CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 534|Reply: 1

[Tempatan] Perjuangan Daesh di Malaysia makin rapuh.

[Copy link]
Post time 20-10-2017 03:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-10-2017 11:29 AM





Perjuangan Daesh di Malaysia makin rapuh
Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Perjuangan kumpulan militan yang mempunyai hubungan rapat dengan pengganas Daesh di negara ini, dilihat semakin rapuh susulan dakwaan kematian pemimpinnya, Dr Mahmud Ahmad.


Mahmud yang juga rakyat Malaysia dan antara individu berpengaruh membawa keluar rakyat Malaysia menyertai kumpulan militan di Filipina, dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Marawi, Selatan Filipina malam tadi.

Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIP), Dr Mizan Mohammad Aslam, berkata susulan kematian dua pemimpin kanan Daesh di Filipina, Omarkhayam Maute dan Isnilon Hapilon, yang terbunuh dalam serangan tentera Filipina di Marawi, pada Isnin lalu, secara tidak langsung meletakkan Mahmud antara individu paling berpengaruh mengetuai militan itu.

"Mahmud mempunyai hubungan terus dengan Abu Bakar Al Baghdadi dan mufti besar di Iraq dan Syria. Ini menjadikan perhubungan antara ISIS dan Abu Sayyaf semakin rapat, sekali gus memudahkan Mahmud memperoleh bantuan dan dana merekrut ahli baharu dari negara ini.

"Namun, kematian Mahmud tidak menjejaskan perjuangan Abu Sayyaf. Ada kemungkinan juga kematian Mahmud hanyalah 'wayang' yang biasa dimainkan kumpulan militan untuk mengelirukan pihak berkuasa.
"Situasi seperti ini biasa berlaku dan ini jugalah modus operandi yang biasa dilakukan kumpulan militan dengan menukar identiti dengan kematian palsu," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Tentera Filipina hari ini, melaporkan Mahmud berkemungkinan besar terbunuh dalam pertempuran tengah malam tadi, yang turut mengorbankan 13 pemberontak lain.

Mahmud yang juga bekas pensyarah kanan di Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam di Akademi Pengajian Islam juga dikenali sebagai Abu Handzalah adalah seorang profesor undang-undang Islam.










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Daesh = whipping boys
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.429666 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list