CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3898|Reply: 11

Cerpen - Mamat Mocha

  [Copy link]
Post time 19-10-2017 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by noyya at 19-10-2017 04:34 PM

Assalammualaikum.Ini adalah cerpen pertama penulis.Cerpen ini diinspirasikan dari sahabat penulis namun ceritanya telah diolah mengikut imaginasi penulis.Selamat membaca.

Nama manjaku Nana.Hari ini,aku bersama rakan-rakan ofis yang dikenali dengan Kak Rara,Kak Suha,Kak Elfie,In dan Shasha makan ditapak food truck area KL berdekatan dengan ofis kami.Oleh kerana tekak ni teringin nak minum kopi,aku pun beli la mocha cawan besar tu.Kebiasaanya,harga cawan besar ni RM5.00,tapi dekat sini RM8.00 pulak.Redha jer la,dah teringinkan.

Jam menunjukkan pukul 1.00 tengahari,kami pun beredar dari tapak food truck menuju ke kereta Axia hijau comel aku..Sampai di ofis,aku pun menyedut air mocha yang aku idam-idamkan.Sejurus air mocha ku sedut,terasa tangan ku mengigil-gigil,mataku bergerak kiri dan kanan.Dalam hati rasa menyirap tak terkira.”Haihhh..pantang betul aku beli mahal-mahal tapi tak sedap.Mocha tak terasa,susu yang banyak.Aku mintak kurang manis kot.Tak boleh jadi ni.Membebel aku sendirian.
Tak semena-mena,aku bingkas bangun dan berlari laju menuju ke kereta.Tapi malangnya,sampai dekat kereta,aku terpaksa berlari laju semula ke atas.Kunci kereta tertinggal  atas meja.Amarah ku tak habis lagi pasal mocha,kunci kereta pulak tertinggal.Bertambah meluap-luap marahku...

Kunci dalam genggaman,aku berlari laju lagi menuju ke kereta semula.Malang tak berbau,aku terjatuh,gedebuk depan Kak Rara.Apalagi,Kak Rara ketawa berdekah-dekah tanpa membantu aku untuk bangun,tetapi tak kusangka-sangka Jay datang sambil berkata.."awak ok ke Nana??"
Merah muka ku menahan malu,belum habis lagi amarah mocha,kunci kereta,sekarang jatuh terjelepuk pulak.Bertambah malang,Jay jejaka idamanku menyaksikan kejadian ini. Dalam ramai-ramai manusia dalam ofis ni,kenapa mesti Jay??

"Nana,Nana,Nana"berkali2 Jay memanggil namaku.Dengan tersimpul malu aku bangun perlahan-lahan.."erk..saya ok je Jay,saya jalan dulu yer".Muka ku terasa panas membahang lalu aku berjalan laju dan terus laju sampai Jay hilang dari pandangan."Nana..Nana..."Kak Rara memanggil dari kejauhan..."Kunci kereta ni tak nak ke?"Aku tak tahu la kenapa malang sangat hari ni,nak marah mocha ke kunci kereta ni.Aduhhhh tertinggal pulak masa jatuh tadi.Aku berlari-lari mengambil kunci dekat Kak Rara..Kak Rara ketawa lagi,tapi nasib baik la muka Kak Rara tu cute,sejuk jugak la mata memandang,tak jadi nakmarah.


Aku berjalan terus ke kereta.Dalam fikiran aku terbayang mamat yang buat air mocha ku tadi.”Kau tunggu aku datang,kau taula nasib kau sekejap lagi”.Dalam hati kecil ku berbisik.

Pintu kereta ku buka.Dengan pantas enjin kereta ku hidupkan.Aku mesti pergi balik dekat tapak food truck tadi.Dalam hati aku dah berbakul-bakul sumpah seranah untuk mamat mocha tu.Tak pandai buat air jangan meniaga,tak ikhlas sungguh.Dia nak main-main dengan aku,dia tak tau ke aku ni kak long kawasan ijo,kalau sebut je nama aku,semua orang kenal.Walaupun orang dalam MPT ni tak berapa nak kenal aku,tapi dia tak boleh main-main ok!!!!!!!!!Perghhhhh meluap-luap pulak marah aku hari ni,macam kene rasuk setan.hahahahhahahah,aku tergelak besar sorang-sorang dalam kereta.Tiba-tiba,aku terdengar suara garau tapi perlahan berkata,”Adik nak mocha sedap tak??Nak kurang manis ke?kurang ajar?hihihihihi.Akumengorek telinga ku yang tak gatal..Ehh betul ke apa yang aku dengar ni?

