CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44853|Reply: 793

[Edisi Anugerah] Anugerah Skrin 2017 #ASK2017 "Mencipta Fenomena" 3 No

  [Copy link]
Post time 17-10-2017 08:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by willow12 at 21-10-2017 02:38 PM


sumber Berita Harian

KUALA LUMPUR: Fahrin Ahmad, Jihan Muse dan Shuk Balas diberi kepercayaan untuk menjadi hos Anugerah Skrin (ASK) 2017 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada 3 November nanti. Anugerah kali ini mempertaruhkan 33 kategori bertemakan Mencipta Fenomena. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Drama Terbaik, Pengarah Drama Terbaik, Filem Terbaik dan Pelakon Komedi Terbaik.

Fattah Amin, Nabila Huda, Neelofa, Raja Illya, Rozita Che Wan, Shukri Yahya dan Zul Ariffin adalah antara barisan penyampai trofi pada malam itu. Bagi memeriahkan suasana, ASK2017 bakal menampilkan persembahan daripada Akim & The Majistret, Haqiem Rusli, Nora Ariffin, Ayda Jebat, Hael Husaini, Zizan Razak, Black dan Jaclyn Victor.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, tema Mencipta Fenomena yang dipilih tahun ini mempunyai signifikan tersendiri.Tema itu dilihat tepat sebagai usaha memartabatkan pengorbanan semua penggiat seni tidak kira di hadapan atau di belakang tabir.

"Ini adalah edisi ke-21, dan sehingga tahun ini, ASK masih relevan dan memainkan peranan sebagai pemangkin industri penyiaran agar karyawan terus mencipta fenomena," katanya pada sidang akhbar di sini. Johan berkata, beberapa pembaharuan diperkenalkan kali ini antaranya majlis Prelude ASK 2017 yang dihoskan oleh penyampai radio Kool FM, Haiza dan Issey Fazlisham.
"Terima kasih juga kepada RTM, HyppTV dan BERNAMA kerana sekali lagi menyokong ASK 2017 dengan menghantar pencalonan," katanya. Daripada 33 kategori dipertandingkan, pemenang 13 kategori akan diumumkan pada sebelah petang hari berlangsungnya kemuncak ASK 2017. Penonton di rumah juga akan dihiburkan dengan persembahan Haiza dan Aepul, Aiman Tino selain Tajul dan Wany Hasrita. ASK 2017 mendapat kerjasama penaja utama, Olay; penaja bersama Oppo dan rakan penaja McCafé.


Sumber mstar.com.my

19 Drama Bakal Rebut Trofi Drama Terbaik ASK2017

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 drama bakal dinilai sebagai Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 3 November depan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, pencalonan tersebut bukan sahaja terbitan TV3, malah beberapa stesen televisyen tempatan iaitu RTM, HyppTV dan Bernama TV.
"Tahun ini ASK2017 mengetengahkan tema ‘Mencipta Fenomena’ sebagai satu usaha memartabatkan setiap pengorbanan yang dilakukan oleh penggiat seni tidak kira di hadapan atau di belakang tabir.
"Kami berterima kasih kepada RTM, HyppTv dan Bernama yang menyokong anugerah ini dengan menghantar pencalonan," ujarnya.



Beliau berkata demikian pada pelancaran ASK2017, di Hotel Marriot, di sini, Selasa.
19 drama berkenaan ialah Dalam Kasut, Hayat, Mak Tak Bagi Balik, Trauma, Terima Kasih Ramadhan, Yang Terakhir Untukku, Kapcai Ayah, Petanda dan Saling.
Selain itu, Mengharap Sebuah Keredhaan, Stesen Serondeng Sampan, Seringgit, Kapur Kuning Buat Puteh, Kembali Kepada Fitrah, Pesan Dari Tuhan, Ibuku Syurgaku, Tetamu Allah, Cinta Khodi dan Menantu Metarial.
Manakala, 10 buah drama dalam kategori Drama Rantaian Terbaik yang dicalonkan ialah Andainya Takdir, 7 Hari Mencintaiku, Amsyar, My Sweet Lavender dan Seharum Mawar.
Ia termasuklan Pergilah Air Mata, Disebalik Wajah, Syurga Tak Sempurna, Cinta FB dan Mr Stalker Saya Cinta Awak.
Pemilihan semua pencalonan adalah berdasarkan drama yang telah disiarkan dalam tempoh 1 Julai 2016 hingga 30 Jun 2017.
Majlis tersebut turut mengumumkan pelakon Fahrin Ahmad, pelawak Jihan Muse dan Shuk Balas sebagai pengacara untuk malam kemuncak ASK2017.
Dalam pada itu, ASK2017 kali ini turut menganjurkan Majlis Prelude ASK2017 berlangsung pada pukul 5 petang pada hari yang sama.
Majlis itu akan mengumumkan 13 anugerah awal iaitu Videografi Drama Terbaik, Penyunting Drama Terbaik, Drama Rantaian Popular, Rancangan Dokumentari  Terbaik dan Rancangan Bual Bicara Terbaik.
Selain itu, Rancangan Hiburan Terbaik, Laporan Khas Berita Terbaik, Videografi Filem Terbaik, Suntingan Filem Terbaik, Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung, Penantaan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung, Rela Bentuk Set Terbaik dan Montaj Terbaik.


