CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3030|Reply: 53

[Tempatan] Desakan hentikan ambil orang luar jadi CEO. Lantik saja anak tempatan. Ada faham

[Copy link]
Post time 18-10-2017 07:06 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) mahu Malaysia Airlines Bhd. (MAS) berhenti daripada mengambil orang luar menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebaliknya mencari calon tempatan.

Gesaan itu dibuat susulan keputusan mengejut pengunduran Peter Bellew yang menyertai semula syarikat lamanya Ryanair selepas pengumuman di Bursa Saham London hari ini.

“Daripada awal lagi kami cadangkan supaya orang tempatan dilantik menjadi CEO, tapi pandangan kami tidak didengar.

“Sudah dua kali CEO bertukar dalam tempoh dua tahun ini, ia akan menyebabkan orang ramai tidak yakin dengan MAS selepas ini,” kata Presidennya, Ismail Nasaruddin selepas dihubungi.

Berhubung pengunduran Bellew, Ismail berkata tidak terkejut dengan langkah tersebut malah sudah menjangka ia akan berlaku dari awal lagi.

“Saya tidak terkejut, malah kami sudah jangkakan. Saya lebih kecewa dengan berita pengunduran ini, mereka senang-senang menukar CEO bersilih ganti tanpa memikirkan kesan kepada syarikat dan kakitangan dalam MAS,” ujarnya.

Menurut Ismail, ramai kakitangan dan krew anak kapal menghubunginya bertanyakan mengenai berita terbaharu tersebut dan mereka menyatakan kebimbangan mengenai nasib mereka di syarikat penerbangan negara itu.

“Ramai yang menghubungi saya dan mereka terkejut dengan keputusan itu. Tanda tanya kini apakah yang bakal terjadi kepada mereka, adakah apabila masuk CEO baharu nanti kerja mereka masih selamat.

“Mereka bimbang akan kehilangan pekerja seperti yang berlaku sebelum ini selepas CEO baharu masuk, ramai pekerja dibuang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ismail berkata NUFAM akan mengadakan sidang media bagi mengulas lanjut berhubung isu pengunduran Bellew itu.

Bellew dilantik MAS untuk menggantikan Cristoph Mueller yang berkhidmat bersama syarikat penerbangan Malaysia sebagai CEO pada Mei 2015 sebelum berhenti secara mengejut pada Jun 2016.

Kedua-dua mereka diamanahkan untuk memulihkan semula MAS selepas syarikat itu disusun semula berikutan dua nahas udara membabitkan penerbangan MH370 dan MH17 pada 2014.

Sebagai sebahagian daripada pelan menyelamat, MAS dibeli oleh Khazanah Nasional Berhad.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2017 07:11 AM | Show all posts
ada pros and cons  jugak ambil orang asing , org tempatan ni kalau nak ambil biarlah yg sewjarnya layak , boleh buat perubahan yg sepatutnya  dan dinamik. dan kurangkan campur tangan politik.
pulihkanlah MAS ni bebetul.

Syed zainal yg CEO proton tu  okay  jugak tapi tak tahu ade tak pengalaman dalam aviation.

apa apa pun yg meneraju kena berani buat atau ubah yg mana tak relevan dan tegas di samping menjaga kebajikan  tenaga manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambillah orang bugis jadi CEO.

Anyway jika awal-awal lagi dah bagitau itu ini tak boleh buat maka apa sebenarnya fungsi CEO? CEO perlu buat tough business decision dan ia termasuklah layoff. Ia adalah situasi normal di dalam perniagaan global. Kalau nak sangat jaga hati semua orang maka jadilah jabatan kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 08:47 AM | Show all posts
tiga nama mungkin sesuai jadi CEO baru:
1. Shahidan Kassim
2' Tengku' Adnan
3. Ahmad Maslan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Appoint je la ketua bahagian UMNO jd ceo MAS

Komfem mmg takkan bertukar ceo tu smpi kiamat.tp makin bleeding la mas smpi melingkup. NUFAM pasti gembira
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 08:51 AM | Show all posts
Orang luar mana boleh jadi boss..ramai yang tak puas hati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2017 08:55 AM | Show all posts
i think MAS  in serious problem sampai omputeh 2 orang tu tak tahan jadi CEO MAS.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 09:03 AM | Show all posts
leylapple replied at 18-10-2017 08:55 AM
i think MAS  in serious problem sampai omputeh 2 orang tu tak tahan jadi CEO MAS.

