CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16347|Reply: 27

KORSET ELKEN DX VERVE & CHARMS

  [Copy link]
Post time 16-10-2017 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ainashahirah at 7-11-2017 03:11 AM

Saya tahu topik pasal korset elken vs premium beautiful dah ade.
Dekat thread sini saya hanya dan kupaskan kelebihan korset Elken.

Sape kat sini yang pernah cuba pakai korset Elken, boleh berikan testimoni.

Takpe kita boleh bincang tentang kebaikan atau keburukan.

Kat sini saya ambil dari blog saya sendiri mengenai kenapa wanita perlu pakai korset elken, just sharing informasi sahaja ya.

  • Keselesaan berganda bila pakai korset Elken. Body shaper korset Elken ni bila pakai, anda akan rasa macam kena peluk je. Badan rasa sedap dan selesa sangat seperti tak nak tanggalkan je. Kalau ada hari yang tak pakai, rasa tak lengkap badan ibarat macam kita tak pakai bra. Badan jadi kejap dan sedap lepas pakai korset Elken ni tau. Kak Aina sendiri pakai korset Elken ni melebihi 12 jam sebab long working hours dari pukul 6.30 pagi sampai 8.30 malam. Bayangkan macam mana Kak Aina pakai korset Elken 14 jam setiap hari tak pernah buka dan boleh tahan? Itulah betapa pentingnya keselesaan bila kita pakai korset Elken. Lagipun material korset Elken sangat lembut dan fleksibel.
  • Perut Kak Aina yang dulunya nampak buncit tiada lagi dan pinggang jadi ramping. Sebab tu Kak Aina memang confident bila jumpa orang dan buat fitting dengan customers. Kak Aina hanya berkongsi pada semua apa yang Kak Aina sendiri pakai iaitu korset Elken.
  • Mengangkat punggung jadi pejal dan mantap. Long girdle korset Elken ni boleh membentuk punggung kita jadi membulat. Tak percaya, jom free fitting dengan Kak Aina korset Elken ni tengok transformasi diri anda menjadi cantik hanya dalam masa 5 minit je.
  • Kalau nak pergi toilet memang senang sangat sebab hanya buka long girdle ke bawah dan angkat waist nipper sedikit ke atas, lepas tue boleh kencing. Tak payah dah nak buka semua set korset Elken semasa nak kencing. Tak perlu tahan kencing dan berak sekalipun. Korset Elken senang nak pakai dan senang nak tanggal.
  • Nak solat pun boleh pakai korset Elken ni. Memang senang dan tak rasa sakit bila rukuk atau sujud sebab bentuk yang fleksibel mengikut pergerakan badan. Bila fitting, anda digalakkan buat pergerakan solat sebab dengan memakai korset Elken memang tidak menghalang pergerakan untuk kita bersolat ya.
  • Pakai full set korset Elken hanya mengambil masa hanya 5 minit untuk mendapatkan hasil menakjubkan. Jimat masa anda.
  • Korset Elken ni sangat bagus untuk wanita yang ada masalah tulang belakang. Jadi bila pakai korset Elken ni, sakit tulang belakang tiada lagi kerana korset Elken ada support untuk tulang belakang kita.
  • Katakanlah kita dah pakai korset Elken ni, ada barang terjatuh yang kita nak ambil atau kita perlu membongkok pun tiada masalah sebab korset Elken ni bermaterial lembut yang berkualiti tinggi. Siap kita boleh duduk bersila dengan selesa lagi bila pakai korset Elken.
  • Antara perkara lain yang Kak Aina suka bila dah pakai korset Elken ialah bila Kak Aina pakai pun tak nampak macam Kak Aina pakai korset. Sebab korset Elken ni tak keras kejung pun.
  • Korset Elken ni sesuai boleh dipakai oleh semua golongan wanita tanpa mengira bentuk badan gemuk atau kurus sebab korset Elken ni baju pembentukan badan. Jadi badan akan terbentuk cantik dan menarik selain memperkemaskan badan kita sendiri. Tiada infrared dan tiada nano. Hanya sekadar alihkan lemak ke tempat yang sepatutnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2017 02:31 PM | Show all posts
Nak berkongsi gambar mengenai testimoni artis dan selebriti mengenai korset Elken:



