CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2519|Reply: 32

[Jenayah] yg patut mati x mati: 2 maut, 4 cedera ketika ‘uji’ motosikal

[Copy link]
Post time 20-10-2017 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dizzzek at 20-10-2017 12:25 PM

sekalung tahniah diucapkan



KUANTAN 19 Okt. - Tindakan tiga remaja cuba menguji kelajuan motosikal masing-masing membawa padah apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Sungai Koyan-Kuala Medang sebelum Simpang Selinsing di Lipis dekat sini, malam semalam.

Kemalangan kira-kira pukul 10.30 malam itu berlaku apabila salah seorang daripada mereka yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah motosikal lain jenis Honda EX5.

Akibat pertembungan itu, penunggang motosikal Honda EX5 berkenaan, Mohamad Nasrul Mohamad Abdah, 25, dan pemboncengnya, Wahadi Wahadat Rani, 23, maut di tempat kejadian.

Penunggang Yamaha 125Z, Muhamad Hafis Izudin Muzaran, 17, dan pembongceng, Muhamad Hafis Aiman Rosly, 17, pula cedera parah dan dirawat di Hospital Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, dua lagi remaja iaitu penunggang sebuah lagi motosikal jenis Yamaha 125Z, Mohammad Hanaffi Mat Satar, 22, dan penunggang motosikal Honda EX5, Muhamad Naqqiuiman Rosdi, 15, yang turut terlibat dalam kemalangan itu mengalami cedera ringan.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan dua motosikal jenis Honda EX5 dan dua Yamaha 125Z.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa Mohammad Hanaffi, Muhamad Naqqiuiman dan Muhamad Hafis Izudin dalam perjalanan dari pasar malam Sungai Koyan menuju pulang ke rumah masing-masing di Kuala Medang, Lipis,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Azry Akmar, dalam perjalanan pulang itu, mereka dipercayai menguji kelajuan kenderaan masing-masing.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang Muhamad Hafis Izudin memotong dua lagi motosikal sebelum bertembung dengan Mohamad Nasrul Mohamad,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

@shamsadis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by beloomberk at 20-10-2017 03:02 AM

mendapatla. kewujudan kalian pon mnyusahkn pengguna jalan raya yg lain.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:19 AM | Show all posts
bahasa sopan ye..menguji kelajuan.

kenapa xsebut rempit
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, berkurang sket ummah2 bodoh kat muka bumi ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:22 AM | Show all posts
takde keje carik keje....mendapatler...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:23 AM | Show all posts
kesian kat moto EX5 tu kena langgar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2017 09:28 AM | Show all posts
akibat kebodohan korg, org lain yg jadi mangsa, semoga mereput dlm wad tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap yang naik EX5 tu orang lain atau kawan-kawan dia jugak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 09:30 AM | Show all posts
ice_sky92 replied at 20-10-2017 09:29 AM
Jap yang naik EX5 tu orang lain atau kawan-kawan dia jugak?

org lain yg takde kena mengena, yg tu pulak meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:33 AM | Show all posts
kawan aku ckp budak2 125 tu belumba, yg EX5 ni takde kena mengenapun
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 taknak mamp@s...dah beso menyusahkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang dilanggar dan neninggal (motor EX5) tak race kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:25 AM | Show all posts
kesian... tak pasal pasal orang lain jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:30 AM | Show all posts
Tumpang simpati dengan dilanggar sampai meninggal tu. Takziah buat family.

Yang merempit and cedera tu I harap bawak2 la menyesal. Tak pasal2 nyawa orang lain melayang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
nape yang melamggar ni x mampus?
tah budak yang dilanggar tu nak balik jumpa mak ke..adoi la .
adakalanya iols nampak bebudak ni suka buang lampu depan..cm.cibet..iols dah la slalu drive memalam..takajut naseb x mampus kena heatt attack saja
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:57 AM | Show all posts
tahniah..tercapai impian dek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 11:00 AM | Show all posts
betul la apa yang saya faham..

yang 'uji lari laju' tu tak mampos.

yang mati ex5 laluan sebelah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 11:06 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 20-10-2017 09:20 AM
Alhamdulillah, berkurang sket ummah2 bodoh kat muka bumi ni

masalahnya.. yg meninggal org lain yg xbersalah....

depa cedera prah.. tp idup lagi...


Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 11:10 AM | Show all posts
kesian nya penunggang dan pembonceng yang tak bersalah tu...
salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:17 PM | Show all posts
berita baik apanya dijek oiii?????
yang merempit tu tak mampus..
yang meninggal tu tak bersalah pun..


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.071067 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list