Mana boleh tahan sebab ramai yanh tak puas hati.. apasal kafir lahanat omputee jadi boss untuk melayu di tanah melayu.  Benda seperti ini bukan perkara baru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2017 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
arman98 replied at 18-10-2017 08:47 AM
tiga nama mungkin sesuai jadi CEO baru:
1. Shahidan Kassim
2' Tengku' Adnan

Saya sokong ahmad maslan jd ceo mas
Sbb kalo staff tensen dgn keje, bleh la gi jmpe ceo.. Pasti terhibur dgn lawak2 dan komen2 ceo mas
So mas dah bleh cut entertainmemt allowance. Jimat kos mas di situ
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 10:05 AM | Show all posts
Khabar nyerrr boss MRT yg dulu pernah kerja bidang aviation gak bakal jadi boss baru MAS,lupa pulak nama dia.....


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 10:18 AM | Show all posts
arman98 replied at 18-10-2017 08:47 AM
tiga nama mungkin sesuai jadi CEO baru:
1. Shahidan Kassim
2' Tengku' Adnan

silap2 jd muzium sejarah aircraft
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2017 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara alasan boleh ambil org luar jadi boss mas sebab tgk airasia,  TF yg tak ada experience aviation pun boleh success run AirAsia

Tgk felda,  lepas chairman letak jawatan terus dpt jobs baru dlm SPAD dlm masa sehari
Tak pelu experience pun
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
sejak erra tajudin ramli kroni tun lagi mas dah mula melingkup.sampai ini penyakit dah tahap kritical susah nak pulih.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 10:47 AM | Show all posts
dcruins replied at 18-10-2017 10:05 AM
Khabar nyerrr boss MRT yg dulu pernah kerja bidang aviation gak bakal jadi boss baru MAS,lupa pulak  ...

oh okay...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 10:49 AM | Show all posts
Dont worry NUFAM. CEO dari luar pun tak akan tahan dengan campur tangan dari khazanah or PM sendiri. CEO dari luar ada reputation yang nak dipertahankan. Kalau dia tak boleh drive the company ikut hala tuju yang dia mahu dia sedar diri diri dia tak guna , just a cosmetic jer dan akan letak jawatan. Kalau CEO dari dalam especially bangsa sendiri tak kesah semua tu.. janji dapat gaji CEO.. company nak jadi apa pun lantak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 10:54 AM | Show all posts
Apa susah. China kan ada. Jual je kat China.
Ambik CEO China. Selesai masalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2017 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
musti CEO Bellew baru paham yg MAS ni sengaja dirugikan, akaun musti merah so tht boleh mintak pump dana utk teruskan operasi MAS. Itu lah model pengurusan MAS  

dgn ini, orang palung sesuai ialah si gumuk babee puteh Jho Low  
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 11:43 AM | Show all posts
arman98 replied at 18-10-2017 08:47 AM
tiga nama mungkin sesuai jadi CEO baru:
1. Shahidan Kassim
2' Tengku' Adnan

rasanya lebih afdal jika dilantik panglima jamal al-sekinchan
jawatan tersebut

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 11:51 AM | Show all posts
sepiITUindah replied at 18-10-2017 07:43 AM
rasanya lebih afdal jika dilantik panglima jamal al-sekinchan
jawatan tersebut

habis dalam cabin bau ikan...

aku suggest Isa Samad.. dia kan paling pandai.. lepas satu jawatan, banyak lagi yang menunggu ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 12:32 PM | Show all posts
bagi la kat datuk seri najib bin tun razak..
gerenti bertransformasi dgn jayanyer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.435598 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list