CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 892|Reply: 15

[Tempatan] Dulu lemah lembut, budi bahasa. Sekarang kes wanita jadi ganas meningkat

  [Copy link]
Post time 19-10-2017 11:20 PM | Show all posts |Read mode


SETIAP kali membaca be­rita mengenai kes buli atau keganasan yang melibatkan pelaku wanita, sukar untuk saya mempercayainya kerana golo­ngan wanita dikenali dengan sikap lemah lembut dan berbudi bahasa.

Namun, sejak kebelakangan ini berita mengenai penglibatan golongan wanita dalam keganasan termasuk keganasan rumah tangga dan buli semakin menjadi-jadi, bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi juga dalam institusi keluarga.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden berdarah apabila seorang isteri berusia 17 tahun didakwa menikam suaminya sehingga mati akibat perasaan cemburu.

Dilaporkan kejadian pada pukul 1.45 tengah hari di sebuah rumah teres di Sungai Abong, Muar itu bermula dengan pertengkaran suami isteri yang baru berkahwin enam bulan sebelum suspek menikam mangsa yang berusia 28 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman (PDRM) Asisten Komisioner Ong Chin Lan pada bulan lepas turut mendedahkan terdapat peningkatan dalam kes penderaan suami setiap tahun daripada 37 kes pada 2015 ­meningkat kepada 54 kes pada 2016.

Sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini, sebanyak 28 kes sudah dilaporkan. Walaupun peratusannya jauh lebih kecil berbanding penderaan ke atas wanita, namun kita harus merasa bimbang kerana jumlahnya ­meningkat setiap tahun.

Antara punca isteri mendera suami adalah disebabkan perbuatan curang, perselisihan faham, masalah kewangan, isu anak, cemburu, campur tangan mentua, mabuk dan dadah.

Statistik polis menunjukkan kebanyakan kes berlaku pada pasangan muda yang berusia 26 hingga 45 tahun, yang mana sedang dalam peringkat penyesu­aian di antara pasangan. Apabila mereka mempunyai anak, masalah makin meningkat akibat bebanan tugas dan tekanan kewangan.

Kejadian buli melibatkan pelajar perempuan juga sering menjadi tajuk utama akhbar apabila perlakuan ganas tersebut menjadi tular dalam media sosial.

Pada 29 Julai, seorang pelajar perempuan dilaporkan dibuli sekumpulan pelajar perempuan lain yang dipercayai berlaku di kawasan padang sebuah sekolah menengah di Kunak, Sabah.

Rakaman yang tersebar di laman sosial memaparkan sekumpulan pelajar perempuan menyerang dan memukul mangsa tersebut dan tindakan mereka itu menimbulkan rasa kurang senang masyarakat, khususnya netizen.

Pada 22 Februari, seorang pelajar perempuan tingkatan satu di Petaling Jaya terpaksa menerima empat jahitan pada kepala apabila dipercayai dibelasah sekumpulan pelajar tingkatan tiga. Menurut mangsa, Puteri Aleeya Maisarah Mohd. Syukri, 13, kejadian berlaku selepas waktu sekolah kira-kira pukul 2.30 petang.

Pada 13 Februari pula, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah menengah di Pokok Sena, Kedah mendakwa menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar perempuan sekolah yang sama sejak hampir setahun lalu.

Mangsa Nur Fatihah Alia Md. Lazim, membuat laporan polis Balai Polis Pokok Sena selepas dikatakan dibuli sekali lagi oleh tujuh pelajar perempuan di kawasan letak motosikal sekolah kira-kira pukul 2.15 petang.

Kes-kes yang melibatkan pelajar perempuan ini amat membimbangkan kerana ia menggambarkan betapa seriusnya perlakuan ganas dalam kalangan masyarakat sehingga melibatkan pelaku daripada segenap lapisan masyarakat. Kita perlu ingat bahawa generasi muda tersebut akan membesar dengan tingkah laku ganas jika kelakuan negatif ini tidak ditangani segera.

Pada pandangan saya, apa yang dapat kita lihat pada masa ini adalah akibat kegagalan kita menangani gejala negatif yang melanda golongan muda, ter­utamanya dalam tempoh sedekad lalu. Masalah dadah, mat rempit, bohsia dan pembuangan bayi yang dihadapi suatu ketika dulu masih berterusan dan ada yang membesar dengan sikap negatif yang dibawa bersama mereka.

Jika diperhatikan gaya percakapan remaja dan pelajar pada masa ini, ramai telah bertukar menjadi kasar termasuk dalam kalangan pelajar perempuan. Sikap saling menghormati juga semakin terhakis malahan ramai yang tidak lagi mengucapkan terima kasih atau memohon maaf dalam situasi yang sepatutnya.

