CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2456|Reply: 24

[Tempatan] PPIM dedah kegiatan nine dragon kawal perjudian haram membabitkan kutipan haram

[Copy link]
Post time 19-10-2017 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-10-2017 04:23 AM




KUALA LUMPUR 18 Okt. - Kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral yang berlaku di negara ini didakwa didalangi oleh sembilan orang ketua atau digelar ‘dragon’ sejak bertahun-tahun lamanya.

Malah, kumpulan sembilan dragon itu mampu mengutip sebanyak RM5 bilion sebulan hasil daripada pusat perjudian seluruh negara melalui sistem hierarki yang dilaksanakan sejak sekian lama.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan (gambar) mendakwa, sistem sembilan dragon itu telah lama diamalkan oleh kumpulan sindiket jenayah terbabit hinggakan semuanya mempunyai kuasa di dalam agensi penguat kuasa di negara ini.

Malah, dakwa beliau, kumpulan itu juga berkeupayaan untuk menukarkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.

Kesukaran untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan, ujar beliau, disebabkan pihak atasan organisasi terbabit telah menjalin hubungan rapat dan saling bekerjasama dalam beberapa urusan selain turut menerima wang ‘perlindungan’.

“Rangkaian tersebut bermula apabila pihak berkuasa atau individu berkepentingan di negara ini duduk semeja dengan kumpulan dragon untuk meminta bantuan.

“Mereka kemudian tersepit apabila dragon mula meminta bantuan untuk melindungi kegiatan haram, tetapi perlu menurut kerana pernah menerima bantuan dahulu,” dakwanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut Nadzim, undang-undang yang terdapat dalam sistem dragon iaitu, pengkhianat akan ditembak mati menyebabkan pihak berkuasa terlibat tidak berani melawan dan terpaksa akur dengan permintaan kumpulan tersebut walaupun ia bercanggah dengan kedaulatan negara.

Mengulas mengenai sistem dragon berkenaan, Nadzim memberitahu, hierarki itu telah wujud sejak sekian lama, bahkan ia mempunyai hubungan dengan kumpulan lain di luar negara termasuk Hong Kong, China dan beberapa negara lain bagi menjalankan aktiviti mereka.

Ujar beliau, terdapat juga beberapa individu ternama di negara ini yang berjaya menduduki tahap tertinggi dalam sistem rangkaian antarabangsa itu.

“Jika sebelum ini ada pendedahan mengenai individu bernama Alex, dia juga adalah anggota kepada sembilan dragon berkenaan yang memakai gelaran dragon nombor lima yang mempunyai hubungan kuat dengan orang ‘besar’ di negara ini.

“Saya difahamkan terdapat sembilan dragon utama, jika mungkin ada tambahan saya tidak pasti, tetapi kesemua mereka mempunyai gelaran Tan Sri dan Datuk Seri yang dibeli untuk mengaburi kegiatan sebenar mereka,” katanya.

Mereka yang mempunyai gelaran itu turut sinonim dengan pelbagai perniagaan di negara ini dan berjaya mengutip lebih RM5 bilion sebulan hasil daripada perjudian.

Menurutnya, wang tersebut dikumpul daripada seluruh negara dan akan diagihkan kepada syarikat-syarikat yang ditubuhkan bagi mencuci wang haram itu untuk mengelakkan ia mudah dikesan.

Tambahnya, dengan wang yang banyak itu, ia akan memudahkan mereka menjalankan kegiatan haram termasuk membayar wang perlindungan kepada pihak berkuasa serta siapa-siapa yang mengganggu perjalanan perniagaan mereka.

“Disebabkan sistem yang berkesan dan bantuan teknologi terkini, wang tersebut sukar untuk dilarikan oleh mana-mana pekerja kerana takut akan dibunuh oleh anggota sembilan dragon tersebut,” jelasnya.


http://www.utusan.com.my/berita/jena...#ixzz4vu59DZ4O


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 08:31 AM | Show all posts
Edited by trakea at 19-10-2017 09:24 AM

5 billion sebulan ? Apake bengap....





Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu rangkaian kedai pakaian, rangkaian kedai serbaneka, restaurant besar2.
Sebelah kedai aku, kedai cina jual handphone, gadget etc.. bisness sendu, tokeh pendiam jer. Kereta besar, motor besar. Rupa nyer lat tiga pintu ada kedai game dia ada share dengan nyonya kedai kopi cina.  Nyonya ni yang pecah lobang dgn aku. Sekali2 ada satu cina datang dgn amoi cun, keta sport bertukar tukar, hari ni keta lain besok keta lain, hari lain keta lain pulak. Dtng check2 tiga empat jam, belah..
Kedai game laris pulak tu melayu jer yang main.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 08:53 AM | Show all posts
tt mohon betul kan tajuk ye...  ke kau mmg tak mahir dalam bahasa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 08:54 AM | Show all posts
aik..melayu pun tunduk dgn pemakan babi?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 09:01 AM | Show all posts
Betul tuh. Power sangat mereka ini sampai macha dua orang senang senang masuk rompak kedai judi mereka. Siap rogol amoi kat situ lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2017 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini malaysia maaa
PPIM yg dedahkan,  mereka dulu akan di tahan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 09:14 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 19-10-2017 08:53 AM
tt mohon betul kan tajuk ye...  ke kau mmg tak mahir dalam bahasa?

Apa lah tt ni kan tak mahir dalam bahasa! Kalau tak mahir tak payah lah menyubuk buka tred.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 09:18 AM | Show all posts
PPIM nie tak takut ke dgn mafia2 nie semua? Kalo melibatkan anak bini, camana?

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 09:22 AM | Show all posts



Abam polis itu semua tak tau ka mereka dah dibeli oleh sembilan ekor dragon wannabe ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 09:44 AM | Show all posts
Bende macam ni lah PPIM patut fokuskan. Bukan bende remeh temeh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 10:02 AM | Show all posts
gadis_tulip replied at 19-10-2017 09:18 AM
PPIM nie tak takut ke dgn mafia2 nie semua? Kalo melibatkan anak bini, camana?

PPIM lagi mafia. kita support PPIM.

#SemboyanDentistYoutube
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 10:09 AM | Show all posts
Edited by syimal at 19-10-2017 10:11 AM

hahaha nasib la 1 video nie tak viral pasal 2 org indon nie, mengamok kat kedai judi sbb kalah judi bila repeat balik kedai judi x bagi indon nie masuk.. apa lg mengamok la indon nie habis dipecahkan cctv dan pintu.. adalah dlm 10 minit...
tapi yg bestnye biler polis datang bukan nak tangkap indon nie tapi boleh plak cakap baik pegi dr sini...
lepas tu indon nie blah dlm 3 minit dtg balik polis tadi sambil buat rondaan, sambil tu roger2...
selang 3 minit dtg plak 2 org dtg berpakaian biasa (aku syak polis sbb dtg tgk apa yg 2 indon ini dah buat... sambil2 roger2 (bgtau rosak pintu, cctv) dr luar boleh nampak mesin judi)..
selepas 2 jam cctv telah dibaiki dan pintu telah diketok dr dalam (seperti sebelum kejadian) telah beroperasi seperti biasa...
kejadian nie berlaku 3 bulan lepas... dan kini kedai judi nie dah xde lagi, tapi yg best bukan 1 kedai je 3 bijik kedai plak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 10:09 AM | Show all posts
gadis_tulip replied at 18-10-2017 04:18 PM
PPIM nie tak takut ke dgn mafia2 nie semua? Kalo melibatkan anak bini, camana?

fisabililah katanya.

well harap2 lelaki2 ppim dh sediakan la harta buat anak bini for future use in case jdi apa2.

dah tau yg ko buat tu berisiko jgn tau ckp fisabililah aja
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 10:29 AM | Show all posts
Alhamdulillah panjang umuq tok ki ni..dulu kena tetak dengan along dah...kali ni perang dgn tokey judi lak..go go ppim..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 10:32 AM | Show all posts
makin panaslah pengikut jamal sbb PPIM dedahkan tentang kegiatan judi ni..

makin diangkat sbg hero lah PPIM..

syabas PPIM..

harap2 dapat dibanteraslah kegiatan judi ni..kesian tgk umah tangga yg bergolak sbb laki sibuk duk main mesin judi je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 10:34 AM | Show all posts
tukar tajuk sebulat ke sebulan mother fucker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2017 10:40 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-10-2017 06:41 PM
lkick2113 replied at 18-10-2017 06:34 PM
tukar tajuk sebulat ke sebulan mother fucker


.............
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:26 AM | Show all posts
gadis_tulip replied at 19-10-2017 09:18 AM
PPIM nie tak takut ke dgn mafia2 nie semua? Kalo melibatkan anak bini, camana?

dorg pon ade kaki jgak sis, tgk blkg2 dorg ade spe...
kepala2 melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:51 AM | Show all posts
-electrifying- replied at 19-10-2017 11:26 AM
dorg pon ade kaki jgak sis, tgk blkg2 dorg ade spe...
kepala2 melayu...

perkida, ayahda2, abang long 2mesti dah standby blakang diorang nih....

igt senang2 bolehlanggar kaa...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.079189 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list