CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12320|Reply: 56

[Tempatan] Beras Faiza herba Ponni pilihan utama suri rumah di Malaysia

  [Copy link]
Post time 17-10-2017 11:47 PM | Show all posts |Read mode
SETELAH hampir 35 tahun, jenama beras terkemuka Faiza, kian menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Syarikat Faiza ditubuhkan pada 1982, bersempena dengan nama pemiliknya, Faiza Bawumi Sayed Ahmah.

Wanita kelahiran Mesir ini, mula berhijrah ke Malaysia setelah mengikut suaminya. Pada ketika itu, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dalam hanya tempoh tiga bulan kerana sifatnya yang peramah dengan jiran-jirannya.

Syarikat Faiza secara rasmi ditubuhkan di bawah Syarikat Faiza Sdn Bhd (SFSB) pada 1992 dan menjalinkan modal usaha dengan Padiberas Nasional (Bernas).

Kemuncak kejayaan SFSB bermula setelah memperkenalkan kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India.

Beras tersebut dikenali sebagai beras 'Ponni' yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi.

Hingga hari ini di bawah jenama Taj Mahal, beras Faiza herba Ponni menerima permintaan tinggi di seluruh Malaysia.

SFSB juga menghasilkan pengeluaran padi yang lain seiring permintaan pengguna seperti Basmathi, beras Fragrant, Thai Super Special dan beras Local.

Selain tersohor kerana kualiti produk yang tinggi, SFSB juga produk Bumiputera seratus peratus halal dan dihasilkan oleh pengusaha Muslim.

SFSB kini mempunyai tiga kilang di Selangor, Kedah dan Terengganu serta 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak.
Pengasas BFSB, Faiza Bawumi.

SFSB juga meneroka bidang baharu termasuk bihun, sos cili dan kicap selain beras dan rempah. Bagi produk bihun pula, syarikatnya menempah mesin dari China dan produk itu diproses di kilang di Sri Gading, Johor.

Kilang tersebut mampu mengeluarkan sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama.

Kekuatan SFSB, terletak pada daya penggerak yang bertenaga dan profesional dengan pengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang masing-masing, yang mana ia persediaan bersaing dalam senario perniagaan beras.

SFSB menitikberatkan hal kualiti dan sentiasa memandang ke hadapan untuk teknik-teknik lebih baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2017 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
weols mkn moghul faiza
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 12:35 AM | Show all posts
iolls tak keep up dgn jenama beras ne... apa2 pun i suka yg ada gambar panda.. tak melekat kat periuk.. senang nak besihkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambooooi kayaanya suri rumah tempatan makan beras Faiza Ponni kaw!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 01:02 AM | Show all posts
Saya mmg beli beras ponni faiza sahaja. Bila dah masak nasi akan berderai dan tak berketul kerana kurang kanji. Nisbah beras kepada air adalah 1:2.5

Dari segi rasa pulak bagi orang yg biasa makan beras tempatan atau siam akan rasa pelik sikit bila first time makan beras ni.Tapi bila dah lama akan biasa.

Beras ni lebih murah berbanding moghul basmati.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak minat makanan Indoa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2017 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu selalu beli beras faiza emas..tp kualiti beras faiza emas sekarang dah tak seperti dulu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 02:41 AM | Show all posts
akak makan beras kedai mamak je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2017 05:54 AM | Show all posts
pernah juga makan beras ni sebab wife ada diabetes, tapi tak selalu lah kadang2 2-3 bulan baru beli yang 5kg. selalu beli basmathi cap apa ntah..ada lambing burung kat plastic dia. Tengok harga rm32.00 yang 5 kg tapi bila bayar harga dia jadi rm26 sahaja. so kalau compare dengan herba ponni faiza, murah lagi basmathi cap burung tu. Makan nasi memang sedap sebab nasi tidak berkanji, periuk pun senang basuh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 06:26 AM | Show all posts
Untungla ada rakan niaga besar macam Padiberas Syed Mokhtar pegang 51%
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mak iols le tu
tp dia makan bukan sebab saja.nak beras mahal..sebab dia ada diabetis..hahaha...

faiza ni dolu katanya perniagaan bumiputra bagai .skang dh tukar produk muslim plak...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 08:44 AM | Show all posts
ada yang cuba meniru....



kualiti lain, aku pun dah terbeli beras faiz ni,kualiti rendah berbanding beras faiza
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 08:50 AM | Show all posts
Dah lama juga aku perasaan akan hal ini, sebab beras Faiz pun ada keluar iklan dekat TV. Dan bungkusan dia pun memang nampak sama dengan beras Faiza.

Apakah sebenarnya yang berlaku, disebabkan pembungkusan yang hampir sama ini ada pengguna beras Faiza yang seakan tertipu dan terbeli beras Faiz?

Apa berlkau ini sebenarnya akan menimbulkan kekeliruan terhadap pengguna. Ada yang nak beli beras Faiza terbeli beras Faiz. Dah nampak lebih kurang sama, aku pun boleh pening nak pilih yang mana satu.

Beras Faiza memang sudah dikenali ramai. Nama pemiliknya adalah Puan Faiza atau nama sebenarnya Puan Hajah Bawumi Sayed Ahmad. Syarikat Faiza Sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 1992. Selain daripada beras, Faiza juga terkenal dengan produk rempah ratus mereka.




Dan mana pula datangnya beras Faiz ni?

Dalam satu info aku dapati, Faiz Rice Sdn Bhd ini adalah milik sepenuhnya Tuan Hj. Fikri Bin Abu Bakar. Beliau merupakan anak Puan Faiza, kalau tak silap beliau merupakan anak nombor 3.

Faiz Rice juga adalah milik 100% bumiputera, dan ia bukannya anak syarikat kepada mana-mana syarikat. Malah ia juga bukan ahli Kumpulan BERNAS.


Dalam satu info lagi yang aku dapat tahu bahawa, design logo, packaging dan nama semua brand telah didaftarkan dalam Harta Interlek dan ia adalah milik sah Faiz Rice.

Jika info ini benar, maka sekali lagi orang kita leka dan tidak kisah pasal Harta Interlek.








Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak makan beras bumiputera Juara Kuning
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Moghul mahallll..aku mkn jasmine basmathi gold
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya makan beras basmathi jasmine.. kalau tetamu mkn kat rumah sure tanya makan beras apa.. sebab sedap dan berbau wangi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2017 09:37 AM | Show all posts
amirgo replied at 18-10-2017 08:44 AM
ada yang cuba meniru....

astaga.. beras pun ada jantan betina

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
pergaduhan anak beranak tu yg ada faiz faiza tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 10:35 AM | Show all posts
Saya mkn jasmin pusa cream basmathi sella parboiled..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan cap rambutan je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.230341 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list