CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3163|Reply: 38

[Tempatan] [Isu SPRM. Penyebar Pulak Ditangkap??] - Polis siasat aduan pegawai SPRM ada hub

[Copy link]
Post time 17-10-2017 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kentel at 17-10-2017 03:41 PM

Polis siasat aduan pegawai SPRM ada hubungan sulit

SEPANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan belum menerima sebarang laporan polis daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan seorang pegawai kanan agensi itu yang dikatakan ada hubungan sulit dengan isteri orang.
Fuzi berkata, bagaimanapun siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi menyiasat perkara itu berdasarkan laporan polis yang diterima daripada pihak lain.
"Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan berhubung laporan itu.


"Kita sedang kenalpasti (pihak bertanggungjawab menyebarkan video) kalau perlu buat tangkapan kita akan buat tangkapan, tapi setakat ini tiada tangkapan.
"Bagi kita masa secukupnya untuk siasat, bukan mudah untuk kita kesan (pihak bertanggungjawab menyebarkan video), tapi kita cuba sedaya upaya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.


Dalam pada itu, katanya pihak polis sedang mengambil langkah perlu untuk melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes hasutan membabitkan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin, sebelum dikemukakan kepada pihak Peguam Negara.
Sementara itu, berhubung himpunan 'Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' yang berlangsung di Padang Timur Ahad lalu, beliau mengesahkan polis akan memanggil pihak penganjur himpunan berkenaan memandangkan polis tidak memperakukan penganjurannya.
"Semua sedia maklum kita tidak memperakukan perhimpunan yang dianjurkan pada Ahad lalu, jadi kita sedang teliti kesalahan serta tindakan yang boleh diambil kepada pihak penganjur.
"Yang pasti kita akan panggil pihak penganjur sebab kita tidak benarkan tempat itu diadakan perhimpunan tapi dia tetap buat.
"Selain itu, siasatan menyeluruh akan dibuat terhadap semua perkara termasuk (intipati ceramah) sekiranya wujud sebarang unsur hasutan atau kesalahan di bawah peruntukan lain dan sebagainya," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 03:39 PM | Show all posts
bersepah orang bujang,

bini orang juga yang kau cari..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 03:40 PM | Show all posts
eh saya komen pasal scandal dengan bini orang,

bukan pasal kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 03:56 PM | Show all posts
apekah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 03:57 PM | Show all posts
biasa la kat tanah air ni..tukang sebar nnt kena tangkap dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Purkara biasa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2017 04:02 PM | Show all posts
Just nak tanya, berskandal dgn isteri/ suami org perbuatan jenayah ke? Ada aktanya ke? Yg saya tau suami wanita terbabit boleh saman? Org yg berskandal dgn isteri dakan, adakan perutukan undang2 utk itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2017 04:05 PM | Show all posts
arasham replied at 17-10-2017 04:02 PM
Just nak tanya, berskandal dgn isteri/ suami org perbuatan jenayah ke? Ada aktanya ke? Yg saya tau s ...

JASA minta pegawai kanan SPRM abai fitnah pikat isteri orang
pada 17-10-2017 12:10

SHAH ALAM: Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan penyebaran artikel dan video berkenaan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang cuba memikat isteri orang sebagai satu bentuk fitnah.



Memetik kenyataannya di Berita Harian hari ini, Puad berkata tindakan itu dilakukan supaya agensi berkenaan takut untuk meneruskan siasatan.

"Saya mengecam pihak tidak bertanggungjawab, yang cuba memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan cerita sensasi yang keterlaluan.

"Semua itu bertujuan untuk mengugut Zulkifli Ahmad dan SPRM daripada bertindak tegas dalam memerangi rasuah, apatah lagi apabila ia membabitkan tokoh ternama dan politik tertentu.

"Saya berharap beliau dan SPRM tidak akan berkompromi dengan taktik ugut dan fitnah berkenaan," katanya.

Puad juga percaya tindakan itu dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan tindakan tegas SPRM membanteras rasuah tanpa mengira jawatan.

Sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily pada Sabtu lalu melaporkan, ada individu membuat laporan polis selepas menonton satu klip video di YouTube membabitkan pegawai kanan SPRM dan wanita terbabit.

Pengadu mendakwa hubungan sulit itu menyebabkan rumah tangga wanita yang mempunyai dua anak itu musnah dan bercerai dengan suaminya pada 28 September lalu.

Ia juga memetik Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif sebagai berkata, kes dirujuk kepada Bukit Aman.

Kes itu boleh disiasat mengikut eksyen 498 Kanun Keseksaan atas tuduhan “memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 04:08 PM | Show all posts
Kes itu boleh disiasat mengikut eksyen 498 Kanun Keseksaan atas tuduhan “memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks.   

So aduan ni sapa yg boleh failkan/ report? Suami perempuan je ke? Atau kita2 semua ni? Polis bertindak atas aduankan? Sorry buta undang2
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 04:11 PM | Show all posts
Kalau ikut artikel tu pengadu can be anyone lah kan? So kalau kita tgk ada among us berskandal kita mmg boleh buat laporan polis supaya mereka disiasat dan dijatuhkan hukuman eh?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2017 04:12 PM | Show all posts
arasham replied at 17-10-2017 04:08 PM
Kes itu boleh disiasat mengikut eksyen 498 Kanun Keseksaan atas tuduhan “memikat atau membawa pergi ...

spouse buat aduan....IO akan cari la sabitan kesalahan yang bersesuaian...i think....mintak pencerahan @noraidil_06
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 04:13 PM | Show all posts
dengar2 ada bukti gambar dia kuar masuk indon.

betul ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2017 04:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 04:19 PM | Show all posts
Edited by petpom at 17-10-2017 04:21 PM
arasham replied at 17-10-2017 04:02 PM
Just nak tanya, berskandal dgn isteri/ suami org perbuatan jenayah ke? Ada aktanya ke? Yg saya tau s ...

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993
“4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh-
(d)berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan/mencemar nama baik perkhidmatan awam”


•      Contoh pelanggaran peraturan 4(2)(d)
Terlibat dalam penyalahgunaan dadah .
Berjudi di pejabat/waktu bertugas.
Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah.
Kesusahan berat kerana hutang.
Menerima keraian dari orang yang ada hubungan rasmi.
Melakukan gangguan seksual.
Menjalankan hubungan sulit dengan isteri/suami orang.


* Peraturan ni utk org kije gomen.


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 04:21 PM | Show all posts
Edited by arasham at 17-10-2017 04:22 PM
petpom replied at 17-10-2017 04:19 PM
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993
“4.(2)Seseorangpegawai tidak bol ...

Terima kasih.. So now tunggu apa lagi? Ada peruntukkan undang2
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 04:21 PM | Show all posts
kentel replied at 17-10-2017 04:16 PM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1063192

terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 04:22 PM | Show all posts
of koz ada org tak suka dgn peg kanan sprm ini, sblm ini tak de plak peg seumpama ini diaibkan sebegini rupa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 04:24 PM | Show all posts
petpom replied at 17-10-2017 04:19 PM
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993
“4.(2) Seseorang pegawai tidak b ...

kalau betul lah KP SPRM terlibat memang malu lah dia, tak jaga langsung integrity.......buat malu SPRM je, tapi memang open secret SPRM pun tak bersih jugak......
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 04:24 PM | Show all posts
shafik72 replied at 17-10-2017 04:22 PM
of koz ada org tak suka dgn peg kanan sprm ini, sblm ini tak de plak peg seumpama ini diaibkan sebeg ...

Bagi saya kesalahan ada bukti, yg lain2 tu tak de bukti ada gosip je.. So tak payah buat andaian org nak jatuhkan ke apa, sepatutnya sebagai org yg melaungkan integriti, seharuslah walk the talk..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 04:34 PM | Show all posts
Alais replied at 17-10-2017 04:25 PM
Kesian bini orang pun jadi la. Bangla pun boleh dapat China Vietnam Doll cantik cantik.

Bini org tu muslim jadi suci, kalau china doll tak suci..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.346590 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list