CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3335|Reply: 49

[Dunia] Sekolah Quran Malaysia dirasmikan di Gaza - Negara Islam Malaysia kini mendunia!

  [Copy link]
Post time 18-10-2017 02:51 PM | Show all posts |Read mode
                Sekolah Quran Malaysia dirasmikan di Gaza                                        October 17, 2017                         Berita Utama, Utama                                                         0                                               
                                                               
GAZA, 27 Muharram 1439H, Selasa – Aman Palestin Berhad sekali lagi telah mengharumkan nama negara apabila telah berjaya menubuhkan Sekolah Al-Quran Malaysia di tengah-tengah bandar Gaza.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin cawangan Gaza, Ir Omar Seyam dan disaksikan pimpinan Kementerian Pendidikan Palestin dan wakil pertubuhan-pertubuhan masyarakat setempat.

Sekolah atau maahad tahfiz untuk anak-anak Gaza ini diusahakan oleh Aman Palestin hasil sumbangan rakyat Malaysia, dengan kerjasama pertubuhan Darul Quran Wa Sunnah, sebuah pertubuhan tempatan yang memfokuskan pembangunan masyarakat menerusi Al-Quran.
Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin cawangan Gaza, Ir Omar Seyam dalam ucapannya berkata, Aman Palestin komited membantu rakyat Palestin khususnya di Gaza menerusi pelbagai projek pembangunan untuk masyarakat.

“Pelbagai projek telah dan sedang kita usahakan. Selain sekolah tahfiz ini, kita juga telah membina semula Masjid Al-Qassam di Khan Younis dan Masjid Imam Syafie di Hayy Zaitun. Kami juga merancang membina dan memperbaiki hospital-hospital yang amat diperlukan ketika ini,” katanya.
Pengetua sekolah, Syeikh Abdul Rahim al-Ajiz berkata, objektif penubuhan sekolah in adalah bagi mewujudkan generasi Al-Quran yang mampu mengislah masyarakat.
“Ada empat aspek penekanan kita. Pertama, mendidik pelajar ke arah akhlak mulia, kedua mendidik pelajar menjadi pelajar berilmu menggunakan alat bantuan pengajaran yang moden, ketiga melatih kepemimpinan pelajar dan keempat mendidik pelajar berperanan sebagai pengislah masyarakat berpandukan Al-Quran,” katanya.
Pelbagai persembahan dihidangkan untuk hadirin antaranya bacaan doa dan nasyid yang dipersembahkan oleh anak-anak Gaza berpakaian baju Melayu bersampin.
Majlis ini juga mendapat liputan meluas daripada media tempatan antaranya Al Aqsa Channel yang membuat liputan berita dan siaran secara langsung.
                       

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2017 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi yang di Malaysia, Mualaf macam @chazey buta Al-Quran

Nama je cikgu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 03:25 PM | Show all posts
sekolah malaysia luar negara mendunia tapi sekolah di tanah air sendiri.....





Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesia mendonia gitu ler.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 18-10-2017 03:25 PM
sekolah malaysia luar negara mendunia tapi sekolah di tanah air sendiri.....

kesian jgak kan. .
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 05:16 PM | Show all posts
Nampak cantik dan selesa tak seperti sekolah tahfiz di malaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2017 05:39 PM | Show all posts

Lawa je anak ereb bersamping




Yang meleise plak gigi nak jadi ereb....




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 06:04 PM | Show all posts

Kesilapan besar bangsa melayu. Berbaju melayu dan bersamping nampak lebih kemas, bersih dan smarts tetapi melayu nak jadi arab wannabe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2017 06:05 PM | Show all posts

Arab-wannabe ya....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 06:57 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 18-10-2017 06:04 PM
Kesilapan besar bangsa melayu. Berbaju melayu dan bersamping nampak lebih kemas, bersih dan smarts ...

hang pulak gedik nak jadi westerner wannabe ...  bingai . ikut suka orang la nak pakai camana pun asalkan menutupi aurat sempurna...

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 07:01 PM | Show all posts
banyaknya duit kitaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 07:03 PM | Show all posts
cantik je bangunan skolahnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2017 07:20 PM | Show all posts

Sekolah Tahfiz Moden di Kajang, Pertama Seumpamanya di ASEAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai sebuah sekolah tahfiz yang berada di Kajang.

