CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: melnanzz

[DRAMA MELAYU] LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU [Astro Mega Drama: Farid Kamil, Nelydia Senrose]

  [Copy link]
Post time 17-1-2018 09:09 PM | Show all posts
Choc-chip replied at 17-1-2018 06:26 PM
Ingatkan nak tengok citer ni...tapi baca review uols kat sini macam tak best je...

Jgn terpengaruh dengan review......
Masih awal lagi... Baru ep 2....
Xnampak chemistry antara pelakon lagi....
Qila n Ryan masih xjumpa lagi...
Yg pasti ep 2 lebih best dr ep 1

Meh lerr tengok....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 09:10 PM | Show all posts
bdhia replied at 17-1-2018 08:38 PM
Iols nak baca semula novel LKC ni tp ntah mana hilang nya ....x silap iols tengku rayyan ni anak ...

Yup....depa sepupu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 10:42 PM | Show all posts
Blh ke i share link novel ni??? If ok. Later iols share
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 10:45 PM | Show all posts
melnanzz replied at 17-1-2018 05:17 PM
Ryan tu kerabat jugak eh? Sebab dalam novel dia ada Tengku.
Dalam episod lepas Qila ada cerita yang ...

Tengku hisham (bapa aqilah & tasha) tengku hashim (bapa rya) adik beradik. Tengku hisham kena buang family sbb kahwin dgn isteri dia. Mak Ryan mat salleh. Dlm novel ckp Ryan mata warna biru.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 10:46 PM | Show all posts
SETELah mbaca novel secara online. Ada gak babak2 lucu dlm novel ni. X sabar nk tggu.. yeeaah. Kalau daler blakon mesti lg wow. Farid yuckkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut novel part ryan & qila bertemu lawak giler tp dlm drama agak krik2 . x nampak lagi keserasian nely dgn farid . mungkin watak ryan sesuai gak tuk daler wlupun daler pelat malay
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
lawak jugak episod 3 ni, yg part qila punya tahi lalat tercabut tu hahaha, i x baca novel tp pandai nelydia berlakon watak slumber tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dealova04 replied at 17-1-2018 03:17 PM
mmg turn off la bila fk tu jd rayyan..wpon mak x baca novel so bila eton ckp mcm ni lg la mak x le ...

Daler dah kurang kayu skrg mak...iols suka tgk dia berlakon dgn izara dlm movie baru ni....Makin ok dia berlakon mak....

farid lak dlm cerita astro ni nmpak mcm rambut dia yg berlakon...tetiap kali kelua scene dia..rambut je iols fokuskan sbb lakonan dia agak krik krik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 09:36 AM | Show all posts
etonjelita replied at 17-1-2018 04:11 PM
Iye mak nonnnn.. dlm novel ckp ku Ryan MIX. Mata biru . Farid?? Mix tang mana ntah. We want DALER. ...

nk wat slang dh serupa kulum lidah sendiri... pelat2 si daler tu pelat ori yg bkn dibuat2 .. mix pon ori..semua ori.. tp fk..adehhhhhh.. terpuntal tali perut tgk dia disisi nely
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:39 AM | Show all posts
lina21 replied at 18-1-2018 09:29 AM
Daler dah kurang kayu skrg mak...iols suka tgk dia berlakon dgn izara dlm movie baru ni....Makin o ...

lina oo lina.. movie apa daler berlakon dgn izara tu.. mmg daler dh semakin ok kan.. nmpk dia dh ok sejak dlm titian kasih...
hope daler dpt la pegang watak hero yg hati beku yg keras kejung penuh dendam... hahahah.. sbb mak rs daler dpt bwk watak mcm tu ..
mak is frust dgn citer ni .. nely dh lama x berlakon drama bersiri .. tu sbb mak gigih nk tgk .. tgk epi smlm mak dh x tertunggu nk tgk sbb ada fk yg sungguh krik krik disitu .. serba x kena wehhh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:41 AM | Show all posts
CikRoyanners replied at 17-1-2018 11:02 PM
Ikut novel part ryan & qila bertemu lawak giler tp dlm drama agak krik2 . x nampak lagi keserasian n ...

mak x baca novel.. tp dr review diorg yg dh baca novel tu.. daler lg sesuai kot ... sah2 daler tu  mix ori dan pelat pon ori .. senak perut nk tgk benda yg terpaksa dibuat2 umpama kunyah lidah sdr n telan sdr je fk tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:41 AM | Show all posts




Bab 6

Tengku Aqilah begitu sibuk membancuh air kopi di pantri, sempat lagi dia membetulkan rambut palsu perangnya.  Wajahnya sungguh ceria pagi ini, sesekali dia mengangguk-angguk dan sesekali menggeleng-geleng mengiku muzik yang berkumandang pada Walkman yang terpasang kemas di telingannya.  Namun keasyikannya itu terganggu sebaik earphonenya direntap dari telinga.  Pantas dia memandang manusia yang sedang bercekak pinggan di sebelahnya.

“Kau ni kenapa Ana, suka-suka hati kau aje cabut earphone aku.  Apa kau dah buang tabiat!” marah Tengku Aqilah pada Farhana yang sudah memuncung memandang ke arahnya.

“Bukan aku yang dah buang tabiat tapi kau!” Lurus telunjuk Farhana menekan dada Tengku Aqilah.

“Apa yang kau merepek ni Ana?  Hish, jangan kacau akulah aku nak bancuh air ni.  Kejap lagi semua orang masuk kerja, aku kena hidangkan air.  Kau ni kacaulah Ana,” rengus Tengku Aqilah, dalam waktu yang sama tangannya terus lincah mengambil mug-mug lalu disusun ke dalam dulang.

Farhana sudah tidak dapat menahan perasaannya lagi, terus dia menarik tangan Tengku Aqilah lalu berdiri di belakang pintu.

“Apa dah jadi dengan kau ni Qila?  Apa yang kau dah buat dengan muka kau ni?  Rambut palsu kau ni dahlah warna perang, keras kejung pulak tu.” Terus tangan Farhana menarik-narik rambut palsu Tengku Aqilah namun pantas ditepis oleh tuannya.

“Patutlah mak aku macam orang gila kau rumah tu. Kejut aku bangun pagi tadi, kau tahu apa mak aku kata, “Cepatlah Ana bangun pergi tengok Si Qila tu, dah macam pelakon operan Cina aje.  Pagi-pagi lagi dia dah pergi ofis, mak suruh tunggu kau pun dia kata tak sempat.  Cepat Ana kau pergi tengok dia tu.”   Beria-ia Farhana mengajuk dialog yang diucapkan oleh Mak Kiah.

Tengku Aqilah sudah tergelak mendengarnya, lucu sungguh dia dibuatnya.

“Ya Allah, kau boleh gelak lagi Qila.  Hantu apa yang dah merasuk dalam badan kau ni?” Wajah Farhana seperti hendak menangis gayanya.

