CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 689|Reply: 6

[Tempatan] Rakyat tertekan lambakan warga asing, pelarian, PATI plus penyakit berjangkit

  [Copy link]
Post time 20-10-2017 02:24 PM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM - Rakyat negara ini prihatin dan bimbang dengan kebanjiran warga asing dan pelarian di negara ini, terutamanya dari segi keselamatan.

Luahan itu disalurkan di laman web https://bajet2018.najibrazak.com supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat melakukan sesuatu mengenainya.

Satu cadangan oleh Su Teck yang mendapat paling banyak 'like' mencadangkan warga asing  tidak dibenarkan membuka perniagaan di negara ini.

"Kebelakangan ini, kedai runcit atau telefon milik warga asing banyak dibuka di kawasan yang menjadi tumpuan warga tersebut secara tidak langsung menggugat keselamatan penduduk sekitar.

"Selain itu, perniagaan warga ini juga berpotensi menjejaskan perniagaan warga tempatan serta barangan yang dijual mereka ini tidak dipastikan tahap keselamatannya serta terdapat keraguan permohonan lesen perniagaan mereka," tulisnya.

Dalam pada itu, cadangan daripada S Muniandy pula meminta kerajaan melakukan kawalan standard terhadap kemasukan pekerja asing.

"Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri mengambil langkah kawalan kemasukan pekerja asing di mana menetapkan satu standard.

"Kerajaan perlu memastikan pengambilan warga asing dari sebuah negara perlu melalui tapisan keselamatan negara asal dan pemeriksaan yang ketat di Malaysia," cadangnya.

Sementara itu, terdapat cadangan daripada Amar yang mahu kerajaan menghadkan pergerakan pelarian khususnya di Malaysia.

"Saya menggesa kerajaan agar mengetatkan polisi terhadap pergerakan pelarian di sini kerana khuatir mereka terlalu bebas melakukan apa yang diingini di Malaysia," katanya.

Di samping itu, cadangan daripada Ho Ten Fook meminta supaya kenaikan gaji penjawat awam dikaji semula atas sebab keselamatan dan ketelusan.

"Perlu dikaji semula dengan kenaikan gaji setara negara berpendapatan tinggi dengan mutu dan kualiti perkhidmatan bagi mengelakkan kes rasuah berleluasa," cadangnya.

Pembentangan Bajet 2018 dijadualkan pada 27 Oktober ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome rohingya, welcome bangla, welcome indon...taniah ketuanan melayu islam...u all are the best
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang kan kahwin dgn perempuan local.. apa salahnya diorang nak naikkan ekonomi keluarga dia bini dia pun orang Malaysia mcm korang jugak...dah drpd pempuan Melayu tu kahwin biawak hidup baik kahwin Pakistan/Bangladesh dah tentu diorang rajin meniaga drpd duduk opis bagi order dan amik rasuah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 11:19 PM | Show all posts
Long term effect bila rakyat nya

bersikap pemalas & dah terlalu

selesa..hrp subsidi, brim etc o need to survive
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
wanitajelita replied at 20-10-2017 03:49 PM
Diorang kan kahwin dgn perempuan local.. apa salahnya diorang nak naikkan ekonomi keluarga dia bini  ...

Akak setuju dengan kau noks......jantan sekarang dah tak mampan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
tak pernah membeli drp premis warga asing.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2017 02:01 AM | Show all posts
melambak kedai runcit aceh...tp dorang je yg rajin n disiplin bila time bukak kedai..x mcm melayu...ikut suka mak bapak dia nak bukak kedai kul bape.....aceh sesubuh sepiee udah bukak...acanerrrr?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.121961 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list