Sebelum ini saya telah menonton video mengenai sekolah ini di Facebook. Wow! agak tertarik juga dengan segalal kemudahan yang ada disekolah ini. Ialah kalau berbicara tentang sekolah tahfiz ataupun pondok ini kita masih lagi skeptikal dengan keadaan sekolah tersebut. Namun sebenarnya segala kaedah pembelajaran sekolah tahfiz sekarang sudah lebih baik sesuai dengan peredaran zaman.

rizq

RizQ Islamic School juga tidak ketinggalan dalam memastikan pembelajaran sekolah tahfiz ini tidak seperti dahulu kala. Kaedah pengajaran mereka cipta untuk memastikan pelajar mereka membesar secara holistik dari segi kerohanian dan juga ilmu duniawi. Kaedah pembelajaran yang mereka gunakan adalah seperti di Finland dan Jepun. Sekolah ini diasaskan oleh anak-anak muda Gen Y iaitu Abdullah Firdaus Abd Jalil (29 tahun), Dr Shiefa (27 tahun), Mohd Azzizat Abd Rahman (28 tahun) dan Khairul Azwan Mohd Shafee (24 tahun)

Mereka menggunakan konsep play based learning yang lebih merangsang minda anak-anak di awal pembelajaran. Tidak terlalu membebankan mereka dengan kerja rumah pastinya akan lebih membuatkan anak-anak gembira untuk terus belajar di skolah ini. Walaupun sekolah ini merupakan sekolah swasta namun mereka menggunakan silibus pembelajaran daripada Kementerian Pendidikan. Segala peperiksaan besar juga akan dilangsungkan disekolah ini kerana mereka berdaftar dengan pihak kementerian. Jadi belajar di sini, ambil peperiksaan pun di sini.

dsc02256

dsc02261

RizQ Islamic School mempunyai 16 buah kelas, auditorium, gym, playroom area, art room, dewan, bilik permainan, padang bola dan banyak lagi kemudahan asas yang lain. Setiap kelas dilengkapi dengan penghawa dingin dan Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa pengantara di sekolah. Setiap kelas hanya akan memuatkan kira-kira 20 pelajar. Ini adalah untuk memastikan setiap pelajar mendapat tumpuan sepenuhnya daripada tenaga pengajar.  Murid lebih cepat faham dengan fokus yang tertumpu kepada mereka lebih kerap oleh para guru. Kelas akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 4.30 petang. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kajang, Bangi dan Putrajaya, pihak pengurusan RizQ Islamic School ada menyediakan khidmat pengangkutan untuk mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah.

dsc02257
Selain itu, di RizQ Islamic School ini juga iPad juga akan digunakan sebagai alat bantu mengajar spesifiknya dalam subjek Hafalan/Hafazan Al-Quran memang buat sekolah ni lagi unik dan berbeza konsep pembelajarannya. Untuk melengkapkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang ditetapkan, lima subjek islami dari Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memang RizQ Islamic School sediakan di sekolah ini iaitu subjek Tauhid, Feqah, Akhlak, Sirah, Khaf & Imla’.

dsc02277

Tidak hanya subjek tersebut diajar, terdapat juga subjek lain yang terapkan iaitu subjek Astronomi dan juga Robotik. Anak-anak kita sejak kecil lagi akan diterapkan dengan ilmu ilmu sebegini seterusnya dapat mengembangkan lagi minda mereka. Menarik bukan?

dsc02270

Yuran pengajian untuk sekolah ini hanyalah RM600 sebulan unutk lower grade dan RM700 sebulan untuk upper grade. Namun untuk pendaftaran 100 yang terawal akan mendapat potongan harga istimewa iaitu hanya RM580 sahaja untuk 3 tahun. Wah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2017 07:21 PM | Show all posts
Apa bezanya sekolah tahfiz swasta dan kerajaan?

Sekarang ni kita boleh nampak bilangan sekolah tahfiz dah mula bertambah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Sebahagian sekolah tahfiz ni diuruskan oleh pihak kerajaan (pusat atau negeri) dan sebahagiannya pulak diuruskan oleh pihak swasta.
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Berikut adalah ciri-ciri sekolah tahfiz kerajaan:

    Berjalan secara sistematik dan teratur.
    Pembelajaran berdasarkan apa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Swasta pula:

    Ada kalanya tak berapa sistematik dan teratur.
    Tapi, masih ada juga yang diuruskan dengan baik dan moden.

