CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: monxys

Edisi rumahku dirampok - Ezlynn kesal bertemu suaminya

  [Copy link]
Post time 17-10-2017 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
bodoh, kunci pintu x ditukar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 06:58 AM | Show all posts
Madel replied at 16-10-2017 03:02 PM
Boleh tak aku berharap ex laki ezlyn ni tackle pulak si joy repah

Hahahh gud idea
Joy mampu tnggung duit hnya peluk &belai lah joy stp hari di rumah
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
"Hutang tak mau bayar asik bercuti je" kata eizlyn kt ex dia... semoga kita dijauhkn dari perangai macam ini..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:11 AM | Show all posts
sixret replied at 17-10-2017 01:47 AM
Kakak pandai buat lawak iya.

Aah kaann... baca sekali lalu macam jiran sis yg jdi pencuri..... heheheee

Jgn marah yaaaa..... gurau2 je

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:23 AM | Show all posts
abil_tetra replied at 16-10-2017 05:34 PM
bkn DD sekali ke  mcm pnah terbaca FK suh tny menagement DD psl isu seksi dulu

erm....sorry l ...

tp laki yana adik FK tu kan org kaya mmg ada bisnes sendiri.
management company tu pun dia mmg ada, tu yg diuruskan yana dgn DD sekali.
sumore laki dia bg modal sama2 bukak biznez tudung yana tu.
tu yg keluar dr mulut dorg sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:29 AM | Show all posts
supersudoku replied at 16-10-2017 10:18 PM
kak fyjn  aman2 jah husband p.a / manager..

tp skrg dah keje kan??ke kita silap?
rasa aritu mcm ada org ckp laki dia pegi keje.kes yg onggaji dia dera juna tu laa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2017 09:30 AM | Show all posts
Pixie902 replied at 16-10-2017 10:58 PM
sama la kita...tak paham bila ezlynn tulis gate...takkan pagar rumah kena roboh..ex-hubby bawak ba ...

alamak iols yg bi sendu ni pon dh konfius.. gate tu yg mana? gril yg mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:38 AM | Show all posts
Apa jenis laki la mamat ni...
kesian kat bini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 10:04 AM | Show all posts
aku ingat si ex amik barang2 dia sajok
dah kenapa amik barang2 ezlynn jugekk
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 10:20 AM | Show all posts
Tak tahan tindakan suami, Ezlynn buat laporan polis
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my


Share


Tweet


Share







KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ezlynn, mendedahkan sudah tiga kali beliau membuat laporan polis berhubung tindakan suaminya, Adam Fahmy, yang didakwa memasuki kediamannya di Damansara Perdana untuk mengambil barang berharga.

Terbaru, penyanyi 'Hi Hi Bye Bye' itu berkongsi di laman sosial Instagram, kejadian sama berulang apabila beliau kembali dari Sarawak, semalam, dengan gril pintu rumahnya ditanggalkan.

"Saya sampai ke rumah kira-kira jam 7.30 malam dan melihat keadaan rumah 'dicerobohinya' lagi. Sebelum ini, sudah dua kali saya buat laporan polis, tetapi nampaknya dia tak pernah serik. Sekali lagi dia buat hal sama.





"Saya tidak menunggu lama untuk ke balai polis di Uptown, Damansara, bagi membuat laporan, kira-kira jam 8 malam. Pihak polis juga sudah menghubunginya untuk datang membantu siasatan. Malah, dia juga mengaku kepada pihak polis, dirinya bertindak masuk ke rumah saya kali ini," katanya ketika dihubungi BH Online.

Menurut Ezlynn, kebiasaannya suami akan bertindak masuk ke rumah ketika dia tiada.

"Saya sudah tak tahan dengan perangainya. Kenapa sampai perlu nak rosakkan barang seperti pagar? Bukannya dia tak boleh ambil kunci dengan adik-beradik saya. Selalunya saya tinggalkan kunci rumah dengan kakak.

"Habis semua barang berharga dia ambil, hingga tiada apa yang tinggal untuk saya. Daripada barang elektronik, kelengkapan riadah hinggalah yang berharga. Bayangkan kotak peti keselamatan pun dia ambil," katanya.

Sementara itu, kes perceraian Ezlynn dan Adam masih lagi berjalan. Pada 20 April lalu, penyanyi itu memfailkan permohonan cerai cara baik terhadap suaminya mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Seterusnya Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 23 Oktober ini bagi perbicaraan lanjut apabila kedua-dua belah pihak tetap mahu meneruskan perceraian walaupun selepas melalui proses timbang tara.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011, namun tidak dikurniakan cahaya mata.





10903 dibaca





Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 10:21 AM | Show all posts
Pelik gak kondo ezlynn ni kategori strict punya security..
Bagaimana senang nya exlaki dia leh masuk ceroboh rumah dia erkk..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 10:29 AM | Show all posts
kesian dia... napa lh laki dia buat mcmtu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 10:39 AM | Show all posts
kemain rumah dia jugak kata bewak hidup gemok

Suami Nafi Dakwaan Menceroboh Dan Memecah Masuk Rumah Ezlynn
[size=0.8em]Written by Bella | October 17th, 2017



Tweet






Selepas didakwa memecah masuk rumah isterinya, Ezlynn sehingga digelar lelaki tidak guna, Adam Fahmi tampil menjelaskan beliau sama sekali tidak pernah menceroboh rumah Ezlynn dan mengatakan rumah itu adalah milik mereka bersama. Adam pulang ke kediaman mereka hanya untuk mengambil barang kepunyaan beliau sendiri.

Saya sudah jelaskan kepada pihak polis dan mereka memberitahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Itu rumah hak milik bersama dan salahkah jika saya mahu pulang ke rumah saya sendiri? Rumah tersebut masih rumah saya dan dia juga masih isteri saya. Kes perceraian kami masih dalam perbicaraan dan sekarang dia mahu tuduh saya macam-macam? Kalau salah, saya sudah berada dalam penjara sekarang.

Saya tidak menyentuh barang-barang peribadi kepunyaannya dan hanya mengambil barang-barang saya sendiri yang sudah diletakkan di dalam kotak olehnya.

Adam juga enggan komen lanjut mengenai dakwaan Ezlynn menanggung hutangnya dan hanya akan bercerita kebenarannya di mahkamah nanti.

Adam dan Ezlynn mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata. Mereka memfailkan permohonan cerai pada 20 April lalu dan kes mereka masih belum diputuskan oleh mahkamah.

Sumber Berita : Utusan Online



Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 10:42 AM | Show all posts
komen2 di BN




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 10:54 AM | Show all posts
ape masalah laki tu mental ke ?? dah mcm rumah kena sita dah I tengok
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 11:14 AM | Show all posts
doubleA replied at 16-10-2017 10:57 AM
Apsal laki dia tak ambik sekali grill rumah tolak kat kedai besi kalau dah desperate sangat  
...

Mungkin laki dia da cuba bawa lari, tapi lif tak muat... tinggalkan balik dalam umah...  huhu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dulu cerai sebab laki dia curang ea
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 02:01 PM | Show all posts
Meiizu replied at 17-10-2017 06:58 AM
Hahahh gud idea
Joy mampu tnggung duit hnya peluk &belai lah joy stp hari di rumah

takut lepas tuh pn ade gak drama lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 02:03 PM | Show all posts

terasa ingin tahu IG abam Adam tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 03:09 PM | Show all posts
mixed replied at 17-10-2017 02:39 AM
kemain rumah dia jugak kata bewak hidup gemok

Suami Nafi Dakwaan Menceroboh Dan Memecah M ...

aiyaak..leher berlipat2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.142643 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list