CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4408|Reply: 82

[Tempatan] Utamakan hospital rakyat sebelum bina untuk Rohingya.

  [Copy link]
Post time 19-10-2017 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Utamakan hospital rakyat sebelum bina untuk Rohingya

https://www.malaysiakini.com/news/398735

Hari ini, 8:59 am      Hari ini, 12:04 pm

Oleh IDRIS AHMAD merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Ijok.
Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.



ULASAN | Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan Malaysia akan membina hospital bernilai RM3.5 juta di kem pelarian yang menempatkan etnik Rohingya di Bangladesh.

Tindakan murni oleh kerajaan itu boleh dipuji tetapi rakyat di negara sendiri perlu diberi keutamaan terlebih dahulu.

Apa yang mengecewakan saya, di Malaysia sendiri masih banyak lagi hospital yang diperlukan dan dijanjikan sejak sekian lama terutama di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang sehingga hari ini masih tiada sebarang projek kelihatan.

Sebagai contoh di Pendang Kedah, Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2016 telah menyenaraikan Hospital Daerah Pendang untuk pembinaan. Malangnya sehingga hari ini, perkara yang pernah dijanjikan oleh kerajaan itu masih belum menjadi kenyataan.

Untuk pengetahuan, Hospital Pendang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan keluasan 16.8 hektar tetapi ditunda kepada RMK-10 atas sebab tertentu dan sehingga sekarang Hospital Pendang belum dilaksanakan setelah kerajaan memutuskan untuk membinanya dalam RMK-11.

Sebaliknya, Zahid menyatakan hospital medan itu akan dibina dalam tempoh sebulan sebaik mendapat kelulusan daripada kerajaan Bangladesh. Bagaimana dengan nasib hospital-hospital yang sedang 'sakit' di negara ini?

Sejak dahulu lagi, banyak rungutan yang diterima khususnya hospital di luar bandar yang kekurangan wad dan katil pesakit sehingga terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih jauh dari tempat tinggal mereka.

Saya turut berasa hairan pada masa negara kita mengutip pelbagai cukai daripada rakyat, namun masih banyak lagi tempat di negara ini tiada kemudahan asas yang diperlukan.

Selain itu, ekonomi negara juga dalam keadaan tenat sehingga rakyat sekarang terpaksa membeli ubat di luar ekoran bekalan di hospital telah dicatu.

Justeru, atas faktor mengambil kira bilangan penduduk, beban dan kompleksiti penyakit, selain peningkatan fasiliti kesihatan serta perkhidmatan kesihatan, khususnya yang memerlukan, hospital-hospital sedia ada juga perlu dikemaskini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 01:46 PM | Show all posts
inila....seperti kera dihutan disusukan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 01:47 PM | Show all posts
betul

ni pi bina hospital di luar negara
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamboi ko zahid. Hulur duit ko sendiri xpe. Dah bina hospital rm3.5 juta tu nanti siap. Ubat2 tan sapa plak tanggung?? Bangladesh ka?? Mesti malaysia kan.
Hospital malaysia pon byk dh usang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboiiii......
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 02:17 PM | Show all posts
aku setuju pembinaan hospital sebagai satu bentuk CSR kepada dunia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2017 02:19 PM | Show all posts
Amboi. Lebih baik kau utamakan keperluan rakyat di Sabah dan Sarawak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 02:21 PM | Show all posts
dia ni da knpa..
menyampah pulak aku...
dasar pendatang sungguh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 02:24 PM | Show all posts
Sabah Sarawak pun takde jalan tar....Rohingya yg disebokkannya. Bangang!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 02:28 PM | Show all posts
stakat 3.5juta, pesal menteri x bg duit sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 02:29 PM | Show all posts
Kau berambus lah jadi menteri di Bangladesh menyampah menyampahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 02:31 PM | Show all posts
zahid nie aku tgk suka sangat bela rohingya..bangla...

aku tunggu jer anak dia kot2 sangkut dgn bangla..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 02:37 PM | Show all posts
naina replied at 19-10-2017 01:49 PM
Hamboi ko zahid. Hulur duit ko sendiri xpe. Dah bina hospital rm3.5 juta tu nanti siap. Ubat2 tan sa ...

....tetapi jika duit rm3.5 juta yg digunakan itu hasil dari sumbangan rakyat Malaysia untuk pelarian Rohingya,
maka tak bolehlah digunakan untuk membina hospital di Malaysia atau digunakan untuk kemudahan rakyat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 02:38 PM | Show all posts

dr bina hospital utk Rohingya, tlg la tgk dulu hospital utk rakyat sndiri mcm mana..especially hospital besar melaka. Punyelah sesak smpi kdg2 nk bersalin pn kna duduk atas kerusi malas tu smpi seharian dulu smentara tggu turn nk dpt katil or masuk ke labour room.

Da betul2 sesak hospital melaka tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahhh drama je tu. Dapat duit peruntukan 3.5 juta tapi kat sana bina spital ala kadar je, ntah2 sempat pacak tiang je. Duit separuh dah masuk poket mangkuk2 bin hayun
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahhh drama je tu. Dapat duit peruntukan 3.5 juta tapi kat sana bina spital ala kadar je, ntah2 sempat pacak tiang je. Duit separuh dah masuk poket mangkuk2 bin hayun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 02:43 PM | Show all posts
Kat thread sblm ni aku dah cakap benda yg sama. Dr mana sumber RM3.5 juta nih.
Kalau duit Zahid sendiri, lantak dia la. Memuji jauh sekali.
Kalau sumber tu dari peruntukan kerajaan yg hasilnya dari GST, cukai dan pendapatan kerjaan yg lain, yg sepatutnya disalurkan kepada rakyat malaysia memang menyedihkan betul.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 02:44 PM | Show all posts
dasar sekarangkan lebih kepada melebih lebihkan orang luar dari kemudahan rakyat sendiri



Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 02:57 PM | Show all posts
ala uols niiiii..buat utk negara lain nama Malaysia naik la so pemimpin2 pun boleh kembang hidung. kalau buat utk negara sendiri mana negara luar nampak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 02:59 PM | Show all posts
3.5 juta tu duit sumbangan kan???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.073533 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list