(KATEGORI) Malam Kemuncak ASK2017, 3 November 2017, 9 malam PWTC
1. Drama Terbaik
2. Pengarah Terbaik Drama
3. Lakon TV Terbaik
4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
5. Pelakon Wanita Terbaik Drama
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
8. Drama Rantaian Terbaik
9. Pelakon Komedi Terbaik
10. Drama Komedi Terbaik
11. Rancangan Majalah Terbaik
12. Rancangan Realiti Terbaik
13. Rancangan Anugerah Terbaik
14. Filem Terbaik
15. Lakon Layar Terbaik
16. Pengarah Terbaik Filem
17. Pelakon Wanita Terbaik Filem
18. Pelakon Lelaki Terbaik Filem
19. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
20. Pelakon Pembantu WanitaTerbaik Filem

(KATEGORI) Majlis Prelude ASK2017, 3 November 2017 5 petang, PWTC
1. Videografi Drama Terbaik2. Penyunting Drama Terbaik
3. Drama Rantaian Popular
4. Rancangan Dokumentari  Terbaik
5. Rancangan Bual Bicara Terbaik
6. Rancangan Hiburan Terbaik
7. Laporan Khas Berita Terbaik
8. Videografi Filem Terbaik
9. Suntingan Filem Terbaik
10. Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung
11. Penantaan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung
12. Rela Bentuk Set Terbaik
13. Montaj Terbaik


SENARAI PENCALONAN FILEM & DRAMA TERBAIK

FILEM TERBAIK
1. Pekak (Primeworks Studios Sdn Bhd)
2. Upin Ipin Jeng Jeng Jeng (Les Copaque Production & KRU Studios Sdn Bhd)
3. Rock Bro (Primeworks Studios Sdn Bhd)
4. Adiwiraku (Filmmecca Studio Sdn Bhd)
5. Bopeng (Pencil Pictures And Records Sdn Bhd)
6. Kampung Drift (Mico Studio (M) Sdn Bhd)
7. Minah Motor (AIFA Motion Pictures Sdn Bhd)
8. Zack Kapcai (MIG Pictures Sdn Bhd)
9. Hanyut (Tanah Licin Sdn Bhd)
10. Dukun Doktor Dhani (Astro Shaw Sdn Bhd)
11. Kimchi Untuk Awak (Astro Shaw Sdn Bhd & Dark Wave Pictres Sdn Bhd)
12. Soultmate Hingga Jannah (FiTA Studios Sdn Bhd)
13. Desolasi (Skop Production Sdn Bhd)
14. Interchange (Apparat Sdn Bhd)
15. Dorm Melati (MIG Pictures Sdn Bhd)
16. Hospital (MIG Pictres Sdn Bhd)
17. Alif Dalam 7 Dimensi (Astro Shaw Sdn Bhd)
18. Lebuhraya Ke Neraka (Primeworks Studios Sdn Bhd)
19. Volkswagen Kuning (MIG Pictures Sdn Bhd)
20. Sindiket (Loyal Studios Sdn Bhd)
21. J Revolusi (Primewors Studios Sdn Bhd & Infinitus Productions Sdn Bhd)
22. Kanang The Iban Warrior (Tangan Seni Sdn Bhd)
23. Temuan Takdir (Zazen Design & Production Sdn Bhd)