Sebagai contoh Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) Klang yang diuruskan di bawah JAIS. Imej dari yanieyusuf.blogspot

Sebenarnya kebanyakan sekolah tahfiz swasta digalakkan untuk mendaftar dengan jabatan agama negeri masing-masing, untuk memudahkan pihak berkuasa buat pemantauan, bantuan dan cadangan. Tapi ada jugak lagi yang belum berdaftar.

Setiap sekolah tahfiz swasta ni jugak tawarkan sistem pendidikan tersendiri dan kokurikulum yang pelbagai, terbahagi kepada sistem moden dan tradisional. Pendidikan tahfiz secara moden ada struktur pengurusan, kurikulum dan kemudahanyang tersusun, manakala secara tradisional pulak kurang tersusun seperti yang moden.

Tahfiz moden selalunya diuruskan oleh kerajaan pusat atau negeri seperti Darul Quran yang diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selalunya sekolah tahfiz milik kerajaan ada bangunan mereka sendiri, berbeza dengan tahfiz swasta yang dibina atas tanah sendiri, disewa atau diwakafkan.

Syarat nak masuk ke sekolah tahfiz kerajaan jugak dah ditetapkan. Seperti mana yang dah ditetapkan oleh Darul Quran. Manakala syarat nak masuk ke sekolah tahfiz swasta agak lebih mudah berbanding sekolah tahfiz kerajaan.

Antara pelajar yang mendaftar untuk masuk ke Darul Quran. Imej dari abunuha.wordpress
Sistem pembelajaran di sekolah tahfiz takdelah kolot macam yang diperkatakan

Untuk pengetahuan korang, berbeza dengan sekolah tahfiz kerajaan, selalunya sekolah tahfiz swasta ada sistem dan silibus pembelajaran mereka sendiri. Kami berbesar hati bila dapat berjumpa dengan Ustaz Mohd Najmi Inchik Hashim (Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam) untuk bercakap mengenai perkara ini.

    “Mengikut kepada silibus atau sistem, setiap daripada Maahad Tahfiz swasta mempunyai sistem mereka tersendiri, tetapi dipantau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)… Sistem tahfiz swasta adalah berdasarkan sistem sendiri, sama ada tahfiz akademik, tahfiz sahaja (atau) tahfiz diniah, itu bergantung kepada maahad tahfiz masing-masing.” – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI.

    Tahfiz diniah (seperti Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam) adalah maahad tahfiz yang buat hafazan al-Quran 30 juzuk dan dalam waktu yang sama ada mata pelajaran agama, seperti: sirah, akidah, tauhid, Bahasa Arab dan sebagainya.
    Maahad tahfiz akademik pulak adalah maahad tahfiz yang buat hafazan al-Quran dan mengajar mata pelajaran akademik macam matematik, sejarah, sains, Bahasa Inggeris dan sebagainya.

Antara kaedah pengajian tahfiz adalah:

    Talaqqi – Pelajar memperdengarkan bacaan al-Quran kepada guru, untuk guru tersebut membetulkan tajwid, makhraj huruf dan baris-baris pada ayat-ayat al-Quran.
    Tasmi’ – Pelajar yang menghafal ayat al-Quran (minimum 1 muka surat sehari) memperdengarkan bacaannya kepada guru.
    Murajaah – Mengulang juzuk-juzuk yang telah dihafal.

Sistem pengajian yang dijalankan oleh Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Klik imej untuk maklumat lanjut.

Walaupun penerimaan masyarakat pada institusi tahfiz mula berkembang, tapi ada juga yang kata sistem pengajian maahad tahfiz ni kolot dan ketinggalan. Menurut Ustaz Najmi, dakwaan macam tu sebenarnya tak adil. Walaupun begitu, beliau masih beranggapan yang dakwaan seperti itu adalah pendapat masing-masing dan setiap maahad tahfiz ada cara mereka yang tersendiri.

