Pemimpin termuda di dunia menang Pilihan Raya Austria
Pengumuman itu dibuat Menteri Luar, Sebastian Kurz, 31, malam kelmarin berikutan keputusan awal menunjukkan parti konservatif pimpinannya mendahului pemilihan tersebut selepas lebih 90 peratus undi dikira.
Difahamkan, Kurz adalah dua tahun lebih muda daripada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan lapan tahun lebih muda daripada Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
Kurz bagaimanapun enggan mendedahkan strateginya, sebaliknya beliau mahu menunggu keputusan akhir pilihan raya tersebut untuk melihat sama ada Parti Demokratik Sosial atau Parti Kebebasan (FPO) menduduki tempat kedua. - Press TV
|