CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 764|Reply: 3

[Tempatan] Rumah bergegar kena 'sondol'

[Copy link]
Post time 19-10-2017 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Rumah bergegar kena 'sondol'

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/10/274524/rumah-bergegar-kena-sondol

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2017 @ 11:42 AM

Ramli Ibrahim
am@hmetro.com.my


Keadaan kenderaan dan rumah yang rosak teruk akibat dirempuh sebuah lori balak di Kampung Simpang Empat Kundur, Gua Musang, malam tadi.  FOTO Ramli Ibrahim.

LORI balak tanpa muatan terbabas sebelum merempuh sebuah rumah dan dua kereta di Kampung Simpang Empat Kundur, Gua Musang, malam tadi.

Dalam kejadian pada 7.45 malam, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun mengakibatkan dua kereta rosak teruk dan sebahagian rumah runtuh.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila lori dalam perjalanan dari Bandar Gua Musang ke Jeli dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan merempuh rumah berkenaan.

Pemandu lori berusia 60-an hanya cedera di tangan kanan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Gua Musang (HGM).

Saksi kejadian Minah Ripin, 58, berkata ketika kejadian dia sedang menunaikan solat Maghrib sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat disusuli dengan rumahnya bergegar.

"Mak cik terus menunaikan solat dalam keadaan rasa tidak sedap hati apabila terdengar suara orang ramai di hadapan rumah.

"Sebaik selesai solat, mak cik bergegas ke hadapan rumah dan mengucap panjang sebaik melihat sebuah lori merempuh rumah jiran yang sebahagiannya sudah runtuh" katanya.

Pemilik rumah terbabit, Mohd Zaidi Rahman, 35, berkata ketika kejadian dia berada di sebuah warung berhampiran dan pulang ke rumah sebaik dimaklumkan kejadian.

"Saya terkejut melihat sebahagian rumah sudah runtuh. Kereta Proton Wira milik saya yang diletak di depan rumah rosak teruk, manakala sebuah lagi kereta Perodua Kancil milik jiran turut rosak.

"Apapun saya bersyukur kerana ketika kejadian tidak berada di rumah," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang Deputi Superintendan Abdullah Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 01:37 PM | Show all posts
Takziah kepada pemilik rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 06:36 PM | Show all posts
Allahu robbi
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mok tgh solat... Anok ada kat warung... Tatkala itu (maghribun)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.654451 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list