Farhana sudah mendekati Tengku Aqilah dengan suara separuh berbisik.

Tengku Aqilah menaikkan hidungnya dengan wajah seperti sedang berfikir.  Lawa sangatlah naikkan hidung macam tu, getus Farhana dalam hati.  Keningnya terus diangkat pada Tengku Aqilah.

“Aku dengar suara lelaki lembut aje tanya saya sihat ke tidak.  Itu yang aku check butang speaker phone ni, manalah tahu aku tertekan tadi.”  Tengku Aqilah menjelaskan keraguannya dengan suara yang separuh berbisik juga.

Tengku Hisham mula merasa bosan melihat dua perempuan di hadapannya sedang berbisik di antara satu sama lain.  Namun demi untuk mencapai visi anak kesayangannya, Tengku Natasha dia terpaksa mengikut rentak mereka terutama rentak irama anak yang paling dibencinya, Si Aqilah.

“Mulalah tu buat lawak bodoh. Tu, Pak Engku yang menanya kau!  Kau berkhayal ke!”  gerutu Farhana geram.

Tengku Aqilah separuh terlopong mendengarnya, namun pantas dia menutup mulutnya kembali bila suara Tengku Hisham bergema lagi.

“Sihat ke?” soalnya lagi.

Tengku Aqilah pantas mengangguk tanpa mampu mengeluarkan sebarang ton suara di kala ini.  Gugup barangkali, bila pertama kali dalam hidupnya mendengar suara yang lembut keluar dari kerongkong papanya, khusus buat dirinya itu.

“Qila, Pak Engku sebenarnya…” Tengku Hisham tidak jadi menghabiskan ayatnya, dia memandang ke arah Farhana dengan senyuman yang manis.

“Ana, boleh tak buatkan Pak Engku air Milo?  Dah lama Pak Engku tak rasa air yang Ana buat, boleh kan?”  Mesra kedengaran suaranya.

Farhana hanya mampu mengangguk lemah.  Idea lapuk nak suruh aku keluarlah tu.  Mudah-mudahan kau tak menggelabahlah Qila, getus Farhana di dalam hati.  Dengan berat hati dia mengheret jua kakinya yang memakai kasut saiz 7 jenama Jukebox itu keluar.

Sebaik pintu ditutup, Tengku Hisham terus mengalihkan pandangan pada Tengku Aqilah yang tidak senang duduk seperti orang baru menelan julap saja gayanya.  Sesekali berkeriut-keriut bunyi kerusinya.

“Well Qila, Pak Engku sebenarnya nak ucapkan congrates pada Qila sebab menjadi salah seorang pemegang syer di syarikat ini atau lebih tepat lagi pemegang syer yang terbesar.  Pak Engku tumpang bangga dengan Qila”.  Begitu lembut tutur katanya.

Tengku Aqilah terkedu seketika, dia bagaikan tidak percaya insan yang begitu membenci dirinya selama ini boleh berkomunikasi dengannya sehingga sebegitu rupa.  Buat masa ini, mulutnya masih lagi terkunci.  Entahlah dia sendiri tidak tahu ayat apa yang paling sesuai hendak diucapkan.  Biasanya, bila dipuji semua orang akan menjawab ‘terima kasih’, alah kalau tak cakap pun mesti papanya dah tahu.  Memandangkan buat masa ini tidak ada perkataan lain yang lebih bombastic yang dia terfikirkan, Tengku Aqilah membuat keputusan untuk terus mendiamkan diri sahaja.

Jelas kedengaran Tengku Hisham menarik nafasnya.

“Pak Engku tahu, dengan wasiat ini Pak Engku baru sedar betapa arwah Pak Su begitu sayangkan Qila, pasti dia dah menganggap Qila seperti anaknya sendiri dan Pak Engku yakin Qila juga sudah menganggap arwah Pak Su macam papa Qila sendiri kan?”

“Argh…”  Itulah jawapan yang habis canggih yang mampu terkeluar dari mulut Tengku Aqilah di kala ini.

Tengku Hisham dapat membaca situasi Tengku Aqilah di waktu ini.  Dia pasti anak bongsunya itu masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan perbincangan mereka ini.  Perubahan karakternya yang mendadak pasti membingungkan Tengku Aqilah buat seketika, namun Tengku Hisham tidak mempedulikan semua itu, yang penting rancangannya berjaya.

“Qila, Pak Engku sebenarnya tak kisah jika Qila terus kekal sebagai pemegang syer terbesar di syarikat ini, tapi satu perkara saja yang Pak Engku nak Qila fikirkan…”  Tengku Hisham terhenti seketika.

Tengku Aqilah sudah memandang papanya tanpa berkelip.  Lain benar bunyi percakapan papanya itu.

“Permintaan arwah Pak Su.  Hajat arwah Qila, hajat arwah yang hendak melihat Qila dan Ryan disatukan…”

Tengku Aqilah seperti hendak menuturkan sesuatu, namun ayat yang hendak terkeluar buat pertama kalinya terbantut di situ bila tangan Tengku Hisham memberi isyarat supaya Tengku Aqilah mendengar terlebih dahulu.

“Qila harus tahu, syer 40 peratus itu hanya alasan untuk menyampaikan hajat arwah saja, sanggup ke Qila biarkan hajat arwah tak tertunai?  Pak Engku yakin arwah hendak sangat menjadikan Qila sebagai menantu dia.”  Begitu beria-ia Tengku Hisham memujuk anak bongsunya.

Tengku Aqilah sudah memicit-micit kepalanya yang bakal diserang migraine selama sebulan nampaknay nanti.

“Tapi Pak Engku, macam mana dengan Kak Tasha bukan ke dia…”

Belum sempat Tengku Aqilah menyelesaikan ayatnya, Tengku Hisham terus memotong, “Sebenarnya sebelum Pak Engku bincang perkara ni dengan Qila, Pak Engku dah bincang dengan Tasha dulu, dia sanggup buat pengorbanan demi menyempurnakan hajat arwah Pak Su.  Kata Tasha hanya dengan cara itu dia dapat menunjukkan kasih sayangnya pada arwah Pak Su.”

Tengku Aqilah sudah menggeleng, bukannya kerana tersentuh mendengar pengorbanan kakaknya tetapi terlampau tersentuh melihat papanya yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memenuhi kehendak anak kesayangannya.  Serasa selepas ini, dia perly segera menelan pil Chi-Kit Teck Aun, gara-gara perutnya yang pasti akan memulas terus bahana perangai kakak sengalnya yang mempunyai degree kejahatan gred A+ itu.

Tengku Aqilah tersenyum hamar memandang papanya, yang telah memperlihatkan satu lakonan yang begitu hebat mengalahkan Datuk Jalaluddin Hasan pula.  Tengku Hisham tidak pula membalas senyuman itu, cuma wajahnya masih dimaniskan.

“Pak Engku tahu kan, Ku Ryan tak cintakan Qila?  Dia hanya cintakan Kak Tasha.  Lagipun jika kita semua setuju, Qila yakin Ku Ryan tak akan setuju.”

“Siapa kata saya tak setuju?  Demi arwah papa saya tak ada masalah jika dikahwinkan sesiapa saja, termasuk awak Qila,” sampuk Tengku Ryan Ameer dari muka pintu.

Terkejut chimpanzee Tengku Aqilah dibuatnya.  Keningnya sudah dikerutkan.  Ni lagi sorang pelakon, kalah Asraf Sinclairlah pulak.  Macam tahu-tahu aje aku cakap pasal hal dia.  Tiba-tiba aje sib ulu jagung ni masuk. Huh, dia ingat nak buat macam cerekaramalah tu. Piraah!  Diorang ni semua mesti dah rancang.   Ingat aku ni bodoh agaknya sanggup kahwin dengan sesiapa pun. Aku suruh kahwin dengan Minachi kang baru tau!  Lama pulak Tengku Aqilah mengerutu di dalam hatinya.  Meluat pula dia melihat Tengku Ryan Ameer yang sudah memandangnya tanpa berkelip itu.  Macam aku nak tergoda dengan mata biru dia tu, rengusnya lagi.

Tengku Aqilah membetulkan duduknya, wajah kedua insan di hadapannya dipandang silih berganti.  Lama.

“Qila, Pak Engku benar-benar harap Qila juga sanggup buat satu pengorbanan seperti Tasha dan Ryan.  Mereka sanggup lakukan demi harjat arwah.  Tak kan Qila pula sanggup menghancurkannya.  Lagipun selama ini Pak Engku tak pernah minta apa-apa dari Qila, tapi untuk kali ini Pak Engku rayu Qila, tolonglah penuhi hajat arwah.  Tolonglah, jika Qila tak dapat terima Ryan sekalipun fikirkanlah arwah.

Pak Engku tak paksa untuk Qila hidup sepanjang hayat dengan Ryan.  Kalau Qila rasa tak serasi, Qila boleh undur diri.  Yang penting hajat arwah tertunai.  Lagipun tidakkah Qila terfikir yang pengorbanan Qila tu mungkin akan jadi permulaan yang baik untuk hubungan kita berdua.  Dan tidaklah Qila mahu diwalikan oleh papa sendiri?  Qila fikirkan ya, nanti Qila beritahu Pak Engku keputusan Qila,” ujar Tengku Hisham perlahan.  Dia sudah bangun dari kerusi dan tanpa menoleh, Tengku Hisham terus melangkah keluar.

Tengku Aqilah masih lagi terkaku.  Kata-kata Tengku Hisham it uterus-terusan terngiang-ngiang di telinganya.  Tengku Ryan Ameer turut bergerak ke pintu, namun sebelum dia memulas tombol pintu, “Qila, demi arwah papa, tolong pertimbangkan ya.”

Tengku Aqilah masih lagi berteleku di meja.  Kata-kata Tengku Ryan Ameer itu tidak langsung dihiraukan.  Malas dia hendak mendengar apa yang diucapkan oleh manusia hipokrit seperti itu.  Tengku Aqilah sudah menyandar lemah di kerusi kulitnya.

Bila dia mengatakan manusia hipokrit bukan ke itu termasuk papanya sendiri?  Tengku Aqilah mengeluh lemah, perlu ke dia menghancurkan masa depannya demi untuk satu pengharapan?  Pengharapan agar papanya dapat menerima dirinya sebagai seorang anak dalam erti kata yang sebenarnya.  Ah!  Dia benar-benar buntu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:34 PM | Show all posts
Bab 22

Tengku Aqilah sampai di rumah di kala mentari sudah melabuhkan tirainya.  Sebaik tangannya kalut mencari kunci rumah, “Masuk ajelah Qila, pintu tak kunci pun…” Suara sumbang Farhana memecah kebeningan dan ketengang malam yang baru hendak dirasai oleh Tengku Aqilah.

Pint uterus ditolak.  Tengku Aqilah pelik melihat Mak Kiah dan Pak Hasan setia menantinya di sofa dan lebih memelikkan lagi bila Shafiq turut sama berkumpul bersama mereka.  Rambutnya yang basah dek minyak rambut itu, bersilau bila dipanah dengan cahaya lampu.

“Lambat balik hari ni Qila, banyak kerja ya?”  Shafiq memulakan bicara.

Tengku Aqilah hanya membalas dengan senyuman sahaja.  Dalam waktu-waktu begini iklan ubat gigi Darlie memang berguna sekali.  Mak Kiah sudah mengalih tempat duduk di sebelah Tengku Aqilah yang baru melabuhkan punggungnya di sebelah Farhana.

“Kenapa balik lambat, Mak Kiah risau tau.  Lebih-lebih lagi bila Ana beritahu yang Qila dah setuju nak kahwin dengan Ku Ryan.  Qila dah fikir masak-masak ke?”  Cemas kedengaran nada suara Mak Kiah itu.

Pak Hasan yang menjadi pendengar sedari tadi menyampuk, “Ya Qila, Pak Hasan nak Qila fikir betul-betul sebelum membuat keputusan.  Pak Hasan tak nak nanti Qila membuat pengorbanan yang sia-sia saja.”

Tengku Aqilah sudah memandang wajah semua yang ada silih berganti dan yang terakhir matanya berhenti pada Farhana.

“Rasa macam selebriti pulak, duduk aje terus ditanya dengan macam-macam soalan.  Nasib baik tak ada lensa kamera, kalau tak sure dah macam rancangan Melodi, glamour gitu.”

Farhana sudah menggoyang-goyangkan sedikit cuping telinganya mendengar jawapan yang terlampau bernas dari Tengku Aqilah itu.

“Kalau ikut hati Ana mak, Si Qila ni dah lama Ana cincang lumat-lumat.  Lepas tu, daging dia buat cicah air asam!”  Keras suara Farhana.

Shafiq dan yang lain sudah ketawa mendengarnya dan tidak ketinggalan Tengku Aqilah sendiri yang ketawa lebih tinggi lontaran vokalnya dari yang lain.

“Masa tu dalam surat khabar akan tertulis, ‘Pembunuh Air Asam Dikehendaki!’,” usik Tengku Aqilah lagi.

“Hah… hah… hah… lawaknya.  Dia boleh gelak lagi tu mak.  Dia takt ahu bila dia kahwin dengan Ku Ryan nanti diorang tu nak gulai dia macam mana.  Silap hari bulan diorang buat dia daging panggang, baru padan muka dia,” ajuk Farhana pula.

Tengku Aqilah tersenyum sinis mendengarnya.

“Argh… diorang buat aku daging panggang, aku buat diorang roti john,” balas Tengku Sqilah pula.

“Gelak-gerak jugak, tapi hal nikah kahwin ni bukan perkara main-main.” Pak Hasan bersuara.

Tengku Aqilah sudah mengangguk.  Wajahnya kembali serius.

“Qila tahu Pak Hasan, tapi adakalanya kita harus akur pada takdir…”  Perlahan Tengku Aqilah menyatakan pendapatnya.

“Memanglah sebagai orang Islam kita semua kena akur pada takdir, jika itu dah suratannya tapi sebelum itu Allah suruh kita berusaha, bukannya menerima saja suratan takdir tu bulat-bulat aje.  Macam kes kau sekaranglah, kau usahalah elakkannya.  Jika dah memang tak boleh, barulah akur pada takdir. Ini tak, baru Pak Engku ayat kau sikit kau dah termakan kata-kata dusta dia.

Hei Qila, bukan ke pepatah ada mengatakan ikut kata hati mati, ikut rasa binasa.  So gunakan akal, berfikir secara waras dulu sebelum nak buat apa-apa keputusan pun.  Kau ni kan hish…” Panjang lebah Farhana memberikan pendapatnya pula.

Tengku Aqilah tidak pula membidas pendapat sahabatnya itu.  Matanya sahaja yang tidak berkelup merenung dinding.

“Qila, saya tak berniat nak masuk campur urusan awak.  Pada saya ini hal peribadi awak, tapi bila Ana minta saya datang sini tadi, rasa tanggungjawab sebagai seorang sahabat timbut dalam hati saya.  Kalau awak nak tahu semasa arwah Pak Engku nak buat wasiat itu dia ada berbincang dengan saya tapi jujur saya katakana yang saya ada menyanggah wasiatnya itu, sebab pada saya awak ada kehidupan awak sendiri.  Terlampau besar pengorbanan yang arwah minta dari awak, tapi arwah kata dia yakin yang awak boleh melaluinya dan dia percaya awak akan bahagia akhirnya,” Shafiq pula melahirkan pandangannya.

Farhana sudah menggeleng.

“Tapi bila Fiq? Bila Si Qila ni akan dapat kebahagiaan tu, 1 bulan? 5 bulan? 10 tahun? Atau dia harus menunggu hingga ke akhir hayatnya?  Adakah kebahagiaan seperti itu yang kau nak Qila?  Kalau itulah yang kau nak, aku tak teragak-agak untuk mengatakan yang kau kejam pada diri kau sendiri, kau kejam pada hati kau, kau kejam pada perasaan kau!” luah Farhana pula dengan tubuh Tengku Aqilah digoyang-goyang.

Tengku Aqilah terus menolak tangan Farhana, matanya sudah berkaca.

“Kau tak faham Ana.  Kau tak faham, hati dan perasaan aku.  Aku dah lama menderita kau tahu tak?  Menderita kerana membesar tanpa kasih sayang seorang mama mahupun papa.  Aku adalah anak yang dibenci oleh papa sendiri Ana.  Aku tak pernah tahu macam mana rasanya dimanja oleh seorang papa.  Macam mana rasanya bila dia usap kepala aku, dia belai pipi aku, dia pujuk aku di kala aku merajuk, dia tenangkan aku di kala aku dalam kesedihan…

Tak pernah Ana, tak pernah!  Sampaikan nak memanggil panggilan seorang papa pun aku tak pernah Ana.  Kau tahu, hari ni papa aku menawarkan pada aku kasih sayangnya dengan satu pengorbanan.  Tapi apa sangat pengorbanan itu berbanding dengan kasih sayang yang aku akan dapat.”

“Tapi kasih sayang dia tu palsu Qila.  Dia tak ikhlas sayangkan kau.  Aku tahu, kau tahu pasal niat papa kau tapi kau tutup hati kau untuk terima kenyataan.  Kau butakan hati kau untuk terima hakikat yang sebenar.  Berbaloi ke Qila, berbaloi ke?” jerit Farhana.

“Ya! Pada aku dah cukup berbaloi Ana. Aku tahu Pak Engku tak ikhlas sayangkan aku.  Aku tahu dia hanya nak mempergunakan aku, aku tahu semua tu Ana, aku tahu!  Tapi kalau aku tak ambil peluang ni, bila lagi Ana?  Aku nak rasa kasih sayang seorang papa.

Selama 23 tahun aku merinduinya Ana.  23 tahun aku menunggunya.  Walaupun hakikatnya kasih sayang yang aku dapat hanya palsu semata, tapi itu lebih baik dari terus-terusan menerima kebencian dia.  Salahkah Qila Mak Kiah?  Salah ke Qila untuk merasa kasih sayang seorang papa, walau hakikatnya Qila hanya mengemis kasihnya saja Mak Kiah.”  Tersedu-sedu Tengku Aqilah menangis di pangkuan Mak Kiah.

Mak Kiah sudah lencun dengan air mata.  Begitu juga dengan Farhana, Shafiq dan Pak Hasan turut sayu mendengar luahan hati Tengku Aqilah itu.  Farhana mengusap-usap lembut bahu sahabatnya.

“Aku sayangkan kau Qila.  Kerana sayangkan kau, aku masuk sekali ke dalam kehidupan kau, hingga aku terlupa akan batasnya.”

Tengku Aqilah membetulkan duduknya.  Wajah Farhana dipandang kasih.

“Tuhan tu Maha Adil Ana, walaupun aku tak dapat kasih sayang keluarga kandung sendiri tapi aku dapat kasih sayang yang melimpah ruah dari insan-insan berhati mulia seperti kau, Mak Kiah, Pak Hasa.  Kalian begitu mengambil berat akan kebajikan aku.  Begitu jugak awak Fiq, segala jasa semua orang tak akan dapat Qila balas.  Terima kasih semua, terima kasih banyak-banyak… Dan aku pun sayang kau Ana.”

Sehabis mengucapkannya Farhana terus merangkul erat tubuh sahabat baiknya yang sudah dianggap seperti adik-beradik sendiri.

Air mata di pipi Tengku Aqilah disapu bersih oleh jari-jemari Farhana.

“Aku akan sokong kau Qila.  Jika ini keputusan yang kau ambil, aku akan sokong kau.  Lagipun aku terfikir jugak apa yang Shafiq cakap, arwah Pak Su kau begitu sayangkan kau.  Jika ini adalah hajatnya, tak salah untuk kau tunaikannya.  Tapi kau kena ikut cakap aku kali ini, janji?”  Farhana sudah membuka tapak tangannya.

“Aku janji!” jawab Tengku Aqilah lalu menyambur tangan Farhana itu.

“Kau akan kahwin dengan Ku Ryan atapi dengan syarat.”

“Syarat?”  Tengku Aqilah dan yang lain bertanya serentak dan suara Mak Kiahlah yang paling kuat.  Ish… ish… Mak Kiah ni bab-bab cerita sensasi memang nombor satu.

Tengku Aqilah sudah mengerutkan dahinya, dah macam cerita Tiga Abdul daa… main=main syarat-syaratlah pulak.  Jangan ada yang tidur di kendang kuda sudah.  Ehh, mana ada kendang kuda di kawasan rumah ni.  Macam biasa Tengku Aqilah dah mula dengan fikiran mengarutnya.

Tengku Aqilah sibuk menaip di komputer ribanya.  Farhana yang baru masih ke dalam bilik, mengerling ke arahnya sekilas.

“Sibuk ke buat-buat sibuk,” tegur Farhana lalu terus merebahkan tubuhnya di atas kasil.

Tengku Aqilah mengurut-urut tengkuknya sambal menoleh pada sahabatnya.

“Ana, apa rasionalnya syarat kau tu?  Aku fikir-fikir balik lebih banyak menyusahkan aku dari menyenangkan aku.  Lagipun kau kan tahu, aku bukan suka sangat nak menengok muka dia.  Macam mana dia pun tak suka nak menengok muka aku,” luah Tengku Aqilah.

Manalah tahu lembut pula hati Farhana mendengarnya, nanti boleh dia menelefon Shafiq untuk membatalkan temu janji dengan Uncle Syed Amar.

Farhana masih mendiamkan diri, matanya begitu asyik menghadap majalah fesyem sambil  meniarap.

“Ana, aku tengah cakap dengan kau ni.  Okeylah kalau perlu uga syarat tu aku boleh ikut tapi, tak payahlah sampai nak guna lawyer.  Macam serius sangat pulak gayanya,” Tengku Aqilah masih lagi melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya.

Farhana sudah membetulkan duduknya.  Kepalanya digelengkan.

“Kau mesti guna lawyer.  Aku tak percaya diorang tu.  Tak kan kau tak ingat perjanjian yang kau buat dengan Ku Ryan dulu, siapa kalah main golf kena jadi orang suruhan tapi kesudahannya dia tak ikut pun syarat tu sebab dia yang kalah kan?  Tapi cuba kau yang kalah sampai ke lubang cacing dia akan kenakan kau.  So kita belajar dari kesilapan.

Simple aje perjanjian tu nanti, kalau dia ingkar syarat-syarat yang diberikan dalam masa 6 bulan perkahwinan korang, hak dia ke atas syer 40 peratus tu akan jatuh pada kau.  Kita hanya nak mengikat dia untuk 6 bulan aje, sebab memang dah gerenti punya lepas 6 bulan dia dengan bangganya akan menceraikan kau.

Tapi dalam tempoh tu aku tak nak diorang mengenakan kau.  Lagipun kau pun dah tahu kan, aku tak akan berada di sini lagi lepas kau kahwin nanti,” ujar Farhana panjang lebar.