Ika Nabila memakai Charms Lingerie Elken



Zahnita Wilson memakai DX Verve Lingerie Elken

Kilafairy memakai Charms Lingerie Elken

Thanuja Ananthan memakai DX Verve Lingerie Elken

Sharifah Sakinah memakai Charms Lingerie Elken

Wan Sharmila memakai Charms Lingerie Elken

Amelia Henderson memakai Charms Lingerie Elken

Elfaeza Ul Haq memakai DX Verve Lingerie Elken

Siti Saleha memakai DX Verve Lingerie Elken

Tasha Shilla memakai DX Verve Lingerie Elken, Fauziah Ghous memakai Charms Lingerie Elken

Gambar artis & selebriti memakai DX Verve & Charms Lingerie Elken
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 08:30 AM | Show all posts
kat mana jual ni..?

n berapa RM..?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Rsw better tt letak harga utk setiap baju tu..sng sikit..dah kata nk share info kn
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunjuk org selim melim pakai korset tu mmg nmpk cun gilee...
Ada x contoh org yg perut tebal pakai..nk tau gak camne dia sorok gendut2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 17-10-2017 08:30 AM
kat mana jual ni..?

n berapa RM..?

Tak perlulaa beli.. sayang je duit.. saya dah beli.. u kena senaman.. senaman srnaman.. jaga makan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2017 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 17-10-2017 12:00 PM
Tak perlulaa beli.. sayang je duit.. saya dah beli.. u kena senaman.. senaman srnaman.. jaga makan ...

Mahal ke??? Mcm premium beautiful??
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
hiriko replied at 17-10-2017 12:41 PM
Mahal ke??? Mcm premium beautiful??

Lagi mahal, tapi yang lingerie Elken ni selesa pakai dan badan terbentuk cantik sangat. Material pun berkualiti. Premium Beautipul lak kualiti low, tak selesa pakai, pastu badan tak cantik terbentuk. Sekian dari akak yang penah fitting dedua lingeries ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 17-10-2017 02:20 PM
Lagi mahal, tapi yang lingerie Elken ni selesa pakai dan badan terbentuk cantik sangat. Material p ...

Tq sis.. info berguna utk saya... tq so much
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2017 07:17 AM | Show all posts
chazey replied at 17-10-2017 06:20 AM
Lagi mahal, tapi yang lingerie Elken ni selesa pakai dan badan terbentuk cantik sangat. Material p ...

Sis menang pernah pakai korset elken ke?

Share pengalaman please, badan maintain x?

Sekarang pakai korset ape?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2017 07:19 AM | Show all posts
seri_mawr replied at 17-10-2017 12:30 AM
kat mana jual ni..?

n berapa RM..?

Boleh tengok blog saya www.ainashahirah.com
Kat forum ni boleh berkongsi kebaikan & keburukan.

Tak Boleh bagitau harga kat forum. Tengok blog saya ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2017 07:21 AM | Show all posts
hiriko replied at 17-10-2017 04:41 AM
Mahal ke??? Mcm premium beautiful??

Harga tak mahal. Boleh bayar secara cash, credit card dan melalui ansuran Aeon.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2017 07:23 AM | Show all posts
Buritan replied at 17-10-2017 04:00 AM
Tak perlulaa beli.. sayang je duit.. saya dah beli.. u kena senaman.. senaman srnaman.. jaga makan ...

Lepas you dah beranak even sorang pun, badan u shape akan lari. Even you bersenam sekalipun, badan wanita akan mengembang dan
Daya gravity akan jatuh.

Sebab tu kena pakai korset.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2017 07:32 AM | Show all posts
Saya tahu ramai yg berminat nak dapatkan korset DX ELKEN ni tapi bila bagitau je harga korset ni mesti semua akan cakap…

“wow! mahalnya”
“kenapa mahal sangat kak”
“korset lain tak mahal cam nie pun”
“mahal la kak, out of budget”
“saya beli kat pasaraya murah je..”

Ok la , saya faham bukan semua orang mampu nak beli korset DX Elken nie..tapi cuba kita lihat dari sudut yang berbeza..

Mahal sangat ke DX nie? Kenapa mahal sangat eh ?

Kalau cakap harga je, memang la kita first time dengar terus buat keputusan

“Memang Mahal”

Tapi kita semua kena tahu tujuan sebenar kita pakai korset nie..
- kita nak kuruskan badan
- kita nak bentukkan badan
- untuk kesihatan dan kecantikkan

Mari kita lihat pilihan yang kita ada…

1. Slimming centre package
Kalau kita tengok kat tv, memang murah RM699 untuk basic package.
katalah kita ‘sign up’ for basic package (rawatan menyeluruh)
sekali tu je la kan. Pastu tak kan nak berhenti, mesti nak sambung lagi.

