CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1500|Reply: 5

[Tempatan] Balaci DAP mahu Komunis (Mat Indera) diakui pejuang kemerdekaan!- Rejimen Askar

[Copy link]
Post time 19-10-2017 06:57 PM | Show all posts |Read mode
Mat Sabu mahu Mat Indera diakui pejuang kemerdekaanFMT Reporters
|October 19, 2017
Mat Sabu bersyukur selepas 6 tahun, akhirnya beliau bebas daripada tuduhan memfitnah berkaitan insiden Bukit Kepong pada 1950.


PETALING JAYA: Selepas dibebaskan daripada 2 pertuduhan memfitnah berkaitan insiden Bukit Kepong pada 1950, Presiden Amanah, Mohamad Sabu hari ini terus menyeru masyarakat mengakui Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bersyukur kes yang berlarutan selama 6 tahun itu akhirnya selesai.
“Saya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah di atas keputusan yang dibuat hakim hari ini.

“Pertarungan yang berlangsung 6 tahun akhirnya berakhir pagi tadi dengan keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan pendakwa.
“Maka, kita akui sejarah yang ditulis termasuk oleh kerajaan negeri Johor yang Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan,” kata Mat Sabu dalam satu kenyataan petang ini.
Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar, pada 23 Februari 1950.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan, iaitu memfitnah 3 anggota polis – Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat sama.


Mat Sabu, 61, didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos 2011.

Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Mat Sabu di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri.

Hari ini, 3 panel hakim yang diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan kerana mendapati tiada sebab untuk menyimpang daripada alasan Mahkamah Tinggi yang pertuduhan ke atas Mat Sabu adalah cacat.

Mat Sabu berkata, kemerdekaan negara bukan hanya diperjuangkan pemimpin Umno seperti Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar.
“Malah, saya mengatakan ia juga diperjuangkan tokoh masyarakat, termasuk Dr Burhanuddin al-Helmy, Ibrahim Yaakob, Datuk Ahmad Boestamam, Abu Bakar al-Baqir dan ramai lagi, termasuk Mat Indera yang saya sebut pada satu ceramah di Padang Menora, Pulau Pinang, 6 tahun lalu.”
Beliau turut mempertikaikan tindakan menyanjung pegawai British sebagai pejuang kemerdekaan, tetapi melabelkan mereka yang melawan British sebagai pengganas dalam ceramah pada 2011 itu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2017 06:59 PM | Show all posts
penyokong DAP dan pro komunis adalah dimohon untuk beri sepatah dua kata
@dodolgemok @dizzzek @pulauturtle @pyropura

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2017 07:03 PM | Show all posts
hooray..dah naik jadi junior
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2017 12:16 PM | Show all posts
krik..krik...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Melawan british kepala butoh apa lagi kalo british dah setuju bagi kemerdekaan ? Menentang kapitalisma dengan menentang british pun pak dungu balaci macam mat sabu tak tau beza
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Abam mat komen la sikit ssbagai Msnteri Pertahanan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.061551 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list