CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11361|Reply: 66

Sangeeta Krishnasamy Pelakon Filem Terbaik Malaysia

[Copy link]
Post time 16-10-2017 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Siapakah gadis India ini? Wajahnya cantik lagi eksotik, mirip pelakon Ashwariya Rai. Berkulit sawo matang dengan mata bundar berwarna cokelat.  Dia seorang  peguam, pelakon, model, pengacara TV dan terlibat dalam aktiviti pendidikan.


Dan sempena Hari  Deepavali yang disambut pada minggu ini, X-POSE dengan bangganya memperkenalkan `the one and only’  wantia India  yang pernah memenangi award paling berprestej di Negara ini.


Sangeeta Krishnasamy, mencipta fenomena.  Kejayaan ini telah mencorakkan kehidupan  yang lebih cemerlang. Dia  dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik  menerusi filem Adiwiraku.  Namanya terus meletop dalam industry perfileman Malaysia.


Foto: The Star


Sebelum ini namanya  hanya terpahat dalam perfileman Tamil.  Sangeeta Krishnasamy menjadi salah satu faktor kemenangan filem Adiwiraku yang diumum sebagai Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) yang lalu. Dia seorang aktor yang hebat!


Sebelum reda keterujaan dirinya diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik di FFM ke-29, Sangeeta sekali lagi dikejutkan kerana dipilih memenangi kategori sama pada Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2017 (APFKL2017) yang berlangsung di ibu kota.


Pelakon utama filem Adiwira Ku itu berkata, dia  tidak menyangka dalam tempoh singkat dirinya diberikan kegembiraan berganda dengan kejayaan pada dua anugerah perfileman Malaysia.


Tidak ramai pelakon bukan Melayu yang memperoleh perhargaan besar seperti itu. Apa yang dilakukan Sangeeta adalah kejujurannya membawakan watak yang ditawarkan oleh penerbit Ekskutif Jason Chong.


Watak itu juga telah mendewasakan beberapa nama besar dalam industry perfileman untuk merangkul award yang menjadi impian setiap aktor. Antaranya Izara Aishah,  Nabila Huda dan beberapa orang lagi.
"Saya berasa  ia seperti betul-betul magis. Ketika saya masih lagi mengecapi detik indah kejayaan pada FFM29, kini saya menerima satu lagi award,” jelas wanita yang mendapat pendidikan filem secara formal di KL Pac Studio.


Adiwiraku, filem yang diangkat dari kisah benar seorang guru bahasa Inggeris Cheryl Ann Fernando dan perjuangannya  mengajar bahasa Inggeris di sekolah luar bandar di Kedah. Drama kehidupan itu berkisar pelajar-pelajar SMK Pinang Tunggal Kedah  bersungguh sungguh mempelajari bahasa Inggeris  sehingga layak menyertai pertandingan kromantisan  atau `choral speaking competition’,  hingga ke  peringkat daerah.


Sedangkan sebelum itu, pelajar tersebut tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Itulah plot filem Adiwitaku yang turut mengetepikan filem J Revolusi yang menjadi  favorite saya.


Foto: Malay Mail


Sepanjang karier sebagai ketua editor, saya pernah menjadi  barisan juri yang ditugaskan menonton filem yang dipertandingkan untuk festival filem secara `back to back’ di ampiteater Finas! Bila menonton terus menerus dalam tempoh beberapa hari itu, kami boleh lihat menilai filem terbaik, dari segi konsep, lakonan dan pengarahan.


Alhamdulilah, saya pernah melaluinya! Walaupun ada yang komen filem ini tapi keputusan juri adalah mutamad. Full Stop!.   
Siapa menyangka, dari bidang profesional Sangeeta terjun ke dunia perfileman. Wanita yang dilahirkan di Kuala Lumpur ini  melanjutkan pembelajaran tertingginya di University of London dalam jurusan undang-undang.  


Pembabitannya  dalam bidang seni ini bermula sebagai model.  Semasa di bangku sekolah, dia ditawarkan menjadi model untuk kempen dalam talian Nikon. Kehebatan Sanggeta, dia mampu menguasi bahasa Tamil, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan lancar.


Sebenarnya, pelakon cantik ini terkenal di India.  Dia menjadi pelakon Malaysia pertama yang berlakon dalam filem Kollywood selepas membuat penampilan di filem Goa dan Venkat Prabhu serta sebagai pemimpin wanita dalam ' ZHA ' yang turut dibintang pelakon filem hebat dari India Selatan.


Pada tahun 2015,  dia memegang watak penting dalam dua filem 'Vetti Pasanga' & Vennira Iravugal’. Vennira Iravugal menjadi filem Tamil Malaysia yang terkenal selepas dipertontonkan di beberapa filem festival di seluruh Eropah, dan selepas memenangi anugerah juri khas di Festival Filem Tamil Norway pada tahun 2014 dan seterusnya membawa pulang semua 5 anugerah dalam semua kategori di Anugerah Kalai Ulagam Malaysia pada tahun 2015.