Tengku Aqilah tidak pula memberi sebarang komen sebaliknya dia terus berlalu ke sebelah singki dan mengeluarkan bedak compact dari beg tangannya, terus bedak compact ditepak lagi ke mukanya, pemerah pipi begitu jelas di kedua-dua belah pipinya.

Farhan sudah bercekak pinggan melihatnya, bibirnya diketap.  Sakit hatinya melihat Tengku Aqilah yang tidak mempedulikan langsung apa juga yang diperkatakan olehnya sedari tadi.

Farhana bukan sahaja sakit hati tetapi juga sakit mata melihat solekan yang tebal di wajah Tengku Aqilah itu.  Lipsticknya, Ya Allah, kiranya kalau Tengku Aqilah boleh dijadikan lampu isyarat tanda berhenti, macam tu sekali merahnya calitan lipstick di bibir Tengku Aqilah itu.  Matanya yang agak sepet itu seperti hendak terjojol gara-gara celak berwarna hitam pekat yang dicalit di bawah mata.

Opps!  Lupa pula nak beritahu, di wajah Tengku Aqilah yang bertempek dengan make up itu ada satu tahi lalat di tepi bibir, besar… tapi bukan yang asli, tahi lalat palsu.  Farhana tidak berhenti menggeleng.  Sebaik tangannya hendak menyentuh tahi lalat palsu itu pantas Tengku Aqilah menepisnya.

“Apa kau ni Ana, jealouslah tu tengok tahi lalat aku.  Kalau kau nak aku boleh belikan.  Hari tu masa aku dekat US kau tak nak order.  Hai… susah kalau jadi orang cantik macam aku ni, banyak sangat yang cemburu.”

Terlopong mulut Farhana sebaik mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Tengku Aqilah itu, dadanya diusap beberapa hali.  Farhana menggosok matanya berkali-kali manalah tahu jika ini hanya mimpi di siang hari.  Namun walalu sepuluh kali mata dipejam celik, dia tetap melihat wajah yang sama.  Bingung Farhana dengan perubahan drastic sahabatnya itu.

“Dahlah kau pergi buat kerja kau.  Sibuk mengacau kerja aku,” arah Tengku Aqilah bila sahabatnya masih tercegar di hadapannya dengan mata yang tidak berkelip memandang wajahnya itu.  Dengan pantas tubuh Farhana didorong keluar namun sebaik tombol pintu dipulas, pintu bilik dikuak dari luar.

“Oh… ada orang rupanya,” tegur Tengku Natasha dengan nada yang sinis.

“Memanglah ada orang tak akan beruk pulak,” guman Farhana perlahan sambil mencebikkan bibirnya, meluat sungguh dia melihat gaya Tengku Nataha yang mengada-ngada tak bertempat itu.

Tengku Natasha masih dapat menangkap butir bicara Farhana tadi, dia terus melemparkan senyuman mengejek sambil matanya memandang Tengku Aqilah dari atas ke bawah.

“Emm… okay, not bad.  You dah banyak berubah Qila, sampaikan Kak Tasha tak perasankan you tadi.  You’re so beautiful.  Cantik sangat sampai terpegun melihatnya.  Okeylah selamat bekerja.”  Sinis kata-kata Tengku Natasha.  Dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibir, Tengku Natasha terus melangkah keluar.

Dalam masa tidak sampai seminit, Farhana dan Tengku Aqilah mendengar suara gamat di luar, pekerja-pekerja di pejabat itu sedang ketawa dan yang paling kuat suaranya adalah Tengku Natasha.  Farhana memandang Tengku Aqilah tanpa berkelip.

“Ini ke yang kau nak Qila?  Kau pergi belajar sampai US akhirnya kau biarkan diri kau jadi badut?  Aku tak tahu apa tujuan kau berubah macam ni, kalau kau nak cantik, honestlya aku cakap wajah asli kau dah cukup cantik Qila.  Kau tak perlu…” Farhana sudah tidak mampu untuk menghabiskan ayatnya, kepalanya digeleng berkali-kali.

Tengku Aqilah terus tersenyum, bahu sahabatnya ditepuk.

“Rilekslah kawan.  Diorang tu jealous aje tengok aku.  Lebih-lebih lagi tahi lalat aku ni.  Lagipun Kak Tasha pun cakap aku cantik, kau sendiri dengar kan?  Aku…” Namun Tengku Aqilah tidak sempat menghabiskan ayatnya bila pintu pantri terus ditutup dengan kuat oleh Farhana.

Tengku Aqilah menarik nafasnya dalam-dalam.

“Emm… pakai maku pun susah,” omel Tengku Aqilah sendirian sambil menuangkan air kopi ke dalam mug-mug di atas dulang yang disusun tadi.

Tengku Aqilah membuka pintu bilik yang tertera di luar, bilik Pengarah Urusan.  Tengku Aqilah melangkah masuk bersama dengan mug di tangan lalu terus mug itu diletakkan di atas meja.  Tengku Aqilah terpegun melihat dekorasi bilik itu yang begitu indah sekali.  Dalam matanya sibuk menjelajah ke seluruh ruang tiba-tiba pandangannya tertancap pada potret seorang lelaki dalam linkungan usia 50-an.

“Aku rasa inilah dia Pak Su Hashim, share partner Pak Engku yang Ana ceritakan pada aku semalam.  Sekali pandang seiras macam Pak Engku cuma bezanya Pak Su putih… Pak Engku kelabu asap sikit… tapi bukan ke Mak Kiah kata Pak Engku dah dibuang oleh keluarganya bila kahwin dengan arwah mama?  Musyikil jugak macam manca Pak Engku boleh berjumpa dengan adik dia.”  Dahi Tengku Aqilah berkerut seribut seperti sedang memikirkan sesuatu namun matanya masih lagi tidak berkalih dari potret yang tergantung di dinding itu.

Dalam kelekaan itu, pintu bilik dibuka dari luar.  Tengku Aqilah terus berpaling untuk melihat gerangan yang masuk ke dalam bilik itu.  Matanya terus terjegil sebaik melihat seorang pemuda berwajah kacukan Inggeris dalam umur lewat 20-an meluru masuk.  Rambutnya perang kehitaman tapi tidaklah seperang rambut Tengku Aqilah.  Dengan wajah yang selamba pemuda it uterus menarik kerusi kulit yang empuk itu untuk duduk.  Pemuda itu masih tidak perasankan Tengku Aqilah yang berada di tepi bilik itu namun sebaik punggungnya dihenyakkan ke kerusi wajahnya berubah secara tiba-tiba.

“Who are you?  You buat apa di bilik ni?” Bertalu-talu pemuda itu melontarkan soalan dengan nada suara yang serius.

Tengku Aqilah tergaman seketika sebaik mendengar lelaki berwajah kacukan Inggeris itu boleh berbahasa Melayu, namun itu hanya seketika saja, dengan penuh semangat dia terus bergerak ke arah pemuda itu dengan mata yang dibeliakkan.

