View: 2213|Reply: 6
|
[Tempatan]
Pejabat Agama Langkawi diarah siasat video disyaki ajaran sesat
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai penularan satu klip video yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat di Pulau Tuba, Langkawi.
Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Ismail berkata, pihaknya sudah mengarahkan Pejabat Agama Langkawi melakukan siasatan berhubung perkara itu.
“Berdasarkan apa yang saya lihat (pemerhatian awal) ilmu ini salah dari segi akidah dan fahaman, yakni mempersoalkan tentang kesaksian kita kepada Allah serta mempersoalkan syahadat kita.
“Jadi, saya sudah meminta pegawai membuat siasatan untuk mengenal pasti apa sebenarnya ajaran ini,” katanya kepada Bernama.
Video yang tular di media sosial sejak seminggu lalu itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai “Tok Guru” mempersoalkan kewujudan Allah, syahadat serta rukun solat.
Turut dipaparkan dalam video kira-kira 6 minit itu ialah beberapa lelaki yang menyokong kenyataan “Tok Guru” terbabit.
ajaran-sesat-pulau-tuba-langkawi-2Selain itu, beberapa keping gambar memaparkan rumah dan pondok dipercayai tempat untuk menyebarkan fahaman berkenaan dengan kalimah tertentu, termasuk “Allahu Akbar” dan “Al-Rahim” tertulis di dinding luar pondok berkenaan.
Mengulas lanjut, Rahman menasihatkan umat Islam di negeri ini tidak mudah terpengaruh serta terpedaya dengan sebarang ajaran menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.
“Sebarang ajaran bertentangan daripada ajaran Islam sebenarnya haruslah ditolak…berhati-hatilah dengan ajaran yang kita rasa menyimpang daripada fahaman kita selama ini dan laporkan segera kepada pejabat agama berdekatan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya sudah meminta imam dan pemimpin agama di akar umbi memberi kefahaman mengenai bahaya ajaran sesat kepada anggota kariah masjid masing-masing. |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 dunia skrg. takut plak rasa |
|
|
|
|
|
|
|
Ade video dak?
Nak tgok sikit |
|
|
|
|
|
|
|
inila geng2 peguam kuning tu, klu bole bubarkn jabatan agama terus, sapa2 leh tafsir psl agama ikut kepala sndiri, smpai tahap tuhan tu getaran la apa |
|
|
|
|
|
|
|
walisongo keturunan jawa.. Raden Paku (Sunan Giri) putra Maulana Ishaq dengan Dewi Sekardadu, putri Prabu Menak Sembuyu, Raja Blambangan; Raden Said (Sunan Kalijaga) putra Adipati Wilatikta Bupati Tuban; Raden Makdum Ibrahim (Sunan Bonang); dan Raden Qasim Dua (Sunan Drajad) putra Sunan Ampel dengan Dewi Condrowati, putri Prabu Kertabumi Raja Majapahit
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyokong merah kuning dari Indon nih |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada video lagi bagus ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|