Untuk next time kita kena bayar lagi RM699 dan turun berat badan 5-10kg.
Bila 2-3 minggu takkan nak stop kat situ je, mesti nak terus kan .. tambah lagi RM 699.. so dah berapa dekat situ. Kalau tak continue, nanti berat naik balik.
Belum masuk cream ke supplement la.. then u have a very strict diet kan ? so duit lagi.. cam ner ..
mahal ke murah tu?

2. Supplement dan ubat kurus
Yang ni ok la.. tak semahal pergi Slimming center tu..
Kata la kita beli minuman tambahan ke, supplement ke, ubat kurus ke or macam2 lagi. katakan harga sekotak RM100, kalau kita makan setahun RM1200.
ok mungkin kita dah boleh stop makan/minum kan selepas setahun.. berat pun dah turun 10kgs..

tapi tak kan nak berhenti terus..
mesti nak maintain badan.. jadi kita beli 2 bulan sekali.. so RM 600 .. campur dengan tahun lepas punya, total dah RM1800..

so abis la.. kalau nak makan lagi.. tambah lagi.. kalau tak stop.. naik la badan.
camner ? kena beli lagi ke?
mahal ker murah tu?

3. Korset DX Elken
Pakai DX… beli sekali range harga Rm2K ke atas untuk Waist nipper set… so beli for a life time…
kalau berhenti bole pakai balik… masa nak kawin pakai,  lepas pantang boleh pakai balik…lepas anak kedua boleh pakai balik.. lepas pantang anak ke 3 pun boleh pakai balik..

so dah la kurus kan badan boleh shapekan badan… hilangkan sakit belakang..
harga sekali je bayar untuk pelaburan untuk seumur hidup…
kalau longgar boleh ‘alter’ tak payah beli baru, save lagi !  so anda rasa mahal ke murah tuh ?
anda fikir dan buat penilaian.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
ainashahirah replied at 18-10-2017 07:23 AM
Lepas you dah beranak even sorang pun, badan u shape akan lari. Even you bersenam sekalipun, badan ...

Suke ati luu laa.. pastikan body luu meletup lps pakai elken ni.. jgn mcm macam member aku ni.. body mcm kayu balak hanyut pi jual beautiful.. dan aku plg nak tergelak skali promote beautiful dan dia leh pujiii body dia.. dah terletak laa.  Pdhl aku yg memandang nii sakit mata ooo...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 10:53 AM | Show all posts
Buritan replied at 17-10-2017 12:00 PM
Tak perlulaa beli.. sayang je duit.. saya dah beli.. u kena senaman.. senaman srnaman.. jaga makan ...

aku ni idak le gemuk...baju pun size S kekang S pun besar kena amik XS.....huhuhu...

tapi lepas bersalin anak ke tiga...perut naik sikit ni ha....nak buat sit up n yg heavy2.. tak boleh lagi sbb bersalin czer...harus la mencari korset...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 10:54 AM | Show all posts
ainashahirah replied at 18-10-2017 07:19 AM
Boleh tengok blog saya www.ainashahirah.com
Kat forum ni boleh berkongsi kebaikan & keburukan.

...

pm tepi.....yang mana akak nak kena ushar2 ni....nak kempis kan perut n saki baki lemak kat tepi pinggul ni ha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2017 12:04 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 19-10-2017 02:54 AM
pm tepi.....yang mana akak nak kena ushar2 ni....nak kempis kan perut n saki baki lemak kat tepi p ...

saya dah PM-ed ye... mod @Sasha boleh tolong highligh atau BOLD kan tajuk korset elken nie...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2017 11:13 AM | Show all posts
Edited by ainashahirah at 7-11-2017 03:21 AM

BOLEH KURUS KE PAKAI KORSET ELKEN?

Ya, memang boleh kurus kalau pakai korset Elken. Tapi kalau dah 5 tahun bina badan, tak mungkin boleh kurus dalam masa 5 hari bukan. Jadi bila pakai korset Elken ni, sekurang-kurangnya bila keluar rumah atau pergi pejabat tidaklah bahagian yang benjol-benjol tu bila kita berjalan bergegar atau bergerak sana sini. Kalau pakai korset Elken, badan jadi kemas dan paling penting SELESA. SANGAT SELESA.

Kebiasaannya customer yang berminat akan tanya, boleh ke pakai Long Girdle sahaja? Boleh ke pakai Waist Nipper sahaja? Boleh ke tak nak Bra tu? Nak pakai bra yang sedia ada. Boleh ke nak beli Body Shaper sahaja? Jawapannya memang boleh. Cuma kesannya tidak optimum atau lebih tepat lagi tidak mujarab seperti mana anda pakai set lengkap korset Elken. Kerana rahsia kesan yang mujarab ada pada setiap kepingan item yang saling berkaitan fungsinya.