“Kau jangan ingat sebab kau boleh cakap Melayu, kau boleh nak perdayakan aku! Amboi! Selambanya tanya siapa aku?  Hei… aku yang patut tanya siapa kau… suka-suka hati main masuk dalam bilik pengarah urusan ni.  Lepas tu suka-suka hati kau aje main duduk atas kerusi pengarah urusan yang mahal ni.  Woi!  Lebih baik kau bangun dari kerusi tu dan keluar dari bilik ni sebelum aku panggil security guard!” gertak Tengku Aqilah dengan suara yang keras sambil bercekak pinggan memandang kea rah pemuda yang di kala ini turut membeliakkan mata ke arahnya.

“What?”  jerit pemuda itu berang, dia sudah bangkit dari kerusi kulit itu.

“Apa what… what?  Kau tak faham bahasa ke?  Kau tak reti baca tanda nama kat luar tu.  Heeii… Mat Saleh celup, kau tengok mulut aku ni betul-betul, ini bilik Tengku Hashim, pengarah urusan di syarikat ni. So lebih baik kau keluar sekarang atau aku tak teragak-agak tending kau keluar dari sini, faham!”  Tengku Aqilah sudah berdiri betul-betul di hadapan pemuda itu dengan jari telunjuknya dihalakan ke wajah lelaki asing itu.  Mata mereka berpandangan.

“Hei… aku yang tak faham bahasa Melayu kea tau kau?  Siapa kau nak halau aku keluar ni?  Aku rasa kau ni gilalah!  Aku nak kau keluar sekarang jugak!” jerik pemuda itu dengan jari telunjuknya lurus mengarah ke pintu.

Mulut Tengku Aqilah separuh terlopong.  Nafasnya sudah turun naik.  “Berani kau kata aku gila? Woi Mat Saleh sesat, kau tu siapa yang nak halau aku keluar dari bilik ni?  Kau jangan bagi aku marah, aku kalau marah, lain macam!  Aku kata kau keluar… kau keluar!” halau Tengku Aqilah dengan suara yang semakin keras.

Wajah pemuda kacukan Inggeris itu sudah berubah bengis, denga kasar dia ingin menarik tangan Tengku Aqilah pastinya untuk menghumban dia keluar dari bilik itu, namun sepantas kilat Tengku Aqilah terus membuka uda-kuda dengan kedua-dua belah penumbuk dikepat seperti ingin berlawan sahaja lagaknya.

“Jangan dekat, aku ada belajar taekwando, macam-macam tali pinggang aku ada.  Kang tak pasal-pasal kau masuk hospital!” gertak Tengku Aqilah.  Namun pemuda itu makin mendekat, Tengku Aqilah sudah tidak tentu arah dibuatnya.

“Aku serius ni, kau jangan datang dekat aku… kalau kau cedera aku tak bertanggungjawab!  Hei… lebih baik kau berhenti kat situ… aku tak main-main ni!”

Tengku Aqilah sudah panik apabila melihat pemuda itu tidak mengendahkan amarannya.  Elok sahaja pemuda itu ingin menarik tangan Tengku Aqilah, tanpa berfikir panjang Tengku Aqilah terus mencapai mug yang diletakkan di atas meja tadi lalu terus disimbah ke wajah pemuda itu.

“Damn you!” jerit pemuda itu dengan wajah yang berang.

Tengku Aqilah sepantas kilat berlari ke pintu namun belum sempat dia memulas tombol pintu, pintu sudah terkuak dari luar.

“Oh my God! What happen sayang? Siapa yang buat macam ni kat you?” Tengku Natasha masuk dengan wajah yang panic apabila melihat wajah dan baju pemuda itu lencuk dek air kopi.

Tengku Natasha rupanya bukan berseorangan ketika itu, seorang pemuda berkulit kuning langsat dengan kepalanya yang seperti baru dibotakkan mengekorinya.

“Kenapa ni Ryan, apa dah jadi dengan you?” sampuk pemudak botak itu pula.

Tengku Aqilah yang pada mulanya berniat untuk melarikan diri terus terkaku sebaik mendengar ayat yang diucapkan oleh Tengku Natasha tadi.

“Sayang…” bisik Tengku Aqilah.

“I nak perempuan gila ni keluar dari bilik I sekarang jugak!” jerit pemuda berwajah Inggeris itu baran dengan jari telunjuknya lurus ke arah Tengku Aqilah.  Giginya diketap kuat seperti sedang menahan perasaan amarah yang teramat sangat.  Matanya mencerlung memandang ke arah Tengku Aqilah yang masih terpaak di depan pintu bilik Pengarah Urusan yang terbuka luas itu.

“Sedap mulut dia aje nak panggil aku gila, dia yang sebenarnya gila!  Entah dari mana asal-usul… ada hati nak jadi oengarah urusan konon… piirah…” gumam Tengku Aqilah dengan bibir yang dicebikkan.

Pemuda itu seperti dapat menangkap butir perkara yang diucapkan oleh Tengku Aqilah itu, dia sudah berganjak ke hadapan sedikit.

“Apa kau cakap? Hei… perempuan gila, aku tanya apa yang kau cakap?” Suhu kemarahan pemuda itu sudah memuncak ke peringkat maksimum.

Tengku Natasha pantas memegang pergelangan tangannya.  “Sayang… sayang… bawak bertenang.  I tak tahu apa yang adik I dah buat pada you.  Apa pun, I’m so sorry okay.”  Manja suara Tengku Natasha sambil tangannya lincah membersihkan air kopi di muka pemuda itu dengan menggunakan tisu.

Pemuda yang berkulit kuning langsat it uterus menjongketkan keningnya.  “Addik?  Maksud kau, adik kau yang belajar di US tu?  Macam langit dengan bumi… you Natasha umpama bulan tapi dia… lebih baik aku tak payah cakaplah,”  ujar pemuda berkulit kuning langsat itu dengan bongkaknya.

Tengku Natasha sudah tergelak mendengarnya.

“Kau ni Azul tak baik tau cakap macam tu.  Kau jangan nak bodek aku okey.  Aku tahulah kau tu baru dinaikkan pangkat sampai sanggup nazar botakkan kepala,” tingkah Tengku Natasha dengan gaya yang manja.

Pemudak botak yang dipanggil Azrul itu sudah tersengih.

Tengku Aqilah yang mendengar terus mencebikkan bibirnya.  Si botak ni kalau nak bodek biarlah kena pada tempat.  Ada ke kata muka macam bulan?  Tak belajar geografi ke?  Permukaan bulan tu kan menggerutu… perempuan ni pulak tersengih-sengih macam kerang busuk.  Susah kalau minda gred C ni, gerutu Tengku Aqilah di dalam hati.

Pemuda yang menjadi seteru Tengku Aqilah itu turut memberikan senyuman yang sini dengan kata-kata Azrul botak sebentar tadi.

“Malang sungguh you dapat adik gila macam ni!”  sampuk pemuda kacukan Inggeri itu pula.

Tengku Aqilah yang masih tercegar di pintu sudah menjegilkan matanya yang sedikit sepet itu.  Api kemarahannya memuncak tiba-tiba.