Foto: Berita Harian


Kini, dia adalah seorang pelakon terbaik di Cinema Tamil Malaysia selepas memenangi kedua-dua kategori sebagai  pelakon terbaik dalam kategori filem dan telemovie.


Tahniah Senggeta!


X-POSE turut mengucapkan Selamat merayakan Deepavali kepada Senggeta dan pembaca yang meraikannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2017 12:38 PM | Show all posts
cantiknya dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 01:08 PM | Show all posts
Tak tengok filem Adiwira ku dulu
Rasa nak tengok pulak skrg
Ada kat Astro tak? Nak beli
Atau......beli CD cetak rompak aje
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 01:21 PM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 16-10-2017 01:08 PM
Tak tengok filem Adiwira ku dulu
Rasa nak tengok pulak skrg
Ada kat Astro tak? Nak beli

kakak, filem ni ada orang upload kat youtube. selamat menonton kakak.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 01:30 PM | Show all posts
sixret replied at 16-10-2017 01:21 PM
kakak, filem ni ada orang upload kat youtube. selamat menonton kakak.

Oh ada ye?
Boleh lah tengok
TAPI habis lah data hakak
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 01:36 PM | Show all posts
wah cantik dia ni.............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2017 01:38 PM | Show all posts
sixret replied at 16-10-2017 01:21 PM
kakak, filem ni ada orang upload kat youtube. selamat menonton kakak.

kita pun nk tgok.....tgu weekend dpt data free....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
{:iwant Hello pretty
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2017 01:44 PM | Show all posts
sangeeta ni terbabit dlm drama arahan ghaz abu bakar tajuk banteras..drama bercorak rasuah..heronye namron..pelakon wanita india tercantik..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 01:48 PM | Show all posts
sixret replied at 16-10-2017 01:21 PM
kakak, filem ni ada orang upload kat youtube. selamat menonton kakak.

bagus lah tengok kat youtube, mencuri hasil kerja penggiat seni tak dosa ke?
Tapi kalau makan babi, pegang anjing, tak tutup aurat, kecoh ummah malaysia bagi nasihat, ammal maruf nahi mungkar bagai.
Cuba amalkan konsep sama bila curi hasil penggiat seni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 02:02 PM | Show all posts
shailyvelera replied at 16-10-2017 01:38 PM
kita pun nk tgok.....tgu weekend dpt data free....hehehe

Selamat menonton.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 02:10 PM | Show all posts
karipapcinta replied at 16-10-2017 01:48 PM
bagus lah tengok kat youtube, mencuri hasil kerja penggiat seni tak dosa ke?
Tapi kalau makan ba ...

Maaf ya.

Since the advent of advanced technologies at the tips of the fingers, it has been an increasing challengeing to hinder this inevitable progression of sharing through medias via Internet.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 02:11 PM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 16-10-2017 01:08 PM
Tak tengok filem Adiwira ku dulu
Rasa nak tengok pulak skrg
Ada kat Astro tak? Nak beli

memang best filem ni...iolls tgk pon terkesan...mmg layak filem ni dan sangeeta menang besar kat FFM..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 02:12 PM | Show all posts
sangeeta ni memang ada iras2 aiswarya kan...pelakon india malaysia tercantik setakat ni..lakonan pon best..suka dgr dia cakap melayu dan english...sedap jer dengar...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 03:16 PM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 16-10-2017 01:30 PM
Oh ada ye?
Boleh lah tengok
TAPI habis lah data hakak

bley beli cd die dari fb Adiwiraku
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 03:17 PM | Show all posts
siapa tak tgk lgk. meols suggest tgk yach. meols menangis hurkey!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2017 03:53 PM | Show all posts
sixret replied at 16-10-2017 02:10 PM
Maaf ya.

Since the advent of advanced technologies at the tips of the fingers, it has been a ...

tu semua alasan, kalau kita boleh hindari makan babi (walaupun banyak kedai jual babi dan arak kat malaysia ni) mesti kita boleh hindari benda ni jugak. unless kalau you memang biasa makan babi lah sebab tak boleh nak hindar kerana banyak sangat kedail jual babi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 04:25 PM | Show all posts
she is sooo pretty.. pada mata iolls dia lagi cantik dr pushpa & thanuja. cuma x bape tinggi. klau tinggi sure da wakil malaysia ratu cantik.

cite adiwiraku mmg best. iolls tgk kat astro first. patut tayang masa Hari Guru.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 04:26 PM | Show all posts
karipapcinta replied at 16-10-2017 03:53 PM
tu semua alasan, kalau kita boleh hindari makan babi (walaupun banyak kedai jual babi dan arak kat ...

momod mintak jadi mediator please.

Thank you.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah senggeta,iols pon bermata coklat dan berkulit kuning langsat eh tetiber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 1.069542 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list