CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1207|Reply: 12

[Tempatan] Isu beg sekolah berat: pekeliling dah edar tahun 2001. Penguatkuasaan totally OU

[Copy link]
Post time 19-10-2017 11:29 PM | Show all posts |Read mode
AF untuk murid darjah satu
Abdul Jalil Ali
19 Oktober 2017


MASIH ingat program hiburan Akademi Fantasia (AF)? Saya agak program realiti TV yang amat popular itu mesti mengambil ilham daripada realiti hidup budak-budak darjah satu!

Jangan tidak tahu, lama sebelum program tersebut ditayangkan secara live di skrin TV, beribu-ribu murid sekolah rendah seluruh negara sudah melalui acara serupa.

Berbeza dengan program TV yang hanya dilalui peserta pada musim tertentu, 'Akademi Fantasia’ dilalui oleh murid sekolah rendah, setiap hari, sepanjang tahun persekolahan.

Seperti yang diketahui AF di TV dipenuhi dengan suasana hiburan yang meriah – peserta membawakan lagu-lagu merdu, dengan gaya dan gedik-gedik mempesona. Siapa yang mendapat undi terbanyak, menerusi SMS, akan bertanding lagi di minggu seterusnya.

Mana-mana peserta yang tidak menerima undian secukupnya, dengan lemah longlai, dan mengalirkan air mata, akan terpaksa meninggalkan program... sambil menarik beg pakaian.

Acara menarik beg itulah yang saya agak diilhamkan daripada murid-murid sekolah rendah kita!

Bayangkan kanak-kanak seawal usia enam atau tujuh tahun, terpaksa mengheret beg berat. Dalam sesetengah kes, beg sekolah sama besar dengan tubuh murid.

Datuk Seri Mahdzir Khalid sendiri mengakui tidak ada sebab murid sekolah rendah terpaksa menggalas beg yang terlalu berat, lapan hingga 10 kilogram.

Kata Menteri Pendidikan itu, seperti yang dilaporkan media: “Saya akan semak perkara ini dan suruh PIBG timbang betul-betul buku yang dibawa murid...”

Saya harap Mahdzir sungguh-sungguh dalam hal ini. Isu beg berat ini sudah disedari – dan soksek-soksek – sejak sekian lama, tetapi macam tidak ada penyelesaian.

Memang kelakar. Menteri sudah bertukar menteri, peraturan sudah ada, tetapi setiap tahun ibu bapa terus mengeluh melihat anak kecil mereka membawa beg besar lagi berat ke sekolah, macam beg hendak menunaikan umrah.

Pada hal puncanya telah lama dikenal pasti, iaitu lebih muatan sebab murid-murid terpaksa membawa sekian banyak buku kerja tambahan yang tidak pun diperlukan.

Kalau ikut kata menteri, buku teks yang disediakan kementerian untuk pembelajaran murid sudah memadai dan mereka tidak sepatutnya dibebani dengan lebihan buku untuk belajar.

Malah, sudah ada pekeliling dikeluarkan sejak 17 tahun lalu – ulang sekali lagi: sejak 17 tahun lalu! – melarang pihak sekolah mencadangkan @ memaksa murid membeli buku kerja tambahan.

Baru sekarang kementerian berkata, mulai tahun hadapan, akan mengetatkan peraturan seperti termaktub dalam pekeliling yang telah diedarkan setiap sekolah sejak 1 Januari 2001 itu.

Apa sebenarnya muslihat di sebalik kegagalan mematuhi pekeliling tersebut. Kenapa hampir dua dekat pekeliling kementerian itu tidak dipedulikan?

Cukup-cukuplah murid sekolah rendah kita menggalas dan mengheret beg AF atau beg umrah. Pasti ibu bapa lega dengan apa yang dijamin oleh menteri.

Tetapi ada juga sesetengah ibu bapa yang memang suka membeli sebanyak mungkin buku kerja untuk anak mereka. Itu hak mereka.

Apa yang penting pengetua atau guru besar tidak memaksa mana-mana murid membeli buku-buku tambahan tertentu konon untuk meningkatkan kemahiran murid. Memadailah dengan buku teks.

Memang ada ibu bapa yang setiap hari memantau anak-anak supaya menyiapkan sekian banyak kerja rumah menggunakan pelbagai buku kerja untuk setiap subjek.

Tidak cukup dengan buku kerja, mereka menghantar pula anak-anak ke kelas tambahan. Ada juga yang membayar guru khas datang ke rumah mengajar anak-anak sekolah rendah.

Pagi belajar di sekolah, petang hantar anak tuisyen, malam ada pula guru khas datang memberi kelas tambahan. Semua dilakukan ibu bapa untuk memastikan anak mereka dapat semua A dalam peperiksaan.

Maaf cakap, secara peribadi saya tidak nampak apa perlunya semua A – hatta 20 A – untuk murid sekolah rendah? Apakah itu jaminan mereka akan menjadi doktor, jurutera, peguam atau angkasawan?

Sepatah kata Mahadzir: “Semua hendak diberi, letihlah mereka dan boleh ‘meletup’. Bagilah murid seronok datang ke sekolah, tapi kalau buku pun sudah lapan kilogram, macam mana hendak seronok?”

Maka teringat zaman saya sekolah rendah lebih setengah abad dulu. Hanya ada satu dua buku teks. Satu yang saya masih ingat ialah subjek Sains yang dulu disebut Ilmu Kejadian. Ada gambar rama-rama, ikan, pokok, matahari.