“Hei… Mr. Bean suka-suka hati kau aje nak panggil orang gila ya?  Ini dah main kasar Nampak!  Dia yang gila main sedap mulut aje nak mengata orang. Apa, kau ingat mata kau biru aku takut?” jerit Tengku Aqilah.

“Aqilah!”

Tengku Aqilah begitu terkejut mendengar suara itu, wajahnya berubah pucat serta-merta.  Kenangan lalu mengimbau semula.

“Aku nak jumpa kau sekarang jugak!” arah Tengku Hisham tegas yang muncul secara tiba-tiba di belakangnya.

“Jadi ini yang kau belajar semasa di US ya?  Beratus ribu aku habiskan duit untuk kau… tapi ini yang aku dapat.  Budaya apa yang kau bawak balik ni?  Kau tengok diri kau, memang patutlah Ryan panggil kau perempuan gila!”

Berdesing telinga Tengku Aqilah mendengar ayat yang baru diucapkan oleh Tengku Hisham itu.  Sehabis mungkin dia mengawal dirinya agar tidak melawan lelaki separuh umur di hadapnnya itu.  Bibirnya diketap kuat, kepalanya menunduk ke lantai tidak sanggup untuk dia bertentang mata dengan lelaki yang tidak pernah padam apai kebencian terhadap dirinya.  Bilik pejabat yang nampak mewah cara hiasannya itu dirasakan seperti neraka sahaja.

Tengku Hisham yang menyandar di kerusi kulitnya memandang wajah anak bongsu yang amat dibencinya itu tanpa berkelip.  Pelik sungguh dia melihat cara penampilan Tengku Aqilah itu, berubah sungguh wajahnya.  Namun dalam solekan yang tebal itu, Tengku Hisham tetap dapat melihat sepasang mata yang mirip dengan mata arwah isterinya.  Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya.

“Aku tak tahu apa tujuan kau buat hal dengan Ryan Ameer.  Satu perkara yang kau perlu tahu, Ryan bukan sahaja pemangku tempat papanya, Tengku Hashim, adik aku dah dia bukan sahaja anak buat aku tapi dia juga kekasih Natasha anak aku.  Mereka akan melansungkan pertunangan dalam waktu terdekat ini.”

Tengku Aqilah terus memejamkan matanya sebaik mendengar perkataan ‘anak aku’, hatinya di kala itu hanya Allah sahaja yang tahu.  Hancur, luluh, remuk redam, luka yang sememangnya sudah menjadi parut itu kini mula berdarah kembali.

Tengku Hisham tidak mempedulikan perasaan Tengku Aqilah.  Pada hematnya kebahagiaan Tengku Natasha adalah segala-galanya dalam hidupnya.  Cukuplah anak kesayangannya itu terkandas dalam pelajaran gara-gara kehilangan mamanya dalam usia yang muda, kini Tengku Hisham akan pastikan anaknya itu akan bahagia di samping pemuda yang amat dicintainya.

Tiada siapa pun yang dibenarkan untuk merampas kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh anak kesayangannya itu. Namun Tengku Hisham lupa bahawa apa jua yang berlaku di muka bumi ini segalanya atas kehendak Yang Maha Esa jua.

“So Aqilah, aku harap ini yang pertama dan terakhir kau buat hal dengan Ryan.  Jangan cuba-cuba nak menggoda dia.  Lagipun Tasha bukan tandingan kau.  She’s so perfect dalam segala perkara, rupa, tingkah laku, perangai… dan dia akan membawa tuah pada sesiapa sahaja yang dapat memilikinya.  Kau faham maksud aku kan?”

Kejam sungguh kata-kata yang keluar dari mulut seorang lelaki yang bergelar bapa ini.  Tengku Aqilah tidak menjawab walau sepatah pun, dia sudah lali mendengar ayat seperti itu sedari kecil.  Tengku Aqilah sudah dijamu dengan ayat-ayat sebegitu malahan yang lebih teruk lagi daripada itu pernah menerjah gegendang telinganya.

Melihat pada kebisuan Tengku Aqilah, Tengku Hisham terus membuka fail hitam di atas meja.

“Keluar…” arah Tengku Hisham sambil tangannya mencatitkan sesuatu di dalam fail, wajah anak bongsunya langsung tidak dipandang lagi.

Tengku Aqilah terus memulas tombol pintu lalu melangkah keluar dengan hati yang cukup terluka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:42 AM | Show all posts
Bab 7

Tengku Aqilah begitu sibuk menjawab panggilan telefon.  Selepas tamat satu talian, talian lain pula berbunyi.  Memang tak cukup tangan jadinya.  Sebaik gagang telefon diletak, Tengku Aqilah sempat melepaskan nafasnya, lelah bunyinya.

“Hai… saya Shafiq.” Satu suara menegurnya.

“Hai… rasanya semua pekerja di sini dah tahu nama saya.” Tengku Aqilah membalas mesra salam perkenalan daripada seorang pemuda yang tampak skema habis itu.

Entah berapa kilo minyak rambutnya digunakannya, manakan tidak, rambutnya yang dibelah tepi itu kelihatan begitu rapat melekap kulit kepala tuannya.  Butang baju dipasang hingga ke leher, terlampau kemas pulak mamat seorang ini.

Shafiq melemparkan senyuman, Tengku Aqilah turut membalasnya.

“Saya tahu nama awak Aqilah kan?  Semalam Tengku Hisham ada panggil nama awak.”
Tengku Aqilah hanya mengangguk.  Dia yakin semua pekerja di syarikat ini dapat mendengar jerkahan Tengku Hisham pada dirinya itu.  Sepatutnya orang yang bersuara lantang seperti papanya itu patut bersara awal dan jadi bilal di surau atau masjid sahaja, dapat juga pahala bila melaungkan azan.

“Awak tak lapar ke?  Jom makan sama?” Pelawaan Shafiq itu mematikan lamunannya terus.

“Mestilah lapar, dah pukul 1 pun… tapi saya maybe keluar lambat sikit kot, ada kerja nak siapkan.  Apa pun terima kasih ya.  Lain kali kita keluar makan sama.” Sopan Tengku Aqilah menolak pelawaan kenalan barunya itu.

Shafiq hanya mengangguk dan sebelum dia meninggalkan meja penyambut tetamu itu sempat lagi sebaris senyuman dihadiahkan pada Tengku Aqilah yang sudah melambai-lambaikan tangan padanya.

Tengku Aqilah menggeliat, terasa lenguh sungguh badannya akibat duduk berjam-jam di kerusi penyambut tetamu itu.

“Woi… Qila kau tak lapar ke?  Dah pukul 1 tahu tak?  Asyik bergayut aje kerja kau?” tegur Farhana yang muncul tiba-tiba di hadapan meja penyambut tetamu itu.

Tengku Aqilah yang sedang menggeliat terus terhenti.

“Amboi sedapnya mulut tu mengata aku… Hei perempuan, telinga aku ni dah cukup bahang asyik melekap kat telefon dari pagi tadi jangan kau pulak bagi panas tau.  Eh… wait wait… kau cakap dengan aku ke?  Oh kiranya kau merajuk sehari ajelah ya?  Aku ingatkan raya nanti baru nak berdamai,” usik Tengku Aqilah.

