CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16446|Reply: 149

[Tempatan] Penipuan pakej pelancongan: Janji ke Turki tapi hanya sampai ke Dengkil

  [Copy link]
Post time 17-10-2017 07:17 AM | Show all posts |Read mode
“Janji Ke Turki, Bawa Sampai Dengkil Je...”
Diterbitkan: Isnin, 16 Oktober 2017 2:14 PM

PETALING JAYA: Impian sekumpulan 47 individu untuk menjejakkan kaki ke bumi Turki pada 12 Oktober lalu tidak kesampaian apabila ejen pelancongan yang menguruskan percutian mereka tidak kunjung tiba.

Menurut salah seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zaridah, dia dan suaminya mengalami kerugian hampir RM10,000 selepas mendakwa terpedaya dengan pakej percutian yang ditawarkan syarikat tersebut yang berpangkalan di Kuala Kangsar, Perak.

"Rombongan ini ada 47 orang, rata-ratanya terdiri daripada pesara kerajaan. Pada awalnya ejen minta bayaran awal sebanyak RM1,000 untuk beli tiket kapal terbang.

"Ejen kata kalau bayar lewat takut harga tiket kapal terbang akan naik. Baki bayaran pula dibayar kepada ejen pada bulan terakhir sebelum nak berlepas ke sana.

"Bayangkan kalau seorang kena bayar RM4,300, kalau dah 47 orang... memang kayalah ejen tu," dakwanya ketika dihubungi mStar Online.

Jelas wanita berusia 60 tahun itu, rombongan tersebut diarahkan oleh ejen untuk berkumpul di Pusat Rehat dan Rawat (RnR) Dengkil pada 12 Oktober lalu, menaiki bas yang disediakan.

"Kami bertolak dari Ipoh kira-kira pukul 10 pagi menuju ke Dengkil dan sampai di sana pada tengah hari.

"Sebelum itu, ejen beritahu berlaku masalah kelewatan pada penerbangan yang sepatut dinaiki mereka. Tunggu punya tunggu kelibat ejen pun tak nampak," dakwanya.

Zarinah mendakwa rombongan tersebut dijadualkan menaiki pesawat Saudi Airlines kira-kira pukul 7 malam, 12 Oktober lalu.

"Semasa taklimat diberikan mereka kata kami naik penerbangan Qatar Airlines dan akan transit di Doha. Tapi kami dimaklumkan penerbangan tiba-tiba ditukar ke Saudi Airline pada saat akhir.

"Dari situ saya dah rasa tak sedap hati. Kalau berlaku kelewatan penerbangan takkanlah sampai tukar 'flight'," dakwanya.

Akibatnya, Zarinah mendakwa mereka terpaksa berpatah balik ke Ipoh dengan menaiki bas yang sama dalam keadaan hampa.

"Semua pulang semula ke Ipoh dengan kecewa dan duit percutian pun lesap sekali. Kami tiba di Ipoh kira-kira pukul 10 malam," katanya.

Zarinah turut menuntut syarikat tersebut supaya memulangkan semula wang yang telah dibayar.

"Kami hanya mahu wang kami dipulangkan. Kalau tidak, tindakan susulan akan diambil termasuk membuat laporan ke Tuntutan Tribunal Pengguna dan meminta campur tangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)," katanya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan reaksi balas syarikat tersebut tidak berjaya apabila nombor telefon yang dinyatakan dalam laman Facebook syarikat berkenaan hanya dijawab oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah bekas pekerja agensi terbabit.

Wanita yang menjawab panggilan tersebut turut terkejut apabila mendakwa ramai pihak menghubunginya bagi mendapatkan semula wang yang telah dibayar.

"Maaf, saya tiada kena-mengena dengan syarikat tersebut. Saya sudah berhenti sejak Mac lalu dan saya difahamkan syarikat itu sudah tidak lagi beroperasi," dakwanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
asyik bagi klu je. boleh bagi detail syarikat tak?  senang nak adu ke say no to mlm. grup anti ponzi scheme malaysia. diorg selalu bongkar kes pengguna/pembeli kena tipu ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 07:54 AM | Show all posts
ntah nyer...bagi tau jer la nama syarikat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
At least dia tau syarikat apa yg tipu fia, mcm adik sedara aku kena RM10K g jepun. FB orang yg menipu tu SULAIMAN SIJAK. call x angkat FB still active. buat report ramai2 smpi skrg dalam siasatan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 08:27 AM | Show all posts
hishhh mcm2 hal btl la.... ingat org cari duit senang ke..sesuke hati je tipu2... nasip pergi yindia las year the besss klu tk gigit bucu katil je lh
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 08:28 AM | Show all posts
Andyscenes replied at 17-10-2017 08:15 AM
At least dia tau syarikat apa yg tipu fia, mcm adik sedara aku kena RM10K g jepun. FB orang yg menip ...