DRAMA TERBAIK
1. Dalam Kasut (Enuja Production Sdn Bhd)
2. Hayat (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)
3. Mak Tak Bagi Balik (Saphire Screen Sdn Bhd)
4. Terima Kasih Ramadan (ZK Creative Production Sdn Bhd)
5. Kapcai Ayah (Raden Pictures Sdn Bhd)
6. Yang Terakhir Untukku (Orangetree Production Sdn Bh)
7. Trauma (JS Pictres Sdn Bhd)
8. Mengharap Sebuah Keredhaan (Macheallstar United Sdn Bhd)
9. Petanda (Primewors Studios Sdn Bhd)
10. Saling (Unit Drama TV RTM)
11. Stesen, Serondeng, Sampan Seringgit (Unit Drama TV RTM)
12. Kapur Kuning Buat Puteh (Unit Drama TV RTM)
13. Kembali Kepada Fitrah (Magicdreams Media Sdn Bhd)
14. Pesan Dari Tuhan (Rumah Karya Citra Sdn Bhd)
15. Ibuku Syurgaku (Citra Ummah Network Sdn Bhd)
16. Tetamu Allah (Brightstar Pictres Sdn Bhd)
17. Cinta Kholdi (Nafalia Corporation Sdn Bhd)
18. Menantu Material (Orangetree Production Sdn Bhd)

DRAMA KOMEDI TERBAIK
1. Budak Ijat (Radius One Sdn Bhd)
2. Mak Cun 3 (Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd)
3. Misteri Wan Peah (JS Pictures Sdn Bhd)
4. Joyah (ZK Creative Production Sdn Bhd)
5. Dengan Beetle Kami Beraya
6. Penjaga Garisan Itu Suami Aku (Quiara One Prodiction Sdn Bhd)
7. Sayang Achu Ketat-Ketat (Creative Skill Solution)
8. Kembali Senyum
9. Pengantinku Jatuh Dari Langit
10. Dia Neng Luar Biasa
11. Papa Sayang

DRAMA RANTAIAN TERBAIK
1. Andainya Takdir
2. 7 Hari Mencintaiku
3. Amsyar
4. My Sweet Lavender
5. Pergilah Air Mata
6. Seharum Mawar
7. Di Sebalik Wajah
8. Syurgaku Tak Sempurna
9. Cinta FB
10. Mr Stalker.. Saya Cintakan Awaklah!

DRAMA RANTAIAN POPULAR MEDIA SOSIAL (100% UNDIAN ONLINE)
1. Andainya Takdir
2. Pembancuh Kopi Mr.Vampire
3. Pergilah Air Mata





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2017 08:47 PM | Show all posts
Edited by willow12 at 2-11-2017 05:41 PM

CALON2 DRAMA TERBAIK (DETAIL)


1. Dalam Kasut (Enuja Production Sdn Bhd)
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Khir Rahman
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Khir Rahman, Zamarul Hisyam, Azizul Ammar, Watie Sadali, Miera Sheikh

2. Hayat (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Bade Haji Azmi
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Fezrul Khan, Ayu Raudhah, Fimie Don, Fikhree Bakar

3. Mak Tak Bagi Balik (Saphire Screen Sdn Bhd)
SIARAN : TV3 (Khas Aidilfitri)
PENGARAH : Raja Mukhriz Raja Ahmad
TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Khir Rahman, Vanidah Imran, Nurul Fateha, Izuan Fitri, Izuan Fikri, Shahromnizan Noor, Ieka Zulkifli, Sarah Dowanna, Mili, Man Kader, Zulaikha Zahari

4. Terima Kasih Ramadan (ZK Creative Production Sdn Bhd)
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : ZK Creative Production Sdn Bhd
PELAKON : Fasha Sandha, Ben Laden, Aqasha, Razak Ahmad

5. Kapcai Ayah (Raden Pictures Sdn Bhd)
SIARAN : Skrin di 9(TV9)
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Raden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Hasnul Rahmat, Saharul Ridzwan, Marissa Yasmin, Hanna Aqeela, Harris Alif