“Tok..tok..tok”…Aku terkejut beruk,malah teruk lagi dari beruk..eeeeeeeeeeee ni rasa nak mengamuk,aku dah la tengah seram-seram ni,siapa pulak yang ketuk-ketuk tingkap kereta aku.Sebaik saja aku menoleh,perasaan marah ku hilang serta-merta..

Bersambung........




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 11:01 AM | Show all posts
sis ape sambungan ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2017 03:16 PM | Show all posts
Ok,sambungan seterusnya..........

Gulp..Aku menelan air liur.Terasa lagi sisa-sisa mocha tadi.Aku buka tingkap sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.”Kau buat apa dalam kereta?Dari tadi aku tengok,dah lama kan kau dalam kereta,lepas tu tergelak sorang-sorang pulak.”Kata Mr.D,bos hensem aku.”Tak ada apa-apa,aku nak keluar sekejap,pergi tapak food truck,ada barang tertinggal.” “oooo macam tu,pergilah cepat,nanti hilang pulak barang kau tu.” “eh,aku nak kirim boleh tak?alang2 kau nak pergi sana.” “Nak kirim ape?Kataku.”Kau belikan aku mocha cawan besar tu,panas-panas ni sedap juga pekena mocha.” haaaaaaaaaaaaaaaaaa mocha lagi,kataku dalam hati.Bos aku ni muda lagi,sempoi pulak tu.Kitorang bahasakan diri aku kau je.”Ok bos”balasku pendek.Tingkap ku tutup,dengan pantas kereta comel ku meluncur laju dari kotak tempat letak kereta.Perghhhhh punya lama aku berangan dalam kereta.Aku tersenyum sendiri.
Sedang aku merempit ke tapak food truck tadi, aku teringat balik apa yang aku dengar sebelum bos hensem aku ketuk tingkap kereta aku.Mungkin aku salah dengar,maklum lah,aku tengah emosional dengan mamat mocha tu.Bila dah nak sampai je kat tapak food truck tu,tiba-tiba aku terdengar lagi..”Mocha..mocha..mocha..mocha datang lagiii..hihihihi”,”adik nak mocha kurang manis yer? Streeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttt…Aku brek emergency……

Macam nak gugur jantung aku.Aku cepat-cepat menoleh ke belakang,tak ada sesiapa kat tempat duduk belakang.Betul ke apa yang aku dengar ni??Pinnnnnnnnnnn…pinnnnnnnnn…pinnnnnnn…Kedengaran kereta belakang membunyikan horn.Kereta aku terhenti.Aku menghidupkan enjin kereta semula dan berhenti di tepi jalan.Kereta Toyota Vios hitam melepasi kereta comel ku.Kelihatan seorang lelaki mengangkat tangan sambil menjerit pada aku,”Woiiiiiiii tak reti bawak kereta ke?Terlopong mulut aku, lelaki dalam kereta Toyota Vios tu bukan mamat mocha ke??Aku dah gila bayang dekat mamat mocha tu pulak ke?Pening kepala aku sekejap,yang aku dengar tadi,suara siapa???Aku yakin memang aku dengar suara tu?Dah gila ke aku ni?Mocha apa aku minum sampai jadi macam ni??Ahhhhh…persetankan lah…Aku teruskan misi aku walaupun aku rasa misteri sangat situasi tadi.

Mujur ada  tempat kosong,aku pun letak kereta comel ku laju.”Jaga kau,kak long kawasan ijo sudah sampai.”ahhahha gelak jahat aku dalam hati..Aku berjalan menuju ke food truck air. Tapi,pusing punya pusing,aku tak jumpa pulak food truck yang jual air mocha aku beli tadi.Apa ni??aku rasa dah betul dekat area sini..