    “Sebagai contoh kita di sini Maahad Tahfiz An-Nabawi, kita menggunakan kedua-kedua pendekatan. Pendekatan ini bermaksud adalah seperti mana (cara) guru yang dahulu pernah mengajar kita dan dalam masa yang sama kita terapkan mengikut kesesuaian keadaan semasa.” – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI.

Bagaimanapun, beliau tak menafikan kalau sekarang ni masih ada maahad tahfiz yang masih lagi mengamalkan cara lama dan kolot. Tapi beliau tegaskan, tak semua maahad tahfiz sebegitu.

    “Memang tak dinafikan ada (maahad tahfiz yang kolot) yang beranggapan dia nak cara dia sendiri. Orang kena faham cara dia. Tapi saya masih tak beranggapan yang setiap tahfiz perlu sama. Cuma yang sama itu adalah apa yang ditetapkan oleh pihak tertinggi seperti jabatan agama Islam atau sebagainya. Cuma tak semua tahfiz yang bersikap kolot dan juga jumud.” – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI.

Antara komen netizen yang dakwa memang dah jadi kebiasaan sekolah tahfiz guna cara kekerasan.

Mengenai dakwaan yang kata pendidikan di maahad tahfiz adalah keras, ia jugak dinafikan oleh Ustaz Najmi. Sebabnya, sekarang ni zaman dah berubah dan cara nak mendisiplinkan pelajar pun mula disesuaikan dengan keadaan semasa. Cara macam merotan dah tak digunakan lagi. Sebaliknya dalam mendidik, perlu ada kelembutan dan dalam kelembutan itu adanya ketegasan dan bukannya kekerasan.

    “…ada orang yang perlu dididik dengan cara lembut. Nabi pun tak mengajar supaya kita ni membuat pendekatan mendidik dengan cara keras.” – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI.

Ada macam-macam sebab kenapa ibu bapa hantar anak mereka masuk sekolah tahfiz

Seperti yang kitorang kata tadi, sekarang ni dah begitu banyak sekolah tahfiz yang muncul di negara kita. Berdasarkan pengalaman Ustaz Mohd Najmi, ada beberapa sebab kenapa ibu-bapa mula menghantar anak diorang ke sekolah tahfiz.

Antaranya adalah bila kehidupan anak-anak diorang kat sekolah biasa (kebangsaan) agak tak terkawal. Jadi ibu bapa pun pilih untuk hantar anak ni ke sekolah tahfiz, sebab diorang percaya yang anak itu boleh jadi baik.

Selain tu, ada jugak ibu-bapa yang kata anak ni tak mampu nak bawa mata pelajaran akademik kat sekolah. Jadinya, mereka bawa anak tu ke sekolah tahfiz, walaupun kadang-kadang anak tersebut takde minat pun nak belajar kat sekolah tahfiz sebenarnya.

    “Yang ketiga kenapa ibu bapa cenderung menghantar anak ke sekolah tahfiz adalah apabila sekarang ni kita nampak banyak isu-isu keagamaan dan rancangan-rancangan keagamaan yang timbul, yang boleh membuatkan seseorang tu cepat untuk jadi glamor. Jadi bila anak mereka belajar, (mereka) boleh masuk rancangan-rancangan tertentu dan akhirnya menjadikan anak ini seorang ustaz yang ekspress.”  – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI.

Imej dari memegenerator

Sebab lain pulak ialah bila ibu bapa nak sangat nak tengok anak diorang ni dapat menghafal al-Quran 30 juzuk. Niat macam inilah yang sebenar-benarnya baik. Oleh disebabkan perkara-perkara ni, jadinya maahad tahfiz selalunya akan buat temuduga dulu sebelum terima mana-mana pelajar masuk. Antara faktor yang dipertimbangkan adalah:

    Pelajar itu mestilah boleh menghafal al-Quran.
    Ada pengetahuan ilmu-ilmu agama, sama ada pelajar tersebut ada pengetahuan asas tentang agama atau tidak.

Syarat-syarat ni penting supaya pelajar tadi tak akan ada masalah bila masuk sekolah nanti, macam mula hilang minat dan sebagainya. Cara nak pilih guru jugak dibagi perhatian sebenarnya. Antara kriteria yang ditetapkan masa temuduga adalah:

    Orang itu kenalah seorang penghafal al-Quran.
    Sekurang-kurangnya ada ijazah dalam bidang agama.
    Seboleh-bolehnya ada ijazah dalam bidang pendidikan atau ada pengalaman dalam pendidikan.
    Mesti ada jiwa pendidik dan minat mengajar.
    Seorang yang menjaga diri dan agama (khususnya dari segi akhlak dan penampilan).

