CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4502|Reply: 23

[Tempatan] KJ arah Malaysaikini beredar dari majlis: Buat pertama kali Malaysiakini diarah

[Copy link]
Post time 19-10-2017 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 20-10-2017 12:20 PM

KJ arah Malaysiakini beredar dari majlis

https://www.malaysiakini.com/news/398770

Hari ini, 2:35 pm      Hari ini, 2:39 pm



Malaysiakini diarah meninggalkan sebuah majlis anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya hari ini.

Arahan supaya beredar itu dikeluarkan selepas pegawai khas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memohon soalan daripada wartawan sebelum sidang akhbar diadakan.

Sejurus kemudian, pegawai itu datang semula ke meja wartawan dan meminta Malaysiakini meninggalkan tempat itu.

“Saya minta maaf YB tak mahu jawab soalan dari Malaysiakini dan berada dalam majlis ini, kita minta Malaysiakini beredar.

“Saya minta maaf sangat,” kata Raja Syahrir Abu Bakar.

Menurutnya, Khairy enggan menjawab soalan yang dikemukakan itu.

Tindakan setiausaha akhbar atau pembantu yang meminta wartawan untuk membekalkan soalan sebelum sidang akhbar diadakan bukan sesuatu amalan luar biasa di Malaysia.

Ini kali pertama Malaysiakini diarahkan beredar daripada acara Kementerian Belia dan Sukan. Malaysiakini seringkali dihalang daripada membuat liputan di Pejabat Perdana Menteri, Perbendaharaan, ibu pejabat MCA dan Kementerian Pertahanan.

Khairy dijadualkan merasmikan program MyCorps@asia Selatan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di Kuala Lumpur hari ini yang bakal menyaksikan sukarelawan belia Malaysia dihantar ke Sri Lanka dan Bangladesh untuk misi kemanusiaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 02:51 PM | Show all posts
soalan apa?siapa yg soal? kurang faham disini..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 02:56 PM | Show all posts
KJ yg jadi pojaaaan dan dianggap cerdik lulusan oxford pun tak mampu nak jawap soalan wartawan ke. Ni antara yg dianggap bijak dlm umno. Yg lain usah cerita la.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 03:14 PM | Show all posts
biasa wartawan diberikan skrip soalan untuk di tanya. ni mesti soalan tanya RM 100 juta kemana hilang?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 03:16 PM | Show all posts
ditanya soalan sensitip niiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 03:22 PM | Show all posts
zach2008 replied at 19-10-2017 02:56 PM
KJ yg jadi pojaaaan dan dianggap cerdik lulusan oxford pun tak mampu nak jawap soalan wartawan ke. N ...

bijak menjilat je...camtulah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2017 03:25 PM | Show all posts
takut la tu org ty pasal skandal 100 juta KBS
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa perkembangan kes skandal 100 juta melibatkan kbs? Itukah soalan nya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 19-10-2017 03:22 PM
bijak menjilat je...camtulah

Manusia bijak pun jd dumb bila masuk dumno. Fakta..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 19-10-2017 07:49 PM
Apa perkembangan kes skandal 100 juta melibatkan kbs? Itukah soalan nya?

Soalan tu la kot..
Sejak kes tu aku terus tolak mamat ni.. pi mampus la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2017 10:24 PM | Show all posts
zach2008 replied at 19-10-2017 06:56 AM
KJ yg jadi pojaaaan dan dianggap cerdik lulusan oxford pun tak mampu nak jawap soalan wartawan ke. N ...

Tu la pasal....ingatkan KJ lulusan Oxford lain la sket daripada perut2 buncit pemakan2 dedak tuh....
Ingatkan KJ 'berani' dan bijak la sket ....tapi nan hado jewww...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:09 AM | Show all posts
takut dgn geng dragon agaknya?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2017 08:19 PM | Show all posts
KJ: Hak saya tentukan wartawan mana boleh hadiri majlis

https://www.malaysiakini.com/news/398941

Hari ini, 6:22 pm      Hari ini, 6:27 pm



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau mempunyai hak untuk menentukan siapa wartawan yang boleh menghadiri majlisnya.

Mengulas keputusannya, mengarahkan wartawan Malaysiakini beredar dari program MyCorps@Asia Selatan di Kuala Lumpur, semalam, beliau berkata tindakan itu bertujuan memastikan majlis sidang media berjalan lancar.

“Saya berbuat demikian selepas mendapati portal berita itu sering kali melaporkan kenyataan saya secara tidak tepat dan memetik bahagian tertentu sahaja.

“Saya tiada masalah pun dengan portal lain seperti Free Malaysia Today atau Malaysian Insight kerana mereka boleh tulis apa saja dan saya tidak akan meminta portal berkenaan disekat aksesnya,” katanya yang dipetik oleh portal majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Arahan supaya wartawan Malaysiakini beredar itu dikeluarkan selepas pegawai khas Khairy memohon soalan yang mahu diajukan daripada wartawan sebelum sidang akhbar diadakan.

Sejurus kemudian, pegawai itu datang semula ke meja wartawan dan meminta Malaysiakini meninggalkan tempat itu.

Soalan yang ingin diajukan Malaysiakini kepada Khairy adalah seperti berikut:

“Adakah Pemuda Umno akan menggantung dua pemimpin Pemuda Umno Sabah yang ditangkap oleh SPRM baru-baru ini, sementara menunggu siasatan;

“Pandangannya terhadap dakwaan kenyataan anti-Bugis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.”

Portal BN itu turut memetik membidas pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta mencadangkan kepada mereka untuk mencermin diri sebelum melabelkan orang lain ‘double standard’.

Lim sebelum ini menyifatkan tindakan Khairy mengarahkan wartawan untuk beredar sebagai mengejutkan tetapi ketua pemuda Umno itu berkata anak pemimpin veteran DAP itu, Lim Guan Eng juga melakukan amalan sama.

“Suatu ketika dulu kita sering dengar ada wartawan Utusan Malaysia dan TV3 tidak dibenarkan menghadiri sidang media di DUN Pulau Pinang. Jadi, sekarang siapa sebenarnya yang ‘double standard’ (pilih bulu).

“Memang jelas bahawa saya memang pilih bulu tetapi saya arah pegawai saya meminta wartawan itu meninggalkan majlis secara terhormat dan sopan santun.

“Bukan seperti Kit Siang yang menjerit kepada wakil TV3 dan Utusan Malaysia yang dia tidak suka,” katanya yang dipetik oleh portal majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 01:37 AM | Show all posts
tak kan sentap dengan soalan2 tu kot?
atau ada isu kesentapakn dengan artikel or wartawan malaysiakini sebelum2 ni?


still
ramai acik2 meratap
tall dark hensem

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Keyri bangla pun dah mula tongong macam mainstream umngok ka
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 07:36 AM | Show all posts
mana 100juta kj
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2017 07:42 AM | Show all posts
gekkou replied at 20-10-2017 09:37 AM
tak kan sentap dengan soalan2 tu kot?
atau ada isu kesentapakn dengan artikel or wartawan malaysiak ...

acik kepam mana lah yang minat dgn si KJ ni? kot single aii paham ni suami orang! gelenyar nya acik kepam!

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 08:22 AM | Show all posts
Elok KJ jadi Menteri Penerangan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila ler nk PRU ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 09:40 AM | Show all posts
Samalah dua-dua pihak. Yg tu halau Utusan, yg ni halau Malaysiakini. Aku tgk skg malaysiakini pun dah ke arah mcm Utusan jugak..........
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.301799 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list