CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3906|Reply: 33

[Tempatan] SKMM arah Lowyat buang laporan kebocoran data terbesar di Malaysia. #29. SKMM se

  [Copy link]
Post time 19-10-2017 11:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 21-10-2017 04:37 AM

SKMM arah Lowyat buang laporan kebocoran data terbesar di M'sia

https://www.malaysiakini.com/news/398833

Hari ini, 11:14 pm      Hari ini, 11:19 pm



Suruhanjaya Komunikasi dan Mulimedia (SKMM) telah mengarahkan Lowyat.net untuk membuang sebuah laporan yang didakwa portal teknologi itu sebagai kebocoran data paling besar dalam sejarah negara.

Selepas kira-kira dua jam selepas laporan berjudul 'Personal data of millions of Malaysians up for sale, sources of breach still unknown' dimuat naik, Lowyat.net membuang kandungan berita itu.

Ia digantikan dengan pesanan berbunyi: "SKMM telah mengarahkan pembuangan artikel ini. Kami masih menunggu kenyataan rasmi daripada mereka."

Lowyat.net, dalam laporan awal berkata ia mendapat maklumat bahawa ada pihak sedang menjual pengkalan data maklumat peribadi milik rakyat Malaysia yang sangat besar.

Portal teknologi itu mendakwa pada peringkat awal, ia sangat ragu-ragu dan menganggap cubaan menjual data peribadi itu sebagai penipuan. Tetapi dakwa portal itu lagi setelah disiasat didapati ia boleh menjadi 'kebocoran data paling besar dalam sejarah Malaysia'.

Antara data untuk dijual itu ialah 50 juta masukan daripada berbagai syarikat telekomunikasi.



Ia berkata data itu termasuklah nama pelanggan, alamat bil, nombor telefon bimbit, nombor kad sim, model telefon bimbit dan nombor kad pengenalan MyKad para pelanggan.

Katanya lagi kecurian data itu dipercayai berlaku diantara tahun 2012 hingga 2015.

Data lain untuk dijual ialah 17 juta aturan maklumat pelanggan daripada portal pekerjaan.

Data itu termasuklah nama calon, nama log masuk, kata kunci, alamat emel, kewarganegaraan, alamat dan nombor telefon bimbit.
Ia menambah data tersebut mungkin didapatkan di antara tahun 2012 ke 2013.

Selain itu, terdapat juga kebocoran data sekitar 62,000 doktor yang didapatkan daripada persatuan perubatan dan 720,000 masukan permohonan pinjaman perumahan.

Data para doktor itu termasuklah nombor MyKad, alamat operasi dan nombot telefon bimbit.

Data pinjaman perumahan mengandungi maklumat seperti nama, nombor MyKad, nombor kontak, alamat emel, status senarai hitam, alamat, pekerjaan, butiran majikan, gaji dan maklumat pasangan.

Malaysiakini telah menghubungi SKMM untuk komen dan sedang menunggu makluman balas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ada telemarketing or gym or spa or sapa2 la call akak nak promo produk@servis,akak akan tanya mana dpt details psl akak
Pastu akak trus letak je fon. Malas nak layan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab data leak tu, berita btul ke tipu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:22 AM | Show all posts
mmg ada pun, data listing owner beli rumah bangunan mana unit mana mmg ada terjual. senang cerita dunia ni tak de privacy kecuali public toilet
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:25 AM | Show all posts
Edited by Vokuro at 20-10-2017 12:28 AM
cmf_premierleag replied at 20-10-2017 12:04 AM
Kalo ada telemarketing or gym or spa or sapa2 la call akak nak promo produk@servis,akak akan tanya m ...

gigih nak angkat sister?
block jah.
akak memang jarang sangat angkat call no tak di kenali. kalau time mood rajin angkat pun kalau dah tahu dari telemarketers terus letak then segera jah block and report as spam kat database google.
kalau akak tak angkat pun, akak google jah no itu, kalau ada report dari telemarketers, terus block jua.
ponsel android kalau well known numbers heshe boleh jah keluar caller dari mana, so dah senang kerja akak nak identify siapa yang call.
in fact kalau sesiapa ada account dengan google dan bagi consent untuk share caller name memang heshe akan display jah kat akak.
recently siapa tah call akak, siapa keluar address heshe lagi. akak pun confuse check call history siap complete dengan address heshe...akak syak delivery guy kot sebab akak angkat call untuk itu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti company yang provide keperluan sistem maklumat utk syarikat2 tu punya staff punya kerja sambil ko upgrade system sambil download aku nak tau sangat bangsa yang buat kerja ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2017 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam macam hal la portal tahap PPRT macam lowyat tuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Laporan itu keluar kerana ada forumer yg offer utk menjual data berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 20-10-2017 12:22 AM
mmg ada pun, data listing owner beli rumah bangunan mana unit mana mmg ada terjual. senang cerita du ...

Public toilet pun kadang2 org letak kamera. Hehe. Risau2 je kdg2 nak gunakan public toilet.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 07:58 AM | Show all posts
Ptt laa akhir2 ni ramai tul call jual insuran...keje org dalam la nihhh..suka2 jual
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 08:08 AM | Show all posts
mmg pon..ritu tetiba lak ada org add msk lam grup wasap cek punya cek rupanya ejen jual umah..mana plak dia dpt no..jilaker betol
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kalau no.kl memg takut nk angkat..tp kdg2 x jwb pun serba salah..mostly aku tau memg nak pomot membeship..dala aku jenis x reti ckp x nak
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 08:43 AM | Show all posts
ell768 replied at 20-10-2017 08:08 AM
mmg pon..ritu tetiba lak ada org add msk lam grup wasap cek punya cek rupanya ejen jual umah..mana p ...

aku pun kena ari tu...terus aku leave grup & block



Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:34 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 20-10-2017 12:04 AM
Kalo ada telemarketing or gym or spa or sapa2 la call akak nak promo produk@servis,akak akan tanya m ...

aku klu ada yg tk kenal pomot nk ckp insuran ke apa, aku ckp ni rumah mayat sekian2.
hang ni waris ka apa?

terus dia letak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2017 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 20-10-2017 12:43 AM
aku pun kena ari tu...terus aku leave grup & block

Iols pun pernah kena....terus block group tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:57 AM | Show all posts
Data leak tu memang ada pun. X semestinya kat lowyat jer. Gigih implement data act protection pun mcm tak berkesan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 11:41 AM | Show all posts
alieyrina replied at 20-10-2017 08:28 AM
Aku kalau no.kl memg takut nk angkat..tp kdg2 x jwb pun serba salah..mostly aku tau memg nak pomot m ...

alaaa...ko ckp mcm bisik2.."saya dalam meeting..call semula..call semula"..pastu ko jgn angkat dah bila no tu naik nanti..kah kah kah...dah beberapa kali saya buat mcm ni....kadang2 saya cakap "saya tengah drive ni"...walhal dok dalam ofis...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 11:58 AM | Show all posts
selalu geng bank yg buat kerja ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:01 PM | Show all posts
hari tu aku dpt call orang offer nak buat loan. pastu aku saja nipu aku cakap aku keje kerani je gaji rm1k.   pastu leh plak caller tu cakap, 'tapi cik ni saya tgk gaji cik tiap2 bulan masuk bank ni sekian sekian ribu'. tergamam jap aku smpi ke situ skali die leh tgk
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:07 PM | Show all posts
Kalau diorg call lepas office hours, mmg aku jawab buat suara ala2 gersang. Confirm dia rimas.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.076453 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list