Sebab tu saya selalu cadangkan kena pakai full set korset Elken kalau nak dapatkan kesan yang optimum. Jika anda seorang yang ramping dan cuma ingin mengekalkan bentuk badan yang sedia ada, boleh lah jika anda mahu pakai Waist Nipper set atau Body Shaper set sahaja.

Tetapi jika anda mahu bentukkan semula, mengangkat mana yang jatuh dan menggeleber, saya akan syorkan anda ambil Full set atau Twin set korset Elken. Anda pun akan puas hati dan saya akan guide anda cara pemakaian yang betul.

Pakai korset Elken ni, anda perlu disiplin pakai 8 jam sehari. Itu penting. Pada permulaan untuk bentukkan badan anda perlu konsisten memakainya. Korset Elken ni consider sebagai baju pembentukan badan. Jangan risau pakai lama sebab korset Elken sangat selesa. Anda akan rasa seolah-olah seperti tidak memakai satu set pun pakaian dalam apabila anda sudah biasakan diri memakainya. Paling penting anda mesti sabar dan positif.

Ada juga customer tanya, "Adakah badan akan kembang semula apabila tidak memakai korset Elken ni?"

Saya akan jawab dengan jujur dan sepenuh hati.

Korset Elken ni akan berikan 2 jenis kesan apabila anda memakainya:

Pertama adalah kesan serta merta yang mana anda akan dapat melihat kesan serta merta apabila memakai korset Elken. Even kali pertama fitting, korset Elken dapat menutup segala lemak-lemak berlebihan di badan kita dengan serta merta. Tiada lagi lemak di bawah ketiak, di belakang badan akan jadi 'flat', bahagian perut pula tidak ada lebihan 'tummy', mengangkat punggung menjadi bulat dan mengecilkan paha. Lemak di badan akan dialihkan ke tempat yang betul dan dikunci ke tempat yang betul. Baju yang anda pakai pun akan nampak terletak di badan.
Kesan yang kedua pula adalah kesan jangka masa panjang. Dalam tempoh 3-6 bulan, badan anda akan dibentuk sepenuhnya melalui proses mengalih, mengekal dan mengunci lemak di tempat yang betul. Apabila anda telah mengalami tempoh ini, badan anda tidak akan mengalami proses kembang-kembang bila buka korset Elken.
Apa yang perlu anda buat adalah konsisten dan disiplin memakai korset Elken 8 jam sehari. Korset Elken adalah satu pakaian dalam yang sangat-sangat selesa dan 8 jam yang anda lalui pasti tidak akan terasa kerana anda akan terasa seperti tidak memakainya pun.

Pakai korset Elken ni badan rasa kemas, bukannya sendat dan senak ya. Kalau anda masih tercari-cari pakaian dalam pembentukkan badan, usahlah fikir panjang. Milikilah korset Elken. Berbaloi dengan apa yang anda laburkan. Cuma perlukan disiplin dan konsisten memakainya.

Keberkesanan korset Elken ni sangat menakjubkan serta merta, anda akan nampak bahagian punggung akan terus dapat shape, pinggang menjadi ramping dan payudara yang jatuh akan kembali terletak di tempat yang sepatutnya. Saya ulang sekali lagi, korset Elken ni sangat-sangat selesa. Serap peluh, anda tidak akan rasa melekit-lekit dan melecet-melecet atau pun gatal-gatal.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2017 11:17 AM | Show all posts
Edited by ainashahirah at 7-11-2017 03:20 AM

SETIAP WANITA PERLU MEMAKAI KORSET ELKEN

Kita sedia tahu terdapat pelbagai jenama korset di pasaran, dari harga puluhan ringgat sehingga mencecah ribuan ringgit. Bagi pendapat saya yang penting bukanlah soal harga tetapi kualiti dan keselesaan kepada pemakainya. Sia-sia saja jika membeli korset yang mahal harganya tepi akhirnya ke ceruk almari juga terletaknya. Pastikan kita memilih korset yang selesa agar dapat memakainya hari-hari.

Korset ibarat pakaian dalam yang kita memang pakai pada setiap hari. Dengan memilih korset Elken, saya jamin anda akan dapat keselesaan yang maksimum, diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi, ketahanan produk sehingga bertahun-tahun lamanya dan dapat membentuk badan idaman anda.

Mengapa saya cakap setiap wanita patut memakai korset Elken? Anda boleh dapat jawapannya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.356608 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list