Tengku Aqilah sudah duduk di sebelah Farhana.

“Perl uke kau pindah Ana?  Dahlah Mak Kiah dengan Pak Hasa nak balik kampung lepas aku kahwin, kau pun nak tinggalkan aku jugak.” Perlahan Tengku Aqilah menuturkannya.

Farhana sudah mencebikkan bibirnya yang tebal itu.  Opps!  Bab-bab bibir tebal sensitive okey.  Kang ada yang makan terompah tandas!

“Kau ni macam budak-budaklah pulak.  Aku bukannya nak pergi mana, aku masih kerja di syarikat tu.  Hari-hari kita boleh jumpa, cuma aku tak naklah tinggal lag ikat sini.  Mak dengan ayah aku pun dah berhenti kerja masa tu so tak bestlah aku terus menumpang di sini.  Kau jangan lupa ini bukan rumah aku atapun rumah kau.  Ini rumah bapak kau.”  Farhana menekankan perkataaan bapak itu.  Tergelak Tengku Aqilah mendengarnya.

“Emm… aku akan rindu korang semua.” Dengan gaya manja Tengku Aqilah melentokkan kepalanya pada bahu Farhana dan Farhana turut melakukan yang sama.

“Eiihh…” mengada-ngada semacamlah pulak.  Dahlah aku nak tidur.  Nak restkan otak, penat fikir hal kau dari semalam.  Woi blahlah.”

Tengku Aqilah tidak mempedulikannya.  Dia terus berbaring di katil temannya itu.  Tapi tak sampai 5 saat dia suah menggelupur bangun.  Farhana yang baru hendak merebahkan badannya bertanya.

“Apa hal kau ni?”

“Eiii… tak sanggup aku!  Macam-macam resipi bau yang ada,” ujar Tengku Aqilah lalu terus melompat naik ke atas katilnya.

Farhana tidak jadi baring, sebaliknya dia melompat atas katil Tengku Aqilah.  “Mari sini, aku letakkan resipi bau tu.”  Dalam keheningan malam jelas kedengaran jerit tawa mereka.

Tengku Ryan Ameer berkali-kali menggeleng.  Kertas perjanjian yang baru diserahkan oleh Shafiq padanya tadi dihempas di atas meja Tengku Hisham.

“Ridiculouslah Pak Long.  Ryan tak nak sign!  Cuba Pak Long baca lagi sekali syarat dia.  Ini syarat gila tahu tak?  Ada ke patut, bila saja Ryan berkahwin dengan si buruk tu, Ryan kena tinggal di rumah orang gaji dengan dia?  Masuk akal tak Ryan tinggal di rumah orang gaji?  Come onlah Pak Long, you are not going to allow her doing this to me kan?

Dan yang lebih menyakitkan hati lagi dalam syarat dia, bila Ryan kena berada di rumah itu sebelum pukul 9.00 malam dan tak dibenarkan keluar selepas itu hinggalah 7.00 pagi keesokan harinya.  Jika kan keluar jugak kena bawa dia sekali.  Dia ingat dia bela anak kucing ke?  Lepas tu masa hari cuti Ryan kena berada di rumah sahaja, jika nak keluar mesti dengan dia jugak sekali.  Apa semua ni Pak Long?  Kurang ajar punya perempuan!  Dia memang sengaja nak cari pasal!” marah sungguh Tengku Ryan Ameer di kala ini.

Tengku Hisham yang menyandar di kerusinya sudah membetulkan duduknya.  Sempat lagi dia memberikan isyarat mata pada anak kesayangannya untuk memujuk buah hatinya itu.

“Sayang, I tahu you marah sangat dengan perempuan buruk tu dan I pun tak setuju sebenarnya dengan syarat bodoh dan gila dia tu!  I lagi tertekan tau, bayangkan orang yang I sayang, berkahdwin dan terpaksa menghabiskan masa setiap waktu dengan manusia yang I paling benci.  In fact I I pun kena tempias sama.

Cuba you tengok syarat yang lain, you tak boleh bersama atau berdua-duaan dengan I lagi. Kita dah tak dibenarkan berjumpa berdua, jika perlu mesti dia ada sekali.  I pun tertekan sayang.”  Sebaik kedengaran suara Tengku Natasha.  Air mata palsu sudah berkaca-kaca di kelopak matanya.

“Sebab tu I nak kita kahwin aje Tasha.  Lupakan aje 40 peratus syer ty, tapi you…” Tengku Ryan Ameer sudah memicit-micit dahinya.

“I tahu niat you Ryan. I tahu betapa you sayangkan I.  tapi kita tak boleh mengalah dengan perempuan buruk tu macam tu aje.  You bukannya perlu berada dengan dia untuk selama-lamanya.  Hanya untuk 6 bulan sahaja sayang.  Lepas tu giliran you pulak mengenakan dia cukup-cukup.  Masa tu baru dia tahu langit ni tinggi atau rendah.

Tidak ke you ingin merasa saat-saat itu, saat-saat you pula melihat dia menderita, tapi kali ni bukan untuk 6 bulan seperti yang you lalui tapi sepanjang hayat dia!  I tak sabar sayang, I tak sabar menantikan saat itu!  Kau tunggu Aqilah, kau tunggu masa kau akan tiba!” gerutu Tengku Natasha dengan geramnya.  Giginya diketap erat.

Tengku Ryan Ameer hanya mendengus mendengarnya.  Di matanya menyala api kebencian yang memuncak.  Tengku Hisham mengangkat kening pada anak gadisnya yang sudah Berjaya memanupulasikan kekasihnya sendiri demi visinya yang tersendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:34 PM | Show all posts
Bab 23

Tengku Aqilah memeluk erat Mak Kiah bagaikan tidak mahu dilepaskan.  Lama keduanya berpelukan.  Pak Hasan dan Farhana hanya mampu melihatnya.  Gaya mereka menangisi perpisahan itu seperti Mak Kiah dan Pak Hasan hendak hendak bertukar kerakyatan menjadi rakyat Uganda sahaja.

“Sikit-sikit dahlah mak, Qila… Bukannya jauh Kepala Batas tu.  Kalau rindu sangat esok kau baliklah kampung tengok mak aku.  Dahlah tu mak, teksi dah lama tunggu.  Kang dia caj lebih mak jangan marah Ana potong duit bulan mak,” bebel Farhana.  Rimas pulak dia menengok dua insan yang diketegorikan over itu.

Tengku Aqilah sudah melepaskan pelukannya.  Matanya sudah merah.  Mak Kiah turut mengelap air matanya.  Berat sungguh hatinya hendak meninggalkan Tengku Aqilah seorang diri mengharungi gerbang perkahwinan yang dicipta oleh papanya, Tengku Hisham demi kepentingan peribadi itu.

Satu hati Mak Kiah, lebih-kebih lagi teringatkan majlis pernikahan yang baru langsung selepas Asar tadi dalam suasana begitu hambar sekali.  Tidak aka nada sebarang majlis persandingan selepas ini, hanya kenduri doa selamat.  Itu pun Pak Hasan yang membacakan doanya.

Majlis pernikahan Tengku Aqilah dan Tengku Ryan Ameer hanya dihadiri oleh mereka yang betul-betul rapat sahaja.  Sebenarnya tidak sesuai guna perkataan rapat lebih mudah jika dikatakan penghuni yang berada di dalam pagar rumah itu sahaja.

“Qila jaga diri baik-bak ya nak.  Qila kena ingat Qila sekarang dah jadi isteri orang, tanggungjawabnya berbeza.  Mak Kiah sentiasa doakan kebahagiaan Qila walau di mana pun Mak Kiah berada.” Sayu kedengaran suara Mak Kiah.  Dahi Tengku Aqilah dikucup, lama.

Tengku Aqilah turut mencium kedua belah pipi mak angkat kesayangannya itu.

“Mak Kiah pun sama jaga diri ya.  Nanti ada masa Qila balik kampung jenguk Mak Kiah,” ujar Tengku Aqilah sebak, lalu terus menyalam Pak Hasan dan dengan hormat tangan lelaki separuh umur itu dicium.

Pak Hasan menepuk lembut bahu Tengku Aqilah.

“Kalau ada apa-apa masalah jangan lupa call Pak Hasan.” Pesanan dari seorang yang sudah dianggap papa.

Tengku Aqilah hanya mengangguk.

Farhana yang menjadi pemerhati sedari tadi, sudah menggenggam tangan sahabatnya.

“Okeylah Qila, aku hantar mak dengan ayah aku balik dulu.  Nanti kita jumpa di ofis.  Ingat pesan aku, jangan bagi diorang buli kau.  Kita dah ada perjanjian yang sah untuk mengikat mereka.  Aku harap kau kuat.  Aku pergi dulu,” ujar Farhana lembut, lalu terus melangkah mendapatkan mak dan ayahnya yang sudah berada di dalam perut teksi.

Tengku Aqilah terus melambai tangannya hingga bayang teksi itu hilang dari pandangan matanya.

Dari kejauhan dan dalam remang senja, Tengku Aqilah dapat melihat Tengku Ryan Ameer yang memakai baju Melayu berwarna putih sedondon dengan warna bajunya sedang berbual dengan papanya di taman.  Baju kurung satinnya dipandang.  Cantik ke warna pilihan mak Kiah ni?  Ikutkan Tengku Aqilah, dia hendak memakai baju warna hitam tapi dilarang keras oleh mak angkatnya itu.  Katanya macam orang yang berkabung sahaja gayanya, tapi kain kapan bukan warna putih ke?  Tengku Aqilah menggaru-garu rambut perangnya yang sememangnya tidak gatal itu.

Suaminya yang sedang berbual rancak dengan papanya sempat lagi mengerling sekilas padanya.  Tengku Aqilah tidak mengendahkan langsung kerlingan suaminya yang menyakitkan matanya itu.  Suami?  Betul ke suami?  Macam tak percaya pula Tengku Aqilah bila otaknya menyebut perkataan suami itu.  Namun bila teringatkak wajah Ustaz Parjo Hamidi yang menikahkan mereka, kesahihan itu terpaksa juga diterima, walau dengan hati yang berkilogram beratnya.

Tengku Aqilah memulas tombol pintu, jari-jemari yang menyentuh tombol pintu itu dipandang.  Tiada sebarang inai yang menghiasi jarinya sebaliknya kesan kunyit di celah-celah kukunya adalah, gara-gara terlebih rajin membantu Mak Kia menggoreng ikan tengah hari tadi.  Itu pun untuk bekalan makan malamnya nanti.

Kilauan cincin berlian yang menyinar di jarinya dipandang.  Hish… apa yang aku teruja sangat.  Ini kan cincin aku sendiri.  Aku beli dengan Ana di Habib Jewels semalam.  Boleh ke aku anggap ni cincin nikah ya… Kedekut punya bulu jagung!  Cincin pun tak boleh beli untuk aku.  Aku bukannya teruja sangat tapi kalau dia bagi cincin emas ke, sesak-sesak boleh jugak aku gadai, guman Tengku Aqilah sendirian.

Tengku Aqilah sendiri tidak pasti bagaimana perasaannya di kala ini, gembira?  Jauh ayam panggang dari mikrowave.  Sedih?  Mungkin juga, sedih kerana dia terpaksa mengakhiri zaman bujangnya dengan cara sebegini.  Namun dia tidak pernah menyesali takdir yang tersurat untuk dirinya.  Tengku Aqilah yakin akan kekuasaan Yang Maha Esa.  Setiap ujian yang ditimpakan pasti aka nada hikmah disebaliknya.

Aku tak boleh mengalah.  Segalanya dah pun terjadi, aku tak boleh berundur balik.  So aku kena kuat, tak lama 6 bulan aje.  Lepas tu aku akan pergi dari sini.  Yang penting hajat arwah Pak Su dah aku tunaikan dan insya-Allah lepas ni hubungan aku dengan Pak Engku akan bertambah baik.  Hajat arwah mama juga akan dapat aku tunaikan.  Aku harus kuat, jeritnya di dalam hati.

Tengku Aqilah sudah tersenyum sendiri.  Pintu dikuak dari luar.  Mak oiii…. Gelapnya.  Matanya sudah melilau melihat persekitaran di dalam rumah.

Macam mana nak jadi kuat, nak masuk dalam rumah pun aku takut.  Alamak kenapalah aku ni penakut sangat.  Mak Kiah ni pun satu, pasal apa dia tutup semua tingkap-tingkap dalam rumah ni, macam dia tak tahu aku tinggal sini.  Hish, tak kan aku nak berdiri kaku depan pintu ni.  Rileks-rileks, orang yang educated dan hidup dalam zaman moden ni mana boleh takut pada hantu.  Lagipun mana ada hantu.  Dalam al-Quran hanya sebut jin dan syaitan aje.  Masuk ajelah petik suit lampu habis cerita.

Dengan penuh keyakinan Tengku Aqilah terus melangkah masuk.  Dia terus bergerak ke tengah rumah di mana suit lampu terletak.  Di dalam hati sempat lagi dia mengutuk juruelektrik yang membuat suis dalam rumah itu.  Menyusahkan betul, bukan ke senang kalau suis diletak di tepi pintu masuk tadi.

Namun dalam tangannya meraba suit lampu, otaknya telah membuli tuannya.  Bukan jin dan syaitan tu juga sepsis hantu ke?  Gulp!!! Langsung tak ada air liur nak ditelan.  Yang ada Cuma dua pasang kaki yang sudah pun mengatur langkah seribu.  Zupp!!! Berdesup dia membuat lariannya.  Memang dasar penakut peringkat kroniklah perempuan ini.  Dan lariannya itu tidak sempat sampai ke garisan penamat, apabila tubuhnya telah merempuh tubuh lain yang dia sendiri tidak pasti manusia atau jin.

Hish!  Ada ke jin?  Merepek betul Si Aqilah ni.  Mulut Tengku Aqilah terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Quran.  Di kala ini jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada arwah Nek Jah yang telah mengajarnya mengaji hingga khatam walaupun setiap hari dia terpaksa menadah tempias ang berkali-kali terpercik di wajahnya, gara-gara gurunya yang tidak bergigi itu.

“Adoi!!! Sakitnya…”

Dalam kegelapan itu, wajah Tengku Aqilah sudah berubah pucat lesi sebaik dia mendengar suara lelaki yang mengerang kesakitan.

Hah! Jin jantan?  Tapi suara itu macam aku biasa dengarlah.  Sempat lagi Tengku Aqilah menyusahkan akalnya untuk berfikir soalan yang tiada akal manusia lain ingin memikirkannya.

“Tepilah, sakit tahu tak?”  gerutu Tengku Ryan Ameer.

Sepantas larian Carl Lewis, Tengku Aqilah terus mengalihkan tubuhnya yang begitu sedap mendarat atas tubuh musuh nombor satunya. Opps!  Tak baik sebut musuh, nanti jadi isteri derhaka, suami.  Datanglah alim dia tu.

“Woi! Kau dah buta ke?  Tak nampak orang?” sergah Tengku Ryan Ameer geram.

“Amboi! Sedapnya mulut tu mengata orang buta.  Hei, kalau awak tu rasa tak buta kenapa tak mengelak?  Sedap mulut aje bercakap,” balas Tengku Aqilah pula.

Emm… kalau macam ini tak adalah mana alimnya. Ingatkan dah jadi isteri mithali tadi.

“Halloo… Halloo… ada olang ku?  Manyak lama tunggu wooo… sikalang hali manyak gilap nanti hujan manyak susah woo.  Halloo tauke lu buat apa dalam, cengkalama ahh…”

Tengku Aqilah sudah mengerutkan dahinya mendengar suara lelaki Cina dari muka pintu.

Apa hal pulak apak ni datang rumah ni?  Mak Kiah ni ada hutang dengan Ah Long ke?  Rengusnya di dalam hati.  Tanpa bertanya lebih lanjut Tengku Aqilah yang merasa bertanggungjawab sebagai tuan rumah itu terus menjerit dari dalam.

“Apek, sekarang new owner, itu perempuan yang hutang sama awak sudah pindah, lu boleh baliklah.” Selamba Tengku Aqilah menyuruh lelaki Cina di muka pintu itu supaya beredar dan dalam waktu yang sama dia sudah bangun mendapatkan suis lampu lalu terus ditekan dan rumah yang gelap-gelita itu bertukar menjadi terang-benderang.

Tengku Aqilah terus menjegilkan matanya sebaik melihat Tengku Ryan Ameer sedang mengusap-usap perutnya yang terdapat kesan lebam itu namun mata yang terjegil itu hanya seketika cuma dan dengan muka selamba dia terus menuju ke pintu tanpa menghiraukan Tengku Ryan Ameer yang sudah merenung ke arahnya seperti hendak dimakan hidup-hidup.

Boleh tahan jugak tulang-belulang aku ni?  Memang lembik betullak di bulu jagung ni. Hari tu motor langgar pengsan sehari semalam.  Ni aku langgar bolehkan lebam… Isyh… isyh… tak macho langsung!  Sempat lagi dia mengutuk suaminya di dalam hati.

Tengku Aqilah terus mendapatkan lelaki Cina yang sudah memandangnya tanpa berkelip.

“Wah!  Amoi lu balu balik dali buat show opela Cina ahhh… manyak cantik woo…” Pujian yang tidak langsung mengembangkan lubang hidung Tengku Aqilah.

“Lu mau apa?  Kan saya sudah cakap itu owner lama…”  Belum habis Tengku Aqilah menyusun ayat cacamarbanya, Tengku Ryan Ameer sudah berdiri di sebelahnya dengan wajah yang serius.

“Awak masuk dulu, angkat semua perabot dalam bilik depan bawak keluar.  Lepas tu baru bawak masuk yang baru,” arah Tengku Ryan Ameer pada lelaki Cina itu.

Tengku Aqilah bagaikan tidak percaya mendengar arahan Tengku Ryan Ameer itu.

Baiklah pula hati dia.  Dia suruh tukar semua perabot dalam bilik aku, ganti dengan yang baru.  Wow! Tidur katil barulah aku.  Agaknya sebab itulah dia tak belikan aku cincin, dia tukar dengan perabot.  Isyh, lain macam pulak rasa degupan jantung aku ni, bisik Tengku Aqilah di dalam hati sambil tersenyum simpul sendiri.  Jarinya menggulung-gulung rambut perang keras kejungnya itu.

Tengku Ryan Ameer sudah mengerutkan dahinya sebaik saja melihat dua orang pekerja lelaki Cina itu sedang mengangkat sebuah katil bujang yang hampir tercabut satu kakinya.  Hmm… katil siapa lagi kalau bukan Si Farhana.  Tengoklah isi padu badannya 70 kg dengan ketinggian 5 kali 2 inci, faham-faham sudahlah.

“Wait… wait… letak dulu katil tu,” Tengku Ryan Ameer bersuara.  Dia terus menjenguk ke bilik hadapan, serta-merta tangannya digoyang-goyangkan.

“No… No…  bukan bilik ni.  You letak balik katil tu di tempatnya, you pergi bilik dekat dapur.”  Tengku Ryan Ameer menukar arahannya.

Tengku Aqilah terasa di saat ini alangkah bahagia sebahagianya jika dia boleh menjadi manusia halimunan, agar dia boleh mencekik lelaki jahat ini dengan terjelir lidahnya ke lantai.  Selepas itu dia akan menyiat-nyiat kulitnya dan dagingnya disapu dengan garam dan sebuk kunyit kemudian dipanggang samapi hangus.  Lepas itu dia akan menyuruh Stephanie dan Bruce, kucing-kucing kesayangan Mak Kiah makan dengan raksunya.

Sedak kan nama kucing tu?  Boleh tahan jugak Mak Kiah ni, gara-gara minat yang melampau pada pelakon Stephanie Zimbalist dan Bruce Willis tak pasal-pasal kucing-kucing yang dia jumpa di Pasar Borong Selayang mendapat nama orang putih.  Manalah pulak dua ekor ni pergi, mesti sedang mengubat hati yang laralah tu, berpisah dengan tuannya.  Jauh sungguh Tengku Aqilah berkhayal, suasana yang seperti tongkang pecah di waktu ini telah mengembalikan dia semula ke alam yang nyata.

Hakikat yang sebenarnya di kala ini hanya lubang hidung Tengku Aqilah yang kembang-kempis menahan rasa amarah yang teramat.  Jarinya makin laju menggulung rambut perangnya itu tapi kali ini dari gaya wajahnya bukan guna jarinya pun boleh tapi lebih sesuai guna garpu lagi bagus.  Argh!!!  Jeritan yang hanya bergema di dalam hati.

Tengku Ryan Ameer hanya membuat wajah bersahaja walau dia perasan akan perubahan riak wajah Tengku Aqilah itu.  Perasan, dia ingat aku nak tukar perabot baru bilik dialah tu.  Boleh jalanlah, aku tak suruh dia tidur di ceruk dapur pun dah bagus, guman Tengku Ryan Ameer dengan berlagaknya di dalam hati.

Tengku Aqilah turut perasan riak wajah lelaki kacukan Inggeri itu yang seolah-olah mengejek dirinya.  Alah!  Aku tak heranlah dengan perabot dia.  Kalau aku nak dengan kedai-kedai perabot aku boleh beli tapi hutanglah.  Boleh blahlah!

Dengan wajah yang masam mencuka Tengku Aqilah terus menuju ke biliknya namun langkahnya terhenti apabila sesusuk tubuh laksana badang menutup pintu biliknya.

“Tepilah, sibuk aje berdiri depan pintu bilik orang,” ujar Tengku Aqilah dengan nada yang geram.

Tengku Ryan Ameer yang sedang berpeluk tubuh sudah menghadiahkan senyuman yang cukup sinis buat isterinya.  Isteri?  Uwek!  Serasa ingin keluar segala isi perut Tengku Ryan Ameer setiap kali mengingatkan secara hukumnya perempuan buruk di hadapannya itu adalah isterinya yang sah.

Apalah masalah Si Ryan ni macam bagus sangat.  Pada dia, Si Tasha sengal tu sahaja yang hebat di matanya.  Adakalanya otak dia pun dah jatuh ke tahap gred C.

“Hei!  Kau dengar sini, kalau kau mimpikan untuk hidup macam suami isteri yang lain aku sarankan lebih baik kau pergi cari mana-mana perigi buta, lepas tu kau terjun.  Hei!  Qila kau semat dalam otak kau ni, betapa aku benci sungguh nak menengok muka kau, nak pegang kau pun terasa geli-geleman tahu tak,” bisik Tengku Ryan Ameer di telinga Tengku Aqilah.

Wajah Tengku Aqilah terus berubah sendu, lama dia memandang wajah lelaki yang sudah bergelar suaminya itu.  Dah akhirnya, dia terus mengangkat tangan kanannya dengan wajah yang meluat.  Oh rupanya wajah sendu tadi hanya nak mengasah bakat lakonan rupanya.

