CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1093|Reply: 15

[Tempatan] Phone scammers : Lagi akauntan (experience accountant dah 27 tahun) hangus RM500

  [Copy link]
Post time 19-10-2017 11:25 PM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN - Seorang akauntan lelaki sebuah syarikat swasta di George Town di sini, berputih mata apabila wang RM500,000 hasil simpanannya dalam beberapa akaun bank lesap selepas ditipu individu menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), dipercayai sindiket penipuan 'Macau Scam'.

Mangsa berkata, beliau menerima mesej menerusi telefon bimbitnya daripada pihak yang mengaku sebagai pegawai bank mengatakan kad kreditnya digunakan di sebuah kedai barang kemas berjumlah RM4,299.

"Saya kemudian diminta membuat panggilan ke satu nombor sekiranya tidak melakukan transaksi itu dan kemudian bercakap dengan seorang wanita memaklumkan saya berhutang RM7,900.45 atas kad kredit Visa Platinium CIMB Bank yang didaftarkan atas nama saya pada 25 Ogos lepas.

"Wanita itu memaklumkan kemungkinan nama saya disalah guna oleh orang lain dan dia juga meminta untuk menghubungi BNM di satu nombor yang diberikan untuk siasatan pihak berkenaan (BNM)," katanya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan Awam MCA Pulau Pinang, di sini hari ini.

Mangsa yang berkhidmat sebagai akauntan sejak 27 tahun lepas berkata, beliau menghubungi nombor diberikan wanita itu dan bercakap dengan seorang lelaki yang memaklumkan dia telah membuat semakan di BNM dan mendapati ada orang menggunakan namanya untuk membuat kad kredit.

Beliau berkata, lelaki yang mendakwa sebagai pegawai BNM itu meminta beliau menutup semua akaun banknya dan memberikan nombor akaun kepada suspek serta memaklumkan pegawai atasan BNM akan menghubunginya.

"Selepas itu, saya terima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa sebagai pegawai BNM, dan meminta saya memindahkan duit simpanan ke akaun kawalan BNM atas nama Looi Kai Weng dan Low Chie Seng menerusi dua akaun bank. Saya membuat sembilan kali pindahan wang daripada akaun Public Bank dan Hong Leong Bank milik saya," katanya.

Beliau berkata, pegawai yang mendakwa daripada BNM itu memaklumkan buku akaun kawalan BNM dan butiran laporan kes akan diserahkan kepadanya pada keesokan hari, selepas semua urusan selesai namun sehingga kini beliau tidak menerima sebarang dokumen tersebut.

"Selepas mendapati tidak menerima sebarang maklum balas, saya rasa curiga dan tertipu serta membuat laporan polis dan laporan kepada BNM berhubung perkara itu. Saya langsung tidak menyangka akan ditipu kerana percayakan kepada lelaki yang mendakwa sebagai pegawai BNM itu.

"Lagi pun berdasarkan pengalaman seorang pelanggan saya pernah mengalami perkara yang sama iaitu identitinya digunakan orang lain untuk membuat kad kredit. Dia melalui proses yang sama namun tidak ditipu sebaliknya berjaya menyelesaikan masalah kad kredit yang digunakan atas namanya.

"Sebab itu saya percaya, lagi pun sindiket itu memberi butiran lengkap termasuk nombor laporan kes saya," katanya. - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Astagaaaaa setengah juta hard earned money ko lesap camtu ja! Ai sangat simpati!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg... Isu ni kan dah banyak keluar kat news. Macam mana boleh si mangsa ni tak tau. Anyway i feel sorry gak dengan dia. Memang sialan betul scammer2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik dia ngaku salah sendiri... kot ckp kena pukau hempuk kan aje.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
aigoo setengah juta tu! sejak kes2 mcm ni, bila ada bank call je cakap pasal insurans sekalipun i memang tanya macam2 balik kat dia lepas tu google nombor phone tu.  
awang hitam lainlah, senang je i patahkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:35 AM | Show all posts

Kadang pelik juga isu ni berpuluh kali dah keluar dalm news yet ada jugak yang terpedaya. Mcm juga golongan senior di US ni .. mudah terpedaya bila dpt email spamer Nigeria. Lepas tu masuk tv menangis nangis. Kadang nak jer ku padan kan muka dia orang ni!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2017 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
dapat call mcm ni elok dicarut je. usah nak layan.buang mase je
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:40 AM | Show all posts
Duit setengah juta hangus macam tuh jerk...

Apa kaitan kredit card dan tutup akaun kat bank???  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 03:26 AM | Show all posts
Mcm2 jenis scam sekrg ni...yg latest iol dpt email drpd apple yg my account akan didelete based on my request...eh bila pulak kita request kan...arahan dlm email suruh iol click link yg dia bagi...bila iol click, redirect ke apple login page...mcm real je tp bila iol click apa2 icon atau link kt page tu semua x function...yg berfungsi login dan password tabs je....nyata la penipu

Pastu dpt jugak email dgn invoice iphone 8...ipadahal iol x beli pun...nvoice tu real tp iol nk tgk kot2 my cc kena caj ke...takde pun so scammer punya kerja la tu

So hati2 la mcm2 cara org nk tarik duit kita zaman ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai dah aku jumpa accountant yg kedekut amat
Padan muka la
Duit hilang ats kebodohan sdr
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 08:09 AM | Show all posts
Megikari replied at 19-10-2017 11:40 PM
Omg... Isu ni kan dah banyak keluar kat news. Macam mana boleh si mangsa ni tak tau. Anyway i feel s ...

Akauntan ni duduk dalam gua kot sis. Tak tau apa tu scammer. Tapi kan takkan la si akauntan ni bodoh sgt nak transfer duit suka2 atas  nama individu yg tak dikenali.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:09 AM | Show all posts
msti akauntan lurus bendul ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:22 AM | Show all posts
akauntan jenis tak bercampur dengan orang
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoiiii... ada ke bank suh wat transaksi ke acc org lain? Dr situ dh nmpk mnipunya.. pastu elok dia PERGI bank utk tranfer duit.. awt x buat repot skali?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:04 PM | Show all posts
Sebab tu kena ambil tahu isu semasa nak2 isu penipuan macam ni yang kerap kali dilapurkan di media massa supaya tak mudah tertipu dengan cara mereka ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:11 PM | Show all posts
EJALTI replied at 20-10-2017 12:40 AM
Duit setengah juta hangus macam tuh jerk...

Apa kaitan kredit card dan tutup akaun kat ban ...

aaa....masa baca tadi aku pun terfikir juga..apakaitan kah ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.091271 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list