CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 911|Reply: 2

[Tempatan] Dulu Menteri Besar, Sekarang Penternak Kelulut

[Copy link]
Post time 20-10-2017 04:46 PM | Show all posts |Read mode




Datuk Seri Ahmad Said yang juga mantan Menteri Besar Terengganu berkongsi kisah bahawa dirinya tidak kisah bergelumang dengan kotor atau disengat kelulut peliharaannya ketika berkebun.


Ujar ADUN Kijal ini lagi, bertani adalah kaedah terbaik untuk melepaskan tekanan selain mencari kawan baru.



Dalam tempohnya berkhidmat sebagai Menteri Besar dahulu, rumah beliau di Telok Kalong sering menjadi lokasi untuk berkumpul ketika hari perayaan misalnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.



Namun kini setelah tidak lagi aktif di pentas utama politik, beliau perlahan-perlahan menukar rumahnya menjadi 'hutan mini'.



Setahun lalu, selepas tanamannya mula matang, beliau mula membeli sarang kelulut dan menternak haiwan tersebut bagi mendapatkan madu.



Ujarnya, tindakan beliau menternak kelulut berjaya menarik tumpuan orang ramai. Malah, ternakan kelulutnya menjadi topik bualan penduduk setempat.



''Ini cuma untuk mengisi masa lapang, tetapi ia menarik dan boleh menyihatkan badan. Boleh buat saya lupa hal politik buat sementara waktu, tapi yang paling penting saya dapat ramai kawan dan tunjukkan kepada masyarakat setempat bahawa tidak susah untuk membela kelulut'', kata beliau.



Katanya lagi, madu kelulut mempunyai banyak faedah kepada kesihatan malah ianya antara makanan tambahan yang terbaik untuk penghidap kencing manis dan pelbagai penyakit kronik yang lain.



''Saya buktinya, madu kelulut ini berjaya menurunkan paras gula dalam badan saya ketahap rendah hingga doktor pun terkejut''.


Tambah beliau, mengamalkan madu kelulut membuatkan dirinya lebih bertenaga untuk menghadiri semua aktiviti kemasyarakatan dan tugasnya di Kemaman. Malah beliau turut berkongsi bahawa kelulut tidak berbahaya berbanding lebah madu lain yang lebih agresif, kadang-kadang mampu membunuh.



Beliau kini mempunyai 240 sarang kelulut, kebanyakkan adalah subspesis Geniotrigona thoracica, Trigona terminata dan Heterotrigona itama.



''Setakat ini, kelulut yang ada mampu menghasilkan 20 liter madu setiap dua minggu dan saya bercadang untuk membeli 100 lagi sarang kelulut memandangkan mendapat permintaan yang tinggi dari kawan-kawan dan penduduk setempat'', ujarnya lagi.



Madu kelulutnya dijual dengan harga diantara RM 90 hingga RM 300 sebotol, malah bercadang untuk melabelkan produk madunya dibawah jenama 'DSAS Kelulut' menjelang hujung tahun ini.



''Tujuan utama saya menternak kelulut bukanlah untuk mencari keuntungan sebaliknya untuk memberi contoh kepada orang ramai bahawa ia mampu memberi pulangan tetap. Perlu ada orang untuk menggerakkannya, dan sekarang saya menjadi contoh kepada orang ramai bagaimana mahu menternak kelulut'' jelasnya.



Beliau turut memberitahu bahawa penduduk setempat yang berminat untuk menceburi bidang ini boleh menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sebagai modal permulaan dan menubuhkan perkongsian.



''Ia boleh berjaya jika diadakan secara perkongsiaan.


''Kita boleh belajar dari kelulut itu sendiri. Kelulut bekerjasama menghasilkan madu tapi kita boleh bekerjasama untuk menjual madu tersebut,'' terang bekas Menteri besar itu lagi.



Beliau turut percaya bahawa Kemaman suatu hari nanti mampu menjadi pengeluar madu kelulut terbesar di peringkat negeri.



''Baru-baru ini telah dilancarkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan yang memberi tumpuan kepada kaedah pemakejan produk madu di Kemaman, ia boleh meningkatkan keyakinan terhadap industri ini'' tambah beliau.




Sumber : NST




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 04:53 PM | Show all posts
mah ming boh!!!!!!...........
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 05:16 PM | Show all posts
sek nelang nim

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.386742 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list