Kerja rumah tidak ada buku tambahan, hanya apa yang diberi oleh cikgu kelas. Emak dan abah pun hanya nasihat: “Engkau nak berkubang kat parit, pastikan kerja sekolah dah siap...”

Agaknya sebab itu saya hanya jadi wartawan, tidak doktor, atau angkasawan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayangkan la budak2 kecik yang badan masih halus ni pikul beg yang beratnya almost 8kg naik tangga, ada yang sampai ke tingkat 4 setiap hari. Memang ada sekolah yang tamak suruh student beli macam2 buku latihan sebab nak dapatkan komisen dari pembekal buku ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:33 AM | Show all posts

Bukan ke minggu lepas sudah ada thread membincangkan pasal buku sekolah dan buku latihan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 08:14 AM | Show all posts
Megikari replied at 19-10-2017 11:45 PM
Bayangkan la budak2 kecik yang badan masih halus ni pikul beg yang beratnya almost 8kg naik tangga,  ...

Mmg hanat sangat pi sekolah bawa beg berat. Iols dulu pi sekolah beg mmg berat gila kayuh basikal. Masa bdk2 tulang lembut lg. akibatnya sampai sekrang i jd bongkok bila berjalan n berdiri.  Sekolah patut provide loker la simpan buku. Just bawa balik homework je dah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2017 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni pendedahan ttg surat pekeliling yg sebenarnya dh lama ada
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 08:57 AM | Show all posts
Aku pernah timbang beg sekolah masa form 4... dekat 9 kilo (termasuk buku yang kena bawak kat tangan. Buku teks bawak, revision book pon bawak sebab cikgu cakap buku teks x cukup (untuk subjek Fizik & Kimia).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2017 09:12 AM | Show all posts
isu buku teks ni dah jadi bahan sembang wakaf jek

tiap tahun sembang tapi semua kelautan dalam.cikgu tetap hadap suruh pelajar bawak buku teks.

aku rasa sekolah kena sediakan loker untuk student sumbat semua buku teks.Tak perlu pikul pergi balik setiap hari.berat weiiiii

tapi bila bila sekolah sedia loker tak sampai sebulan mesti rosak sebab budak budak sekolah kat malaysia ni terutama sekolah major melayu suka vandal harta sekolah.Sikap level tapak kaki je.Mcam takde otak.Sadisssss

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:27 AM | Show all posts
Berat dgn buku teks ke dgn buku kerja...
Buku teks tu sekolah yg bagi. Buku kerja kena beli.
Aku cukup sinis dalam hal ini dan aku tak pikir PIBG memainkan peranan menentukan apa buku yg hendak dibeli. Mana dia org tau apa buku yg baik. Yg tau pihak sekolah yg akan kelaurkan senarai buku yg patut dibayar pada hari pendaftaran.

Apa pulak yg berlaku kat sekolah. Toke2 kedai buku akan approach sekolah dan bagi sample.
Guru matapelajaran boleh pilih, tp tetap tertakluk kepada arahan guru besar utk beli kat mana.
Kalau kamu pergi ke kedai buku dan mempunyai kad ahli, kamu dah layak utk dapat  diskaun 10%.
Bayangkan utk sebuah sekolah yg mempunyai 1000 pelajar dan dikehendaki membayar senarai berjela-jela utk buku... 10% masyuukkkk ooo.

Kalau kamu bekerja di sebuah syarikat, jika kamu mempunyai volume besar yg hendak dibeli, maka kamu mempunyai kuasa untuk tawar menawar dgn pembekal utk mengurangkan harga. Ini tidak akan berlaku di sekolah.

Ada baiknya ibu bapa diberikan senarai dan diberi pilihan utk membeli sendiri hingga ke satu tarikh yg ditetapkan. Bandingkan harga yg ditawarkan di sekolah dgn harga di kedai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Buku teks satu hal, buku latihan satu hal...mana tak berat beg...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:08 AM | Show all posts
bahaya silap2 blh dpt scoliosis...tulang belakang bengkok..aku suruh anak aku tinggal buku teks or buku yg nak guna everyday kat sekolah je..x payah pikul sana sini..kalau cikgu marah..let me know..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 11:40 AM | Show all posts
maslaahnya zmn ak skolah dlu, cikgu2 kata nk beli x pe x nk beli takpe.

so ak yg ciput ni  x beli lah.

alih2 bila time belajar dia guna buka tambahan yg dijualnya tuh bukan nk guna buku teks atau buku latihan sedia ada. so, ape pulihan aku ade beb?? terpaksa gak beli sb nk study mcm mne plk kalau dah itu buku yg cikgu duk guna?

tlg la cikgu2 wei jgn nyusahkan anak  murid mcm nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 11:47 AM | Show all posts
sejujurya...  especailly mase sekolah menenngah...

buku teks  xpakai sgt pun...  yg pakai subject math  itu pun utk latihan kerja...

lpas tu suma cikgu explian kat papan itam..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 11:49 AM | Show all posts
zaman dulu2 buku latihan tu tak wajib pun. wajib tu kalau join tuisyen cikgu suruh beli. tu pun tuisyen cikgu bknnye masa sekolah. tp skrang buku latihan la latih tubi la ape la tu suma dah wajib hokkay.  berdasarkan kata kawan2 aku yg ada anak sekolah rendah. patutnye pendidikan kt malaysia ni free tp sbb dah WAJIB beli cikgu suruh acaner tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.067247 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list