CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 683|Reply: 2

Anwar: Deepavali kejayaan mengatasi kejahatan

[Copy link]
Post time 18-10-2017 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Sempena sambutan Deepavali esok pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberikan ucapan kepada penganut Hindu yang meraikannya.

Dalam mesejnya bekas timbalan perdana menteri itu menggambarkan perayaan berkenaan sebagai kemenangan kuasa kebaikan mengatasi kejahatan dan mengaitkannya dengan perjuangan melawan kerajaan.

"Ini membawa maksud mendalam bagi kita semua. Kita dikuasai oleh gabungan politik yang telah kehilangan semua kuasa moral.

"Rakyat berdepan kesan daripada segala kegagalan dan ketidakpedulian BN, peningkatan kos hidup dan bahan api, cukai yang membebankan seperti cukai barangan dan perkhidmatan, dan gejolak ekonomi," katanya dalam kenyataan itu.

Tindakan Anwar yang menghantar mesej dari penjara sebelum ini menimbulkan rasa kurang senang Jabatan Penjara.

Untuk mendapatkan kenyataan wartawan juga mengambil peluang bertanyakan soalan kepada Anwar ketika dia dibawa ke mahkamah untuk menghadiri pelbagai kes perbicaraan.

Perkembangan itu kemudian mendorong Jabatan Penjara mengetatkan kawalan ke atas beliau.

Pada Ogos lalu Jabatan Penjara menafikan Anwar mengeluarkan kenyataan berhubung kekecohan ketika program Nothing to Hide 2 berlangsung di Shah Alam.

Bagaimanapun peguam Anwar kemudian mengesahkan kenyataan itu memang dikeluarkan oleh ahli politik terbabit namun mereka tidak mendedahkan bagaimana ia boleh dibawa keluar dari penjara.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan liwat - suatu tuduhan yang didakwa pembangkang sebagai bermotif politik.

Beliau dijangka dibebaskan dari penjara pertengahan tahun depan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2017 01:33 PM | Show all posts
Perayaan pon nk dipolitikkn??? hai.... cukup2xlh kiter msyrkt jd ckup jelak
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 12:56 PM | Show all posts
Pebende laa
Sampai diwali pon dicelup elemen politik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.140721 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list