CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2571|Reply: 8

DIPERKOSA Enam Lelaki di Dalam Bas , Namun Tiada Siapa Peduli Dan Membiarkan Sah

[Copy link]
Post time 19-10-2017 03:11 PM | Show all posts |Read mode



Baru-baru ini tersebarnya sebuah rakaman video yang menaikkan amarah netizen mengenai seorang gadis dicabul secara terang-terangan, namun tiada seorang pun yang cuba membantu gadis malang itu!

Kejadian yang berlaku di Casablanca, Morocco ini melibatkan enam orang remaja lelaki yang menyerang seorang gadis di dalam bas awam. Mereka telah menarik baju dan seluarnya secara paksa dari tubuh mangsa, lapor World of Buzz.


Rakaman tersebut jelas menunjukkan sekumpulan lelaki cuba meramas payudara mangsa dan menghisapnya, sambil mangsa menjerit meminta pertolongan. Tidak cukup dengan perbuatan itu, remaja lelaki tersebut sempat memakinya dalam bahasa Arab.

Gadis yang berusia 24 tahun berkenaan dilihat menangis dan sedang cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri dari kumpulan lelaki yang jahat itu. Namun baik pemandu bas mahupun penumpang di dalam bas tersebut, seorang pun tidak cuba untuk meleraikan kejadian berkenaan.

Setelah puas bergelut, dia akhirnya terlepas dari serangan lelaki-lelaki itu dan berlari ke hadapan bas dalam keadaan dadanya yang terdedah. Aduhai takkanlah tak ada seorang pun nak tolong!

Apabila disoal, syarikat bas berkenaan membela pemandu bas mereka dengan mengatakan rakaman yang tersebar itu ‘terlalu pendek’ dan ‘hanya berdurasi seminit sahaja’. Maka mereka tidak boleh membuktikan sama ada pemandu bas tersebut ada membantu gadis berkenaan selepas itu ataupun tidak.

Sungguhpun kebanyakan netizen mengecam kejadian berkenaan, masih ada segelintir individu yang menyalahkan gadis tersebut kerana tidak menutup aurat.

“Dia yang memprovokasi para lelaki dengan pakaian yang tidak sopan,” komen salah seorang netizen.

“Saya mengecam tindakan berkenaan namun pakailah pakaian sopan. Gadis ini begitu mudah untuk dibogelkan,” kata seorang lagi pengguna Facebook.

Sungguhpun dia tak tutup aurat, wajar ke lelaki tu buat macam tu? Hish!

Menurut laporan The Independent, dua daripada tiga wanita di Morocco mengaku mereka pernah menjadi mangsa gangguan fizikal, psikologi, seksual dan ekonomi di negara itu.

Sementara itu, pihak berkuasa Morocco telah menangkap enam orang lelaki yang berusia antara 15 hingga 17 atas “cubaan mencabul wanita”.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 03:51 PM | Show all posts
PUak puak lobai, last2 salah perempuan tu jugak kan walau diperlaku begitu sekali. Penghuni syurgawi  sangat perangai.!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 04:22 PM | Show all posts
perangai macam babi
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Penakutnya org awam yg biar je
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 05:46 PM | Show all posts
hmmmm... pakai lah elok2 sikit
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 05:53 PM | Show all posts
giler naik bas awam pun tk selamat...dh tu yg lain tu jdi tukang tonton jelh... melampau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2017 06:30 PM | Show all posts
apa la puaka sgt perangai tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa perangai sakai mcm org x betamadun pakai cawat? So apa hukuman kt jahanam ni semua?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2017 12:53 AM | Show all posts
Patut bawak pistol je gi mana mana kalau gini caranya org kat sana..kurang kurang pun pisau rambo.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.121588 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list