6. Yang Terakhir Untukku (Orangetree Production Sdn Bh)
SIARAN : TV3 - Istimewa Aidiladha
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Izara Aisyah, Aleza Shadan, Dato’ Eizlan Yusof, Puteri Aisyah, Mahmud Alibashah, Redzuan Hashim, Syahfiq Fiqz, Kay Maria

7. Trauma (JS Pictres Sdn Bhd)
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Sheila Rusly
IDEA ASAL : Nur Liyana Shahrudin
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Saharul Ridwan, Zara Zya, Dayana Roza, Raja Afiq, Idris Khan, Indah Emeerlda

8. Mengharap Sebuah Keredhaan (Macheallstar United Sdn Bhd)
SIARAN : Slot Skrin di 9 (TV9)l
PENGARAH : Sabri Yunus
TERBITAN : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Nam Ron, Nad Zainal, Aeril Zafrel, Fana Aziz

9. Petanda (Primewors Studios Sdn Bhd)
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Razaisyam Rashid
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Faizal Hussein, Aleza Shadan, Diana Rafar, Khalisa, Gambit Saifullah, Iswazir Ismail, Azzam Zamani,

10. Saling (Unit Drama TV RTM)
SIARAN : Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Wan Afzam Wan Daud
TERBITAN : Unit Drama TV RTM
PELAKON : Khir Rahman (Rawan), Aisya Hasnaa (Melur), Bell Ngasri (Ajun), Raif Irfan (Umar), Tan Mei Ling (Ma Mailee) Thor Kar Hong (Kim), Kazar (Daman), Amerul Affendi (Suffian), Amyza Adnan (Mahira), Hushairi Husin (Pali)

11. Stesen, Serondeng, Sampan Seringgit (Unit Drama TV RTM)
SIARAN : TV1 (RTM)
PENGARAH : Wan Afzam Wan Daud
TERBITAN : Unit Drama TV RTM
PELAKON :


12. Kapur Kuning Buat Puteh (Unit Drama TV RTM)
SIARAN : Slot CitraTV2 (RTM)
SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Ujie Farish
TERBITAN : Unit Drama RTM
PELAKON : Puteri Syasya Mashithah, Shakila Khoriri, Syed Ahamad Zukhairi, Mohamad Izuan Fitri, Azhan Rani, Ruminah Sidek, Sabrina, Syahadah  Nurjannah, Muntazar Ghani

13. Kembali Kepada Fitrah (Magicdreams Media Sdn Bhd)
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Ismail Yaacob
TERBITAN : MagicDreams Media
PELAKON : Haliza Misbun, Nadia Hasnan, Beto Kusyairi, Linda Hashim, Eric Fuzi


14. Pesan Dari Tuhan (Rumah Karya Citra Sdn Bhd)
SIARAN :
PENGARAH : Erma Fatimah
TERBITAN : Rumah Karya Citra
PELAKON : Izreen Azminda, Remy Ishak, Azhan Rani, Elly Suriat


15. Ibuku Syurgaku (Citra Ummah Network Sdn Bhd)

16. Tetamu Allah (Brightstar Pictres Sdn Bhd)

17. Cinta Kholdi (Nafalia Corporation Sdn Bhd)
SIARAN : HyppSensasi 116 (HyppTV)
PENGARAH : Danial Hasbullah
TERBITAN : Nafalia Corporation
PELAKON : Aisyah Hasnaa, Kaiho Rikambura, Man Rajalawak, Hezreek Syed

18. Menantu Material (Orangetree Production Sdn Bhd)
SIARAN : HyppSensasi 116 (HyppTV)
SKRIP : Eja Lorena
PENGARAH : Tam Suhaimi
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Nazim Othman, Illya Buang, Fazlina Ahmad Daud, Dazrin Kamarudin, Fara Mendoza, Gbob, Syuhaida Abraz, Nonny Nadirah




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2017 08:47 PM | Show all posts
Edited by willow12 at 3-11-2017 06:16 PM

