CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: pendeta

Benarkah orang Viking memeluk agama Islam?

[Copy link]
Post time 24-10-2017 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 24-10-2017 03:33 PM

Viking ni salah satu suku Jerman atau popular disebut sebagai Germanic.

Dikatakan di UK dulu pernah berdiri sebuah kerajaan Islam sebelum pembentukan monarki Britain pada tahun 900 AD.

Dan sebelum itu 2 suku Jerman yang paling kuat iaitu Anglo dan Saxon menyerang,menawan dan menduduki sebahagian dari UK.

Adakah suku Anglo dan Saxon ini juga memeluk Islam sepertimana puak Viking dan mendirikan kerajaan Islam di UK?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2017 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam sejarah pernah berlaku peperangan di antara orang Celtic dan Germanic.

Orang Celtic yang mostly terlibat adalah dari suku Britton.boleh tengok dalam filem transformer the last knight.

Adakah pada masa itu telah berlaku peperangan salib diantara orang Celtic yang bersekutu dengan orang Rom menentang orang Germanic yang telah memeluk Islam?

Dan adakah ini yang menjadi punca berlakunya Perang Dunia 1 dan 2? Iaitu perancangan halus musuh-musuh Islam untuk menghancurkan orang Germanic?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 24-10-2017 04:19 PM

Adakah satu kebetulan bahawa bermulanya kekecohan di Eropah setelah orang Rom atau Italic ini mula menyerang dan menawan orang Celtic dan kemudiannya menggunakan orang Celtic ini bagi menyerang dan menakluk tanah-tanah orang Germanic sehingga memaksa orang Germanic ini mara melepasi sungai DANUBE dan RHINE?

Sungai Danube dan Rhine sehingga ke hari ini adalah sempadan semulajadi yang memisahkan diantara wilayah Celtic dan Germanic.

Manakala pergunungan Alps adalah sempadan semulajadi yang memisahkan diantara wilayah Italic (Rom) dan Germanic
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 24-10-2017 04:20 PM

Kemaraan orang Germanic ke barat dan selatan sungai Rhine dan Danube bagi menghadapi ancaman dari orang Celtic dan Italic (Rom) menyebabkan orang Slavic mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh orang Germanic dan suku Pols yang merupakan salah satu suku Slavic ini mendirikan negara Poland yang wujud sehingga ke hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungai Danube

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergunungan Alps

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2017 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungai Rhine

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 04:30 PM | Show all posts
haritu dah jawab kot

influence of arab culture

bukan islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2017 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Peta dari kerajaan Rom pada awal abad ke-2 Masihi menunjukkan kedudukan suku-suku Germanic di sepanjang Sungai Rhine.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 25-10-2017 09:37 PM

Pertembungan diantara orang Germanic dan Tamadun Islam.

Pada abad ke-5 Masihi, kekuatan Empayar Rom (Italic) semakin melemah dan ini telah membuka peluang kepada suku-suku Germanic untuk berhijrah ke serata pelusuk Eropah.

Antara suku Germanic yang berjaya membina kerajaan pertama orang Germanic adalah suku Goth atau Gothic.Suku Goth ini terbahagi kepada 2 keluarga iaitu Visigoth dan Ostrogoth.

Suku Visigoth ini kemudiannya berhijrah ke semenanjung Iberia yang didiami oleh orang Hispanic (Sepanyol) dan Celtic (Portugal).Suku ini kemudiannya mendirikan kerajaan mereka disana pada tahun 418 Masihi.Manakala suku Ostrogoth mendirikan kerajaan mereka di semenanjung Itali pada tahun 493 Masihi.

Pada tahun 711 Masihi Gabenor Mesir, Musa Bin Nusair telah menghantar angkatan tentera Islam seramai 7000 orang yang diketuai oleh Thariq Bin Ziyad  bagi melakukan tugas pengintipan terhadap kekuatan tentera kerajaan Visigoth setelah seorang pembesar Visigoth meminta Khilafah Umayyah menjatuhkan kerajaan itu yang dikatakan zalim.