haaa terima kasih bagitau..
kan bagus pasni orang boleh beware dengan sulaiman sijak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2017 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 17-10-2017 08:28 AM
haaa terima kasih bagitau..
kan bagus pasni orang boleh beware dengan sulaiman sijak..

kita nak bgtau je nama2 penipu ni. Kat ci xde selindung nya
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 08:33 AM | Show all posts
Edited by OmJualGas at 17-10-2017 08:39 AM

kalau 20-30 orang.   bagus ikut syrarikat travel ejen kan.  di malaysia apa syarikat travel yang boleh dipercayai ???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 08:41 AM | Show all posts
iols .. kalo nak trabel pi obersea.. prefer urus sendiri semuanya ...
dari beli tiket .. ke booking hotel and on the ground punya itinerary ....
sampai destinasti .. prefer naik public transportation ...
scary weh ... kalo naik cabs ...
mau kena rompak .. bunuh bagai
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
OmJualGas replied at 17-10-2017 08:33 AM
kalau 20-30 orang.   bagus ikut syrarikat travel ejen kan.  di malaysia apa syarikat travel yang bol ...

Ade dua travel agen yg baru nak naik. Tgh aktif di fb. Pakage ke turki below 4k. Masing2 bersaing. Yg satu ni siap bagi percuma hot air balloon. Mmg menarik. Aku dah beli tiket ke turki dec ni, baru jumpa fb dorang. Kalau x, aku ambil jer dgn dorang.

#bukan agen pelancongan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 08:57 AM | Show all posts
kesiannya pakcik makcik tu....
hajat hati nak holiday tapi kena tipu pulak.
kuang ajaq punya agen.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo aku baik buat sendiri.. siannya dah la duit pas bersara..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:03 AM | Show all posts
Jahat org yg menipu ni... anyway, derang masukkan duit tu mesti ade nombor akaun dan nama penuh tuan punye akaun kan... patut kalau nama persendirian akaun tu dan bukan atas nama syarikat kena was2...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
memang le bagi kita yg muda bertenaga dan rajin kumpul info akan pilih pergi sendiri.aku bawak mak ke Turki arrange sendiri je,flight hotel.nak senang ronda turki kat sane ambik je local pakej.deal sendiri lagi puas hati.tp bg acik acik , pakcik pakcik yg dh warga mas memang la ta mudah kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:07 AM | Show all posts
drivethru replied at 17-10-2017 08:43 AM
Ade dua travel agen yg baru nak naik. Tgh aktif di fb. Pakage ke turki below 4k. Masing2 bersaing. ...

naik hot air balloon free? pakej 4k jer? murah sgt.. berani ke ambil pakej tu?
fee hotair balloon jer dah USD100++ kalau x silap.

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 17-10-2017 08:41 AM
iols .. kalo nak trabel pi obersea.. prefer urus sendiri semuanya ...
dari beli tiket .. ke booking ...

Badan sado mcm kau pun takut ke....

#pinjamayatlaba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 09:16 AM | Show all posts
bg tau le nama syarikat tu........... hishh
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:23 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 17-10-2017 09:09 AM
Badan sado mcm kau pun takut ke....

#pinjamayatlaba

of koz ler takut ....
sado tak menjamin ko kebal daripada maut .. kalo kena temabk or kena tikam .. or kena bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
reddots replied at 17-10-2017 09:07 AM
naik hot air balloon free? pakej 4k jer? murah sgt.. berani ke ambil pakej tu?
fee hotair balloon ...

Mmg murah. Mcm x percaya. Tapi mmg betuk. Boleh check kat fb nusatra.com .

Tgk byk gak pakage yg lain2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
reddots replied at 17-10-2017 09:07 AM
naik hot air balloon free? pakej 4k jer? murah sgt.. berani ke ambil pakej tu?
fee hotair balloon ...

Satu lagi fb syarliz travel group. Dulu dia ni blogger travel. Sekarang dah bukan agensi sendiri. Pakage dia pun menarik jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.091001 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list