“Pi… raah!  Awak ni mengigau kea tau dah buang tabiat.  Tak payah nak cari perigi butalah brother, perigi pekak ke, perigi bisu ke, atau perigi migraine ke, saya tak heranlah.  Jangan perasan lebih-lebih boleh tak?  Tak hingin aku nak pegang awaklah.  Tangan berbulu perang macam bulu jagung, perasan lebih!  Ingat orang nak pegang dia.  Uwek!! Dah-dah tepi, tepi… sibuk aje terhegeh-hegeh berdiri depan pintu bilik orang!”

Tanpa membuang masa Tengku Aqilah dengan brutalnya terus mengambil hanger yang tersangkut di tepi dinding.  Biasalah hanger yang selalu digunakan oleh Pak Hasan untuk meerembat dua kucing pasar borong itu bila berak merata.

Dengan selambanya hanger itu dicangkuk pada kolar baju Melayu suaminya dan terus ditarik.

“Woi! Gila ke?  Koyaklah baju aku nanti,” jerit Tengku Ryan Ameer.

Tengku Aqilah dengan muka tak berperasaan memulas tombol pintu biliknya.

“Darurat, kalau tersentuh nanti batal air sembahyang pulak,” jawabnya.

Dengan pantas daun pintu ditutup kuat.  Gedebum!!! Pantas lelaki Cina yang rupanya lebih banyak busy body dari buat kerja itu menekup hidung peseknya, rasa seperti hidungnya pula yang dibalun pintu.

Nasib baik Tengku Ryan Ameer sempat mengelak.  Jika tidak, dah sah-sah esok dia terpaksa menjalani pembedahan membetulkan hidungnya yang patah.  Itulah batang hidung tinggi sangat, macam hanger baju daa…
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:35 PM | Show all posts
Bab 24

Semasa Tengku Ryan Ameer sibuk mengemas di dalam bilik tidur barunya, Tengku Aqilah yang sudah selesai membersihkan diri melangkah ke dapur dengan memakai t-shirt lengen pendek warna merah dikenakan dengan seluar panjang corak kotak-kotak berwarna biru.

Cantik sangatlah padanan warnanya itu.  Cuma kali ini rambut perang kejungnya dibiarkan berehat di dalam bilik.  Rambutnya yang panjang mengurai itu hanya disanggul di atas kepala.  Wajahnya pula tidak pernah sepi dengan bedak, tapi kali ini ditempek dengan bedak sejuk.  Mai oiii… sekali tengok dah macam perempuan dalam pantang beranak anak kesepuluh sahaja.

Tengku Aqilah terus mengambil ikan goreng di bawah tudung saji, lalu dipanaskan dalam microwave.  Tengku Ryan Ameer sudah keluar dari biliknya yang sememangnya terletak di dapur itu.  Di lehernya tersangkut kain tuala.  Dia sempat lagi mencebikkan bibirnya sebaik terlihat tubuh Tengku Aqilah yang sedang membelakangkan dirinya itu.

“Qila,” panggilnya namun Tengku Aqilah seperti tidak mengendahkannya.

Tengku Ryan Ameer mendengus sedikit.

“Aqilah!” panggilnya kuat.

Tengku Aqilah yang mendengar namanya dijerit terus berpusing.

“Apa?” jawabnya baran.

Tengku Ryan Ameer terus terkejut badak sebaik bertatapan dengan wajah itu.

“Oh my God! Buruknya…” Spontan perkataan itu terpacul dari mulutnya.

Tengku Aqilah sudah mengecilkan matanya.

“Apa masalah awak ni, suka-suka hati nak cakap orang buruk, macam dia tu handsome sangat,” bebel Tengku Aqilah dengan nada yang geram lalu terus dia berpusing menghadap cermin tingkap yang bertinted namun keheningan malam itu ditembusi oleh satu jeritan yang teramatlah nyaringnya.

“Mak!!! Hantu kubur!” jertinya sekuat hati.

Itulah bahananya kalau pakai bedak sejuk tanpa mahu melihat terlebih dahulu muka itu di cermin.  Diri tu memang dah semula jadi penakut jadi apalagi, lontaran vocal pun melaut perginya.  Tengku Ryan Ameer sudah tersenyum mengejek melihatnya.

“Sedar pun diri tu dah macan hantu kubur,” ajuknya pula.

Tengku Aqilah sudah mengusap-ngusap dadanya.  Fuhh!  Hilang semangat dibuatnya.  Tengku Ryan Ameer yang sudah melangkah berpaling semula.

“Hei Qila, dalam bilik Mak Kiah ni tak ada bilik air ke?” soal Tengku Ryan Ameer tiba-tiba.

Tengku Aqilah yang baru pulih dari terkejutnya yang melampau itu sempat lagi menguak anak rambut yang menutup dahinya.

“Buka nada ke? Agaknya Mak Kiah bawak sekali balik kampung kot.”  Jawapan bodoh sombong yang menyebabkan Tengku Ryan Ameer masuk ke dalam bilik air dengan hempasan pintu yang kuat.

Hempas pintu lagi!  Tak sampai satu bulan mahu roboh semua pintu dalam rumah ini nanti.

“Siapa suruh kau tanya aku soalan bodoh.  Padan muka. Hmmm… apa aku nak makan ni?  Tak lalu pulak tengok ikan goreng ni.  Apa aku nak masak ya?  Isyhh… buat apalah aku nak fikir beria-ia dah sah-sah aku ni pandai masak Maggi aje.  Ah, Maggi pun Maggilah,” omel Tengku Aqilah sendirian.

Dalam waktu yang sama tangannya lincah menyediakan bahan penumis untuk memasak makanan malamnya.  Selepas mengambil masa hampir setengah jam Tengku Aqilah akhirnya siap menyediakan menu makan malamnya.  Memang perempuan ini tak tahu masak.  Dengan bangganya dia membawa keluar mangku Maggi mi yang masih berasap itu ke ruang tamu.  Di kala ini Tengku Ryan Ameer sudah pun berada di sofa menonton televisyen.  Matanya langsung tidak dikalih pada Tengku Aqilah yang sudah berada di meja makan.  Tengku Aqilah yang hendak menjamu selera itu terbantut seketika bila terpandangkan Tengku Ryan Ameer yang sudah berpakaian tidur itu menyandar lesu di sofa.

Mesti dia lapar.  Kesian pulak, apalah sangat mengamalkan sikap masyarakat penyayang, tapi aku nak panggil dia apa ya?  Tak kan Ryan pulak, bunyi macam kurang ajar aje, dia kan dah jadi suami aku.  Walaupun aku tak suka dia tapi suami tetap suami. Hmm… apa kata aku panggil dia husband nampak sopan sikit.  Terus sikap murninya menjelma lalu suaminya dipanggil.

“Husband…”

Tengku Ryan Ameer yang menyandar di sofa terus memusing wajahnya.

“Excuse me?  Apa kau panggil?” soalnya dengan wajah yang berkerut seribu.

Tengku Aqilah mengulangnya bersahaja.

“Husband… Kenapa, dah memang awak husband saya, habis tu nak panggil apa?  Tak kan nak panggil hoi pulak,” jawab Tengku Aqilah pula.

Tengku Ryan Ameer sudah mengalihkan badannya menghadap Tengku Aqilah.  Entah mengapa tampan pula dari penglihatan mata Tengku Aqilah melihat suaminya mala mini.

“Panggil nama aje.  Tak payah husband-husband.  Geli aku dengarlah.”

Pantas Tengku Aqilah mengelip-ngelipkan matanya untuk mengembalikan dia semula di bumi Malaysia.  Sebaik suara garau Tengku Ryan Ameer menerjah gegendang telinganya.

“Panggil nama?  Tak naklah, nampak macam saya ni sama tua aje dengan awak.  Anyway suka hati sayalah nak panggil apa pun.  Mulut saya air liur saya, bukannya pakai mulut awak,” jawab Tengku Aqilah bengang bila panggilan nama pun hendak diatur oleh lelaki yang tidak ingin menjadi suaminya itu.

Tengku Aqilah seperti biasalah, lagi orang tak suka lagi dia suka menyebutnya.  Tengku Ryan Ameer hanya mendengus mendengarnya namun elok dia nak membetulkan duduknya Tengku Aqilah memanggilnya lagi.

“Husband… awak nak makan Maggi tak?  Kalau awak nak saya bahagi dua.” Bisik pula hati perempuan ini mempelawa makanan malamnya yang sehabis sedap itu.

Tengku Ryan Ameer tidak menjawab.  Dia terus menumpukan semula perhatian pada kaca televisyen.  Tengku Aqilah hanya mencebikkan bibirnya.

“Tak nak sudah! Buat jual mahal konon, sedapnya Maggi aku ni…” Dengan ucapan bismillah, Tengku Aqilah sudah mula menyudu makanannya.  Namun belum sempat Maggi itu masuk ke dalam mulutnya yang sudah terbuka luas seperti Gua Kelam itu pintu rumah diketuk.

Tengku Aqilah yang seperti biasa merasa dirinya adalah tuan rumah itu sudah bangun dari kerusinya, namun kakinya yang memakai selipar Bug Bunny berwarna kuning kunyit itu tidak sempat membuka langkah bila Tengku Ryan Ameer lebih cepat melangkah ke pintu.

“Piza encik…”

Serasa beberapa titis air liurnya sudah masuk ke dalam mangkuk Maggi mi itu sebaik terdengar perkataan pizza itu.  Setelah menutup pintu, Tengku Ryan Ameer terus menuju ke meja makan, satu set pizza seafood yang masih panas dibuka.

Mak oii… besar-besarnya udang.  Sempat lagi Tengku Aqilah mengerling pada pizza di hadapannya.  Tengku Ryan Ameer begitu berselera sekali menikmati makan malamnya sambil menonton televisyen tanpa berniat untuk mempelawa perempuan yang sudah 3 jam 45 minit menjadi isteri tanpa kerelaan hatinya itu.  Walaupun dia menyedari hampir juling biji mata isterinya gara-gara setiap satu minit mengerling ke arah pizanya.

Tengku Aqilah hanya mengunyah perlahan Maggi minya yang semakin kembang itu.  Tengku Ryan Ameer hanya mengerling sekilas dengan senyuman yang sinis.

“Hai, dah tak sedap ke Maggi tu?” Suara Tengku Ryan Ameer memecah kesunyian yang bertamu sekian lama.

“Sedap apa.  Tak nampak saya mengunyah ni?  Sampai hancur saya kunyah tahu tak.  Tak payahlah awak nak eksyen dengan pizza awak tu.  For your info husband, saya tak suka pizza, tak suka langsung!”  Tengku Aqilah terus menghabiskan Maggi mi di hadapannya dengan begitu berselera sekali dan dengan gaya berlagaknya.

“Eh… ada kucing dalam rumah ni.  Bagus jugak tu, tak payah membazair makanan.  Mieow… mieow…” panggil Tengku Ryan Ameer.

Sakit aje mata Tengku Aqilah melihatnya lebih-lebih lagi bila Stephanie memakan dengan rakus tiga ekor udang sekali gus.  Dengan wajah yang meluat, Tengku Aqilah terus mengangkat mangkuk Magginya lalu dibawa ke dapur.

“Stephanie… Bruce… lebih baik kau kemas lepas makan.  Kalau tak aku rembat kau dengan hanger.”  Jeritan tak puas hati bergema dari dapur.

Tengku Ryan Ameer hanya tersenyum mendengarnya.  Padan muka dia.

Masa tidak pernah mempedulikan sesiapa jua.  Siang berganti malam dan malam pula akan berganti siang.  Begitulah peredaran dunia di bumi Allah ini.  Kesedihan, kegembiraan, kesakitan, kematian, apa jua yang manusia di muka bumi ini alami tidak akan menghentikan pergerakan jarum jam walau sedetik jua.

Diam tak diam perkahwinan Tengku Aqilah dan Tengku Ryan Ameer sudah menjangkau tiga bulan.  Ini bererti cuma tinggal 3 bulan lagi untuk Tengku Aqilah bergelar janda.  Janda?  Hubungan mereka, masih sama, pantang bersemuka pasti bergaduh, ada sahaja yang tidak kena di mata masting-masing.

Terutama Tengku Ryan Ameer, benci sungguh dia melihat wajah Tengku Aqilah itu.  Buruk sangat ke isterinya itu?  Memang buruk pun. Hai!  Alangkah bahagianya jika semua manusia melihat insan lain dengan mata hati pasti isu kecantikan tidak akan wujud sama sekali, tapi kalau muka macam tongkang pecah tak sangguplah pulak menengoknya.  Itulah manusia namanya.

Papanya, Tengku Hisham pula, masih dingin seperti dulu, sangkaan Tengku Aqilah yang perkahwinannya ini akan membawa perubahan yang positif di dalam hubungan mereka meleset sama sekali.  Setiap kali dia bersua muka dengan Tengku Hisham di pejabat, hanya seraut wajah beku yang dilihatnya.  Walaupun secara dasarnya tiada lagi tengkingan mahupun makian pada dirinya, tetapi kedinginan papanya yang bak salju di danau rindu itu, dalam diam dirasakan seperti menyiat-nyiat hingga terburai di perutnya.

Hari ini Tengku Aqilah pulang awal dari tempat kerja, dia diserang selesema dari semalam lagi.  Sampai di pejabat tadi kepalanya sudah berdenyut-denyut lebih-lebih lagi bila membaca laporan yang disediakan oleh si Azrul Botak dan disahkan oleh kakaknya yang menjadi model part time di ofis itu.  Bilalah mereka berdua itu nak meningkatkan gred minda mereka?

Tengku Aqilah sudah terbaring di sofa.  Dalam matanya ralit hendak terlelap telefon bimbitnya berbunyi tanda ada pesanan ringkas yang masuk.  Mungkinkah dari suaminya?  Huhh!  Jangan harap!  Kalau dia dah tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun dan hanya bergantung dengan topen oksigen, mahu topen oksigen tu dicabut dari menyerkup lubang hidungnya.

Begitu sekali ke pandangan Tengku Aqilah pada suaminya?  Malas Tengku Aqilah hendak memeningkan kepalanya yang buat masa ini sudah sememangnya pening untuk memikirkan pasal lelaki yang perasan bagus dan tidak berhati perut itu.

Qila, aku lupa nak cakap tadi, mak aku minta hantar kembong rumah bapak kau.

Pesanan dari Farhana itu dibaca berkali-kali.  Dahinya sudah berkerut.  Nak buat apa hantar ikan kembong ke rumah bapak aku.  Siapa yang nak masak, memanglah ada Tuti tapi kan bapak aku tak suka dia masak.  Apalah Mak Kiah mintak aku buat yang bukan-bukan?  Adui, makin berdenyut kepala aku ni?  Bebel Tengku Aqilah lalu meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.  Malas dia hendak melayan permintaan Mak Kiah yang tidak masuk akal itu.  Elok Tengku Aqilah hendak melelapkan matanya, dia mendengar bunyi pingan berlaga.

“Step… Bruce… nak kena hanger ya?  Aku sakit kepala ni.  Jiwa muslimah aku makin menipis, kang tak pasal kau balik semula ke Pasar Borong Selayang,” jerit Tengku Aqilah, namun bunyi bising di dapur makin menjadi-jadi.

Baran sungguh Tengku Aqilah dibuatnya, tanpa bertangguh dia terus menuju ke dapur dengan hanger di tangan yang sempat dicapai sebaik bangun tadi.

Namun, seelok kakinya mencecah lantai dapur, bibirnya yang dihiasi dengna warna jingga it uterus ternganga.  Matanya tidak berkelip memandang sekujur tubuh yang bukan dikategorikan sebagai gempal tadi lebih tepat lagi tegap.  Tingginya mahu dalam 5 kaki 6 inci, tinggi jugak tu.  Rambutnya dipotong pendek paras bahu.  Kulitnya yang sedang-sedang sahaja, tidak terlalu hitam dan tidak pula terlalu putih.  Pakaiannya, t-shirt warna kelabu tahi bulldog, lengan pendek dikenakan dengan seluar askar celoreng-celoreng.  Apa-apalah Tengku Aqilah sendiri tidak tahu hendak menyebutnya.

“Ini mesti Qila kan?” Suara garau pahit-pahit pria berkumandang.

Suara apa tu?  Alah suara perempuan tapi keras dn garau.  Oh! Perempuan rupanya.  Tengku Aqilah berdikusi dengan otaknya.

“Nanti… nanti… saya ni tak bermimpi kan?” Elok Tengku Aqilah mengutarakan soalan itu sebiji penampar singgah di pipinya.

“Adui!” Terjerit dia dibuatnya.

Perempuan ala gaya Rambo itu sudah memandang Tengku Aqilah.  “MImpi ke?” soalnya pula dengan nada yang tiada berintonasi, seriusnya.

“Tak… tak…”  Tengku Aqilah terus menggeleng.  Khuatir pula jika dia makan penampar buat kali kedua.

Perempuan asing itu masih tidak menunjukkan sebarang reaksi hanya matanya yang tidak berkelip memandang Tengku Aqilah.

“Ehh… kakak ni siapa?  Macam mana boleh masuk rumah saya?” soal Tengku Aqilah dengan gaya yang kurang selesa atas kehadiran tetamu yang tidak diundang itu.

Perempuan itu hanya berwajah selamba, tiada garisan senyuman di wajahnya, “Nama aku, Kembong.”

“Apa kak?” Tengku Aqilah bertanya sekali lagi untuk memastikan dia tidak berkhayal di kala ini.  Perempuan yang menggelar dirinya Kembong itu sedikit mendengus garanglah pulak.

“Cuba tumpukan perhatian bila orang lain sedang bercakap, berdisplin sikit!  Nama saya Kembong, Kembong binti Kantan faham?” Garang suaranya.

Tengku Aqilah sudah mengangkat dahinya, hanger di tangan dipukul-pukul lembut di badannya.

“Garanglah pulak Kak Kembong ni, nasib baik bapak dia tak bagi nama laksa,” guman Tengku Aqilah sendiri.

Namun hebat sungguh deria pendengaran Kak Kembong ini bila antenna telinganya dapat menangkap apa yang diguman oleh Tengku Aqilah itu.

“Ikan kembong pun boleh buat laksalah,” sampuknya tiba-tiba namun masih bernada serius.

Tengku Aqilah yang hendak tergelak mendengarnya terus mematikan niatnya itu.  Susah dia hendak membezakan kata-kata Kak Kembong itu sama ada bergurau atau sekadar satu ayat penyata.  Percakapannya tidak berintonasi hanya satu nada sahaja, serius bebenar.

Dalam Tengku Aqilah pening dengan tetamunya itu tiba-tiba dia teringat akan SMS yang dihantar oleh Farhana sebentar tadi, terus Tengku Aqilah menepuk dahinya.

“Oh aku dah tahu.  Inilah dia Kembong yang Mak KIah suruh aku hantar rumah Pak Engku tu. Hmm ini mesti orang gaji baru, yalah masa Mak Kiah nak balik kampung hari tu dia ada janji dengan Pak Engku nak cari orang gaji baru yang boleh memasak.  Mesti Mak Kiah yang beritahu tempat rahsia spare key, tak adalah susah mana pun bawah pasu bunga kertas yang dah tinggal ranting itu aje… tapi macam seramlah dengan Kak Kembong ni, tapi elok jugak sekali-sekala kakak sengal aku tu kena dengan orang macam ni.”

Tengku Aqilah sudah tersenyum sendiri.  Yalah kalau dia senyum pada Kak Kembong pun belum tentu senyumannya itu akan dibalas.

“Kak Kem…” Tengku Aqilah bersuara namun baru mulutnya hendak meneruskan ayat yang seterusnya Kak Kembong memotong, “Jangan pandai-pandai nak komersialkan nama aku, panggil aje Kak Bong.  Semua orang kampung panggil nama tu, ikutkan bapak aku nak bagi nama Kemboja entah macam mana polis yang bertugas masa tu, baru lepas makan laksa agaknya dia boleh taruk nama Kembong… tapi takpa aku dah suka nama tu, 48 tahun nama tu dah sebati dalam diri aku,” jelas Kak Bong panjang lebar.

Elok Tengku Aqilah hendak membuka mulutnya, Kak Bong bersuara lagi, peramahlah pulak walau suara tak bernada.

“Aku ni bekas askar Wataniah, tapi jangan ingat aku tak pandai buat kerja-kerja rumah.  Jadi mulai hari ini kau tak payahlah makan Maggi lagi, nanti aku hantar makanan kat kau.”

Berubah wajah Tengku Aqilah apabila Kak Bong tanpa berperasaan merendahkan kemahiran memasaknya.  

“Cis! Mesti Mak Kiah beritahu ni.  Tapi elok jugak, aku tak tahu nak up kan orang langsung.  Tapi elok jugak, aku pun dah nak muntah bau Maggi. Tak apalah Kak Bong, garang pun garanglah janji soro aku tak miss.”  Tengku Aqilah sudah mengukir senyuman sampai ke telinga.

Kak Kembong hanya memandang dengan wajah seperti pengawal Istana Buckingham sahaja, hancus macam ni.  Smile Kak Bong! Smile!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:35 PM | Show all posts
Bab 25

Tengku Aqilah tiba di rumah di kala mentari sudah selesaikan tugasannya.  Kini giliran bulan mahupun bintang pula menjalankan tugas, kiranya tukar shiftlah tu.  Tapi tak adalah malam mana pun, lebih kurang 20 minit lagi nak habis waktu Maghrib.  Sebaik kakinya melangkah masuk, matanya itu terus terpandangkan Tengku Ryan Ameer yang macam kanggaru hilang anak dalam kantung sahaja.  Pelik pula Tengku Aqilah melihatnya.

“Assalammualaikum,” sapanya sopan.

“Waalaikummusalam,” jawab Tengku Ryan Ameer serius tanpa menoleh langsung paa pemberi salamnya.

Melihat dari air muka Tengku Ryan Ameer itu, Tengku Aqilah merasakan yang lelaki ini tidak mahu sesiapa pun mencampuri urusannya.  Tengku Aqilah terus mematikan niatnya untuk menjadi masyarakat terlalu prihatin, terus tangannya memulas tombol pintu bilik tidurnya.

Namun sebaik kakinya hendak melangkah masuk dia dapat menangkap bunyi keluhan yang kuat dan yang begitu memaksa dia menjadi penyibuk bila dia melihat Tengku Ryan Ameer sudah menjenguk di belakang televisyen 21 inci yang baru dibelinya secara ansuran dengan Kedai Singer Bun Tat.  Itu pun gara-gara televisyen lama kepunyaan Pak Hasan dah tak dapat membezakan anggota-anggota badan manusia terutama bahagian lubang hidungnya.  Tak pasal-pasal jatuh pulaklah tv aku ni kang, getusnya di dalam hati.