Arghhhhhhhhhhh….Aku separuh menjerit..Kalau aku betul-betul menjerit,bergegar aku rasa semua food truck kat sini.”Adik ok ke?Kenapa jerit-jerit ni?? Tanya akak penjual kebab.”errr takde apa2 kak,semut api gigit kaki saya..Tu saya terjerit,hehehehe.” Kataku cover line..”haaa..ada semut api ke?Kata akak kebab sambil tunduk-tunduk melihat kakinya.Termakan juga dengan tipu daya aku..ehheheh.”Oooo ok la macam tu,akak pergi dulu.”Akak kebab bersuara.“Kak,saya nak tanya,mana food truck yang jual air cawan besar dekat sebelah truck akak?Baru juga saya beli kat sini tadi,sekarang orang jual nasi lemak pulak.”Tanyaku penuh yakin.
“Dah 4 hari akak meniaga kat tempat yang sama dik,memang nasi lemak ni la jiran akak.” ”ahahhahahaha,akak bergurau ke ni?Saya baru beli tadi masa datang dengan kawan-kawan saya.”Kataku sambil tertawa besar.Akak ni tak agak-agak nak bergurau dengan aku.Bisik hati kecilku.”Adik,akak banyak lagi kebab akak nak buat,takda masa la akak nak bergurau pulak dengan adik..Adik tak percaya tanya abang nasi lemak tu.”Kata akak tu sambil berlalu pergi.Aku terpinga-pinga dekat situ.Terpaku,termalu,terduduk..semua ter ada.Ni tak kelakar ni.Betul la cakap kakak tu,buat apa dia nak bergurau dengan aku.Terasa bulu roma ku naik..Arghhh malas la fikir,nasib kau baik mamat mocha,aku mengomel sendirian.

Lepas beli air mocha untuk Mr.D,aku pun terus pergi ke kereta.Hujan pun dah rintik-rintik,nasib baik aku beredar cepat,kalau lebat,tak ke kuyup aku.Alamak,dah pukul 1.45.Kena pantas ni balik ofis.Aku hidupkan enjin kereta,baru je kereta comel aku meluncur,secara tak sengaja aku terpandang food truck yang aku beli mocha tadi,terlopong mulut aku,aku nampak mamat mocha tu melambai-lambai sambil menyeringai ke arah aku.Aku yang memang rasa marah gila-gila dekat dia tadi tiba-tiba rasa seram pulak tengok senyuman ngeri dia tu.Bertambah seramnya bila aku tengok apron mamat mocha tu kemerah-merahan.Dia baru lepas buat air sirap ke??Betul ke apa yang aku nampak ni??Makkkkkkkkkkkkk…jerit aku dalam kereta.Masa-masa ni lah aku baru nak teringat mak kan.

Aku pun tak memandang lagi,aku terus merempit laju menuju ke opis semula.Jantung aku berdegup laju.Seram wehhhh.Menyesal betul aku beli mocha tadi.Macam-macam doa aku baca,sampaikan doa makan pun aku terbaca jugak.

“Nah Mocha.”kataku sambil tersenyum kelat,lutut ada ketar-ketar lagi ni.”Wahh dah sampai,nampak macam sedap”.”Berapa ringgit?Tanya Mr.D.“hmmm takpe la,harini free.”Jawab ku. ”Betul ke ni?Tanya Mr.D lagi. ”Betul,lain kali kau pulak belanja ok?Kataku.”ok la,lain kali aku belanja kau pulak.”

Aku pun berlalu ke tempat duduk.Aku terperanjat beruk sekali lagi.Aku mengosok mata aku berulang-ulang kali.Betul ke apa yang aku nampak atas meja aku ni??

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:32 AM | Show all posts
kahkahkah. nana ni dah jatuh cinta ke dgn mamat mocha sis ? asyik terbayang je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2017 10:37 AM | Show all posts
shillyshally replied at 23-10-2017 09:32 AM
kahkahkah. nana ni dah jatuh cinta ke dgn mamat mocha sis ? asyik terbayang je.

