CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18989|Reply: 444

[Tempatan] Haram gunting rambut dengan bukan Islam, ucapan ‘birthday’, kata penceramah

  [Copy link]
Post time 17-10-2017 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by kampring at 18-10-2017 10:36 AM

PETALING JAYA: Belum reda isu kedai dobi Islam yang mengundang reaksi daripada pihak istana, pemerhatian di Youtube mendapati pelbagai pandangan keras mengenai soal halal haram diutarakan penceramah agama yang kerap menyampaikan kuliah di masjid.

Antaranya seorang guru sekolah tahfiz di Pulau Pinang yang mengharamkan umat Islam mendapatkan khidmat potong rambut di kedai bukan Islam, menghantar anak ke sekolah kelolaan bukan Islam dan juga memberikan ucapan hari jadi.
Dalam ceramah dimuat naik di Youtube disampaikan Shahul Hamid, pengetua Maahad Tahfiz Darul Tahzhib di Bayan Lepas itu menjelaskan pendirian beliau mengenai tukang gunting rambut bukan Islam.

“Sejak saya belajar di pondok dan masuk tingkatan 1, sampailah sekarang, saya tak pernah bagi kepala saya kepada orang-orang kafir untuk pegang. Walaupun tak ada dalil dia pegang itu haram…adalah lebih baik kita cari kedai Islam sekurang-kurangnya kita bantu ekonomi orang Islam,” katanya dalam ceramah yang dimuat naik 2 tahun lalu.

Shahul dalam ceramahnya turut menyifatkan adalah haram untuk wanita Islam mendapatkan khidmat basuh rambut daripada bukan Islam sekalipun tukang gunting rambut itu seorang wanita.

“Walaupun orang perempuan, dia tak boleh potong di kedai orang perempuan kafir. Bukan kedai lelaki, perempuan pun tak boleh pergi suap kepala dekat orang perempuan kafir, kerana kepala rambut badan dia adalah aurat.

“Macam mana aurat perempuan di hadapan lelaki yang bukan mahram yang boleh kahwin dia, macam itu juga aurat di hadapan perempuan sama perempuan kafir,” katanya.

Shahul turut mempersendakan golongan “mak nyah” yang menjalankan perniagaan cuci rambut.
“Bunyi suara macam katak,” katanya.

Sekolah Cina

Shahul dalam satu lagi klip rakaman ceramah turut berkata adalah haram umat Islam menghantar anak mereka ke sekolah kelolaan bukan Islam melainkan “terdesak”.

“Setengah orang Pulau Pinang, dia fikir, ‘kita duduk Pulau Pinang, banyak orang berbilang kaum, kita kena ajar anak kita hantar sekolah Cina baru dia boleh hidup’… Hang paham tak betul lagu tu,” katanya.

Menurutnya, umat Islam hanya dibenarkan menghantar ke sekolah Cina sekiranya tiada sekolah lain di kawasan kejiranan mereka.

“Tapi dia balik, hang kena didik betul-betul. Pasal apa? Pasal anak-anak apek itu semua, depa tidak ikut cara hidup Islam. Entah depa kencing macam mana, depa makan macam mana, depa minum macam mana, pergaulan macam mana. Anak hang akan hidup lagu tu juga.”

Dalam ceramah yang dimuat naik bulan lalu, Shahul turut mengharamkan ucapan hari jadi seperti “Happy Birthday” atau dalam bahasa Arabnya, “Sanah Helwah” yang kerap dikongsi di media sosial.

“Dalam Whatsapp pun depa hantar ‘Sanah Helwah’. Kepala hotak hang Sanah Helwah. Itu semua Arab bodoh tak mengaji punya. Samalah dengan ‘Happy Birthday’. Doa, tak mau ‘Sanah Jelwah’. Walaupun bunyi macam Arab, tapi itu untuk Arab bodoh, tak mengaji ugama.

“Itu semua jahiliah,” katanya.

Dalam ceramah itu, Shahul turut tidak bersetuju dengan ucapan “bye-bye” dan “hello” ketika menjawab telefon, dan berkata umat Islam sepatutnya memberikan ucapan “Assalamualaikum”.