Tido lagi dalam kelas. Imej dari Giphy.
Ada masa depan ke belajar kat sekolah tahfiz ni?

Ini mungkin antara soalan yang popular ditanya oleh pakcik makcik, abang kakak bila dengar ada orang hantar anak diorang ke sekolah tahfiz. Jika kita lihat garis panduan yang dah ditetapkan oleh JAIS, jabatan agama itu hanya mengiktiraf 2 sijil tahfiz iaitu Sijil Tahfiz Malaysia (STM) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Darul Quran dan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran negeri.

Menjawab persoalan ini, kata Ustaz Najmi, sijil yang diiktiraf ini selalunya digunakan untuk para pelajar yang nak melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti. Jadinya, jika seseorang pelajar tu dah berjaya menghafal al-Quran, mereka boleh ambil ujian kat Darul Quran untuk terima Sijil Tahfiz Malaysia.

    “Jadi di sini, sijil kita adalah sijil kita sendiri, di peringkat maahad tahfiz swasta. Cuma untuk lanjutan pelajaran ke luar negara itu adalah bergantung (pada sijil yang diterima). Mungkin dari kita (Maahad Tahfiz An-Nabawi) kita cuba dapatkan mana-mana pelajar untuk dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dan kita buat MOU dan kadang-kadang kita buat penghantaran ke sana mengikut daripada keizinan tempat tersebut.

    Sebagai contoh kita hantar pelajar ke Afrika Selatan, menggunakan sijil yang kita ada dan mereka terima sijil kita. Jadi, kita bolehlah sambung belajar di sana.” – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI.

Antara syarat permohonan Sijil Tahfiz Malaysia. Klik imej untuk tahu lebih lagi pasal program-program yang ditawarkan oleh Darul Quran. Imej dari Darul Quran.

Sekarang ni, ada jugak sekolah-sekolah tahfiz yang tawarkan pembelajaran jangka pendek (fast track) kepada pelajar untuk ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jadinya, takde alasan nak kata pelajar tahfiz ni ketinggalan dan takde masa depan. Baru-baru ini jugak, kita dilaporkan dengan berita yang membanggakan bila seorang pelajar tahfiz Malaysia, Jad Haris Sabaruddin dinobatkan sebagai juara Pertandingan Matematik Dunia.

    “…seorang pelajar saya yang berkerja sebagai engineer (sekarang) keluarnya daripada maahad tahfiz. Selepas tamatnya maahad tahfiz, dia mohon untuk masuk Darul Quran dan selepas itu sambung belajar di universiti dan berkerja. Tak semestinya seorang pelajar tahfiz mesti menjadi ustaz, tetapi dia boleh pergi cabang yang lain, asalkan dia membawa al-Quran dalam dirinya.” – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI.

Pelajar tahfiz, ad Haris Sabaruddin menang pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia di Manila, Filipina. Imej dari ismaweb.net
Sekolah tahfiz perlu dibantu dan bukannya dicemuh, tapi masih perlu dipantau

Dengan apa yang berlaku pada waktu sekarang, penyelesaian perlu difikirkan dalam menangani isu-isu tentang institusi tahfiz di Malaysia. bukan sekadar hanya dicemuh:

    “Kalau zaman dulu susah kita nak nampak orang hafal Quran, tapi sekarang ni ramai. Terima kasih juga kita ucapkan pada JAKIM sebab tubuhkan Darul Quran. Pada pandangan saya, janganlah kita meletakkan mentaliti buruk terhadap pusat-pusat tahfiz. Sebaliknya, hendaklah kita bantu pusat-pusat tahfiz, kita bantu untuk naikkan pelajar-pelajar tahfiz ini.

    Apa yang boleh kita bantu, kita bantu. Kita nak kata pusat tahfiz ni sempurna, tidak. Setiap manusia ada buat kesilapan…. (Oleh itu) kita datang bantu pusat tahfiz dan bukannya condemn pusat tahfiz. Itu peluang untuk kita beramal baik kepada Allah SWT.” – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI.