“Husband…”

Tengku Ryan Ameer mengerling tajam pada isterinya.  Sakit sungguh hatinya setiap kali mendengar panggilan itu.  Namun, seperti biasa Tengku Aqilah tidak mempedulikannya.

“Awak ni kenapa?  Sekali tengok dah macam orang kena buasir aje,” soal Tengku Aqilah selamba.

Tengku Ryan Ameer sudah mendengus.

“Apa orang kena buasir macam ni ke?  Macam biasa kena aje,” sindir Tengku Ryan Ameer pula.

“Lebih kuranglah, tapi dah baik.  Ehh, tak kisahlah.  Itu hal lain, soalan saya sekarang awak ni kenapa?  Terjenguk sana terjenguk sini, kalau awak ingat dalam rumah ni ada harta karun tak payah buang masa lah.  Dah sah-sah semua harta tu Mak Kiah dah bawak balik kampung,” tegur Tengku Aqilah pula.

Tengku Ryan Ameer sudah membuat muka bosannya.

“Woi, aku tak kemaruklah dengan harta orang.  Harta bapak aku pun tak habis nak makan tau,” balas Tengku Ryan Ameer dengan berlagaknya.

Tengku Aqilah sudah mencebikkan bibirnya.  Tak habis nak makan konon, kalau ya tak habis yang kau sibuk dengan syer 40 peratus sampai sangguk kahwin dengan aku tu kenapa?  Nasib baiklah aku ni kira cunlah, kalau dapat perempuan yang macam muka pecah sampan, baru kau tahu.  Berlagak, guman Tengku Aqilah di dalam hatinya.

Malas Tengku Aqilah hendak melayan perangai lelaki perasan bagus dan berlagak tahap boleh membawa serangan jantung itu.  Tengku Aqilah terus menolak pintu biliknya, namun sekali lagi kakinya terpaksa mengundur bila suara Tengku Ryan Ameer memasuki antenna telinganya.

“Kau ada nampak handphone aku?” soalnya dengan muka yang macam bagus.

Tengku Aqilah bagaikan sedang memikirkan sesuatu, kemudian dia terus mengirai-ngirai rambut palsunya, sampai senget rambut itu jadinya.

“Woi, aku tanya pasal handphone aku, yang kau sibuk mengirai rambut buruk kau tu apa halnya?” Kasar Tengku Ryan Ameer menyoal musuh merangkap isterinya itu, Tengku Aqilah hanya menjawab selamba, “Sabarlah saya nak cari handphone ni.  Manalah tahu kot-kot termasuk dalam rambut palsu saya ni.  Maklumlah rambut ni dah dua minggu tak basuh.  Jangankan handphone, Lamborghini awak kalau hilang pun boleh cari dalam ni.”  Tengku Awilah sudah membuat lawakk bodohnya.  Ini bukan lawak bodoh tapi loyar buruk peringkat Wilayah Persekutuan. Kah! Kah! Kah! Tak rasa nak gelak pun…

Tengku Ryan Ameer sudah mencerlung matanya memandang Tengku Aqilah.  Giginya diketap geram.  Tengku Aqilah tanpa menunggu waktu sesaat jua terus masuk ke dalam biliknya.

“Padan muka kau.  Nak menanya dengan orang tu biarlah ada tatasusila sikit.  Entah mana-mana dia letak, nak bising dekat aku pulak,” gerutu Tengku Aqilah sendiri.  Terus dia berbaring di katil Farhana.  Macam biasa tempat dia menyerapkan bau badan sebelum mandi, alah sekadar menambah satu dua lagi resipi bau apalah salahnya.

Dalam Tengku Aqilah baru berkira-kira hendak melelapkan matanya sesaat dua, jeritan Tengku Ryan Ameer memanggil namanya bergema.

“Aqilah!!!”

Tengku Aqilah terkejut beruk dibuatnya.  Pantas dia bangun.  Sakit pula hatinya bila ketenteraman dirinya diganggu oleh musuh nombor satunya itu.

“Tak ada nama lain ke nak panggil, asyik Aqilah aje.  Panggillah Asmah ke, Mariah ke… Faridah ke?  Heiii… dia ni memang cari masalah betullah dengan aku,” rungut Tengku Aqilah sambil bercekak pinggang.  Marah sangat nampaknya tu!

Tengku Ryan Ameer sudah menjegilkan biji matanya.

“Hei!  Kau tengok jam sekarang pukul berapa!  Maghrib dah habis tau, aku dah lama sembahyang.  Kau tu yang baru balik, entah sembahyang, entah tak.  Sedap aje mulut tu mengata orang.  Tapi biasalah orang perempuan, alasan standard bila tak sembahyang, uzur!  Entah ya entah tidak,” balas Tengku Ryan Ameer pula dengan geramnya.

Tengku Aqilah sudah menjongketkan hidungnya, lawa sangatlah tu.  Hish dia ni, memang mencabar jiwa muslimah aku betul!  Tak tahulah berapa lama aku boleh tahan dengan mamat bulu jagung ni, jerti Tengku Aqilah di dalam hati.

“Kau tengok tu?  Apa benda tu?” Suara Tengku Ryan Ameer bergema semula.  Jari telunjuknya harus menghala ke sudut dapur.

Tengku Aqilah tanpa banyak soal terus menghalakan matanya, kemudian dia terus melepaskan nafasnya perlahan. Wajah Tengku Ryan Ameer dipandang.

“Awak jerti panggil saya ke sini semata-mata nak tahu apa benda kat sudut tu?  Awak  ni ada masalah mata ke atau masalah jiwa?”

Tengku Ryan Ameer sudah membuka mulutnya untuk menjawab, namun pantas disampuk oleh Tengku Aqilah.  “Okeylah saya beritahu, tapi lepas ni awak jangan kacau saya lagi.  Tu… kat sudut tu, bekas yang saya isi pasir.  Saya nak ajar si Bruce dengan Step buat pelaburan cara berhemah dan di dalamnya sekarang dah jelaslah bahan buangannya.  Tak kan Kak Bong dengan Tuti melepas kat situ pulak.  Dah-dahlah… saya nak mandi ni…”

Namun langkah Tengku Aqilah terhenti bila Tengku Ryan Ameer sudah berdiri tegak menghalang jalannya.

“Kau jangan nak loyar buruk dengan aku tau.  Aku yang ada masalah mata ke atau kau.  Aku bukan tanya apa benda tu aku tunjuk barang yang tepi benda alah tu!”

“Barang apa?  Hish dia ni, kena jugaklah aku yang rabun ni pergi dekat,” bebel Tengku Aqilah lalu mendekati bekas pasir itu.

Apa lagi terbeliak biji matanya, sampai terjongket-jongket hidungnya.

“Dah nampak?  Apa masalah kucing kau ni?  Dah tak ada benda dia nak main dalam rumah ni, sampaikan handphone aku pun dibelasahnya.  Kau ingat handphone aku tu murah ke?” Baran sungguh Tengku Ryan Ameer jadinya.

Tengku Aqilah sudah menggaru-garu kepalanya, hidungnya digesek berkali-kali, tak tahan bau yang semerbaklah tu.

“Haa… macam nilah. Tengok dari gaya handphone awak tu tak rosak pun.  Paling-paling calar aje sikit, awak pergilah ambik.  Tak kena pun benda alah tu, sipi aje.  Hish!  Si Bruce dengan Step ni menang nak kena hanger.  Awak jangan risau, tahulah saya nak buat apa dengan dua ekor tu.

Bruce!!! Step!!! Lebih baik keluar, jangan sampai aku yang jumpa kau, sesuka hati aje main dengan handphone mahal orang tau.  Kalau ya pun rindukan mak korang kat Pasar Borong Selayang tu, pinjam ajelah handphone murah aku.  Tak pun pergi aje kat public phone… Heiii… memang nak kena rembat ni!!!”

Tengku Ryan Ameer begitu bangang mendengarnya, pantas dia meluru ke biliknya dan seperti biasa, bum!!!  Pintu bilik dihempas.  Inilah namanya, marahkan nyamuk, rumah diruntuhkan.  Tengku Aqilah dengan wajah yang tidak berperasaan terus masuk ke dalam bilik air dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibir.

Tengku Ryan Ameer sudah menghenyakkan punggungnya di atas katil dengan hati yang panas membahang.  Rambutnya diramas sekuat hati.  Ikutkan marahnya, mahu sahaja di waktu ini dia pergi berjumpa dengan bapa saudaranya, meminta untuk menghentikan rancangan mereka itu.  Ikutkan hati, tidak sanggup lagi dia hendak menghadap muka perempuan yang menyakitkan hati itu.

Dahlah muka tu buruk, perangai pun tak semengah!  Tak ada apa pun pada diri dia yang boleh menarik hati aku.  Heiii… geramnya aku.  Kenapalah aku setuju dengan rancangan bodoh Pak Long dengan Natasha ni?  Aku rasa nak menunggu 6 bulan ni dah macam rasa 60 tahun aje.  Ya Allah, kau sabarkanlah… sabarkanlah aku Ya Allah, detik hatinya.

Tengku Ryan Ameer sudah meraup wajahnya.  Nafasnya dilepaskan sekuat hati.

“Kalau bukan kerana Natasha jangan harap aku sanggup buat semua ni.  Aku tak boleh melatah, aku tak boleh terlalu emosional dalam hal ni.  Nanti belum sempat 6 bulan aku yang jalan dulu.  Demi kasih aku pada Natasha aku harus kuat!  Ya, aku harus kuat, perut aku pun dah lapar ni lebih baik aku order makanan ajelah.”

Tengku Ryan Ameer menghembuskan nafasnya lembut, dia makin merasa tenang.  Perlahan-lahan dia melangkah keluar.

Tengku Aqilah yang sedang leka menonton televisyen tersentak bila Tengku Ryan Ameer tiba-tiba muncul di sebelahnya.  Entah masa bila dia keluar dari bilik tidak pula Tengku Aqilah perasan.

“Pinjam handphone?”

Tengku Aqilah sudah mengerutkan dahinya.  “Rosak ke handphone tu?” soal Tengku Aqilah.

Tengku Ryan Ameer sudah duduk di sofa berhadapan dengan isterinya. “Tak, esok aku suruh Tuti ambilkan si card aku, lepas tu buang aje handphone tu.”

Tengku Aqilah sudah mencebikkan bibirnya mendengar penjelasan berlagak suaminya itu.  Memang Si Tuti ambil bawak balik Indon ajelah nanti, desis Tengku Aqilah dalam hati.

“Dah tu, nak buat apa awak nak pinjam handphone saya.  Sure esok awak beli baru kan,”  balas Tengku Aqilah pula.

“Memanglah… tapi sekarang ni aku lapar.  Aku nak order makanan.”  Jawapan Tengku Ryan Ameer itu tidak langsung menghairankan Tengku Aqilah.

Mana tidaknya semenjak si mata biru itu bertamu di rumah ini belum pernah dia memakan makanan yang diberi oleh Kak Kembong.  Tapi yang peliknya, bila dia pergi ke rumah Tengku Hisham, dia makan pula makanan yang dimasak Kak Kembong.  Mesti, takut aku taruk apa-apa dalam makanan dia.  Takut kena ubat guna-gunalah tu!  Orang yang muslimah macam aku tak mainlah bomoh-bomoh.  Tengku Aqilah sudah mengangkat-angkatkan keningnya.

“Boleh ke tak pinjam ni?” soal Tengku Ryan Ameer lagi.

Tengku Aqilah terus menolak handphonenya yang terletak di atas meja ke arah Tengku Ryan Ameer.  Sebaik handphone itu berhenti di depan suaminya itu, Tengku Ryan Ameer sudah mengerutkan dahinya.

“Ini handphone ke Tupperware? Siap ikat getah lagi.  Handphone zaman bila punya ni?”

Tengku Aqilah terus membeliakkan matanya mendengar hinaan yang begitu dahsyat dari suaminya itu mengenai handphone kesayangannya yang dibeli sebelum dia berangkat ke US, 5 tahun yang lalu.

“Amboi mulut, sesedap rasa ikan tuna aje bercakap.  Heii… awak jangan nak kutuk handphone saya tau.  Orang dah bagi pinjam pun dah bagus.  Banyaklah pulak songeh, hanya orang macam saya aje yang tahi menghargai barang yang antic macam ni.  Awak apa tau, dahlah tak payah pinjam.”  Elok Tengku Aqilah hendak mengambil kembali handphonenya pantas Tengku Ryan Ameer menyambarnya.

“Apa-apa ajelah, handphone kau ni memang cantik.  Antik sangat!  Pusing satu Malaysia pun belum tentu jumpa kan,” balas Tengku Ryan Ameer bersahaja.

Dalam waktu yang sama jarinya terus menekan nombor Mc Donalds, tidak sampai 1 minit kedengaran suara orang di talian.

“Ya, selamat malam saya nak…”  Belum sempat Tengku Ryan Ameer memanjangkan bicara, talian terus termati sendiri.

“Helo… helo…” panggilnya.  Terus wajah Tengku Aqilah dipandang minta penjelasan.

“Kenapa tak ada bunyi langsung ni?”

Tengku Aqilah sempat lagi menguap, wajahnya yang bertempek bedak sejuk itu diraup perlahan.

“Alah, biasalah tu, kredit tinggal RM1.  Awak sempat mukadimah ajelah.  Hai mengantuknya,” jawab Tengku Aqilah dengan selambanya.

Tengku Ryan Ameer terus mendengus.  Handphone buruk itu terus diletak kasar di atas meja.

Ya Allah kau sabarkanlah hati aku mengadap perempuan buruk ni, doa Tengku Ryan Ameer lagi di dalam hati.

Wajah isterinya dipandang, “Okay, macam nilah Qila.  Aku nak keluar makan, aku lapar sangat ni, so…”

Belum sempat Tengku Ryan Ameer menghabiskan ayatnya Tengku Aqilah terus menyampuk, “So, awak tunggu saya sekejap saya nak cuci muka.  Baju tak payah tukar, t-shirt dengan track suit okeylah kan?  Sekadar nak pergi makan kat Mc Donalds aje.  Saya tahu awak teringin nak makan kat McD kan? Tunggu ya.”

Tengku Ryan Amer sudah kehilangan kata-kata, kepalanya dianggukkan perlahan.

“Good… good.  Aku kena bawak dia keluar makan sekali.  Baju tak payah tukar, bagus t-shir warna hijau, track suit warna pink…”  Tengku Ryan Amer sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi hanya satu keluhan yang kedengaran.

Tengku Ryan Ameer sedar di kata ini dia tidak mampu untuk menghalang Tengku Aqilah dari mengikutnya. Ya, perjanjian mesti berada di rumah sebelum pukul 9.00 malam dan jika hendak keluar juga mesti membawa Tengku Aqilah Bersama.  Noktah!

Tengku Ryan Ameer sudah berada di luar.  Dia melihat kereta Tengku Natasha tidak ada di garaj, pasti dia belum balik lagi.  Tengku Ryan Ameer yakin, Tengku Natasha begitu tertekan sekali perasaannya dengan perkahwinan yang tidak diduga itu.  Sebab itu sejak kebelakagan ini, dia perasan yang kekasihnya itu jarang pulang awal.  Kesian Natasha, desis hatinya.  Yalah tu, jangan-jangan sekarang ni Si Tasha tu sedang rock and roll the music, entah ka mana-mana.

Tengku Aqilah muncul di pintu dengan rambut perang kejungnya.  Wajahnya ditempek make up semula.

“Anggap ajelah yang aku bermimpi,” desis Tengku Ryan Ameer di dalam hati.

Tengku Ryan Ameer hanya memfokuskan matanya pada jalan raya.  Tidak ingin dia menyeksa matanya memandang perempuan di sebelahnya itu.  Tengku Aqilah yang sudah bosan peringkat sawan terus menekan punat radio.  Suara DJ KC, dari KLFM berkumandang.

Fuhh!!  Sedapnya suara dia, mahu angau aku dibuatnya, desis Tengku Aqilah sambil melelapkan matanya.  Namun angaunya itu cuma seketika bila suara DJ pujaannya itu hilang dari gegendang telinganya.

Pantas dia membuka mata.  “Kenapa awak tutup radio tu?” soal Tengku Aqilah, geram.

Tengku Ryan Ameer sudah mengangkat bahunya.

“Kereta aku, suka hati akulah nak tutup ke nak buka ke?  Kau tu dah kira bertuah aku bagi tumpeng tau?” Sinis jawapan suaminya.

Tengku Aqilah sudah mencebikkan bibirnya.

“Dan awak tu dah kira bertuah saya bagi keluar tau, kalau awak banyak sangat hal kita balik aje.  Saya tak kisah, perut saya ni dah terlebih kenyang,” balas Tengku Aqilah pla.

Ikutkan hati Tengku Ryan Ammer, ingin saja dia berpatah balik tetapi memikirkan perutnya yang sudah menyanyi lagu, ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’ itu dia meneruskan juga dan membiarkan sahaja bila Tengku Aqilah dengan selambanya menekan semula punat radio dalam kereta miliknya.

“Kenapa kau sibuk nak dengar radio.  Bukan ke lagi elok kau tengok aje muka aku yang handsome ni.  Bukan ke itu yang kau inginkan?”

Tengku Aqilah terus mengoyang-goyangkan cuping telinganya untuk memastikan apakah yang didengar itu hanya fantasi ataupun sebenar-benarnya satu reality.  Tepat pukul 9.36 minit malam ini.  Wajah Tengku Ryan Ameer dipandang dengan mulut yang ternganga.

“Hai, sampai ternganga mulut tu.  Kenapa handsome sangat ke aku ni?  Atau malam ni baru kau perasan yang aku sememangnya handsome,” ujar Tengku Ryan Ameer lagi sambil mengerling sekilas pada isterinya yang kali ini sudah seperti orang yang hendak meraung sahaja.

“Husband… husband…” Tengku Aqilah sudah menggunakan senjata tunggalnya, menyebut nama yang paling dibenci oleh suaminya.

Wajah Tengku Ryan Ameer mula mencuka.

“Awak jangan bagi saya menangis sampai bengkak mata boleh tak?  Sayu betullah hati ini mengenangkan nasib awak yang terlampau terdesak memuji diri sendiri.  Kesian awak kan?  Macam tu sekali tekanan awak, tak apalah saya tengok muka awak okey.  Kesian awak penat puji diri sendiri.  Saya tengok awak, saya tak kelip mata.  Saya tengok awak ni, saya tengok ni… Hish handsomenya, macam ayam jantan lepas bertelur.  Ehh… tersasul pulak.  Ayam betinalah, ayam jantan mana boleh bertelur kan?”

Tengku Aqilah sudah mula dengan lawak bodohnya.  Matanya tidak beralih memandang Tengku Ryan Ameer.  Sesekali dia mengelip-ngelipkan matanya seperti gaya orang yang terlampau teruja melihat buah hatinya.

Meluat sungguh Tengku Ryan Ameer melihatnya, giginya diketap.

“Hei… jangan nak tayanglah muka buruk kau tu depan aku.  Hish… kau ni kan, kalau sekali tak menyakitkan hati aku, tak boleh ke?  Woi, Qila, kalau kau tak tergila nak menengok muka aku, kenapa kau perlu buat perjanjian bodoh macam tu?” tempelak Tengku Ryan Ameer pula.

Tengku Aqilah sudah menyandar semula di kusyen kereta sambil berpeluk tubuh.

“Bukan idea saya, Ana.  Awak ingat saya ni kemaruk sangat ke nak tengok muka awak hari-hari dalam rumah tu. Heiii pleaselah balik nanti singgah kedai beli cermin banyak-banyak.  Lepas tu awak cermin muka awak tu sebelum nak tuduh saya bukan-bukan,” gerutu Tengku Aqilah geram.

Tengku Ryan Ameer sudah tersenyum sinis mendengarnya.

“Tak payah nak tengok cermin.  Kat luar sana ramai perempuan yang sanggup jadi cermin aku.  Diorang tu tergilakan aku tau.  Lainlah macam kau, orang gila pun belum tentu suka kau kau,” ejek Tengku Ryan Ameer dengan selambanya.

Tengku Aqilah sudah mengetap giginya, geram.

“Perasan, macam bagus.  Heii… siapa kata kat luar sana tak ada lelaki yang sukakan saya?  Saya aje sebenarnya yang tak nak melayan.  Bukannya macam awak.  Tahulah hidung tu mancung sampai boleh sangkut hanger tapi pipi tu tak payahlah tersorong-sorong.  Hmmm, Shafiq suka dengan saya apa?”  ujar Tengku Aqilah pula dengan berlagaknya.  Ah!  Hentam ajelah walau hakikatnya Shafiq tidak langsung menunjukkan walau sekelumit jua tanda-tanda syok ataupun tersyokkan dirinya.

Tengku Ryan Ameer terus meledakkan tawanya, makin geram Tengku Aqilah jadinya.

“Awak ni gila ke?  Tak pasal-pasal ketawa.  Kalau ya pun lapar tak akan sampai jadi biul kot,” dengus Tengku Aqilah.

Tengku Ryan Ameer sudah menggeleng.

“Shafiq sukakan kau?  Aku tak dapat bayangkan betapa sepadannya korang berdua.  Kena sangatlah tu, yang sorang mereng yang sorang lagi skema.  Memang sesuai sangat jodoh kau dengan dia.  Kau sabar ya, nanti lepas kita dah bercerai, aku sendiri tolong pinang kau bagi pihak Shafiq.  Yalahkan kalau tak, sampai ke tualah kau menjanda.”  Jelas Tengku Ryan Ameer dengan terlebih jujurnya.

Tengku Aqilah sudah mengecilkan mata.

“Heii… saya lebih rela jadi janda tua.  Walaupun mengikut statistic penceraian di Kuala Lumpur ni sahaja, tahun 2008 dah mencecah 1,444 kes tapi saya tak teraga-agak nak menambahkan bilangannya tu.  Dari dapat suami spesies macam awak ni!  Heii… bila awak nak berhenti ni?  Dah lima McD lepas tau.  Awak nak makan McD kat mana?  Kat Terengganu?” baran pula Tengku Aqilah.  Asyik duduk dalam kereta saja sedari tadi.  Rasanya mahu dah hampir sejam juga mereka menelan angina di jalan raya.

“Aku cari gerailah, tapi itulah masalahnya aku tak pernah makan kat gerai.  Aku tak tau nak berhenti kat mana.”

“Laa… gerailah pulak.  Bukan awak nak makan McD ke?”  Rimas Tengku Aqilah dibuatnya dengan lelaki kacukan Inggeri ni.

“Excuse me, kau ingat aku nak bawak kau makan kat McD?  Pleaselah jangan buat malu aku okey.  Ni naik kereta ni pun nasib baik malam, kalau siang jangan harap aku nak bagi kau tumpeng.  Ha… kau suggestlah mana-mana gerai yang kau tahu.”  Begitu sekali penilaian Tengku Ryan Ameer pada isterinya.