Isu pandangan “ekstrem” dan memisahkan umat Islam dan bukan Islam baru-baru ini menjadi hangat selepas Sultan Johor membidas pemilik sebuah kedai dobi di Muar yang melarang pelanggan bukan Islam menggunakan perkhidmatannya atas sebab kesucian.

Pendirian itu menerima sokongan Majlis Raja-Raja, yang mengingatkan sikap pelampau atas nama agama akan menjejaskan imej Islam dan keharmonian kaum.

“Imej Islam sebagai agama yang mengalakkan penganutnya bersikap toleran, sederhana dan inklusif wajib dipertahankan daripada dicemari oleh tindakan-tindakan yang bersifat keterluan dan memisahkan rakyat,” kata kenyataan itu pada 10 Oktober.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 10:54 AM | Show all posts
Ini dah betul betul nak ajak orang msia jadi taliban. Tersangat merbahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Taliban sangat.
Duduk gua je la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak shopping pon pergi kedai Islam dan beli barangan Muslim je dik.

Kalau ikut dalil memang tak boleh kita beri orang lelaki bukan Islam memotong rambut lelaki

Begitu juga dengan Muslimah....dilarang kafir melihat rambut muslimah apatah lagi memotong rambut muslimah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
mamak ni kena hantaq blk pakistan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 11:00 AM | Show all posts
hapuskan taliban...


PDRM kena hapuskan bangsat taliban
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2017 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
aurat bi wujud pd tahun 1979 aja... sebelum. tu pompuan bebas ja tayang rambut
aku tak pasti pahaman mana kata pompuan bleh tunjuk muka dan tapak tangan?  i mean... come on... camana pompuan nak hidup? allah takkan buat sesuatu benda yg menyusahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 11:06 AM | Show all posts
Malaysia ke arah Talibanisasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis korang tangkap jela ustaz2 barua mcm ni..benci la aku baca cerita2 mcm ni..korang ni baik duduk dlm hutan la
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 11:07 AM | Show all posts
Itu psl Penang perlu ada Sultan mcm Johor dan Selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 11:12 AM | Show all posts
dasyhattt nyaaa hati busuk sungguh....

duit tu takmo samak?.. udara xmo asing2 ke?...

mcm ni pun kalau ada org yang sokong...taktaulaa nak kata apa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
1. Utk yg gunting rambut tu...wanita muslim mmg aurat dgn bkn muslim...so i agree


Yg len tu..i kne bc lg..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 11:19 AM | Show all posts
hmm.... tahfiz nie berdaftar ke tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
pichee replied at 17-10-2017 11:14 AM
1. Utk yg gunting rambut tu...wanita muslim mmg aurat dgn bkn muslim...so i agree



Memang tak boleh pon beri lelaki kafir dan Munafiq potong rambut lelaki Muslim

Akak harap setiap peniaga Muslim diberi kursus oleh JAKIM supaya diwajibkan bacaan Basmalah dan doa2 tertentu sebelum mengunting rambut.

Dan akhiri dengan ucapan 'Syafakallah' pada setiap pelangan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 11:20 AM | Show all posts
cutieslilies replied at 17-10-2017 11:12 AM
dasyhattt nyaaa hati busuk sungguh....

duit tu takmo samak?.. udara xmo asing2 ke?...

Derma darah nanti pon akan asing juga ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Birthday mak cik hujung bulan ni. Happy birthday to me
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 11:23 AM | Show all posts
aku kesian dgn taliban...asyik disebut2.... taliban pun semakin moderate
npe xsebut menuju ke arah ISISasi?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 11:24 AM | Show all posts
sorry to say tp kekdg aku tgk peniaga melayu islam ni suka sangat letak harga cekik darah. tgk jelah penjual tudung tu, kos brape rm jelah agaknye tp jual smpi ratus2. camni ka nk suruh org melayu support?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 11:26 AM | Show all posts
aku plak yg geram baca
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 17-10-2017 11:24 AM
sorry to say tp kekdg aku tgk peniaga melayu islam ni suka sangat letak harga cekik darah. tgk jelah ...

Melayu Sabak Bernam akak okey je berniaga dik....akak shopping kedai Melayu je.

Melayu tempat adik tu je lemah dan layu kot...semua benda harapkan Cina.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.087156 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list