#Update keputusan

(KATEGORI) Majlis Prelude ASK2017, 3 November 2017 5 petang, PWTC

1. Videografi Drama Terbaik - TERIMA KASIH RAMADAN
2. Penyunting Drama Terbaik - TERIMA KASIH RAMADAN
3. Drama Rantaian Popular (undian online) - PERGILAH AIR MATA (RTM)
4. Rancangan Dokumentari  Terbaik - JEJAK RASUL ASSALAM 2017, TV3
5. Rancangan Bual Bicara Terbaik - WANITA HARI INI, TV3
6. Rancangan Hiburan Terbaik - MELODI RAYA, TV3
7. Laporan Khas Berita Terbaik - BULETIN UTAMA (ULAT PAKIR), TV3
8. Videografi Filem Terbaik - MAHLIGAI CINTA, TV3
9. Suntingan Terbaik - MANA KAWAN ADIK
10. Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung - AJL 31, TV3
11. Penantaan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung - 3 JUARA, TV3
12. Rela Bentuk Set Terbaik - RENTAK JUARA KE 17 AKHIR, RTM
13. Montaj Terbaik - AJL 31, TV3
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
shuk balas? seriously ambik pelawak lg jd host.. kang ada lg yg tersentap
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama dari astro x join?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2017 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
epis replied at 17-10-2017 08:59 PM
Drama dari astro x join?

Astro tak join since 2014 lagi rasanya..

Tp ada saingan baru..drama2 dari hypptv, selain rtm.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2017 09:10 PM | Show all posts
why shuk balas? dah xde orang lain ke....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:15 PM | Show all posts
Fattah dan Lofa disenaraikan sebagai penyampai anugerah?
Mungkin kah akan berlaku drama.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 09:16 PM | Show all posts
epis replied at 17-10-2017 08:59 PM
Drama dari astro x join?

Tak best lah drama2 dari Astro tak dipertandingkan. Drama2 dari Astro Ria, Mustika semuanya best belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Relevan lg ke anugerah skrin ni? Saban tahun sendu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:18 PM | Show all posts
Aku forcast Shukri Yahya menang besar.
7 Hari Mencintaiku
Andainya Takdir
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:18 PM | Show all posts
melnanzz replied at 17-10-2017 09:15 PM
Fattah dan Lofa disenaraikan sebagai penyampai anugerah?
Mungkin kah akan berlaku drama.....

ada yang bakalan balik awal lagi la ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:21 PM | Show all posts
aku target ika nabila seharum mawar..mcm naif je berlakon

satu lagi kak lina pom pom
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:31 PM | Show all posts
jadi tarikan nya adalah, adakah patahriuk akan bersekedudukan ehhhh duduk bersebelah dgn lopak? atau present award bersama-sama.. kita nantikan..

tatkala, para fefeling classy (yg ummah pefeling kaya raya tak bercampur dgn marhaen tu ye.. almaklumlah, sekarang ada dua fefeling classy.. satu bercampur dgn marhaen, satu lagi tidak, walupun yg tidak bercampur dgn marhaen ne muka pukis2 sikit disembah para jawa totok) akan flip hair dgn anugerah murahan ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2017 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 17-10-2017 09:18 PM
Aku forcast Shukri Yahya menang besar.
7 Hari Mencintaiku
Andainya Takdir

Utk ASK ni, tumpuan seharusnya diberikan pd drama (telefilem) yg ada byk kategori2 nya. Pelakon lelaki, wanita, pembantu, pengarah, penyunting dll..

While utk drama rantaian (bersiri) hanya ada satu kategori shj which is drama rantaian terbaik. There is no way syukri yaya (individually) akan menang apa2 via 7 hari mencintaimu, sbb takde kategori nya pun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 09:52 PM | Show all posts
melnanzz replied at 17-10-2017 09:18 PM
Aku forcast Shukri Yahya menang besar.
7 Hari Mencintaiku
Andainya Takdir

pelakon drama bersiri tak dicalonkan for individual categories. tak faham kenapa anugerak skrin tak berkembang lagi. setakat iktiraf pelakon telemovie dan filem aje. padahal berlambak drama bersiri dan rasanya ratings lebih tinggi berbanding tele.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Yewww pahrin jadi host... Tak best langsung dengan suara dan intonasi kebudak-budakan itueew
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ade lawak bodoh makcik karipap.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Shuk balas? Hmmm turn off. Jangan heols melucah udah ler.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
idolfan replied at 17-10-2017 09:52 PM
pelakon drama bersiri tak dicalonkan for individual categories. tak faham kenapa anugerak skrin ta ...

Kan.. tak mcm kat hollywood yg berlakon siri tv komedi pun ada ada pencalonannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.711059 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list