“Kalau awak malu makan kat McD kita makan di hotel ajelah,” Tengku Aqilah sempat lagi melawak.  Tidakkah tergores hatinya dengan kata-kata suaminya itu.

Tengku Ryan Ameer sudah mencemikkan wajahnya, “Apa kau dah gila?” dengusnya geram.

Tengku Aqilah sudah mengangkat kedua belah bahunya.  “Poyohlah dia ni, nak buat joke pun tak boleh.  Okeylah macam ni aje, kalau awak malu, awak boleh take away kan.  Dekat McD tu kan ada drivetru…  Tak payahlah keluar.

Orang tua-tua kata, kalau kita dah teringin nak makan sesuatu, janganlah ditahan-tahan.  Manalah tahu kalau awak mati malam ni silap-silap terbeliak aje biji mata tu.  Lagipun buat apa pergi gerai, saya sure awak tak kan lalu makan punya.  Pergi McD ajelah.  Nanti sampai kat situ saya palinglah muka, awek yang ambik order tu sure tak perasankan saya.  Awak sempat mengurat lagi,” balas Tengku Aqilah pla.  Nada suaranya masih bersahaja namun hakikat hatinya tergores sebenarnya.

Tengku Ryan Ameer sudah mengerutkan keningnya.  Wajah Tengku Aqilah dikerling sekias, melampau ke kata-katanya itu.  Tapi itulah kenyataannya, rasanya setakat mala mini dia tidak sanggup unuk berdua dengan isterinya di tempat-tempat awam sebegitu.  Kalau di gerai tu, okeylah jugak, potensi untuk bertemu rakan-rakannya tidak aka nada langsung.  Yalah, kalau dah begitu tanggapan Tengku Ryan Ameer pada dirinya, siapalah Tengku Aqilah hendak menghalangnya.

Dan pada pagi itu, Tengku Ryan Ameer yang hendak pergi bekerja, terpandangkan burger Big Mac yang dibeli untuk isterinya, tidak langsung terusik di atas meja.  Pintu bilik Tengku Aqilah dipandang sekilas sebelum dia melangkah keluar.  Sebaik Tengku Aqilah mendengar pintu rumah ditutup, dia terus membuka pintu biliknya.

“Dia ingat aku heran dengan burger Big Mac dia.  Selamba aje dia mengutuk aku.  Dia buat macam aku ni tak ada hati, tak ada perasaan.  Tak apa Allah tu ada.  Hari ni hari kau bulu jagung, esok-esok belum tahu lagi. Emm… malas nak fikir pasal dia, lunch nanti aku nak ajak Shafiq dengan Ana makan di McD, aku nak oder dua burger Big Mac.  Dah sah-sah Shafiq yang akan belanja, selamat duit aku.”  Dengan cerianya Tengku Aqilah menutup pintu rumahnya.

Hei, kuatnya makan!  Sepupu hantu raya ke ni!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 10:36 PM | Show all posts
Bab 26

Tengku Aqilah berdiri di tepi tingkat menikmati tempias hujan lebat yang turun dengan menggila.  Dia mendongak ke langit, gelap tiada bulan mahupun bintang mala mini.  Dah nama pun malam mestilah gelap, ditambah pula hujan, jangankan bintang, tiang elektrik TNB itu pun selalu terpadam.

Apalah Si Qila ni?  Entah mengapa malam ini hatinya sedikit resah.  Resah meningatkan kata-kata Farhana siang tadi. Nafasnya dilepaskan perlahan.  Bosan sangatlah tu.  Wajahnya yang semakin basak dek tempias hujan dilap perlahan.  Inilah susah dapat papa klon Haji Bakbil, awning pun tak nak dipasang di tingkat. Bila hujan tadah muka ajelah.

Habis tu, dah tahu basah, yang kau masih tercegat di tepi tingkat tu buat apa?  Bidas otaknya pula.

Tapi pada Tengku Aqilah kena tempias hujan  sepuluh kali lebih baik dari kena tempias air liur Farhana yang bercakap tak berhenti masa makan tengah hari tadi.

“Aku yang makan cili, dia yang kena cirit-biritnya.  Tapi betul jugak apa yang dia cakap tu,” bisik Tengku Aqilah sendiri.

“Woi, Qila… macam mana?  Dah nak dekat 4 bulan ni tak akan tak ada apa-apa?” soal Farhana tiba-tiba.

Tengku Aqilah yang sedang beria-ia menyedut siput sedut hamper tertelan dengan cengkerangnya sekali.

“Kau ni apahal Ana, bolek tak isu yang tak penting macam ni kau cakap masa aku nak pergi tanda ke?  Atau masa aku nak pergi bancuh air, atau masa aku basuh muka kea tau…”

Farhana sudah mengangkat tangannya menyuruh Tengku Aqilah berhenti bercakap.

“Opp…Opp… jangan kau nak banyak ‘ke’!  Nanti tak pasal kau tak terkecik siput sedut tu, aku yang sumbat bagi kau tercekik.  Wei Qila, kau sedar tak apa yang kau cakap, aku tak faham macam mana kau boleh kata perkara tu tak penting.  Cuba kau hitung dengan jari-jemari kau yang kontot tu.  Tinggal berapa bulan lagi perkahwinan kau dengan Ku Ryan?”

Tengku Aqilah tidak menjawab soalan Farhana itu.  Dengan wajah yang bosan dia menyedut fresh orange milik Farhana sehingga habis dan Farhana pula seperti selalunya akan menghabiskan air kosong milik Tengku Aqilah.

Tapi bila tiba di kaunter, “Macha, fresh orange, Ana bayar tau dia yang order tadi. Saya ordre air kosong aje.”

Farhana hanya mampu menggeleng melihat fresh orangenya yang tidak bersisa itu.

“Ala Ana, kau nak harap jadi macam mana aku dengan Ku Ryan tu?  Haii… aku tak fahamlah.  Kau sendiri tahu kan dia tak suka aku dan aku pun taklah berapa suka dengan dia.”

“Taklah berapa suka?  Meaning kalau dia bagi respons kau sukalah jugak kan?” sampuk Farhana tiba-tiba.

Tengku Aqilah sudah membuat gaya berlagaknya.  Kolar baju blausnya ditarik sedikit.  “Well, aku…”

Farhana sudah mencebikkan bibirnya.

“Alah tak payah nak cover linelah Qila.  Mana perempuan yang tak suka dengan lelaki handsome macam tu.  Kalau aku pun dia offer jadi bini nombor empat belum tentu aku aku menolak.  Walaupun aku terpaksa menghadap madu yang sengal macam kau ni.”  Selamba Farhana mengutuk sahabatnya itu.

Tengku Aqilah sudah membeliakkan matanya.

“Hei, Ana kau ni macam tak saying isu padu badan sendiri nampak!  Kang tak pasal lemak dalam badan tu tinggal tulang-belulang aje.  Hei Ana, kau ingat aku heran ke kalau muka dia handsome sekalipun macam yang kau kata.  Alah kalau aku nak, aku petik jari aje lebih handsome dari muka dia aku boleh dapat tau,” ujar Tengku Aqilah sambil memetik jarinya di hadapan muka Farhana.

“Yalah, memanglah kau boleh dapat tapi setelah disahkan oleh doctor pakar sakit jiwa yang lelaki itu memang dah tak boleh diubati sakit mental dia.  Heii… dah-dahlah Qila, mulalah nak melalut tu.  Sekarang yang aku risaukan pasal kau.  Kau tahu tak, lepas 2 bulan nanti kau akan diceraikan, kau akan bergelar janda!  Tak kan kau nak biarkan perkara macam tu terjadi pada diri kau.  Wake uplah Qila, joke-joke jugak tapi ini soal masa depan kau,” luah Farhana dalam nada yang serius.

Serius?  Wajah Kak Kembong terlayar di ruangan mata.  Tengku Aqilah sudah menggigit straw minuman.  Kalau dia memang sedang berfikir baguslah tapi dari gayanya lebih leka menggigit straw dari berfikir.  Mana tidaknya hancur dah bahagian depan straw itu dikerjakannya.

Straw di tangan diletak semula ke dalam gelas.  Macha Ali Basha yang lalu di sebelah meja sempat lagi menjeling pada straw itu.  Farhana hanya mendengus melihatnya.

“Aku rasakan Ana, isu janda tak payah nak disebutlah.  Kita semua dah maklum memang ini pengakhirannya.  Apa, masa aku setuju kahwin dengan dia, kau terfikir yang kami akan saling jatuh cinta?  Lepas tu melayari bahtera rumah tangga dengan bahagianya?  Lepas tu ada anak, lepas tu aku dengan Ryan pimpin tangan anak aku main di taman sambil tengok kakak aku yang sengan tu terguling-guling menangis sebab ditinggalkan buah hati mata birunya?  Kau tu yang wake uplah,” ujar Tengku Aqilah.  Sekali lagi jarinya dipetik di muka sahabatnya.

Farhana sudah menggeleng-geleng.

“Kenapa kau tak pernah membayangkan yang satu hari nanti kebahagiaan itu akan menjadi milik kau?  Akan menjadi nyata?  Kenapa kau terlampau berfikiran negative?  Kau tahu tak, salah satu sebab aku buat perjanjian yang memaksa Ku Ryan duduk sekali dengan kau sebab aku berharap dengan berdua-duan begitu akan ada satu permulaan yang baik di dalam hubugan kalian.  Tapi kau… bukan ke kata-kata kita itu akan jagi satu doa Qila.  Tak salahkan jika kau mendoakan yang terbaik.”

Tengku Aqilah terus terdiam mendengar kata-kata yang diluahkan oleh sahabat baiknya itu.  Tengku Aqilah seperti kehilangan ayat yang seterusnya, kelu lidahnya hendak berbicara.  Bagaimana Farhana boleh mengharap sehingga sebegitu sekali dalam hidupnya sedangkan dirinya sendiri tidak ada keyakinan ke arah itu.

Suasana yang dilanda Geruda seketika di meja makan dua sahabat itu dicemarkan oleh sau suara yang mereka berdua memang sanggp dipekakkan seketika deria dengar mereka dari membiarkan suasa itu membolos ke dalam gegendan telinga mereka.

“Hai kenapa muka masih-masing, I tengok dah macam orang mati laki?” terus Tengku Natasha dengan gaya mengada.

Tengku Aqilah hanya memandang sekilas wajah kakaknya itu.  Kalau laki aku mati, kalah gigit jari.  Baru padan muka kau!  Guman Tengku Aqilah dalam hati.  Dalam masa yang sama dia sempat mengerling pada suaminya yang sedang membuat bayaran di kaunter dan di sebelahnya, faham-faham sudahlah siapa lagi kalau bukan mentari di ufuk timur.

Farhana langsung tidak menghiraukannya, dia lebih rela membiarkan matanya melihat Mat Bangla yang begitu sayik menebar roti canai sambil sebelah tangannya memecah telur ayam yang kulitnya masih terlekat tahi ayam itu.  Keenakan menikmati roti canai telur pafi tadi mengembangkan tekaknya tiba-tiba.

“Hei Ana, nanti kau cakap dengan Mak Kiah suruh dia cari orang gaji lain.  Once dia dah dapat, aku nak berhentikan orang gaji yang besar kepala tu!  Apa nama dia, Kembang… no… no… Kembong!  Dia ingat nama dia yang unik tu, dia dah cukup hebatlah ya.  Tak tahu hormat orang.  Dia ingat dia tu siapa, main suka hati panggil nama aku macam tu aje.  Huhhh, nasib baik sebab papa suka masakan dia, kalau tak the first day lagi aku dah tending dia keluar dari rumah aku.  Kau cakap dengan Mak KIah tau cepat sikit cari orang baru.” Kasar nada suara Tengku Natasha.

Tengku Aqilah sudah memandang dengan wajah yang meluat.  Farhana lagilah, hamper nak terkeluar biji matanya mengerling pada Si Tasha sengal tu.

“Tengoklah kalau kredit aku ada lagi.  Lagipun pada aku lebih baik nama Kembong tapi hati baik daripada nama aje sedap tapi hati busuk!  Nanti mati kembong dengan dosa!”

Berdesing telinga Tengku Natasha mendengarnya.  Nafasnya sudah turun naik menahan geram.  Bibirnya diketap.  Sebaik Tengku Natasha hendak membuka mulut Tengku Aqilah terus menyampuk, “Dah pukul 2.00 ni, pergi masuk ofislah, company tak bayar gaji duduk lebih masa di kedai Macha ni.  Menceceh aje kerja dia.  Tu pergi betulkan balik report yang entah apa-apa si botak tu buat,” ujar Tengku Aqilah tegas.

Tengku Natasha memberikan jelingan yang tajam pada mereka berdua sebelum melangkah pergi dengan hati yang membara.

“Tu… kau tengoklah lelaki yang kau harap jadi suami yang terbaik buat aku.  Pandang aku pun dia tak nak itu yang kau harap dia akan jalankan kewajipan sebagai seorang suami?  Aku rasa macam bersubahat aje Ana.  Yalah aku biarkan diri aku terlibat di dalam perkahwinan yang sebegini, aku dan dia asyik bergaduh aje.  Boleh ke isteri lawan cakap suami?  Dah boleh ke seorang sumia tidak peduli akan makan minum isteri.  Nafkah boleh ke diabaikan?  Hukum tetap hukum kan Ana?  Biarlah perkahwinan ni berakhir cepat agar aku dan dia tak terus menaggung dosa.” Kali ini Farhana pula terkedu dengan kata-kata Tengku Aqilah.

Kilauan kilat yang memancar menyedarkan Tengku Aqilah dari lamunannya yang teramatlah panjang.  Nasib baik tak disambar petir.  Jika tak, sedar-sedar sahaja dah rentung muka.

“Lapar pulak perut aku ni.  Tadi aku tengok lauk sambal udang petai Kak Bong bawah tudung saji tu macam best gila aje, bukan macam lagi, memang best.  Nak makanlah,” bisik Tengku Aqilah.

Rambutnya yang mengurai it uterus disanggul sebelum melangkah keluar sempat lagi dia memeriksa wajahnya di cermin.  Memang sah tinggal sikit sahaja bedak sejuk di muka gara-gara wajahnya menadah tempias tadi.  Beberapan bedak sejuk diambil lalu tangannya mengambil jalan mudah menadah air hujan, terus bedak sejuk yang sudah lembik itu ditempek ke muka.  Ya Allah buruknya perangai.

Dengan muka yang macam tepung kurma, Tengku Aqilah melangkah keluar.  Perlu ke wajahnya sentiasa ditutupi dengna bedak sejuk setiap kali dia keluar dari bilik itu?  Alah pakai bedak sejuk kea tau tak pakai ke, ada beza ke muka aku?

Ada saja yang dia nak menjawab.  Biarlah, dia bukan kacau sesiapa.  Mindanya mengambil jalan mudak menutup isu itu.  Sunyi.  Tengku Ryan Ameer tidak menoton televisyen seperti kebiasaannya.  Memanglah bukan ke rumah itu pasang Astro, jangankan hujan lebat angin bertiup sikit sahaja dah hilang siaran.  ‘Services currently not available’, ayat yang dia dan Farhana akan berebut menyebutnya sebelum siaran Astro hilang.  Ada juga orang yang teruja sampai begitu sekali.

Tengku Aqilah terus membuka tudung sji.  Kecur air liurnya.  Sebelum menuju ke rak pinggan, sempat lagi dia merapatkan telinganya pada pintu bilik Tengku Ryan Ameer.

“Dah tidur ke, tapi lampu terpasang?  Perlu ke aku ajak dia makan?  Ajak ajelah, bukan ke tugas isteri kena jaga makan minum suami?” Sifat isteri mithalinya menjelam entah dari mana.

Namun sebaik tangannya hendak mengetuk pintu bilik suaminya, hatinya bersuara, argh… tak payah buang masalah, dah confirm dia tak akan makan masakan Kak Bong kat rumah ni.  Takut sangat kalau tiba-tiba dia boleh tergila-gilakan aku yang cun ni. Ahhh… daripada sakit hati tengok lagak dia nanti, lebih baik aku makan ajelah.  Akhirnya Tengku Aqilah membuat keputusan untuk menjamu selera seorang diri.

Di dalam bilik, Tengku Ryan Ameer sudah terlentang dengan matanya terkebil-kebil memandang siling yang bertompok-tompok hitam itu.  Ikutkan hati ingi saja dia mengubah suai keseluruhan bilik yang didiami ini tetapi bila difikirkan yang dia hanya tinggal sementara di bilik ini niatnya itu dibatalkan.  Yalah, nanti kalau sudah di ubahsuai cantik-cantik dan bila dia tinggalkan bilik sekangkang siamang ini sudah tentu Si Aqilah yang akan dapat.

Entah mengapa hatinya sehingga di saat ini masih belum boleh menerima hakikat yang perempuan berwajah ala opera Cina itu sudah hamper 4 bulan menjadi isterinya.  Semasa makan tengah hari tadi dia memang sengaja tidak mahu memandang wajah isterinya itu.  Melihat penampilan Tengku Aqilah sudah cukup membuatkan dia akan malu besar jika orang lain tahu yang perempuan buruk itu adalah isterinya.

Ditambah pula bila Tengku Natasha mengadu padanya tadi bagaimana Tengku Aqilah membulinya sesuka hati.  Makin meluat dia jadinya.  Kepalanya digelengkan.  Wajah buah hatinya terlayar di mata.  Tidak sabar Tengku Ryan Ameer menanti saat untuk bersatu dengan Tengku Natasha.

Tubuhnya terus ditiarapkan.  Telefon bimbitnya yang menghiasi wajah Tengku Natasha dipandang kasih.

“Tasha, I rindukan you.  I rindukan saat-saat kita berdua.  You’re so beautiful sayang.  Tasha memang perempuan yang cantik, kulitnya putih bersih, rambutnya ikal mayang, bibirnya yang nipis, kilauan matanya ohhh… begitu memikat sekali.  Ya Allah kuatkanlah hati aku yang terus berhadapan dengan perempuan buruk di luar tu.

Tak pernah terfikir seumur hidup aku yang akau akan mengakhwini perempuan yang macam tu.  Dia dengan Tasha umpana langit dengan bumi.  Papa kata muka Si Qila macam arwah mama dia.  Aku pernah tengok gambar arwah Mak Long okeylah not bad, tapi Tasha tetap cantik di mata aku.” Tengku Ryan Ameer berbicara sendiri sambil tangannya mengusap-usap wajah yang terlebih mengada di skrin telefon bimbitnya.

Alah sebenarnya kecantikan itu hanya salah satu alasan sahaja.  Dah sememangnya hati Tengku Ryan Ameer di kala ini hanya untuk Tengku Natasha, cantiklah.  Si Qila itu umpama bidadari sekali pun kalau dah hati memang tak suka tetap tidak membawa sebarang makna.

Tengku Aqilah sudah tersandar kekenyangan di meja makan di dapur.  Walaupun kilat sabung-menyabung tetap tidak mengganggu langsung selera makannya.

“Sedapnya sambal petai ni sampai menjilat kku dibuatnya.”  Tengku Aqilah terus bangun dari kerusi bersama pinggan di tangan.

Sebaik saja dia membasuh pinggan di singki, Stephanie yang masuk entah dari arah mana dengan bulu yang basah kuyup sudah mengiau tanpa henti di kakinya.  Tengku Aqilah terus mencangkung membawa Stephanie dekat dengannya.

“Kenapa Step, kau lapar ke?”  Namun kucing betina itu masih kuat mengiau dengan kepalanya digeleng-gelengkan tidak tentu arah.

Tengku Aqilah bagaikan terfikir sesuatu terus Stephanie diletak ke bawah.  “Sorry Step, aku terbawak kau dekat dengna on baulah.  Kejap-kejap, aku cari gula-gula dulu nanti kita brbicara panjang.  Biasalah, aku tahu kau mesti bergaduh dengan Bruce kan? Kita orang perempuan ni memang kena banyak bersabar,” omel Tengku Aqilah sendiri sambil tangannya sibuk menyelongkar almari mencari gla-gula Hacks yang sentiasa dibekalkan oleh Pak Hasan untuk isteri kesayangannya.

Mana tidaknya Mak Kiah itu tak boleh berjauhan langsung dengan makanan yang berbau ini.  Selang sharia petai atau jering mesti akan ada untuk dibuat ulam tapi Tengku Aqilah memang tabik pada Pak Hasan walaupun dia kurang menggemari, makruh katanya tapi sudah itu kegemaran isteri kesayangannya dia tidak pula melarang cuma dia menyediakan bekalan gula-gula, jadi Mak Kiah faham-faham sendiri sudahlah.

Stephanie masih juga mengiau sambil menggesel-gesel tubuhnya pada selipar Bug Bunny Tengku Aqilah itu.  Tengku Aqilah yang sedang mengulum gula-gula Hacks itu, pelik melihat kelakuan Stephanie yang seperti diceraikan talak tiga oleh Bruce.

“Kenapa ni Step?  Hish, kalau aku tanya sampai besok pun bukan dia boleh bercakap, mana Bruce?  Yalah mana Si Bruce, bukan ke selalu ada aje dia meleseh sebelah Si Step ni, tapi aku macam dengar suara Bruce.  Dalam deruan bunyi hujan yang lebat, Tengku Aqilah menekapkan telinga pada pintu dapur.

Memang sah Bruce berada di luar, tanpa berfikir panjang Tengku Aqilah terus membuka pintu, memang tak payar fikir pun sekadar nak buka pintu.

“Mak! Oiii gelapnya… Alah Step, aku… aku takutlah.  Aku dengar suara Bruce tapi aku tak nampak biji mata dia pun.  Hish… aku tak sukalah gelap-gelap macam ni.”  Tengku Aqilah terus berpusing semula.

Stephanie yang diam seketika tadi mengiat semula, mesti dia ingat Tengku Aqilah tidak jadi hendak menyelamatkan buah hatinya.

“Jangan bisinglah Step, aku tengah cari torchlight ni.”  Tengku Aqilah terus membuka almari sekali lagi untuk mencari lampu suluh pula.

Dengan suluhan lampu suluh, Tengku Aqilah memberanikan dirinya sedikit dan mara juga sedikit ke bahagian luar.

“Mana kau ni Bruce?  Aku dengar suara kau tapi aku tak nampak pun kau.  Alah aku main suluh-suluh ni kang tersalah suluh, koma aku sebulan.  Kalau sebulan okey jugak kalau 30 tahun tau-tau aje dah tua.  Rugilah aku,” bebel Tengku Aqilah sendirian dengan wajah yang mula pucat.  Penakut betul perempuan ni!