Farhana sudah menjuihkan bibirnya.

“Alah Qila, kau ni macam tak biasa pulak dengan aku.  Aku mana boleh gaduh lama-lama dengan kau,” balas Farhana ceria.

Tengku Aqilah yang sedang membetulkan rambut palsunya yang keperangan itu sempat lagi mengenyitkan matanya.  Sebaik sahaja Tengku Aqilah hendak bangun dari kerusinya deringan telefon bergema kembali, pantas tangannya menekan butang berwarna merah yang berkelip itu.

“Good afternoon, Megah Holdings Sdn Bhd. May I help you?”  Tengku Aqilah terdiam seketika mendengar apa yang dikatakan oleh pemanggil.

“I’m sorry Tan Sri, Tengku Hisham had gone out for lunch appointment, would you like to leave any message?” Laju tangan Tengku Aqilah mencoret sesuatu namun dalam waktu yang sama sempat lagi dia melihat wajahnya pada cermin kecil yang diletakkan di hadapannya itu.

Farhana hanya mampu menggeleng melihat gelagat sahabatnya itu.

“I will pass your message, thank you Tan Sri, have a nice day.” Terus Tengku Aqilah menekan punat yang sama untuk mematikan perbualan.

“Dah-dalah tu Qila, kalau kau tunggu lagi alamat tak pergi lunchlah kau.  Orang yang call ni pun satu, tak kanlah tak tahu sekarang ni time lunch hour,” rungut Farhana bagaikan simpati dengan kesibukkan kerja Tengku Aqilah sebagai receptionist cum tea lady itu.

Tengku Aqilah tidak pula memberi sebarang komen sebaliknya dia sibuk menempek bedak compact di mukanya.

“Woi Qila, tu… tengoklah tu…” Farhana terus menyiku tangan Tengku Aqilah hingga tercampak bedak compact di tangannya lalu jatuh ke lantai.

“Apa maslah kau Farhana binti Hasan?  Kau tengok habis hancur bedak compact aku.  Heii… jadi kerja pulak aku nak mengutip,” bebel Tengku Aqilah.

Dia terus membongkok untuk mengambil bedaknya di lantai namun matanya bagaikan hendak terkeluar apabila melihat bedak compactnya berada di bawah kasut jenama Bally.  Melihat pada gaya kaki yang memijak itu Tengku Aqilah sudah tahu siapa gerangannya.

Dengan dendam yang membara, Tengku Aqilah tanpa berlengah terus mengambil penyembur serangga di bawah mejanya lalu perlahan-lahan muncung penyembur serangga itu dihalakan ke bahagian dalam kaki seluar dan apalagi disemburnya sebanyak mungkin pada kaki yang dimiliki oleh tuan yang terlampau kurang ajar itu.

“Woi! Apa ni?” Pantas Tengku Ryan Ameer mengangkat kaki kirinya.

Tengku Natasha dan Azrul Botak sudah berpandangan sesama sendiri, kehairanan barangkali apabila melihat Tengku Ryan Ameer terlompat tiba-tiba sambil membuka sebelah kasutnya dalam waktu yang sama tangannya mengibas-ngibas kaki seluarnya.

“Kenapa ni Ryan?” Tengku Natasha sudah mendekati kekasihnya.

Azrul Botak turut merapatkan dirinya untuk mengetahui perkara yang telah terjadi.

“Hei perempuan gila, kau keluar sekarang!” Berang sungguh Tengku Ryan Ameer dengan perbualan Tengku Aqilah itu.

Farhana yang berdiri di meja penyambut tetamu sudah merenggangkan jaraknya sedikit.  Apa yang kau dah buat Qila!  Matilah kali ni, guman Farhana di dalam hati.

Tengku Aqilah sempat lagi mengutip bedak compactnya yang sudah pecah berderai itu.  Dengan wajah yang selamba dia terus berdiri dan berpura-pura mengemas mejanya bagaikan tidak ada apa yang berlaku.

“Hei Qila, apa yang kau dah buat ni? Heii… kuatnya bau Ridsect!  Kau dah buat apa hal!” herdik Tengku Natasha dengan wajah yang bengis.

Tengku Aqilah terus mengangkat bahunya.  “Tak ada apa… Qila tengah mengemas bawah meja, banyak nyamuk.  Mana nak tahu waktu lunch macam ni ada orang nak lalu sini.” Tangan Tengku Aqilah tidak henti-henti menggaru sana sini seperti gaya orang yang baru digigit nyamuk.

Tengku Ryan Ameer sudah tidak berkelip memandang Tengku Aqilah, benci sungguh dia melihat wajah itu.  Perempuan itu sememangnya seteru dia nombor satu!

“Dahlah, jom kita pergi makan kalau layan dia ni sampai esok tak selesai… menyakitkan hati aje,” ujar Azrul Botak yang menjadi pemerhati sedari tadi dengan berlagaknya.

Macam bagus aje Si Botak ni, ejek Tengku Aqilah di dalam hati.

“Rul, Tasha kita balik rumah I kejap, nak salin seluar.  Susah kalau ada orang gila dalam ofis ni,” rengus Tengku Ryan Ameer dengan wajah yang mencuka.

Tengku Natasha terus mengangguk tanda setuju namun di pertengahan jalan Tengku Ryan Ameer berpatah balik mendapatkan Tengku Aqilah.

“Petang ni aku ada meeting, so aku nak kau sediakan sepuluh jenis air sejuk, sepuluh jenis air panas dan sepuluh jenis air buah pelbagai rasa okey? Tepat pukul 2 semua air tu mesti ada di meeting room.”  Dengan wajah yang serius tu Tengku Ryan Ameer meninggalkan meja penyambut tetamu tu.  Kau belum tahu siapa aku perempuan gila, guman Tengku Ryan Ameer sendiri.

Tengku Natasha terus memaut erat lengan buah hatinya lalu mereka bertiga melangkah keluar dari bangunan Megah Holdings itu.

“Itulah kau tak ada masalah cari masalah,” marah Farhana pada sahabatnya yang keras kepala itu.

Tengku Aqilah masih beriak tenang.

“Memang padan muka Mat Salleh celup tu.  Kau tahu Ana, ada ke patut Pak Engku kata aku nak mengoda Mr. Bean tu. Heii… selisih malaikat 44!  Aku lebih relalah jadi anak dara tua daripada kahwin dengan jantan macam tu.  Kena sangatlah dia kahwin dengan Si Tasha tu, seorang tergedik seorang lagi perasan Romeo.  Dia ingat, dia Brad Pitt Malaylah konon… Geli gelaman aku tengok,” bebel Tengku Aqilah.  Bibirnya dicebik-cebik seperti orang meluat gayanya.

“Kau pun satu yang kau pergi bergaduh dengan dia dalam bilik dia semalam buat apa? Itu nak cari bala namanya,” sanggah Farhana pula.

Tengku Aqilah yang sedang mengemas mejanya terus terhenti.