Kerajaan Visigoth dimusnahkan sepenuhnya pada tahun 720 Masihi dalam peperangan yang melibatkan 40,000 tentera Islam menentang 100,000 tentera Gothic dan kemenangan ini telah membuka peluang kepada tersebarnya agama Islam dikalangan orang-orang Germanic (Gothic),Hispanic dan Celtic.

Suku Viking hanya muncul sekitar tahun 790 Masihi apabila mereka mula menyerang negara-negara orang Celtic seperti Scottish (Scotland), Irish (Ireland) dan Perancis.

Pada waktu ini mereka juga menyerang suku-suku Germanic yang lain yang telah hidup secara bertamadun seperti suku Anglo dan Saxon yang kemudiannya dikenali sebagai orang English (England).

Suku Viking ini digeruni kerana mereka mampu menewaskan 3 suku Germanic yang paling kuat yang telah berjaya mengekang kemaraan Rom (Italic) 450 tahun sebelum itu iaitu Anglo, Saxon dan Jute.

Tentera Islam pada ketika itu berjaya mara  sehingga ke selatan wilayah Perancis manakala Viking pula menyerang Perancis dari utara.

Di sinilah titik pertemuan paling hampir diantara orang Viking dengan tamadun Islam  dengan mengambil kira faktor yang kedua-dua pihak merupakan para pedagang yang aktif di Eropah dan menjadikan Andalusia sebagai tempat pertemuan dan perdagangan.


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 24-10-2017 08:48 PM

Viking menyerang Semenanjung Iberia yang berada dibawah kuasa Empayar Umayyah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 25-10-2017 06:43 PM

'Ali' yang namanya tertera di samping kalimah Allah pada pakaian orang Viking itu berkemungkinan merujuk kepada Ali ibn Hammud al-Nasir, Khalifah pertama dari Dinasti Hammudid yang berpusat di Cordova memerintah dari tahun 1016-1018 Masihi.

Dinasti Hammudid mengambil alih pemerintahan di Andalusia dari tangan Dinasti Umayyah dari tahun 1016-1023 Masihi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 25-10-2017 07:58 PM

Sekiranya ingin mengaitkan 'Ali' itu dengan Syiah, maka yang paling hampir sekali adalah khalifah-khalifah dari Dinasti Fatimiyyah yang bermazhab Syiah iaitu Khalifah Ke-6, Khalifah Abu ‘Ali al-Mansur al-Hakim bi-Amr Allah (996M – 1021 M) dan Khalifah Ke-7, Khalifah Abu’l-Hasan ‘Ali al-Zahir li-I’zaz Din Allah (1021 M – 1036 M).
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 25-10-2017 09:31 PM

Pada tahun 921 Masihi, Khalifah Ke-18 Dinasti Abbasiyyah iaitu Khalifah Al-Muqtadir Billah (tahun 296-320 H/908-932 M) telah mengirimkan Ibnu Fadhlan ke perbatasan Sungai Volga atas permintaan raja Volga Bulgaria yang meminta supaya dibawa orang yang boleh mengajar baginda dan rakyatnya untuk bersolat setelah raja itu memeluk agama Islam.

Suku Volga Bulgaria adalah dari bangsa Slavic.oleh kerana tiada persengketaan diantara orang Slavic dengan orang Germanic, maka Suku Viking menjadi rakan dagang kepada Suku Volga Bulgaria.Dengan kemasukan suku Volga Bulgaria ke dalam agama Islam, maka berlakulah pertemuan diantara Viking dengan tamadun Islam di Bholga, ibu negara Volga Bulgaria.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 02:04 PM | Show all posts
mungkin ada benarnya sbb banyak sejarah telah cuba dihapuskan barat
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 02:05 PM | Show all posts
selagi dapat sellidik selidiklah kebenaran..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.199450 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list