Di waktu ini terasa menyesal pula dia tidak menyokong tindakan Mak Kiah mogok makan sarapan pagi gara-gara kedegilan Pak Hasan untuk membetulkan lampu di bahagian luar dapur yang rosak.  Masih segar di ingatannya, macam mana hari minggu itu dia memujuk Mak Kiah makan bagi pihak Pak Hasan sampaikan sanggup belanja Mc Donalds tanpa mempedulikan poket yang tengah kering.

Malamnya dia terus membaca niat puasa qada untuk berpuasa di tempat kerja esok harinya.  Tapi dia tidak menyesal, sekurang-kurangnya dapat juga dia mengqada puasa yang banyak tak berganti itu.  Itu dulu tau tapi sekarang dah insaf.  Terasa nampak!

Guruh yang berdendum disusuli dengan kilat sabung-menyabung tidak langsung menggerunkan Tengku Aqilah tetapi kegelapan itu yang menyebabkan dia seriau.  Keputusan akhirnya diambil, nafasnya ditarik dalam-dalam.  Bruce mesti diselamatkan tidak kira apa jua rintangannya tapi bukan dia penyelamatnya, Bruce yang bermata kelabu itu akan diselamatkan oleh orang yang bermata biru.

Tengku Aqilah terus melangkah masuk dengan pakaian yang separuh basah.  Laa kenapa tak pakai paying?  Sebab dalam rumah itu tak ada payunglah dia terpaksa berbasah macam ni.

Seingat Tengku Aqilah dia ada dapat hadiah paying masa masuk insurans Prudential tapi Mak Kiah pula yang berkenan minta dibuat souvenir untuk dibawa balik kampung.  Dahlah paying Avon Si Ana itu pun dibawa sekali, habis dalam rumah ini nak pakai apa.  Pakai surat khabar?  Tak ada maknanya, semua dah habis dijual oleh Mak Kiah pada, ‘Surat khabar lama…’  Suara Yong Tau Foo Borai, yang suka meniru gaya iklan tv itu seperti terngiang-ngiang di telinga.

“Bumm!!! Bunyi dentuman guruh bukan sahaja menyedarkan Tengku Aqilah yang mengelamun tidak kena masa di depan dapur itu tetapi juga telah membuatkan dia menunjukkan bakat membuat lompatan kijang yang hampir-hampir menyebabkan Stephanie menjadi arwah.

“Meiow!!!”  Marah nampak Step!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:37 PM | Show all posts
Bab 27

Ketupan pintu sebanyak 45 kali di depan pintu bilik Tengku Ryan Ameer tidak membuahkan hasil.  Baran pula Tengku Aqilah dibuatnya.  Siapa pun akan baran kalau jari dah naik bengkak gara-gara mengetuk pintuk bilik manusia yang mungkinbaru 1 minit tadi menjadi pekak ataupun buat-buat pekak.

“Assalamualaikum… husband… husband… bukalah pintu ni.  Ini salam yang ke 16 kali tau.  Dah berkepuk dosa awak tahu tak, tak jawab salam!” jerit Tengku Aqilah di luar bilik lelaki yang membencinya itu.

Tengku Ryan Ameer yang cuba untuk buat bodoh di dalam akhirnya terpaksa juga mengalah bila telinganya merintih sakit setiap kali mendengar Tengku Aqilah memanggilnya dengan panggilan ‘husband’ itu.

Pintu terus dibuka, dengan wajah yang masam mencuka dia memandang wajah Tengku Aqilah yang mengalahkan hantu raya yang tidak bertuan.  Bedak sejuk di muka sudah bertompok di sesetengah tempat di wajahnya.

“Kau nak apa?  Tak boleh ke kau biarkan aku hidup aman?” gerutu Tengku Ryan Ameer sambil berpeluk tubuh.

Fuh!  Nampka sasa beb!  Tengku Aqilah berdehem sedikit nak control cunlah konon.

“Kau nak apa ni Aqilah, tadi beria-ia ketuk pintu?  Kalau kau ketuk pintu aku sekadar nak suruh aku tengok muka kau yang tak macam orang ni, lupakan saja okey.  Aku nak tidur so, jangan ganggu aku!” Pedas kata-kata Tengku Ryan Ameer.

Tengku Aqilah sempat lagi mengutuk dirinya sendiri yang tiba-tiba bolehkan terkesima dengna lelaki berlagak dan perasan bagus ini.

“Woi, husband makan boleh sebarang makan tak kiralah cirit-birit pun akhirnya tapi cakap pakai lapik okay.  Awak ingat saya dah gila ke, ketuk pintu bilik awak sekadar nak tayang muka saya yang cun ni!”

Tengku Ryan Ameer sudah mencemikkan mukanya.  Pastinya geli-geleman mendengar perkataan ‘cun’ yang terkeluar dari mulut Tengku Aqilah itu.

“Saya nak mintak tolong awak untuk rescue suami Stephanie,” jelas Tengku Aqilah.

Tengku Ryan Ameer sudah mengerutkan dahinya.  Blurlah tu.

“Excuse me, suami siapa?  Okey… okey tak kiralah suami siapa pun kenapa mesti aku yang nak kena tolong kau?  Call ajelah polis atau bomba, aku malas nak layan kau.”  Tengku Ryan Ameer terus menutup pintu biliknya namun Tengku Aqilah lebih pantas menahannya.  “Cuba awak dengar dulu apa saya nak cakap.  Saya mintak awak tolong selamatkan suami kucing ni.”  Tengku Aqilah terus menunjukkan Stepanie yang turut sama busy body berdiri di muka pintu itu.

Tengku Ryan Ameer sudah mengangguk.  Patutlah semasa Tengku Aqilah menyebut nama itu tadi dia seperti pernah mendengarnya sahaja, namun Tengku Ryan Ameer tidak pula bersuara, dia hanya berpeluk tubuh.  Tengku Aqilah terus bercerita, “Suami dia Si Bruce tu tersangkut dekat longkang luar tu.”

“Sejak bila pulak kau jadi jurunikah kucing, ada suami isteri bagai?  Anyway kalau laki kucing kau yang main handphone aku macam bola tu, tersangkut kat longkang sekalipun apa kena-mengena dengan aku?  Kenapa bukan kau yang selamatkan aje?”  ujar Tengku Ryan Ameer pula dengan angkuhnya.

Tengku Aqilah sudah mengetap bibirnya, geram.

“Hei!  Awak ni manusia apa hah?  Awak dengar tu Si Bruce terngiau-ngiau di luar minta tolong.  Saya ni bukan tak nak tolong tapi… tapi…”  Tengku Aqilah sedikit tergagap.  Otaknya dikerah untuk memberikan jawapan yang paling bernas, manakala Tengku Ryan Ameer yang kembali berpeluk tubuh sudah mengangkat kening menanti suatu jawapan yang dah pasti paling bodoh akan keluar dari mulut Tengku Aqilah.

Di kala itu kilauan kilat memanar diikuti dengan bunyi petir yang kuat.  “Bum!!!”

“Hah awak dengar tu, kilat kat luar.”

“Aku belum pekak lagi.  Dah hujan lebat, biasalah ada kilat.  Kau dah tak ada apa-apa alas an kan?  So kau pergi selamatkan sendiri, nanti kucing kau jadi janda pulak?  Oh ya, why not kau call mak dia, kat mana hari tu kata, kat Pasar Borong Selayang, mesti mak, bapak, pak cik, atuk dia semua datang nanti,” sindir Tengku Ryan Ameer yang sudah hendak menutup pintu biliknya.

“Pergilah tidur, saya tak hairanlah saya sendiri boleh selamatkan Bruce, tapi kalau saya kena sambar kilat ke, atau terjatuh dalam longkang ke, lepas tu saya mati, tak… tak… tak adalah sampai mati, koma ke padan muka kau!  Syer 40 peratus tu tak dapatlah ditransfer pada awak.  Yalahkan walaupun dah cukup 6 bulan kalau saya tak sedar lagi macam mana!  Mana boleh transfer kan?  Jom Step.  Aku rasa dah gugur bulu Si Bruce tu menahan sejuk,” balas Tengku Aqilah pula lalu terus meninggalkan Tengku Ryan Ameer yang sudah termanggu itu.

Dengan bacaan bismillah Tengku Aqilah melangkah keluar.  Lampu suluh dihalakan ke arah longkang.  Kilauan kilat memancar diikuti dengan panahan petir yang kelihatan membelah langit.

“Dum!!!”

“Allahuakhbar! Ya Allah janganlah jadi apa-apa kat aku.  Aku main-main aje cakap tadi pasal sambar petir.  Janganlah aku koma.  Alah macam mana aku nak pergi dekat Si Bruce ni, gelapnya…”  Dalam Tengku Aqilah masih teragal-agak hendak melangkah, lampu suluh di tangannya dirampas oleh seseorang.

“Mak!  Hantu tinggi!!!” jerit Tengku Aqilah sama kuat dengan deruan hujan yang sedang menggila itu.

Isyh… isyh… teruk betul Si Aqilah ini, tapi dalam penakut tu segala sepsies hantu dia tahu pulak.  Ini semua salah Mak Kiah, gara-gara nak senang kerja tak nak Si Aqilah dan Farhana merayau sana sini selepas balik sekolah, setiap malam segala kisap spesies hantu di ceritakan.  Alah, semua itu hanya alasan kalau dah memang dasar penakut tu, tak cerita pun penakut jugak.

“Kau ni dah gila ke?  Dah tak tahu nak beza manusia dengan hantu?  Mana Si Bruce tu?” marah Tengku Ryan Ameer dalam waktu yang sama lampu suluh dihalakan ek arah longkang.

Tengku Aqilah tidak pula melawan kali ini, cuma bibirnya dicebik-cebik sampai leweh jadinya.  Oh… melawanlah jugak tu.

“Tu… kat hujung sana tu,” tunjuk Tengku Aqilah.

Tengku Ryan Ameer merengus, “Tu… tu… ikutlah sekali mana aku tahu!” Keras suara Tengku Ryan Ameer.

Tengku Aqilah yang penakut itu pula merengus sebelum melangkah sama menuju ke kawasan yang digeruninya.  Atas sifat penakutnya itu dia tidak berenggang walau sedetik jua dari sisi suaminya.

Tengku Ryan Ameer sudah ternampak kelibat Bruce.  Masing-masing sudah basah kuyup, “Aku suluh, kau pergi tarik Si Bruce tu,” arah Tengku Ryan Ameer.

Tengku Aqilah sedikit terkejut dengan arahan suaminya itu.  “Apa pulak saya.  Awaklah tarik biar saya yang suluh,” bidas Tengku Aqilah pula.  Bibirnya sudah terketar kesejukan. Opps… salah ketakutan!

“Kau nak ke tak selamatkan Bruce?  Kalau kau buang masa macam ni, kucing tu mati tau, atau kau nak buat sorang?”  Elok menghabiskan ayatnya Tengku Ryan Ameer ingin berpusing pantas Tengku Aqilah bersuara, “Okey… okey saya pergi, tapi awak jangan pergi mana-mana berdiri dekat saya.  Okey awak suluh…” Tengku Aqilah terus mencangkung.  Beberapa ranting kayu yang melekat pada tubuh Bruce dibuang.

“Hei… kau ni Bruce, cuba bila dah dengar guruh tu masuk dalam rumah.  Kau bukan nak tahu aku ni penakut.  Alah kenapa tak boleh tarik badan kau ni?  Aku nak celup tangan dalam air longkang ni yang aku takut.  Aku tak geli Bruce tapi aku takut terpegang hantu air,” guman Tengku Aqilah sendiri.  Tak habis-habis dengan hantu dia.

“Cuba awak suluh tepi longkang ni.  Saya nak cari kayu besar sikit.  Si Bruce ni tersangkut.  Nama aje ada tangan besar kalahkan badang tapi tak nak tolong!” bebel Tengku Aqilah bengang.

Tengku Ryan Ameer menghalakan suluhan lampu suluh itu ke arah yang diminta oleh Tengku Aqilah, namun suluhan itu tersadar ke wajah isterinya.  Emmm… apa lagi tidak berkelip mata Tengku Ryan Ameer memandangnya.

Ya Allah, manakan tidak inilah pertam akali dia melihat wajah sebenar Tengku Aqilah.  Seraut wajah kacukan Melayu-Jepun, rambutnya panjang melepasi dada, pipinya jelas kemerah-merahan, bibirnya tetap merah walau tanpa secalit lipstick.  Matanya walaupun agak sepet tapi pada pandangan Tengku Ryan Ameer isterinya itu sungguh comel.

Hai!  Dah sebut isteri nampak?

“Apa ni?  Saya suruh awak suluh tepi longkang bukannya suluh lubang hidung saya,” marah Tengku Qilah yang terganggu dengan silauan di wajahnya.

Tengku Ryan Ameer yang bagai tersedar dari mimpi di waktu Zohor pantas menghalakan lampu suluh ke tempat yang disuruh.

“Okey… dah dapat kayu.  Awak suluh kat Bruce pulak,” arah Tengku Aqilah.

Tengku Ryan Ameer akur tanpa banyak soal, namun di kala ini matanya tidak berkalih memandang wajah isterinya yang sesekali disuuh oleh kilauan kilat itu.

“Betullah kata papa, kecantikan arwah Mak Long memang tiada tolak bandingnya.  Patutlah Pak Long begitu setia hingga ke saat ini,” bisiknya di dalam hati.

“Alhamdulillah… Akhirnya selamat kau Bruce.  Tak adalah Si Step tu jadi janda.  Sebenarnya tak ada perempuan yang sanggup nak pegang gelaran janda tapi nak buat macam mana kan, kalau dah suratannya begitu,” ujar Tengku Aqilah perlahan sambil mengusap-usap lembut kepala Bruce.

Tengku Ryan Ameer yang masih tercegat di situ sedikit terusik dengan kata-kata Tengku Aqilah.

“Hah… tak nak masuk ke?  Dah seronok main hujan?” tegur Tengku Aqilah yang sudah melangkah masuk ke dalam rumah.

Tengku Ryan Ameer tidak pujla melenting seperti selalu. Dia hanya mengekori dari belakang.  Emmm, satu perubahan yang mendadak, kuasa Allah siapalah kita hendak melawannya.

Tengku Aqilah sudah menyalin baju tidur yang baru.  T-Shirt ungu dikenakan dengan seluar track suit warna merah.  Dia ini memang terlebih bijak memadankan warna baju, masih baik masa pergi kerja dia tak ikut kepala gilanya.  Tengku Aqilah yang baru berkira-kira hendak merebahkan tubuhnya di atas katil terkejut gila bila petir berdentum dengan hebat sekali.

“Bum! Bum!”

Wow! Hebat sungguh gambaran sound effectnya.  Dan diikuti dengan lampu yang terpadam tiba-tiba.  Kali ini Tengku Aqilah terkejut peringkat meroyan yang teramat.  Biasalah si penakut paling benci dengan gelap!

“Hish, aku tak sukalah cara wayering dalam rumah ni.  Tu mesti suis automatic offlah tu.  Part suit off tu aku tak kisah, yalah untuk keselamatan tapi part kotak suis tu diletak yang aku paling tak suka.  Harap-harap laki aku tak tidurlah lagi.  Hish tersebut lakilah pulak! Ryan!” Tengku Aqilah sudah gelisah di dalam bilik.  Doanya tidak putus-putus agar suaminya masih belum melelapkan matanya.

“Qila… Qila… awak dah tidur ke?” panggil Tengku Ryan Ameer.  Cahaya lampu suluh menerobos sedikit di bahagian bawah pintu bilik Tengku Aqilah.

Apalagi Tengku Aqilah sudah tersengih mendengarnya dalam waktu yang sama dia menggoyang-goyangkan sedikit cuping telinga sebaik mendengar Tengku Ryan Ameer memanggilnya ‘awak’, baik semacamlah pulak.

Emmm… ingatkan apa tadi Si Qila ni, baru panggil awak dah kalut semacam, kalau dia panggil sayang mahu koma tiga hari tiga malam.

“Qila…” Suara Tengku Ryan Ameer bergema lagi.

Tengku Aqilah sempat lagi mengusap lehernya, macamlah boleh keluar suara buluh perindu.

“Ya…” Opps! Pantas Tengku Aqilah menutup mulutnya.  Mak Oiii… garaulah pulak.  Tak kan kena air hujan yang melampau boleh mengubah kemerduan suara aku.  Isyh, tak boleh jadi tu, Tengku Aqilah berdehem sedikit.

“Ya…” Lembut suara itu menusuk gegendang telinga suaminya.

“Awak tak takut ke tinggal seorang dalam bilik tu?  Kalau awak okey saya nak masuk tidur ajelah,” ujar Tengku Ryan Ameer pula.  Mendengar perkataan masuk bilik berdesup Tengku Aqilah membuka pintu bilik.

“Saya sebenarnya tak adalah takut mana tapi kalau awak nak masuk bilik boleh tak onkan dulu suit automatic tu?” balas Tengku Aqilah dengan suara yang cuba diselambakan sehabis mungkin.

Tengku Ryan Ameer sudah menggeleng.

“Tak guna, petir kuat sangat di luar tu.  Kalau on pun dia akan offkan semula.  Apa kata awak tidur aje.  Lagipun bila kita lelap mata memang gelap pun kan,” balas Tengku Ryan Ameer lembut.  Lembur?  Emmm… nampaknya tak sia-sia hujan mala mini, kiranya jika Si Bruce terkorban tadi memang berbaloilah.

Tengku Aqilah sudah gelisah, mulutnya sudah terbuka terkatup namun belum keluar sebarang perkataan.  Tengku Ryan Ameer yang perasan akan riak wajah Tengku Aqilah terus bersuara, “Awak ni tak biasa tidur dalam gelap ya?  Saya perasan tu, sebab setiap kali saya bangun nak ke bilik air saya tengok bilik awak sentiasa tenang,” ujar Tengku Ryan Ameer.

Hai!  Pandai mengendap nampak?  Getus hati Tengku Aqilah.  “Bila sorang aje.  Kalau dengan Ana tutup lampu, tak sanggup nak tengok air liur basi dia yang meleleh macam pili pecah tu.”  Bernas sangatlah alasan tu, tapi tak apa.  Tengku Ryan Ameer sudah tersenyum mendengarnya.  Wow!  Pertama kali dia mengukirkan senyuman.

“Saya ada lilin nanti saya pasang.  Why not kita duduk di luar dulu sementara tunggu hujan reda,”  cadang Tengku Ryan Ameer.

Tengku Aqilah yang penakut itu pasti sejuta kali tidak akan menolaknya.  Kepalanya diangguk tanpa henti walaupun Tengku Ryan Ameer sudah hilang dari pandangannya.

Sebatang lilin diletak di atas meja sofa.  Sebenarnya itu sahaja yang ada.  Tengku Aqilah mengambil tempat bertentangan dengan suaminya.  Hish, tak kan nak duduk sebelah kot?  Walau hakikatnya jika dalam keadaan darurat begini Tengku Aqilah sanggup tapi suaminya itu pula sanggup ke?  Ini takut ke?  Emm… atau ulat bulu dah naik daun ketapang.

Dalam camar cahaya lilin itu, Tengku Ryan Ameer mengambil kesempatan lagi untuk memandang wajah Tengku Aqilah.  Hai tak puas-puaslah pulak.

“Qila, kenapa awak perlu ubah wajah awak yang sebenar?” Soalan yang pertama terpacul dari mulut Tengku Ryan Ameer.

Tengku Aqilah yang sedang leka menggulung hujung rambutnya terhenti.  Wajah suaminya dipandang.

“Ubah?  Masa bila pulak saya ubah, saya cuma pakai make up aje,” jawabnya pula.

“Tapi perlu ke?” soal Tengku Ryan Ameer lagi.

Tengku Aqilah sudah mengangkat bahunya.

“Entah, tapi buat masa ini rasanya perlu.  Kenapa ada masalah kat awak ke?” soal Tengku Aqilah pula.

Tengku Ryan Ameer sudah menggeleng.

“Tak… saya tak ada masalah cuma saya rasa awak lebih seribu kali cantik tanpa make up di wajah.”

Tengku Aqilah sudah tersenyum mendengarnya.  Alah, nak bodek akulah tu.  Mesti dia tau yang aku terasa bila dia mengutuk aku masa nak pergi McD hari tu.  Entah mana angin gila dia datang boleh nak memuji aku cantik.  Argh!  Aku tak perasanlah, tapi sikit-sikit tu adalah.  Sempat lagi Tengku Aqilah mengutuk suaminya di dalam hati dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibirnya.

Walau hakikatnya senyuman yang diberikan oleh Tengku Aqilah itu tidakalh ikhlas mana tetapi pada Tengku Ryan Ameer, inilah buat pertama kali hati lelakinya mengatakan betapa indahnya senyuman itu walaupun sebelum ini tidak terkira jumlah Tengku Aqilah menyengih di hadapannya.

“Awak tahu Shafiq pernah kata wajah saya yang bermake up tu cantik.  Mula-mula tu saya kembang-kembanglah bila dipuji macam tu tapi bila saya fikir balik saya sendiri kadang-kadang terperanjat tengok muka sendiri di cermin, saya terus sanggah kata-kata dia.  Awak tahu apa dia kata, dia cakap sebab dia melihat dengan mata hati bukan dengan hanya pandangan mata kasar sahaja.”

Tengku Ryan Ameer sedikit berkerut mendengar nama Shafiq disebut di waktu itu.  Kata-kata Shafiq itu yang terbeban di fikirannya.  Adakah Tengku Aqilah dalam dia ada menyimpan perasaan pada lelaki skema itu?  Benarkah kata-kata Tengku Aqilah di dalam kereta tempoh hari yang Shafiq menyukainya.  Entah mengapa jiwanya resah tidak semena-mena.  Mengapa pula dia perlu berperasaan begitu bukankah hari tu mulut lasernya itu yang menyokong perhubungan mereka.

“Qila, boleh saya Tanya awak satu soalan yang agak peribadi?”

Tengku Aqilah hanya mengangkat keningnya.

“Kalau kita tak kahwin, adakah Shafiq antara lelaki pilihan awak?”

Tengku Aqilah sudah mengangkat bahunya.

“Maybe, tapi itu bukan masalahnya sebab kita sebenarnya pun bukan kahwin betul-betul.  Lepas 6 bulan boleh aje, kalau saya nak sambung semula dengan Shafiq.”

Dalam cahaya lilin yang sebatang itu, Tengku Aqilah dapat melihat betapa resahnya wajah Tengku Ryan Ameer, mengalahkan orang yang dipaksa kahwin saja.  Tapi memang dia kena paksa kahwin pun, balas otaknya.  Namun rasa pelik itu pantas dicantas.

Dia panas tu, yalahkan dalam bilik dah biasa ada aircond.  Sekarang ni kipas pun tak ada, mana tak gelisah samacam, desis hatinya.