“Mana aku tau dia dah take over post tu.  Seingat aku kau yang cakap Tengku Hashim salah seorang pengarah urusan di sini, tak ada siapa yang beritahu aku Tengku Hashim sakit.  Lagipun muka dia tak sama langsung dengan Tengku Hashim, mana aku tahu dia anak MD, aku ingat Mat Saleh sesat mana masuk bilik tu.  Kau pun tak cerita, salah aku ke?” Tengku Aqilah membela dirinya pula.

“Yalah… kau tak salah, aku yang salah tak cerita habis-habis kat kau.  Sedap mulut kau aje panggil dia Mat Saleh sesat. Ku Ryan tu mirip wajah arwah mama dia.  Kalau kau nak tahu Pak Su kau tu kahwin dengan perempuan Inggeris… macam papa kau kahwin dengan Jepun.  Agaknya orang kerabat-kerabat ni memang suka kahwin dengan orang luar kan?” Sempat pula Farhana memberikan pendapatnya.

Tengku Aqilah sudah mencebikkan bibirnya.

“Mulalah kau merepek tu.  Jodoh tu kan Allah dah temukan, tapikan Ana, mama dia meninggal sakit apa?”

Farhana sudah mengalihkan posisi badannya dengan menyandar pada meja penyambut tetamu.

“Accident,” jelas Farhana.  Dia seperti sedang memikirkan sesuatu, jarinya diketuk-ketuk pada hujung meja.

“Tapikan Qila… apa pun aku rasa tadi Ku Ryan tak sengajalah.  Aku yang nampak dia kebetulan lalu sini nak check surat dalam mail box tu… yang kau tak usul periksa pergi sembur kasut dia buat apa?  Lagi satu, mana kau dapat penyembur serangga tu?” soal Farhana, bingung sungguh dia dengan perangai Tengku Aqilah yang kadangkala buat sesuatu ikut kepala otaknya sahaja.

Tengku Aqilah mencebikkan bibirnya.  “Pembetulan bukan kasut, aku sembur dalam kaki seluar dia.  Elok juga tu, lepas ni mesti habis gugur semua bulu kaki perang dia yang macam semak samun tu.  Siapa suruh dia pijak bedak aku!  Sajalah nak cari pasal dengan aku.

Aku kena belanja Kak Wan hari ni, penyembur serangga tu dia yang bagi aku tadi suruh simpankan sebab sekejap lagi dia nak kemas bilik stor.  Yalahkan, Kak Wan sekarang dah terlebih masa rehat maklumlah aku dah menjawat tugas dia sebagai tea lady,” jelas Tengku Aqilah sambal menyengih, rasanya mahu sampai ke telinga sengihannya itu.

“Sengihlah… kalau boleh gelak kuat-kuat!  Seronok sungguhlah dapat kenakan Ku Ryan tu… tapi aku rasa sekejap lagi kau nak senyum pun tak mampu… 30 jenis air kau kena sediakan, tahu tak?” Farhana mengingatkan sahabatnya arahan yang diberikan oleh Tengku Ryan Ameer tadi.

Namun Farhana menjadi pelik bila dia melihat Tengku Aqilah masih berwajah tenang, sempat lagi dia menyanyi-nyanyi kecil.  Telefon bimbit dikeluarkan dari tas tangannya lalu nombor didail.  Tidak sampai satu minit panggilan berjawab.

“Helo Macha, my good friend.  Ini Qilalah, saya ada datang kedai semalam, alah saya ada mintak sama you itu nombor phone untuk order punya.  Ya ya betul okey, saya mahu order sepuluh jenis air panas, sepuluh jenis air sejuk… itu yang ada taruk ais.  Sepuluh jenis air buah.  Alah, you fikirlah sendiri… Sudah sepuluh tahun buka restoran pun saya juga mahu ajar ke?  Wokeh… pukul 1.45 panggil orang angkat air mari sini.  Banyak-banyak terima kasih Macha… bye.”  Tengku Aqilah terus mematikan telefon bimbitnya.

“Jom pergi makan.”

Mulut Farhana separuh terlopong mendengarnya.

“Sediakan payung sebelum hujan,” bisik Tengku Aqilah sambil berlalu pergi namun di pertengahan jalan dia berhenti, kepalanya dipalingkan.

“Woi… Ana sudah-sudahlah melopong tu nanti orang kenyang makan nasi, kau kenyang makan angin.  Cepatlah, kejap lagi aku nak hidangkan air.  Ada orang gila nak buat kenduri air hari ni.  Nak sangat air biar dia minum sampai kembung,” gerutu Tengku Aqilah.

Farhana yang bagaikan baru tersedar dari mimpi pantas berlari menyaingi sahabatnya yang masih lagi membebel tanpa diketahui biji butirnya.  Geram nampak!

Pagi-pagi lagi Tengku Aqilah sudah masuk ke dalam bilik Pengarah Urusan yang berlagak itu.  Tengku Aqilah sengaja masuk awal pagi itu, agar dia tidak perlu menghadap wajah kekasih hati kakaknya yang perasan bagus itu.  Mug berisi air panas diletakkan di atas meja, tanpa bertangguh Tengku Aqilah terus menuju ke pintu namun nasib memang tidak menyebelahinya bila dia bertembung dengan lelaki perasan macho itu di muka pintu.

Tengku Aqilah bergerak ke tepi untuk memberi ruang kepada Tengku Ryan Ameer yang berbadan sasa itu masuk, kedua-duanya tiada yang bertegur sapa.

Tengku Ryan Ameer terus menuju ke kerusinya tanpa menoleh walau sekilas pun pada Tengku Aqilah.  Namun elok saja sebelah kaki Tengku Aqilah melangkah keluar namanya dipanggil.

“Gila… opps sorry Qila…”

Tengku Aqilah memandang Tengku Ryan Ameer dengan muncung panjang sedepa.

“Aku tak nak air ni, tak sedap!  Aku nak air Horlick.  Now!” arah Tengku Ryan Ameer dengan matanya dibeliakkan.

Tengku Aqilah menarik nafasnya dalam-dalam untuk menenangkan dirinya.  Dia tahu di kala ini perang psikology baru bermula.  Dia perlu menghadapi situsi ini dengan tenang dan bijak, yang penting dia tidak akan dikalahkan oleh lelaki berlagak ini.  Tengku Aqilah terus melemparkan senyuman lalu mug di atas meja diambil dengan sopan.

“Yang Mulia Tengku… patik nak bertanya, nak minum Horllick panas ke Horlick sejuk?” Lembut ayat yang dituturkan oleh Tengku Aqilah.

Tengku Ryan Ameer meluat melihat gelagat Tengku Aqilah itu, dia tahu Tengku Aqilah sengaja hendak menyakitkan hatinya.

“Kalau rambut lagi besar dari kepala itulah jadinya, bebal!  Pagi-pagi buta macam ni siapa yang nak minum Horlick sejuk!” Kasar jawapan yang diberi oleh Tengku Ryan Ameer itu.