Saya sangat berharap pihak kerajaan dapat mencari penyelesaian berkesan dan berkekalan untuk mengatasi perlakuan ganas dalam kalangan masyarakat.

Jika kerajaan boleh menubuhkan makmal khas untuk mencari penyelesaian pelbagai isu lain, sudah tentu pendekatan yang sama juga boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang menghantui kita pada masa ini.

Untuk menjayakan makmal khas ini kerajaan perlu menggembleng tenaga dan kepakaran pelbagai pihak termasuk ahli akademik, pakar psikiatri, pertubuhan bukan kerajaan dan juga pakar kanak-kanak dan keluarga. Langkah ini amat penting kerana tidak ada gunanya kita menjadi negara maju namun rakyatnya dibelenggu gejala keganasan.

Setiap anggota masyarakat juga harus melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi mewujudkan masyarakat pe­nyayang agar negara kekal aman makmur dan damai selaras de­ngan gagasan Transformasi Nasional 2050. Jika kita tidak me­ngorak langkah sekarang, saya bimbang keseluruhan masyarakat akan pincang dan rebah menyembah bumi.

TAN SRI LEE LAM THYE ialah Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Blame the parenting
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka je dgn pompuan garang2 ni..diorg tegas dan ada prinsip
Lemas akak tgk stok2 pompuan lemah gemalai gedik manja.. Dah le lembap.bila kene tindas sket2 nak nangis meratap sendu. Bangang lak tuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:12 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 20-10-2017 12:07 AM
Aku suka je dgn pompuan garang2 ni..diorg tegas dan ada prinsip
Lemas akak tgk stok2 pompuan lemah  ...

Yup. Saya pun suka wanita yang tegas dan berprinsip. Tapi bukan yang garang la...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 20-10-2017 12:07 AM
Aku suka je dgn pompuan garang2 ni..diorg tegas dan ada prinsip
Lemas akak tgk stok2 pompuan lemah  ...

Garang lain kak..pembuli lain kak...garang bertempat xpe,jgn garang smpai bwk jd samseng bajet2 gengster sudah ler..garang utk lindungi diri pd sy mmg diperlukan cause I've been there..my senior nak buli sy tp lil did they know my real nature..mmg kena sound setepek..

Tp skrg kes pembuli,samseng wanita..y tu kena basmi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembuli or samseng wanita biasanya penakut terbesar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2017 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
seronok tengok kes akak kepam berebut parking kat ktm tu. how entertaining.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:20 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 20-10-2017 12:07 AM
Aku suka je dgn pompuan garang2 ni..diorg tegas dan ada prinsip
Lemas akak tgk stok2 pompuan lemah  ...

aku pun suka pompuan camni tapi org sekarang lagi suka pompuan gediks2... ikut aje apa org cakap...

bila pompuan garang orang lain menyampah plak...lepas tu kalau pompuan tu blum kawen macam2ler orang sekeliling dia labelkan pompuan tu macam2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
and sekarang ramai perempuan jadi pembuli jalan raya. drive mcm haram. bawak myvi, suka buli pakcik2 and fellow female drivers yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab.. perempuan nowadays banyak pikul tanggungjawab. Nafkah yang sepatutnya suami/lelaki provide untuk isteri punnn isteri terpaksa pikul. Ada yang kena share 50-50, tak kurang juga share 70-30.. or even 100%

I sokong perempuan yang ada pendirian. I tak suka perempuan yang lembik mcm marshmallows..

cuma nak garang tu boleh tapi biarlah bertempat. Kalau nampak i sound orang dlm porem, sebab i rasa orang tu menghina. Kutuk dengan hina berbeza.. i can tolerate with almost everything tapi tak boleh tolerate dgn penghinaan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 01:08 AM | Show all posts
tgk jelah yg menggelupur naik tren lrt mrt bas rapid sampai berasak asak potong q bagai cambabi tu..majoriti pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Garang mulut jek..letak diorg dalam hutan sorg2 nak tengok garang tk garang
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 08:26 AM | Show all posts
Garang & kurang ajar tu adalah benda yg berbeza..ramai perempuan zaman sekarang nie adalah dlm kategori kurang ajar. sekian
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 08:29 AM | Show all posts
sebab batang sekarang pemalas, pengotor, hanya tahu rempit dan ngesek
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 08:32 AM | Show all posts
keganasan wanita bermula mengikut kategori2 di bawah:

28-34 tahun - andartu junior

35-39 tahun - andartu senior

40 tahun keatas - andartu forever

sekian, harap maklum.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:10 AM | Show all posts
wanita dgn laki sama je ganas

cuma skrg ada tepon senang viral aja

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.084084 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list