Memang Tengku Ryan Ameer sedang panas.  Panas mendengar pengakuan isterinya itu.  Di kala ini terasa menyesal pula kerana terlepas cakap di dalam kereta tempoh hari.  Wajah isterinya direnung lagi.

“Qila, awak yakin ke yang awak akan bahagia denga Shafiq?”

Tengku Aqilah sudah menggaru-garu kepalanya.  Sukar benar untuk dia memberikan jawapan.  Umpama sebiji bom telah diletakkan di badannya.  Jika salah jawapan yang diberi maka akan hancurlah tubuhnya itu.

Penantian itu sungguh menyeksakan dan penantian itu menjadi paling menyakitkan hati bila jawapan yang ditunggu dijaawab juga akhirnya tapi oleh bunyi dengkuran.

Ya Allah, dia boleh tidur.  Aku baru nak berbaik dengan dia, tapi dia macam manusia tak ada perasaan aje.  Hish, yang aku ni pun kenapa aku boleh berubah tiba-tiba malam ni.  Bukan ke selama ini aku membenci dia?  Tak kan sebab wajah dia yang… Ah!  Tak mungkin!  Tak mungkin, aku boleh suka pada dia hanya sebab wajah dia aje.  Kalau nak kira cantik, Tasha lagi sepuluh kali cantik.  Mungkin hati aku jadi lembut untuk berbaik aje dengan dia.  Itu yang aku terasa lain macam.  Tak salah pun untuk aku berkawan dengan dia, yalah sampai bila aku dengan dia nak jadi musuh.  Aku yakin perasaan aku tu hanya sekadar kawan biasa sahaja.  Aku yakin itu.  Tengku Ryan Ameer bermonolog dengan diri sendiri.

Satu keluhan dilepaskan, wajah Tengku Aqilah yang teramat lena itu dipandang sekilas sebelum dia mengatur langkah ke biliknya, namun kakinya terhenti sebaik tiba di muka pintu bilik.  Wajah Tengku Aqilah terlayar di ruangan mata.  Entah mengapa, dia menjadi risau tiba-tiba membiarkan Tengku Aqilah seorang diri tidur di sofa.

Dan kerisauan itu begitu menekan perasaannya di kala ini.  Dengan kepalanya digelengkan, Tengku Ryan Ameer terus berpatah balik mendapatkan isterinya yang sudah tidur menonggeng itu.  Hai! Dalam sekelip mata dia boleh mengubah posisi tidurnya.  Itulah bahanannya masa kecil terlampau penakut nak makan ubat, termasuklah ubat cacing sampai nak terlucut kain baik Mak Kiah mengejar dia sampai ke tengah bendang.  Kesian Mak Kiah!

Dengan penuh hati-hati tubuh Tengku Aqilah dibetulkan kepada posisi manusia normal tidur dan dengan wajah yang sedikit berkerut dan bibir yang diketap.  Berat tulang rupanya perempuan ini.  Tubuh isterinya dikendong lalu dibawa masuk ke dalam bilik.

Dalam bilik mana?  Alah, bilik Tengku Aqilahlah, tak kan bilik Tengku Ryan Ameer pulak, itu pun nak cerita ke?

Perlahan-lahan pintu bilik Tengku Aqilah dirapatkan.  Doa-doalah Si Aqilah tidak terjaga di tengah malam.  Kalau tidak, dah sah-sah dia akan diserang hysteria selama 5 bulan kerana tidur seorang diri di dalam gelap. Amin…
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:37 PM | Show all posts
Bab 28

Tengku Aqilah masuk ke pantri Bersama dengan dua paket hot chocolate Cadburry. Dalam dia sibuk membancuh hot chocolatenya, Farhana masuk dengan wajah yang tension.

“Aku dah agak dah kat sini rupanya chocholate Cadburry aku,” ujar Farhana serius.  Namun Tengku Aqilah masih dengan wajah selamba mengacau air minumannya.

“Alah Ana, janganlah nak berkira dengan aku.  Kau ni nak jadi papa aku ke klon Haji Bakhil.  Memanglah aku ambik kau punya tapi aku buatkan untuk kau sekali, bukan senang tau aku nak tukar kembali jawatan lama aku tapi demi kau aku sanggup Ana.” Manis sungguh kata-kata Tengku Aqilah itu.

Namun kata-kata yang manis itu pada pendengaran telinga Farhana kelat bunyinya.

“Aku yang macam perangai bapak kau kea tau kau yang perangai macam dia.  Cuba kau fikir balik, setiap kali makan dengan aku tak kiralah waktu apa pun, air apa yang kau order?”

Tengku Aqilah yang baru hendak membuka mulutnya terpaksa mengatup semula bila Farhana sudah memintas, “Air kosong kan?  Tapi bila minum, air aku yang kau sapu.  Bila bayar selalunya freelah kan sekadar air kosong memang Macha tak kira pun dengan kau.  Ni ha, hot chocolate aku ni.  Sesuka hati kau aje ambik kat drawer aku.  Sejak bila barang aku jadi barang aku jugak,” gerutu Farhana.

Tengku Aqilah sudah duduk di kerusi sambil meneguk air dalam mugnya.

“Ala rilekslah Ana, yang kau emo sungguh hari ni kenapa?  Kau ni tak kanlah itu pun nak berkira dengan aku.  Kau tak ingat dua hari lepas kau sakit kepala dengan selambanya kau buka drawer aku ambik Panadol sekali dengan biskut cream cracker aku tu.  Tapi aku tak kisah, kitakan kawan sejati.  Apalah sangat makan-makan ni.  Aku kecik hati tau Ana, kau cakap macam tu.  Tak jadilah nak minum,” ujar Tengku Aqilah dengan nada merajuk, terus mug ditolak tepi.

Farhana sudah melepaskan nafasnya.  Hot chocolate yang dibancuh oleh Tengku Aqilah untuk dirinya diambil lalu dia menarik kerusi sebelah kawannya yang sudah merajuk itu.

“Dah kau jangan banyak propalah.  Air dalam mug dah habis.  Kata tak nak minum konon, aku kenallah kau Qila.  Poyo aje lebih kau ni, selamba aje kau menyebut Panadol dengan biskut cream cracker yang aku ambil ya.  Excuse me Tengku Aqilah binti Tengku Hisham, boleh aku tanya siapa yang beli semua barang tu?  Bukan ke kau cuma volunteer jadi tukang tolong simpan.  Hai dah buat-buat lupa ke?

Kecik hati konon, aku sebenarnya Qila memang dah tak boleh nak berkira dengan kau, nak buat macam mana, marah-marah pun aku sayangkan kau, tapi cuma aku nak sebut kat sini, adjust sikit warisan sifat bakhil dari bapak kau tu.  Aku tahulah kat mana tumpahnya kuah kalau tak ke lantai, tapi kalau hari-hari tumpah, Kak bong pun marah asyik nak kena lap aje, silap hari bulan dia tak mop lantai dia mop muka kau,” ujar Farhana dengan suara yang mula ceria.

Tengku Aqilah sudah mencebikkan bibirnya.

“Aku ni bukan bahhillah Ana.  Anak berjimat cermat.  Aku simpan duit, kau beli barang. Bila kau susah, aku boleh bagi kau pinjam.  Pinjam aje tau tapi bayar balik.  Sekurang-kurangnya orang macam aku ni membantu kerjaan mengurangkan jumlah Along, Angah dan Alang di muka bumi ini.  Kau apa tahu, aku ni berfikiran jauh tau,” malas Farhana hendak mendengar ke ‘poyo’ an Tengku Aqilah itu.  Dia sudah bercita-cita hendal meninggalkan ruangan pantri itu namun baru punggungnya diangkat sedikit Tengku Aqilah sudah menarik tangannya.

“Ana, kau duduklah dulu aku nak tanya kau sikit ni?”

Farhana sudah membuat muka bosannya.

“Aku nak pergi buat kerjalah.  Bukan ke kau dah keluarkan memo kau tak nak tengok pekerja merayau-rayau, tepat pukul 9.00 pagi semua kena buat kerja,” balas Farhana pula.

Tengku Aqilah terus melihat jam tangan jenama Rolex yang dibeli di Petaling Street itu.

“Jam aku baru menunjukkan pukul 8.40 pagi.  Ada masa lagi untuk kita berborak.”

Farhana terus menjuihkan bibirnya.

“Jam murah kau tu dah rosak.  Kau tahu tak, aku masuk pantri ni tadi cari kau pun dah pukul 9.15 pagi.  Kedekutlah lagi, itulah jadinya pakai jam jenama PS,” sanggah Farhana pula.

Tengku Aqilah sudah mengangkat keningnya.

“Siapa bos kat sini, aku kan?  So sekarang ni ikut jarum jam aku.  Kau dengarlah Ana, aku nak tanya kau soalan yang paling menguji minda kau ni.  Sepanjang kau tidur sebilik dengan aku pernah tak kau Nampak aku berjalan dalam tidur?” soal Tengku Aqilah beria-ia.

Farhana sudah mengerutkan dahinya.

“Emm… tak adalah pulak tapi tidur menonggeng itu selalulah.  Jenuh jugaklah aku betulkan balik posisi tidur kau.  Buruk betul perangai kau ni,” jelas Farhana selamba.

Tengku Aqilah tidak langsung hairan dengan kutukan Farhana mengenai posisi tidurnya itu.  Padanya itu tidak penting asalkan dia masih tidur statik di satu-satu tempat sudahlah tapi part berjalan dalam tidur ini yang dia risau.  Tengku Aqilah masih tidak berpuas hati dengan peralihan tempat tidurnya dua hari yang lepas.

Seingat dia dalam dia mencari jawapan untuk soalan Tengku Ryan Ameer yang entah apa-apa itu, dia diserang mengantuk peringkat kecemasan dan akhirnya dia pun terlelap.  Bila dia terjaga dari lenanya yang panjang… Fuh!  Overlah pulak ayat!  Dia pelik bila dia berada di dalam bilik tidurnya dan yang lebih memelikkannya bila dia berada di atas katil Farhana yang sedikit senget itu.  Faham-faham sudahlah.

Arakian dipendekkan cerita, alamak dah macam Hikayat Malim Demanlah pulak, Tengku Aqilah pun bertanya pada Sang Ajuna bermata biru, Tengku Ryan Ameer tu.  Adakah si putera telah membawa sip uteri ke tempat beradunya?  Jawapan Sang Arjuan.

Apa hal pulak, ingat awak budak kecik ke nak dukung-dukung alih tempat tidur.  Lagipun tak kuasa saya nak dukung awak.  Saya biar jae awak tidur kat sofa.  Jangan-jangan awak ni ada masalah berjalan dalam tidur tak?

Huh! Tak romantik langsung, bayangan menjadi peteri raja berkecai menjadi wajah nenek kebayan sahaja huh!  Nasib badan…

Tak kan kalau betul aku berjalan dengan tidur, aku tak akan landing atas katil Si Ana yang banyak resipi bau tu.  Sensor hidung aku memang the bestlah kalau bab-bab bau ni, sure aku landing jugak atas katil aku sendiri.  Jangan-jangan… Oh my God… rumah tu dah ada penunggu!  Dia dah main kasar nampak, main-main alih tempat tidur orang pulak dah.  Silap hari bulan Ku Ryan tidur sebelah.  Hish, tak sanggup pulak aku nak dengar jeritan garau dia tu.  Mau gugur semua bulu hidung aku nanti taii kenapa mesti dia yang menjerit kenapa bukan aku?  Begitu jauh sekali Tengku Aqilah cuba untuk mendapatkan kesimpulannya sendiri.

“Woi Qila!  Buruknya.  Melopong aje mulut tu kenapa.  Dia yang nak cakap dengan kita, dia yang berkhayal entah ke mana, sampai terlopong mulut tu. Hish malaslah nak layan kau.  Aku keluar dululah.”

Tengku Aqilah pantas mengatup mulutnya yang mula terasa lenguh, pasti gara-gara melopong dalam masa yang agak lama.  Namun elok Farhana hendak membuka pintu pantri, Shafiq muncul tiba-tiba, wajahnya serius.

“Qila, kita kena pergi hospital sekarang, Pak Engku kena strok!  Keadaan dia teruk.”

Farhana terus menoleh ke arah Tengku Aqilah yang sudah melopong lebih luas dari tadi.

Tengku Natasha sudah bengkak matanya menangis.  Buah hatinya di sebelah tidak putus-putus menenangkannya.  Azrul Botak turut berada sama di situ, mana tidaknya mereka bertiga sedang menikmati sarapan pagi bila Tengku Natasha menerima panggilan telefon dari pemandu ayahnya Mohd Aliff Ikmal Nasharuddin.

Amboi!  Nama sedapnya.  Kenapa mesti ke kalau pemandu namanya Pak Abu atau Pak Ali sahaja?  Itu zaman dulu beb…

Menurut pemandu Tengku Hisham, semasa mereka di dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat di PWTC majikannya itu telah mengadu sakit dada dan tidak sampai 5 minit kemudian dia terus pengsan tidak sedarkan diri.  Dah namanya pengsan tak kan nak sedar pulak, apa punya ayatlah.

Hah!  Apa lafi Si Aliff pun nama pendek dia, menekan pedal minyak membawa selaju yang mungkin dan dia cukup yakin bulan depan dah sah-sah tiga surat saman akan diperolehi atas plat nombor TH 002 kerana melanggar tiga lampu isyarat.  Sorry boss…

Tengku Aqilah tiba Bersama Shafiq dan Farhana.  Mereka terus mendekati tiga manusia yang sentiasa perasan bagus itu.

“Kak Tasha, macam mana dengan Pak Engku?” soal Tengku Aqilah risau.

Tengku Natasha yang sibuk mengelap air matanya sempat lagi menjeling tajam.  Meluat Farhana melihatnya.  “Mana aku tahu, dia ada kat dalam.  Kau pergilah masuk dalam kalau kau nak tahu.”

Fuh!  Jawapan yang begitu menguji iman manusia.  Tengku Aqilah sudah menggeleng.  Shafiq sudah memandang semacam pada perempuan berlagak itu.  Farhana pula, sudah merenung pada kasut tumit tinggi Si Tasha sengal itu.  Ikutkan hati mahu sahaja dia jolok kasut jenama Hermes ke dalam mulut Si Tasha yang celopar itu, baru berbaloi beli mahal-mahal letaknya di mulut daripada selama ini hanya duduk di kakinya yang keding itu.  Namun itu cuma imaginasi Farhana sahaja, di kala ini dia hanya mampu menggigit sekuat hati bibir tebalnya, ada pulak yang kena ulser mulut nanti.

Tengku Ryan Ameer agak serba salah mendengar jawapan buah hatinya yang tidak berhemah itu.  Wajah isterinya dipandang sekilas.  Tengku Aqilah sedang bercakap sesuatu dengan Shafiq, mereka berbisik rapat.  Hidung Shafiq yang sama degree kemancungan dengan Tengku Ryan Ameer itu hampir mencecah pipi Tengku Aqilah yang tebal dengan bedak compact dan pemerah pipi.  Walaupun di kala ini wajah isterinya itu tidak langsung berselera untuk dipandang namun rasa tidak puas hati dengan keakraban mereta tetap menular di hati.

“I tak boleh hidup Ryan… I tak boleh hidup tanpa papa di sisi. I terlampau sayangkan papa, I takut kehilangan papa Ryan,” rintih Tengku Natasha tersedu-sedu.

Fikiran Tengku Ryan Ameer yang melayang seketika kembali difokus pada kekasihnya yang sedang menangis teresak-esak itu.

“Sabarlah Tasha, kita doa semoga papa selamat, yakin papa akan selamat.  You sabar ya…”

Lembut suara Tengku Ryan Ameer memujuk perempuan yang pada pandangan mata Tengku Aqilah teramatlah menggada-ngada itu.  Bibirnya sempat lagi dicebikkan pada Farhana yang berdiri di hadapannya.  Farhana apa lagi bab-bab bibir ni pantang mengalah, dia turut menjuihkan bibirnya.  Dalam mereka sibuk melawan juih bibir, pintu bilik pembedahan dibuka, seorang lelaki berpakaian serba putih keluar mendapatkan mereka semua.

“Hai, saya Doktor Saiful Sazlan bin Dato’ Ibrahim.”

Tengku Aqilah dah Farhana sudah mengerutkan dahi mereka dengan pengenalan diri yang panjang itu.

“Macam mana papa saya doktor?”  soal Tengku Natasha dengan suara yang sedikit serak.

“Alhamudlilah… Tengku Hisham selamat…”

Masing-masing sudah menarik nafas lega.

“Tapi…”

Nafas yang baru sahaja ditarik tadi terpaksa ditahan nampak gayanya.

“Hish, doktor ni main tapi-tapilah pulak.  Dah selamat tu selamat ajelah,” bisik Farhana pada Tengku Aqilah.

Tengku Aqilah sudah menggeleng.

Helo, yang sakit tu Tengku Hisham bin Tengku Baharom, bukannya Encik Hasan bin Kisdul.  Kau yang over kenapa?  Opps!  Ingatkan asal orang Kedah rupanya ada darah orang seberang, Melayu-Jawa okey, bidas otak Farhana.

“Macam ni cik…”

“Tengku Natasha,” jawab Tengku Natasha pantas.

Geli telinga Tengku Aqilah dan Farhana mendengarnya.  Kalau ada cotton bud, di sini juga mereka akan mengoreknya.

“Ya Tengku, walaupun Tengku Hisham dah melepasi tahap kritikal tapi beliau memerlukan rawatan yang berterusan dalam usaha untuk memulihkan serangan strok.  Sekarang ni sebelah kanan badan beliau lumpuh… tapi syukur ya wajahnya tidak herot.”

“What herot?” soal Tengku Natasha dengan gaya berlagaknya.

“Ya Allah Qilam macam bagusnya si sengal ni, padahal satu sekolah tahu dia tak pernah lulus Bahasa Inggeris,” guman Farhana pada Tengku Aqilah.

Tengku Natasha bagaikan terdengar umpatan itu sudah merenung Farhana dengan bengisnya.

Macam orang taku!

Namun, belum sempat Doktor Saiful ingin menjelaskan secara detail Farhana telah menyampuk, “Herot tu Tengku Natasha macam ni…”  Farhana sudah mengherotkan wajahnya.

Buruk benar Tengku Aqilah melihatnya.  Itu bukan gaya muka herot tapi dah macam orang tercekik biji cempedak, tunggu masa nak direntap nyawanya oleh malaikat maut sahaja.  Tengku Ryan Ameer sudah menggeleng, manakan tidak dalam saat yang genting seperti ini masih sempat mereka hendak mengenakan di antara satu sama lain.

“So doktor apa suggestion you sekarang?”  tanya Tengku Ryan Ameer pula.

Doktor Saiful berfikir sejenak.

“Macam ni, saya tak dapat nak beri jaminan bila Tengku Hisham akan pulih sepenuhnya, so buat masa ni selain daripada rawatan yang kami berikan beliau amat memerlukan sokongan daripada orang-orang yang rapat dengannya.  Kalau tak ada apa-apa saya mintak diri dulu.  Kamu semua boleh pergi melihat Tengku Hisham di wad.  Please excuse me,” Doktor Saiful terus berlalu.

Riak wajah Farhana seperti orang yang tidak berpuas hati sahaja.  “Bagilah salam, kita orang Islam kan?  Ni tidak main excuse me, excuse me pulak!” dengus Farhana geram.

“Ana, kenapa mulut kau, dari tadi tak tahu naik diam?  Kau memang ada sumpahan bila masuk hospital ya,” sindir Tengku Aqilah sebelum berlalu pergi bersama yang lain menuju ke wah Tengku Hisham.

Tengku Natasha terus memeluk papanya.  Tangan kiri Tengku Hisham yang masih lagi berfungsi itu menepuk-nepuk lembut bahu anak kesayangannya.

“Jangan nangis sayang, papa tak apa-apa.  Papa sakit sikit aje.  Sebelah kanan papa ni saja yang tak dapat gerak, tapi sayang jangan risau papa akan dapatkan doktor pakar yang terbaik untuk merawat papa.  Insya-Allah, tak lama papa akan sembuh, percayalah.”  Begiru yakin sekali Tengku Hisham menuturkannya.

Tengku Ryan Ameer sudah tersenyum mendengarnya.  Dia lega melihat sikap positif baoa saudara merangkap bapa mentuanya itu.

“Ya pa, Ryan yakin papa akan sembuh, jika papa terus berfikiran positif seperti ini pasti segalanya akan berjalan lancer.  Kami semua akan jaga papa, papa jangan risau,” ujar Tengku Ryan Ameer lembut.

Tengku Hisham turut tersenyum mendengarnya.

“Papa tahu Ryan anak yang baik, Ryan jangan risau keadaan papa.  Tasha ada untuk jaga papa sampai papa pulih, kan sayang?”

Tengku Natasha sudah mengangguk.

“Qila pun boleh jaga Pak Engku.  Qila tak ada masalah.” Terpacul ayat itu keluar dari mulut Tengku Aqilah.  Entah mengapa hatinya menjadi cukup sayu melihat wajah pucak papanya itu.  Ingin rasanya dia mendapat tubuh itu namun dia pantas menyedarkan dirinya untuk berpijak di bumi yang nyata.

Wajah Tengku Hisham yang ceria itu berubah serius tiba-tiba.

“Tak payah, aku tak perlukan kau.  Cukuplah aku jatuh sakit ni gara-gara asyik memikirkan kesudahan nasib anak aku.  Aku risau sangat jika hajat dia untuk bersatu dengan Ryan tidak tercapai gara-gara sifat busuk hati kau tu.

Kalau kau betul nak tolong kau, bulan depan genap 6 bulan perkahwinan kau, aku nak kau yang minta cerai dari Ryan, mintak fasakh.  Aku tak nak orang nampak Ryan yang buruk.  Lepas tu aku nak kau tinggalkan bumi Malaysia ni, pergi sejauh yang kau boleh agar segala sial kau tak kena pada Tasha dan Ryan pula.  Cukuplah aku yang menanggungnya sekarang.”

Semua yang berada di situ terkejut mendengarnya, kecuali Tengku Natasha, hanya dia seorang yang mampu untuk tersenyum.  Di manakan iman lelaki ini?  Tidakkah dia percaya pada qada dan qadar Illahi?  Astaghfirullah…

Farhana sudah meramas bahu Tengku Aqilah yang di kala ini hanya kedengaran sedu-sedannya.  Sukar hendak diluahkah dengan kata-kata apa yang dirasai oleh Tengku Aqilah di saat ini, tapi yang pasti dia benar-benar terluka dengan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut seorang papa yang boleh dianggap terlalu kejam itu.