Kau cakap aku bebal ya… tak apa, aku pagi-pagi macam ni masih jadi muslimah yang penyabar.  Tengku Aqilah bermonolog sendiri untuk menyabarkan dirinya.

“Perintah dijunjung Tengku… patik keluar dulu ya,” ujar Tengku Aqilah dengan suara yang sehabis mungkin dilembutkan.  Sebaik tangannya menutup pintu bilik, “Hei geli… loya tekak aku!  Yang Mulia Tengku konon… Uwek!” Tengku Aqilah geli-geleman sendiri dengan ayat yang diucapkan tadi.

Dia kala Tengku Ryan Ameer leka meneliti fail, pintu biliknya diketuk dari luar.

“Come in!! jerit Tengku Ryan Ameer.  Namun matanya masik tidak beralih dari memandang fail di atas meja.  Zurita selaku setiausahanya masuk bersama sejambak bunga ros merah yang dihias indah di dalam bakul.

“Ku Ryan, bunga yang Ku Ryan suruh I order semalam.”  

Tengku Ryan Ameer terus mengangkar wajahnya, senyuman terukir di bibirnya sebaik melihat jambangan bunga ros merah yang begitu cantic di atas mejanya.

“Thank you Rita. Cantik, mesti Tasha suka kan?  Hari ni anniversary perkenalan kami yang ke 5 tahun,” ujar Tengku Ryan Ameer dengan suara yang ceria.

Zurita tersenyum mendengarnya.  “Ohh patutlah Ku Ryan pakai satu suit putih hari ni and no wonderlah masa I jumpa Ku Tasha di pantri tadi, dia pun pakai blaus putih.  Cantik sangat… Tengku pun handsome.  Kiranya macam pinang dibelah dua,” puji Zurita degan senyuman melebar.

Tengku Ryan Ameer hanya tersenyum mendengar pujian setiausahanya itu.

“Ku Ryan, you dah sign voucher atas meja tu?” Zurita menunjukkan voucher yang terletak bersebelahan dengan fail yang sedang diteliti oleh Tengku Ryan Ameer.

Tengku Ryan Ameer mengerutkan dahinya, voucher di sebelahnya diambil.

“Claim apa ni sampai RM100?  Apa ni Rita?” Tengku Ryan Ameer sudah memandang wajah setiausahanya untuk satu penjelasan.

“Qila yang bagi resit ni dia suruh I claim.  Dia kata Ku Ryan yang suruh sediakan 30 jenis air tu semalam.”

Tengku Ryan Ameer Sudha mengangkat tangannya “Wait… wait… kenapa nak claim lagi?  Bukan ke semalam I dah suruh Rozi, our account clerk untuk bagi duit pada Kak Wan untuk beli semua bahan-bahan air tu?”

Zurita sudah gelisah, dia tidak tahu apa jawapan yang perlu diberikan, apatah lagi bila melihat wajah bosnya yang sudah berubah merah.  Dari pengamatannya bila-bila masa sahaja kemarahan bosnya akan Meletus.  Dalam situasi gawat itu, Tengku Aqilah masuk bersma mug di tangan.  Tengku Aqilah menjadi pelik melihat Tengku Ryan Ameer yang sudah merenung ke arahnya dengan pandangan mata yang tajam.

“Rita you keluar dulu.” Serius nada sura Tengku Ryan Ameer.

Zurita hanya mengangguk namun dalam masa yang sama sempat lagi dia memberikan isyarat pada Tengku Aqilah dengan memuncungkan bibirnya ke arah voucher di tangan bosnya itu.  Tengku Aqilah hanya terpinga-pinga, sebaik pintu ditutup.

“Apa benda ni Qila?  Kau claim ni untuk apa?  Bukan ke Kak Wan dah beli semua bahan-bahan untuk air tu, untuk apa lagi ni?” Voucher di tangannya dilayang-layangkan ke arah Tengku Aqilah.

“Mana nak tahu, Ku Ryan dah suruh Kak Wan beli bahan-bahannya.  Ku Ryan call Kak Wan bukan call saya.  Masa Ku Ryan cakap tu pun dah pukul 1.20 petang, you nak pukul 2.00 petang… so saya order ajelah… and Ku Ryan tak cakap pun saya kena buat sendiri.  Ku Ryan pun tak cakap saya tak boleh order air kat luar.  Ku Ryan kata semua air tu mesti ada di meeting room by 2.00 p.m.  Patil menuurt perintah saja Tengku,” ajuk Tengku Aqilah dengan kedua-dua tangannya dibawak ke dahi seperti orang sedang merafak sembah sahaja gayanya.

Suhu kemarahan Tengku Ryan Ameer sudah sampai ke kemuncak, dia merasakan dirinya telah diperlekeh dan diperbodohkan oleh Tengku Aqilah.  Dengan kasar voucher di tangan disiat-siat lalu dicampak hingga jatuh bertaburan di atas meja.

“No claim… sekarang lap meja aku sampai bersih!  Now!” Jerkah Tengku Ryan Ameer.

Kalau ya pun janganlah menjerit, ingat orang pekak ke?  Ala aku tak heranlah pasal claim tu… Bukannya susah, lunch hour nanti aku jual aje dekat Macha semua buah-buah dengan bahan-bahan yang Kak Wan dah beli tu.  Ini student ekonomilah… silap besarlah kau.  Kata-kata itu rupanya hanya dijeritkan di dalam hati.

Tak adalah berani mana Si Aqilah ini rupanya.

Tengku Aqilah terus mengambil bulu ayam yang diganting di sebelah almari dan dengan wajah yang selamba dia mengibas cebisan kertas itu perlahan-lahan untuk dikumpulkan agar senang untuk dia mengautnya.

“Hei… siapa suruh kau guna bulu ayam?  Kutip pakai tangan.  Kau ingat aku tunggul ke, kau nak kibas-kibas bulu ayam tu dekat muka aku!”

Tengku Aqilah menjadi bosan pula dengan kerenah Tengku Ryan Ameer yang menunjukkan kuasanya yang tak bertempat itu.

“Baiklah Tengku… patik kutip satu-satu.  Hailah bulu ayam, susahnya jadi orang cantic macam aku ni… elok-elok nak kibas pakai kau biar cepat siap tak kasi.  Saja nak aku lama-lama duduk dalam bilik ni.  Suka sangat menengok muka aku rupanya ya,” guman Tengku Aqilah.

“Apa kau cakap?  Aku suka nak tengok muka kau?”  Tengku Ryan Ameer yang menyandar pada kerusi kulitnya terus menegakkan posisi badannya.

“Masa bila pula saya cakap dengan Ku Ryan?  Ada Ku Ryan dengan saya mention nama Ku Ryan?  Bukan ke saya sebut bulu ayam… tak tahulah saya kalau nama manja Ku Ryan dekat rumah bulu ayam,” jawab Tengku Aqilah separuh berbisik.