Terima kasih sebab sudi baca..heheheh..cam seram ja kalau jatuh cinta ngn momok..ahahahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2017 10:41 AM | Show all posts
Sambungan yang terakhir....Terima kasih buat semua yang sudi membaca..

Sebungkus kebab dan air mocha yang baru atas meja aku.Sumpah,air mocha aku beli tadi aku dah buang.Sudahhhhh…Akak kebab satu team dengan mamat mocha ni ke?Aku dah jadi tak keruan.Terbayang muka akak kebab bersilih ganti dengan mamat mocha..Mereka berdua gelak silih berganti.Terngiang-ngiang lagi kata-kata akak kebab tu dekat aku,terbayang-bayang pulak muka seram mamat mocha tu..Salah ke aku beli air mocha tu?Salah ke aku tanya akak kebab tu??Arghhhhh……..Aku menjerit sekuat hati..

“Panggggggggggg”satu tamparan kuat hinggap dimuka aku,panas terasa."Apa yang salah beli air mocha??Tanya Kak Rara.Aduhhhh…sakitnyaa..”Kenapa Kak Rara lempang kita?????”Tanyaku sambil mengurut-ngurut pipi gebuku."Nana tau tak,Nana dah tumbuk Jay sampai lebam mata dia.” “Nana mengamuk-ngamuk tadi sebut mocha tak sedap,salah ke minum mocha,aku tak makan kebab, banyak kali berulang-ulang,kebetulan Jay datang,dia tegur la.” ”Tak pasal-pasal kena tumbuk.”Kak Rara bercerita sambil menahan gelak.Mungkin dia pun puas hati dapat lempang aku.Macam mana aku boleh tertidur,mengingau pulak tu.Ni semua mamat mocha dengan akak kebab punya pasal,sampai termimpi-mimpi aku..puiii

Ramai berkerumun melihat kejadian tersebut.Malunya,macam nak masuk bawah meja.Tak mampu aku nak tengok mata Jay yang lebam hasil dari tumbukan padu aku.Jay pun dapat mc 3 hari.Lepas kejadian tu,adalah dalam 2 minggu jugak Jay takut nak dekat dengan aku.Bos aku pulak asyik peril-perli baik dengan aku.Kadang-kadang nak panggil aku,dia terpanggil mocha.Adoii,kalau la bukan sebab dia bos aku,mesti dah lama mata dia lebam macam Jay jugak.Air mocha tetap menghantui aku,aku ingat lepas seminggu orang akan lupa pasal kejadian tu.Tapi tak jugak,sebab hari2 aku akan dengar…Mocha satuuuuuuuuuuuuuu….

1 bulan kemudian……………..

Aku makan dekat café ofis je hari ni.Sibuk sangat.Masa aku tengah suap nasi dengan penuh berselera,Tiba-tiba aku terpandang sorang mamat ni macam kenal..Bila aku tengok betul-betul,terlopong mulut aku,habis keluar semua nasi dengan lauk ayam goreng aku…….
Mamat mocha kembali menyeringai memandang aku... Alaaaaa bukan mimpi ke???????????????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2017 09:34 PM | Show all posts
eh dah habis ke? ,macam ada misteri yg belum diselesaikan lagi je...


seram juga part akak jual kebab tu kata takde orang jual mocha kat area situ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Best la cerpen ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2017 09:51 AM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 23-10-2017 09:34 PM
eh dah habis ke? ,macam ada misteri yg belum diselesaikan lagi je...

eheheh..ni memang cerpen pendek je..mamat mocha kekal misteri.. apa2 pun terima kasih sudi membaca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2017 09:54 AM | Show all posts

Terima kasih.Nanti sudi-sudilah baca cerpen baru sy..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 11:21 AM | Show all posts
kahkahkah mesti nana trauma nak beli mocha lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2017 02:13 PM | Show all posts
shillyshally replied at 24-10-2017 11:21 AM
kahkahkah mesti nana trauma nak beli mocha lagi.

aahahhaa kompom tak minum mocha dah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.082538 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list