Buat pertama kalinya, Tengku Ryan Ameer menggeleng mendengar kata-kata yang pada hematnya tidak seharusnya dilafazkan oleh seorang papa dan buat pertama kalinya juga wajah Tengku Aqilah yang comot itu tidak langsung tampak jelik pada pandangan matanya, malahan simpatinya melimpah ruah buat isterinya yang sedang teresak-esak itu.

Shafiq tidak henti-henti menggeleng.  Azrul Botak sudah terkedu mendengarnya.  Walaupun dia membenci bos barunya itu tetapi padanya ayat seperti itu tetap tidak wajah diucapkan oleh seorang lelaki yang sentiasa merasa dirinya yang terbaik dan terhormat.

Tengku Aqilah mengelap air mata yang masih degil mengalir deras di pipinya.  Bedak di wajahnya sudah bertompok-tompok.  Nafasnya ditarik dalam-dalam.

“Pak Engku, Qila tahu kata-kata Pak Engku tempoh hari jika Qila kahwin dengan Ku Ryan akan ada permulaan yang baik dalam hubungan kita itu adalah palsu belaka.  Palsu Pak Engku Qila tahu tu… tapi mulut Qila yang buruk ni masih tak reti bahasa, masih terus mengatakan yang Pak Engku akan berubah, Pak Engku akan mengotakan janji.  Apa lagi Qila perlu buat Pak Engku untuk mendepatkan sedikit kasih Pak Engku… sedikit aje kasih sayang dari seorang bapa…” Jelas Tengku Aqilah dalam suara yang tenggelam timbul oleh esakan.

Tengku Hisham terus memalingkan wajahnya ke arah lain.

“Qila dah  puas mengemis kasih Pak Engku.  Qila dah puas mengemis.  Kenapa Pak Engku benci sangat dengan Qila?  Kenapa Pak Engku?  Mama!  Mama dengar tak tu?  Mama dengar tak, Pak Engku tetap tak boleh terima Qila ma, dia bencikan Qila.  Maafkan Qila ma, Qila tak mampu tunaikan hajat mama.  Maafkan Qila ma.  Ana, bawaklah aku pergi dari sini.  Aku dah tak sanggup Ana… Tak sanggup nak terus menagih kasih.  Bawaklah aku pergi Ana…”

Farhana yang sudah lencun dengan air mata itu, terus memaut erat tubuh Tengku Aqilah lalu memapahnya keluar dari bilik insan yang menyebabkan dia lahir ke muka bumi ini tetapi tidak pernah mahu mengakui kehadirannya di bumi Allah yang fana ini.

Shafiq memandang Tengku Hisham dengan pandangan yang sinis sebelum berlalu pergi.  Tengku Ryan Ameer sudah menggeleng-geleng.  Matanya sudah berkaca, begitu sebak hatinya di kala ini.  Benarlah kata arwah papanya, Tengku Aqilah begitu menderita selama ini.  Penderitaan yang selama ini tidak pernah mahu diselaminya.  Wajah sendu isterinya berlegar-legar di ruangan matanya tanpa henti.

Semoga kau tabah Aqilah, bisik hatinya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:38 PM | Show all posts
Bab 29

Tengku Aqilah leka menulis diatas sekeping kertas.  Apa yang dicoretkan luar dari pengetahuan Shafiq dan Farhana yang masih setia menjadi penemannya sedari tadi.  Farhana merenung seraut wajah yang masih kelihatan sendu itu.  Sebaik melangkah keluar dari hospital tadi Tengku Aqilah sempat lagi masuk ke dalam bilik air untuk menyolek wajahnya semula namun mendung di wajahnya tidak mampu diusir pergi.

“Okey selesai… Fiq nanti awak tolong serahkan surat ni pada Ku Ryan ya.  Susah sangat awak letak aje atas meja dia.”

Shafiq sedikit tersentak dengan permintaan Tengku Aqilah itu.

“Kenapa saya yang kena bagi?  Bukan ke awak jugak nak masuk ofis nanti.  Kalau awak taka da mood hari ni mesti esok awak akan masuk jugak kan?” soal Shafiq inginkan kepastian.

Tengku Aqilah sudah menggeleng.  Sebaris senyuman masih terserlah di wajahnya walaupun begitu hambar.

“Tak, saya tak akan kembali di syarikat itu lagi.  Mulai hari ini Kak Rita bukan lagi setiausaya saya dan bilik itu akan kembali pada pemiliknya.”

Tapi Qila…” Farhana menyampuk pula.  Tengku Aqilah terus memotong, “Aku tak nak Ana.  Aku tak nak lagi ada kaitan dengan mereka.  Kalau dulu aku degil bila kau nasihatkan aku yang Pak Engku tak akan berubah, kini berilah aku peluang untuk mendengar nasihat itu.  Berikan aku peluang untuk mencari kebahagiaan yang sebenar-benarnya di dalam hidup aku.  Aku dah letih Ana, letih sangat membuat satu pengorbanan yang tidak pernah siapa pun menghargainya.  Letih diperalatkan orang.  Letih menjadi boneka mereka.  Aku nak pergi jauh dari sini.  Lagipun itu yang Pak Engku mahukan,” luah Tengku Aqilah.  Nadanya penuh dengan kelukaan.

“Jadi kau nak lepaskan apa yang kau ada sekarang macam tu sahaja?  Semudah itu Aqilah?” soal Farhana dengan wajah tidak puas hati.

Shafiq sudah resah dari gayanya seperti ingin menyatakan sesuatu namun di kala ini dia seperti tidak tahu ayat yang terbaik perlu digunakan untuk memujuk sekeping hati Tengku Aqilah yang begitu jelas hirisan hatinya.

“Cuba kau cakap Ana, apa yang aku ada?  Kalau kau maksudkan saham terbesar yang aku ada sekarang aku nak tanya kau, perluk ke aku pertahankan saham itu walaupun aku dilayan tak ubah macam kucing kurap atau aku lepaskan saham itu dan aku mendapat maruah aku kembali.  Aku dapat satu kebahagiaan yang hakiki dan yang paling penting aku dah tak perlu menjadi boneka ciptaan mereka lagi, mana kau nak aku pilih?  Kau putuskan Ana…”

Suasana hening seketika.  Baik Farhana mahupun Shafiq masing-masing kelu untuk mengatur bicara.

Di kala ini wajah Tengku Aqilah begitu serius sekali, walaupun matanya terarah ke jalan raya yang semakin sesak itu namun jelas fikirannya melayang jauh entah ke mana.  “Aku ikut kau Qila, aku teman kau ke mana pun kau pergi,” jawab Farhana tiba-tiba.

Tengku Aqilah masih termenung jauh.

“Qila, come back please…” Farhana mengetip jarinya di muka Tengku Aqilah.

“Apa Ana?” tanya Tengku Aqilah seperti orang yang mamai.  Wajahnya diraup perlahan.

Farhana tidak pula melenting seperti selalu.  Entah mengapa sayu sungguh hatinya setiap kali memandang wajah sahabat kesayangannya itu.  Tangan Tengku Aqilah digenggam.

“Aku ikut kau okey.”

Tengku Aqilah hanya melepaskan nafasnya perlahan, tiada sebarang bicara dari mulutnya, hanya tangannya sahaja memberi reaksi bila genggaman tangan Farhana dibalas kembali.  Shafiq hanya memandang simpati.

Tengku Ryan Ameer menyandar lesu di kerusi empuk milik bapa mentuanya.  Tengku Hisham telah melantiknya sebagai pemangku beliau dalam tempoh keuzurannya itu.

Sudah seminggu Tengku Aqilah menghilangkan diri.  Bila dia bertanya Farhana, bukan mulutnya yang menjawab tetapi diwakilkan dengan bahunya.  Bila dia bertanya pada Shafiq, ayat yang dijawab dalam tempoh tujuh hari itu, bukankah isi surat itu telah menjelaskan segalanya.

Tidakkah mereka faham, memang Tengku Aqilah telah meluahkan segala isi hatinya di dalam surat itu namun yang ingin Tengku Ryan Ameer ketahui adalah di mana isterinya berada di waktu ini.

Jika Tengku Aqilah memang berada di rumah sewa Farhana, lega juga hatinya.  Tapi petang semalam dia ada mengekori bas Metro yang dinaiki Farhana, serabai habis wajah Farhana sebaik turun dari bas yang padat macam ikan sardin itu. Namun segala usahanya itu tidak berbaloi bila dia mendapati Tengku Aqilah tidak berada di situ.

Jangankan jasad Tengku Aqilah, gambarnya pun tidak disimpan oleh Farhana.  Akhirnya Tengku Ryan Ameer terpaksa menghadap wajah kelat Farhana yang terpaksa meminjam motor kawan serumahnya untuk membeli minyak di stesen minyak yang berhampiran gara-gara minyak keretanya yang habis mengikut bas Metro yang masuk segala pelosok tempat sebelum sampai ke rumah sewa Farhana itu.

Di manakah kau, Aqilah?  Rintih hatinya. Hisy! Caring semacamlah pulak.

Laci mejanya ditarik.  Sekeping kertas yang berlipat tanpa sampul surat dibuka.  Memang surat ini tidak bersampul pun semasa Shafiq menyerahkan kepadanya.  Tulisan yang bulat seperti tahi kambing itu dibaca semula.  Walaupun di sesetengah tempat bertompok dengan kesan kuah kari namun tidak langsung mengganggu konsentrasi Tengku Ryan Ameer untuk membacanya.

Assalammualaikum husband,

Saya yakin mesti mendidih hati awak bila saya panggil husband kan?  Tapi awak jangan risau, ini merupakan panggilan terakhir dari saya.  Selepas ini awak tak kan dengar lagi, saya akan pergi jauh dari sini so saya pendekkan cerita, kertas pun dapat sehelai aje, itu pun ehsan dari Macha, lagipun kalau saya guna kertas cantik-cantik pun sure awak akan buang juga nanti.  
Ha Ha Ha 25x.

Di sini saya ingin meminta maaf atas segala perlakuan saya sebelum dan selepas menjadi isteri awak.  Yang paling penting part selepas itulah.  Saya tahu, saya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.  Saya beranggapan awak mesti tak kisah kan?  Sebab awak sendiri tidak ingin saya menjadi isteri awak.

Tapi, sebenarnya saya salah, saya berdosa kerana di dalam Islam tidak ada istilah kahwin kontrak atau kahwin olok-olok.  Suami, tetapi suami dan perlu dihormati.  Saya berdoa sangat agar arwah mama dan arwah Pak Su tidak akan dibabitkan sama atas perbuatan saya yang jahil ini.

Maafkan saya husband, maafkan saya… Moga kemaafan awak ini akan dapat mengurangkan sedikit bebana dosa saya.  Kalau saya katakan yang awak tidak ikhlas mengambil saya sebagai isteri, sebenarnya kata-kata saya itu juga ditujukan pada diri saya sendiri.  Saya mengahwini awak dengan harapan akan dapat merasa kasih seorang papa.

Namun perkiraan saya salah belaka.  Saya lupa dalam saya merasa hebat mencatur hidup saya, rupanya perancangan Allah itu Maha Sempurna dan mengatasi segalanya.  Kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukannya.

Kini saya reda atas segala ketentuan-Nya, kerana itu saya perlu mengundur diri dari hidup awak agar saya dan awak tidak terus dibebani dengan dosa.  Dosa yang dicipta oleh diri kita sendiri.

Saya, Tengku Aqilah binti Tengku Hisham dengan ini mengundur diri dalam hidup awak untuk selamanya.  Sebaik tamat tempoh 6 bulan nanti awak boleh memberikan apa jua dokumen melalui Farhana untuk saya tandatangani.  Doa saya semoga awak berbahagia bersama dengan Kak Tasha hingga ke akhir hayat.

Salam dari isterimu, geli telinga awak dengar ya, don’t worry cuma tinggal 1 bulan 5 hari saja lagi.

Qila

p/s: Tolong jaga papa saya kerana dia hanya memerlukan awak dan Kak Tasha di kala ini.  Berbahagialah dengan bahagian kalian yang dapat berbakti dengan orang tua.

Tengku Ryan Ameer merenung lama sekeping kertas yang telah digunakan semaksimum yang boleh di kedua-dua bahagiannya.  Namun bukan bagaimana surat itu dipenuhkan depan dan belakangnya, yang mengganggu fikirannya di waktu ini sebaliknya kata-kata yang terkandung di dalam surat itu yang tidak berhenti berlegar di dalam mindanya.

Ya Allah, ampunkan segala dosaku.  Benar kata-kata Aqilah itu, kami telah tersasar, kami lupa kana kekuasaan-Mu.  Ampunkanlah Ya Allah dosaku dan dosa isteriku.  Ampunkanlah kami Ya Allah… Doa Tengku Ryan Ameer yang tidak putus-putus jauh di lubuk hatinya.

Kepalanya disandar lesu pada kerusi klit itu, wajahnya diraup berkali-kali.  Di manakah kau Qila?  Aku berharap sangat dapat berjmpa dengan kau walaupun untuk sedetik cuma sebelum kau pergi.  Mengapalah hati Pak Long terlalu keras untuk menerima Aqilah di dalam hidupnya?  Kata-kata yang hanya terluah di dalam hati.  Bunyi telefon bimbit, pantas menyedarkannya dari lamunan.

“Yes Tasha, kenapa?” soal Tengku Ryan Ameer sebaik tangannya menekan butang hijau.  Tengku Ryan Ameer sudah mengangguk.

“Okey, you tunggu ya.  Nanti sekejap lagi I sampai. You janganlah risau, I akan tolong you jaga papa di rumah.  I yakin you mampu jaga papa, you memang anak yang baik Tasha.  Sekejap lagi I sampai okey.”

Sebaik menghabiskan ayatnya Tengku Ryan Ameer terus mematikan telefon bimbitnya.  Nafasnya dilepaskan perlahan, hari ini Tengku Hisham akan pulang ke rumahnya, bererti selepas ini menjadi tanggungjawab dia dan Tengku Natasha pula untuk menjaganya.  Di kala ini pesanan dari Tengku Aqilah seperti terngiang-ngiang di telinga.

Pintu bilik Tengku Natasha diketuk bertalu-talu.  Tengku Natasha yang sedang lena tidur itu mula merasa terganggu, matanya dibuka sedikit.

“Siapa tu, kenapa kacau aku nak tidur?” jeritnya dari dalam.

“Saya Ku Tasha, Tuti… Pak Engku, Ku Tasha…” jelas suara Tuti yang tergagap-gagap itu.  Pastinya takut dengan anak majikannya yang terkenal dengan sikap garang yang mengalahkan seladang betina yang terpijak perangkap itu.

“Kenapa dengan Pak Engku?” soalnya keras.

Tuti sudah menelan air liurnya.  “Pak… Pak Engku bilang dia enggak mau Tuti mahupun Kak Bong suapin makanannya.  Dia cuma mahu Ku Tasha yang suapin.”

Dengan kasar, Tengku Natasha terus menolak selimutnya ke tepi, dia merengus kuat.  “Suapin… suapin!  Orang dah bagi makan tu makan ajelah.  Mengada-ngadalah pulak orang tu ni.  Dia ingat aku ni orang gaji dia.  Semua benda nak aku buat, dari balik semalam asyik buat kerenah aje.  Nak itu, nak ini… Hish… aku tak kira, dia nak ke tak nak, aku tetap nak cari nurse untuk jaga dia.  Tak kuasa aku nak melayan perangan mengada dia!” rengus Tengku Natasha lagi.

Lalu rambutnya yang menggerbang ala-ala Nek Nak itu, diikat satu sebelum dia melangkah keluar menuju ke bilik papanya dengan wajah yang masam mencuka.  Rasanya cuka pun tak semasam wajah dia.

Tengku Hisham hanya memandang lesu makanan yang sudah terhidang di atas meja yang diletakkan berdekatan dengan katilnya.  Dia cuba juga untuk mengangkat tangan kanannya namun dia tetap gagal untuk menggerakkan tangan itu walau telah sehabis daya dia mencubanya.

“Pa, kenapa tak makan?” Suara Tengku Natasha walaupun bernada keras seperti badak air itu tetapi tatap telah menceriakan wajah Tengku Hisham yang sebelumnya muram.  Wajah anak kesayangannya dipandang.

“Sayang… mari kat papa.  Papa nak Tasha suapkan papa makan.  Papa tak nak orang gaji yang suap, hanya Tasha yang boleh membuka selera papa.  Mari nak…” panggil Tengku Hisham lembut.

Tengku Natasha sudah mendekati papanya dengan wajah yang bosan.

“Papa ni mengada-ngada tau, papa ingat Tasha ni tak tahu penat ke?  Kalau semua urusan papa Tasha yang kena buat matilah Tasha pa.  I need a rest okey pa.  Tak kan papa nak harap Tasha duduk mengadap papa 24  jam.  Tasha pun ada life Tasha sendiri pa.  Come onlah pa jangan buat perangai macam budak-budak.”

Tengku Hisham lama memandang wajah anaknya, dahinya dikerut.

“Tasha sedar tak apa yang Tasha cakap ni?  Tasha tahu tak, Tasha baru jaga papa tak sampai pun 24 jam, tak kan itu pun Tasha nak berkira.  Selama 28 tahun papa jaga Tasha, pernah papa berkira?”

Tengku Natasha sudah menggeleng.  “Dahlah pa, kalau semua mak bapak dalam dunia ni nak mengungkil pasal jaga anak sendiri, lain kali jangan beranak, hidup aje suami isteri sampai mati.” Kasar sungguh ayat yang digunakan oleh Tengku Natasha itu.

Tengku Hisham sudah menggeleng.  Dia tidak percaya anaknya boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu.  Namun jauh di sudut hatinya Tengku Hisham yakin yang anak sulungnya itu hanya bergurau, ya bergurau, pujuk hatinya.

“Papa tahu Tasha cuma joking kan?  Tasha saja cakap macam tu sebab nak usik papa.  Anak papa ni, sempat lagi nak bergurau, Tasha memang penyejuk hati pa…”

Namun belum sempat Tengku Hisham menghabiskan ayatnya Tengku Natasha terus memotong. “Dahlah pa, kata nak makan tadi kan?  Nah… buka mulut tu…” Serius sahaja nada suaranya.

Kali ini Tengku Hisham sedikit terkejut mendengarnya.  Namun sekali lagi dipujuk hatinya, mesti anak kesayangannya itu ada masalah lain sebab itu moodnya tidak berapa baik mala mini.  Tengku Hisham masak sungguh dengan sifat moody anaknya yang tidak kira waktu itu.  Wajah anaknya yang masih masam mencuka itu direnung sekilas.

“Cuba papa bukak mulut tu besar sikit.  Tak kan sekali suap cuma dua tidak butir nasi aje masuk pa.  Kalau macam ni setahun pun tak habis makan,” gerutu Tengku Natasha sambil tangannya menyumbat dengan kasar makanan ke dalam mulut papanya.

Agaknya kalau ikutkan hatinya yang tengah panas itu mahu dengan sudu-sudu disumbat sekali.  Tengku Natasha terus juga menyuap makanan ke mulut papanya walaupun lebih banyak yang keluar dari masuk namun dia tidak langsung mempedulikannya, malahan pipi Tengku Hisham yang sudah comot dengan bajunya yang kotor dibiarkan sahaja.

Tengku Hisham terus menggeleng.  Suaranya sebak.

“Dahlah Tasha, papa tak larat nak makan, papa taka da selera.  Dahlah tu…”

Tengku Natasha terus mengambil gelas minuman lalu disuakan pada papanya.  Tengku Hisham memalingkan sedikit wajahnya.

“Pakai sudu Tasha, papa tak larat nak teguk air macam tu,” ujar Tengku Hisham dengan suara yang lemah.

Tengku Natasha merengus geram.  “Papa ni kan, macam-macam hal tau, yang sakit tu bahagian badan bukannya mulut.  Minum ajelah! Bukannya senang nak sudu-sudukan air, nanti tumpah susah.  Hish, lecehlah macam ni… Nanti Tasha suruh Tuti bawak naik straw, lepas tu biar dia kemas papa.  Papa dah tak nak makan kan?  Tasha nak turun dulu, nak makan, dah lapar dah perut ni.”

Rupanya semasa Tengku Natasha berada di dalam bilik bersama papanya, Tengku Ryan Ameer sudah berdiri sekian lama di luar bilik Tengku Hisham mendengar sketsa dua beranak itu.  Kepalanya digelengkan berkali-kali.  Penilaian arwah papanya tentang kekasihnya, Tengku Natasha bagiakan terimbau kembali.  Namun pantas dia menyedapkan hatinya, mungkin Tengku Natasha terlampau penat agaknya.  Maklumlah bukan senang hendak melayan kerenah orang yang sakit, tahap kesabaran perlu berada di paras yang tertinggi sekali, apatah lagi orang tua yang terkenal dengan sifat cerewetnya.

Tengku Ryan Ameer berdehem sedikit.  Tengku Natasha yang menyedari kehadiran kekasihnya terus mendapatkan Tengku Ryan Ameer yang masih tercegat di muka pintu.

“Sayan, kenapa you ni lambat sangat datang?  I penat tau kena layan papa sorang-sorang.  Dari tadi I tak rehat,” adu Tengku Natasha dengan gaya gediknya.

Tengku Ryan Ameer ingin melangkah masuk namun pantas dihalang oleh buah hati sewelnya itu.

“I nak tengok papa kejap, papa dah makan ke?  Pasal apa comot sangat papa tu?” soal Tengku Ryan Ameer pula.

Tengku Natasha masih tidak melepaskan pegangan tangannya di lengan buah hatinya itu.

“Dah… papa dah makan.  I dah suapkan tadi, biasalah sayang bila kita suap dia pusing-pusingkan muka.  Habis keluar makanan, itu yang comot sangat jadinya.  Tak apa nanti I suruh Tuti kemaskan.  Jomlah sayang, teman I makan.  I lapar sangat ni, nanti kalau I sakit you jugak yang susah, siapa nak jaga papa?” rengek Tengku Natasha dengan mengadanya.

Tengku Ryan Ameer hanya mengeluh perlahan mengikut tangannya yang ditarik oleh Tengku Natasha itu.

Tengku Hisham yang menjadi pendengar sedari tadi hanya membisu seribu bahasa.  Adakah hatinya telah terluka?  Entahlah dia sendiri tidak tahu apa yang dirasai di kala ini.  Tanpa disedari setitis air mata mengalir lesu di pipi pucatnya.

Benarlah kata pepatah sayangkan anak ditangan-tangankan, tapi kalau dah dapat anak perangai mengalahkah sundal bolong macam ini tak payah nak ditangan, dicincang lumat saja buat sup ekor.  Kalau tak lalu makan bagi saja pada Stephanie dengan Bruce yang pelahap tu!  Mieow!!! Hai kucing pandai pilih makanan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.745425 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list