CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4179|Reply: 32

Tahniah, Lima Universiti Tempatan Diiktiraf Antara 50 Universiti Terbaik Di Asia

  [Copy link]
Post time 17-10-2017 01:05 PM | Show all posts |Read mode


sumber : Berita Harian



Dalam senarai QS University Rankings: Asia 2018, lima universiti penyelidikan negara berjaya meningkatkan kedudukan masing-masing dalam kumpulan 50 universiti terbaik Asia 2018.  


Memetik laporan Berita Harian, lima universiti yang tersenarai itu termasuk Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.


QS University Ranking ialah agensi berpangkalan di United Kingdom yang membuat penarafan peringkat serantau dan dunia.


Penilaian kali ini membabitkan 425 universiti utama daripada 17 negara Asia yang dibuat berdasarkan 10 indikator.


Antaranya reputasi akademik, majikan, nisbah pelajar kepada fakulti, penerbitan hasil kajian setiap fakulti, sitasi penerbitan, nisbah fakulti antarabangsa, bilangan staf memiliki ijazah doktor falsafah (PhD), nisbah pelajar antarabangsa, pertukaran pelajar masuk dan pertukaran pelajar.


Universiti Malaya (UM) mencatat pencapaian terbaik apabila menduduki tangga ke-24 tahun ini berbanding ke-27 tahun lalu.


Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatat kejayaan membanggakan apabila melonjak 13 tangga daripada kedudukan ke-49 tahun lalu kepada kedudukan ke-36, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meningkat 12 tangga daripada kedudukan ke-55 pada 2017 kepada 43, tahun ini.


Senarai penarafan universiti terbaik Asia itu dikeluarkan pada laman sesawang rasmi www.topuniversities.com, hari ini.


Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut menunjukkan peningkatan selepas prestasi menurun tahun lalu apabila kembali menduduki senarai 50 terbaik.


Kedudukan itu menyaksikan USM meningkat lima anak tangga daripada kedudukan ke-51 tahun lalu kepada 46 tahun ini, manakala UTM meningkat 14 anak tangga daripada kedudukan ke-63 kepada 49 tahun ini.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Koserrr lah uni terbaikk Asia konon tp hasilkan graduan yg tak tahu kaktus tu tumbuhan... {:thief

Baik msuk sekolah pondokkk jahh

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ukm..tingat student ukm jwb "kaktus" as a haiwan..kui3
Baidewei,ok ler tu,masuk carta..{:run
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 03:12 PM | Show all posts

     
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 04:12 PM | Show all posts
Orix replied at 17-10-2017 01:16 PM
Koserrr lah uni terbaikk Asia konon tp hasilkan graduan yg tak tahu kaktus tu tumbuhan... {:thief

...

eh yeke. ade link berita psl kaktus tu?


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 04:13 PM | Show all posts
bila grad x tau ckp english
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2017 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 17-10-2017 04:13 PM
bila grad x tau ckp english

penting ke bi msa kjer? bg aku penting. tp bile org terer ckp bi korg bising lak speaking je berabuk tp kjer x reti. bile due2 bole buat gaji murah gak majikan sbuk kasi alasan xde pngalaman la bile da ade pngalaman naik la rm100 . laka2 btol
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 04:43 PM | Show all posts
caprut replied at 17-10-2017 04:21 PM
penting ke bi msa kjer? bg aku penting. tp bile org terer ckp bi korg bising lak speaking je berab ...

kalo cita2 ko takat nak keje kompeni lokal, mmg tak penting sgt..tp kalo nak keje MNC penting la jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 04:45 PM | Show all posts
tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 04:46 PM | Show all posts
congratulations
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah semua research universiti ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 17-10-2017 04:12 PM
eh yeke. ade link berita psl kaktus tu?

Uols search je kt youtube. Clevergirl kaktus. Confirm keluar. So sedihhhh... lg sedih bila tahu dia grad sains aktuari...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok..u kesayanagn masuk list..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Uni iolss masuk gak @famri7

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 17-10-2017 04:43 PM
kalo cita2 ko takat nak keje kompeni lokal, mmg tak penting sgt..tp kalo nak keje MNC penting la j ...

Tempat aku keje ni speaking thp manglish je la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 06:36 PM | Show all posts
di mana uitm kesayangan hambaaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 06:37 PM | Show all posts
Orix replied at 17-10-2017 06:28 AM
Uols search je kt youtube. Clevergirl kaktus. Confirm keluar. So sedihhhh... lg sedih bila tahu di ...

aku nsyak dia nervous tahap takleh pikir apa2 dah masa tu..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Rata2nya uni ummah Malaysia bukan ummah Taliban dan sewaktu dgnnya.. acik kepam melayu asli jowo mmg terkecuali la ya.. jelas terpancaran kebenarannya.. malah turang benderang lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 17-10-2017 05:28 PM
Uols search je kt youtube. Clevergirl kaktus. Confirm keluar. So sedihhhh... lg sedih bila tahu di ...

Yg silap jwb soalan mother Theresa pun satu.. pelik la Haku diorg..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 08:46 PM | Show all posts
finesse replied at 17-10-2017 06:27 PM
Tempat aku keje ni speaking thp manglish je la..

Manglish pun ok...janji org phm
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.174872 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list