CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6949|Reply: 108

Gara-Gara Motor Terbabas, Kepala Kanak-Kanak Parah Digigit Anjing

  [Copy link]
Post time 19-10-2017 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Nasib malang menimpa seorang kanak-kanak 16 bulan apabila cedera parah digigit anjing.


Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, motosikal yang dinaiki ibunya, 30 dan bapa saudaranya, 17 terbabas ke sebuah rumah kedai di Taman Banang Heights.


Berita Harian melaporkan, kepala Ainin Syuhadah Syrul Nizam digigit anjing daripada baka Labrador Retriever selepas mangsa terjatuh dari motosikal terbabit.


Foto: Berita Harian


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata,


"Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat dan baharu selesai menjalani pembedahan berikutan cedera parah di bahagian kepala dan leher serta masih ditahan di wad untuk rawatan susulan.

"Bapa saudara serta ibunya pula hanya mengalami cedera ringan."


Kes disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana cuai menyebabkan binatang peliharaan mendatangkan kecederaan.


"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan dan denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"Kes kemalangan pula disiasat mengikut Peraturan 10 Akta Pengangkutan Jalan LN 166/59," tambahnya. -CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 10:15 AM | Show all posts
alahai sian baby
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 10:33 AM | Show all posts
Makpak yang bawa kanak2 membonceng atas motor memang makpak sejenis akal pendek.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 10:48 AM | Show all posts
kibodwatriuh replied at 19-10-2017 10:33 AM
Makpak yang bawa kanak2 membonceng atas motor memang makpak sejenis akal pendek.

tak juga.... mungkin ada sebab kenapa jadi mcmtu, mungkin dorang tak mampu nk beli kete, masa aku kecik dulu bapa aku takde kete, moto tu la duk angkut kami 3 beradik pegi skolah hari2
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 10:53 AM | Show all posts
ciannya baby tue.. semoga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 10:54 AM | Show all posts
harrypoter replied at 19-10-2017 10:48 AM
tak juga.... mungkin ada sebab kenapa jadi mcmtu, mungkin dorang tak mampu nk beli kete, masa aku  ...

Aku tahu tak mampu beli kereta, tapi yang aku lebih faham ialah risiko besar. Bawa seorang pun risiko motor ni, apatah lagi dengan kanak-kanak kat belakang. Yang bawa kereta pun syornya pakai childseat. Bezakanlah dengan sistem boncengan motor. Jauh beza tuh.

So, bagi yang nak berkeluarga silalah berkira-kira camna nak uruskan wang untuk adakan kereta. Takpun, silalah ambil pengangkutan awam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2017 10:55 AM | Show all posts
harrypoter replied at 19-10-2017 02:48 AM
tak juga.... mungkin ada sebab kenapa jadi mcmtu, mungkin dorang tak mampu nk beli kete, masa aku  ...

kdg tgk family naik motor ramai2 ni mmg tersentuh hati. tak seme mampu ada kenderaan selesa.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:00 AM | Show all posts
aku nak kutuk lebih-lebih parents budak ni, kesian pulak...maybe tak mampu nak beli kereta.
cuma lepas ni, berhati-hati la..
even kat rumah aku ada motor pun, husband aku tak pernah bawa anak-anak naik motor sebab kitorang tahu risiko if terjatuh motor..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 11:02 AM | Show all posts
apasal owner tu pulak kena kena siasat dakwa bagai..
clearly anjing dia bertambat kat tiang depan kedai..
dah orang tu yang pi rempuh kedai tu..
anjing tu dah tentu kena train untuk attack penceroboh..
ingat anjing boleh fikir ke 'ooo.. orang ni terbabas je.. bukan nak rompak kedai.. tak payah la gigit' sambil sambung melepak..
so kat mana yang owner dikelaskan sebagai cuai?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:07 AM | Show all posts
lagi satu maybe diorang tak bagi budak kecik ni pakai helmet dgn betul sbb tuh bila terbabas helmet tercampak sekali or mmg tak pakai sejak azali lagi

so anjing tuh terkejut lah ada benda terpelanting depan dia. of course dia attack. dia bkn ada akal boleh differentiate mana penjahat mana mangsa kemalangan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:08 AM | Show all posts
i dulu masa kecik naik motor je, sbb parents i x mampu nak beli kereta. pengangkutan awam xde pulak yg bwk dari rumah (rumah kampung, jalan kecik) ke pekan. nak jln kaki penat pulak. adakah my parents pendek akal..?
nampak gaya pun mcm kat pekan kecil je. batu pahat bkn mcm KL, pengangkutan awam x lalu sampai dpn rumah, especially yg duk kampung.

kesian sgt kat baby tu. harap owner tu dikenakan penjara, bkn setakat denda je.
nak salahkan majlis bandaran pun xleh juga. i pernah tgk, time majlis bandaran nak tangkap haiwan liar (especially anjing), ada beberapa org pencinta haiwan marah. tapi diorg xnak jaga pulak. x faham org cmni. kalau kucing xpe, x menggigit. ni anjing kot. kesian kat bdk ni kena gigit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:09 AM | Show all posts
Ni bawak budak naik motor tak dipakaikan helmet ke hapa kalau kemalangan pasti membahayakan.
Jadi cam ni dah jatuh senang je anjing nak gigit.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 19-10-2017 11:02 AM
apasal owner tu pulak kena kena siasat dakwa bagai..
clearly anjing dia bertambat kat tiang depan k ...

Aah aku pun terfikir mcm tu.  Dh kenapa tetiba gi rempuh kedai orang plak ? Lalok ke ?  Yg bawak motor tu pun ade lesen ke tak tu ?  
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:11 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 19-10-2017 11:02 AM
apasal owner tu pulak kena kena siasat dakwa bagai..
clearly anjing dia bertambat kat tiang depan k ...

ditambat selepas kejadian, sebelum ni lepas bebas je  
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
harrypoter replied at 19-10-2017 10:48 AM
tak juga.... mungkin ada sebab kenapa jadi mcmtu, mungkin dorang tak mampu nk beli kete, masa aku  ...

Aah dik memangla tp bezanya makbapak kita bonceng bawak anak-anak diorang bawak dengan berhati2. Yg ni dahla bawak budak pastu tetiba pegi rempuh kedai orang tanpa hujung pangkal.  Even kalau takde anjing kat situ pun tetap kecuaian pada pembawak motosikal tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:13 AM | Show all posts
entahla, kita hanya mampu berspeku, apa kesah sebenarnya wallahualam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kesian kt semua..baby yg kena gigit anjing, ibu bapa yg x mampu beli kereta utk angkut anak dan anjing yg kena pukul sbb jalankan tugas dia attack 'penceroboh'
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya baby tu...

I pon rasa anjing tu di train utk menyerang penceroboh. Mesti dia tersentak bunyi gedegang langgar pintu kedai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:17 AM | Show all posts
annehuda replied at 19-10-2017 11:10 AM
Aah aku pun terfikir mcm tu.  Dh kenapa tetiba gi rempuh kedai orang plak ? Lalok ke ?  Yg bawak m ...

Akhbar online ada sebut umur p saudara 17. Mak tak tau.  Saksi kata mereka terbabs dan anjing tu mmg dah bertahun di tambat kat situ menjaga kedai. So bkn slah anjing sbb dia terkejut dan terganggu. Cuma kesian baby. Semoga cpt sembuh dan diharap dpt selesai dgn baik. Kang tak pasal2 anjing jadi mangsa juga.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:37 AM | Show all posts
siannya baby tu..
anjing tu kalau berkeliaran mmg patut pun tuan kena denda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.245019 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list