Institusi tahfiz akan kekal relevan jika diuruskan dan dibantu sesuai dengan keadaan semasa. Imej dari islamiceducation.my

Dalam masa yang sama, keualiti hendaklah dijaga. Seperti mana yang disuarakan oleh Dr Asri Zainul Abidin (Mufti Perlis). Ini kerana, masih banyak institusi agama (tahfiz) yang menyediakan guru-guru yang tak terlatih dan kurang berkualiti.

    “Ada ustaz dia sendiri gagal dahulunya gagal dalam pendidikan, akhirnya membuka sekolah sendiri tanpa memiliki sijil ataupun latihan pendidikan yang sepadan. Apakah lagi untuk memiliki diploma atau sijil perguruan. Akhirnya, mereka menjadi tenaga pengajar yang tidak cukup ilmu dalam bidang pendidikan dan kaedah ataupun pedagogi pengajaran.” – Prof Madya Dr. Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis.

Oleh itu, dari peristiwa yang berlaku terhadap allahyarham Thaqif, hinggalah kepada kes kebakaran di pusat tahfiz, ia semoga menjadi ikhtibar kepada setiap institusi tahfiz, ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya.

[Kami mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ustaz Mohd Najmi Inchik Hashim, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi Shah Alam atas kerjasama dan perkongsian dari beliau.]
Mesti baca!
Kutipan zakat sampai beratus juta, tapi kenapa masih ramai yang hidup susah?
Pada bulan Ramadhan yang lepas, kita sebagai umat Islam disyariatkan untuk menjalankan ibadah puasa. Selain itu, kita juga diperintahkan untuk menunai...
Tak tahan puasa, lelaki ini pergi azan pukul 4.30 petang
Ramadahan 2017 kali ni baru sampai separuh jalan, tapi dah macam-macam perkara yang berlaku. Mula-mula insiden baling selipar kat bazar ramadhan sebab...
Tan Sri Harussani Zakaria: Dari mata-mata Special Branch (SB) ke pejabat mufti
Institusi mufti telah wujud lama di Malaysia. Bagaimanapun, ada keunikan tentang institusi mufti di negara ni jika nak dibandingkan dengan negara-nega...
Dato’ Hj Ishak Baharom – Kerana pertandingan ratu cantik, mufti ini dipecat
Malaysia, sebuah negara yang unik bila setiap dari negeri-negerinya ada seorang mufti. Mufti-mufti ini dipilih dari kalangan mereka yang mujtahid (ula...




Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 07:27 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-10-2017 03:33 AM
cecari replied at 18-10-2017 02:57 AM
hang pulak gedik nak jadi westerner wannabe ...  bingai . ikut suka orang la nak pakai camana pun  ...

Saya sememangnya separuh European dan separuh Asian dna. Jadi tiada masalahnya bagi saya. Dua dua saya boleh jadi!. Saya juga punyai baju melayu dan samping kadang kadang hari jumaat saya pakai baju melayu pergi malaysia hall. Sorry lah nak jadi arab!

Ini melayu nak jadi bangsa arab? Mana identity melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakiselit at 19-10-2017 05:01 AM

Mabroq Aman Palestin Berhad khasnya dan penderma2 yg ikhlas. Semoga mendpt ganjaran yg setimpalnya dari Allah swt. Aamiin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2017 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 18-10-2017 07:01 PM
banyaknya duit kitaaa

bnyk..sb tu kita bg jer bnyk2 ke luar negara....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 18-10-2017 07:27 PM
Saya sememangnya separuh European dan separuh Asian dna. Jadi tiada masalahnya bagi saya. Dua dua  ...

Habang fm dah berpunya ke? Teringin jgk nak bf separuh European??
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 08:37 PM | Show all posts
finesse replied at 18-10-2017 04:33 AM
Habang fm dah berpunya ke? Teringin jgk nak bf separuh European??

saya homosexual. Sanggup ke fin bermadu dengan isteri saya?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
elok laa... takyah perang lg.. dah ada pekerjaan (kilang coke)  dan sekolah (tahfiz malaysia)  harap anak anak palestin baru takkan jd exteeme mcm mak ayah diorang... dan akhirnya mampu hidup aman dgn org israel dll
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.245754 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list