Tangannya terus mengutip cebisan kertas itu tanpa mengendahkan langsung Tengku Ryan Ameer yang sudah membahang itu.  Namun dalam dia meleka itu, Tengku Aqilah telah terlupa yang dia cukup alah dengan bau bunga ros.  Cebisan kertas yang terlekat pada bakul jambangan bunga ros itu dikutip satu per satu, tanpa dia sedari hidungnya telah tercium sekuntum bunga ros dan serta-merta hidungnya mula berair dan gatal.

Tengku Aqilah sudah merasa tidak selesa, hidungnya serasa merenyam sangat.  Tengku Ryan Ameer tidak perasan akan perubahan seterusnya itu, dia begitu leka membaca fail di tangan.  Tengku Aqilah memicit hidungnya sekuat hati, rasa seperti hendak dicabut sahaja batang hidungnya itu gara-gara rasa gatal yang tidak dapat dibendung lagi.  Pintu dikuak dari luar.

“Sayang… Rita kata you ada belikan I…” Belum sempat Tengku Natasha menghabiskan ayatnya.

“Aaa… cum…Aaa…cum…Aaa… cum!”  Tengku Aqilah telah terbersin dengan kuatnya beberapa kali hingga beberapa kuntum bunga ros itu gugur dari tangkainya.

“What the hell is this…so disgusting!”  Tengku Ryan Ameer mengelap mukanya tanpa henti, terasa air liur Tengku Aqilah memercik ke wajahnya.  Dia terus bangun dari kerusinya.

Tengku Natasha sudah menjegilkan matanya sebaik melihat jambangan bunga rosnya yang sudah senget sebelah, mulutnya seperti hendak berkata sesuatu namun suaranya tidak terkeluar.

Tengku Aqilah tidak pula menunjukkan riak wajah takut mahupun bersalah kerana telah merosakkan jambangan bunga sebaliknya dia sibuk mengesat air hidungnya yang tidak berhenti meleleh itu.  Berhelai-helai tisu diambil dari kotak tisu yang diletakkan di suduh meja.  Tengku Ryan Ameer juga sudah tidak terkata apa-apa, dia menggeleng beberapa kali.

“Adik you ni…” Jelas getaran pada suara Tengku Ryan Ameer, tangannya dikepal kuat.  Geramnya dia pada Tengku Aqilah di kala ini hanya Tuhan yang tahu.

“You suruh dia keluar sekarang! I tak nak tengok muka dia!” arah Tengku Ryan Ameer pada Tengku Natasha lalu terus dia membelakangkan tubuhnya menghadap tingkap.

Tengku Aqilah tidak peduli akan kemarahan Tengku Ryan Ameer itu, kalau dia tidak disuruh keluar sekali pun memang dia sendiri akan keluar dari bilik itu.  Kepalanya sudah berdenyut-denyut, matanya mula membengkak, begitu terus sekali alahan Tengku Aqilah pada spesies bernama bunga ros.

Tengku Natasha sudah mendekati kekasihnya, dengan manja lengan Tengku Ryan Ameer diraih.

“Sayang… you rileks okey.  I pun tak tahulah kenapa I boleh dapat adik macam ni.  Sayang, look at me”, pujuk Tengku Natasha pula.

Tengku Aqilah yang sedang berlalu ke pintu sudah mencebikkan matanya.

“I pun tak tahu macam mana boleh dapat adik macam ni.  Poraah… aku sepuluh kali tak tahu macam mana boleh dapat kakak macam ni!” Tercebik-cebik bibir Tengku Aqilah mengajuk kata-kata kakaknya.  Meluat sungguh dia melihat perangai mengada-ngada kakaknya itu.

“Sayang… benda hitam apa ni melekat pada kolar blazer you?” soal Tengku Natasha tiba-tiba.

Tengku Ryan Ameer terus memandang benda hitam yang disebut oleh teman wanitanya itu.

Tengku Aqilah yang baru hendak melangkah keluar terus terhenti.

“Benda hitam?  Aku rasa macam ringan aje kat muka aku…” Terus wajahnya diraba.  Sekonyong-konyong Tengku Aqilah meluru masuk ke dalam semula.

Tengku Ryan Ameer yang sedang memerhatikan benda hitam itu terkejut melihat Tengku Aqilah sudah berdiri di sebelahnya.

“Excuse me… nasib baik tak hilang.  Saya beli kat US tau mahal.  Kalau saya beli kat sini saya tak akan ambil balik.  Ku Ryan boleh simpan buat souvenir, tapi yang ni saya beli dari jauh… sorry.”  Dengan bersahaja, Tengku Aqilah mencabut tahi lalat palsunya yang telah melekat di kolar blazer putih Tengku Ryan Ameer itu.

Jelas kesan bulat berwarna hitam bertanda di kolar blazernya itu.  Tengku Aqilah bagaikan lipas kudung sekelip mata saja dia menghilang.  Tengku Ryan Ameer terus membuka blazernya lalu dicampak ke lantai.  Nafasnya sudah turun naik.  Kulitnya yang cerah sudah menjadi kemerah-merahan.

“Sama ada you suruh your father buat sesuatu dengan si gila tu or I akan guna kuasa I untuk pecat dia!” Keras sungguh suara Tengku Ryan Ameer di kala ini.  Giginya diketap erat, dalam waktu yang sama pintu biliknya dibuka dari luar.

Tengku Aqilah menjengukkan kepalanya sedikit ke dalam.  “Sorry ganggu… Yang Mulia Tengku, Kak Rita suruh saya tanya Ku Ryan sendiri, saya nak pergi klinik ni, boleh claim ke?”

“Get out!!!”  Jeritan Tengku Ryan Ameer bergema kuat.

Tengku Aqilah cepat-cepat menutup pintu bilik.  Zurita yang sedang menaip hanya mengangkat bahunya.

“Alah… tak boleh claim pakai nama aku.  Aku guan nama Ana… adik Macha, Si Puspa tu kan kerja jagi nurse kat klinik depan tu.  Ai nasib baik tak hilang tahi lalat aku ni.”

Tangannya sempat lagi meraba tahi lalat palsu yang kembali mendarat di bawah bibirnya itu.

Cantik sangatlah tu…
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
cuma nak cakap theme song menggamit memori sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
hans78 replied at 17-1-2018 09:09 PM
Jgn terpengaruh dengan review......
Masih awal lagi... Baru ep 2....
Xnampak chemistry antara pe ...

Okay uols... i dah buat decision nak tengok citer ni...

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok drama ni sebab nelydia ja, menjadi la lakonan dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Azhar sulaiman lg deliver wataknya brbanding azri iskandar
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 11:30 PM | Show all posts
Choc-chip replied at 18-1-2018 10:22 PM
Okay uols... i dah buat decision nak tengok citer ni...

Bagus......terima kasihhh(iols dah tersampuk ngan qila mlm nie)...hahahahaha....


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
MieRa replied at 18-1-2018 11:02 PM
Azhar sulaiman lg deliver wataknya brbanding azri iskandar

tu la, tp watak azhar sulaiman sekejap je, episod esok dh mati terus watak tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 09:26 AM | Show all posts
farid kamil mcm x best je bwk watak ni..xtau la ke depan2 ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.168957 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list