View: 5655|Reply: 72
|
[Tempatan]
Gadis melayu terakhir yang melarikan diri ke Indonesia kini insaf dan balik kepa
[Copy link]
|
|
Quote:
BUDIMAN Mohd. Zohdi (dua dari kanan) bersama Nurul Farhana Ahmad (mendokong anak) ketika tiba di Klia2 dari Medan Indonesia petang ini. - Foto FB Budiman
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x620. |
AHLI Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi (kiri) bergambar bersama Nurul Farhana Ahmad (dua kiri), Normah Yusof (dua kanan) dan Askara Alfatih Ali ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang. - Foto Mohd Fadli Hamzah
NURUL Farhana Ahmad dicium oleh ibunya, Normah Yusof sebaik sahaja tiba di Klia2 dari Medan Indonesia, petang ini. - Foto FB Budiman Mohd Zohdi |
SEPANG: "Saya gembira bertemu semula dengan keluarga dan mahu melupakan semua kisah sedih."
Bagi Nurul Farhana Ahmad, 25, apa yang penting ketika ini dapat kembali ke tanah air dan ke pangkuan keluarga selepas menghilangkan diri ke Indonesia dua tahun bersama seorang lelaki warga negara berkenaan.
Wanita ini juga lega dapat kembali ke pangkuan keluarga kerana sepanjang berada di negara itu, selepas menderita ditinggalkan suami dalam tempoh yang lama sepanjang berada di Indonesia.
Nurul Farhana yang berasal Sekinchan, Selangor hari ini dipertemukan dengan ibunya, Normah Yusof, 51, hasil pertolongan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.
Dia yang kini mempunyai seorang anak, Askara Alfatih Ali, setahun tiga bulan, bagaimanapun enggan bercerita lanjut mengenai kehidupannya di sebuah kampung di Batubara, Medan dan hanya memberitahu beliau tidak bekerja ketika berada di sana dan tinggal bersama ibu saudaranya.
"Selepas ini, saya mahu membesarkan anak saya dan bekerja," katanya ketika ditemui sejurus tiba dari Medan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini.
Sementara itu, Budiman berkata, beliau memulakan usaha mencari Nurul Farhana kira-kira dua minggu lalu selepas ibu wanita itu menemuinya untuk meminta pertolongan menjejak anaknya.
"Kita berjaya mengesan Farhana menggunakan pendekatan People to People melalui sebuah badan bukan kerajaan, Nusasentries Malaysia-Indonesia yang membantu kita berunding dengan ketua daerah dan keluarga (Nurul Farhana) di Batubara.
"Usaha ini juga dibantu dengan gerak kerja Kedutaan Malaysia di Indonesia melalui Duta Besar, Datuk Seri Zahrain Hashim; Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rosdi Kirana; Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan Imigresen Indonesia," katanya yang turut mengiringi kepulangan Nurul Farhana dari Medan.
Menceritakan keadaan Nurul Farhana ketika ditemui di sana, Budiman berkata, wanita itu berada dalam keadaan daif dan ditinggalkan suaminya.
"Dia hanya menangis ketika ditanyakan soalan dan apa yang dilaluinya sangat peribadi.
"Selepas dua tahun tinggal di sana, dia sedikit murung, mungkin kerana tekanan tanpa keluarga rapat di sini. Buat masa ini, kita berikan tempoh untuk dirinya bertenang," katanya.
Budiman berkata, pihaknya kini sedang membantu Nurul Farhana dan anaknya berkaitan urusan dokumentasi, diikuti menyediakan peluang untuk wanita itu mencari pendapatan sendiri.
https://www.bharian.com.my/berita/na...an-kisah-sedih
|
|
|
|
|
|
|
|
la....dah ditebuk indon dan beranak baru nk blik
menyesal letew |
|
|
|
|
|
|
|
Budiman berkata, pihaknya kini sedang membantu Nurul Farhana dan anaknya berkaitan urusan dokumentasi, diikuti menyediakan peluang untuk wanita itu mencari pendapatan sendiri.
Ler anak dia mestilah warganegara Indonesia kan? Tak kan sesenang dpt warganegara Malaysia. Mana keadilan wooii!! |
|
|
|
|
|
|
|
dah emaknya warganegara malaysia,
anak mesti la berwarganegara malaysia..
indon yang kawin malaysian pun 5 tahun dpt warganegara
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ikut bapa ke?
Bukan ikut tempat lahir ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
So adik ni berjaya la jumpa cinta dia kan sana. Itu yg ko nak sgt kan. |
|
|
|
|
|
|
|
lahir kat indon bukan kat malonsia
adakah menutuh gadis malonsia hatta di antartika sehingga beranak dpt warganegara malonsia?
janji ibunya gadis malon...tetap dpt warganegara malon?
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah dik. Semoga tabah teruskan kehidupan. |
|
|
|
|
|
|
|
waktu ngesek lupa ibu
lpas beranak teringat ibu
baik ko balik indon je la |
|
|
|
|
|
|
|
Dia yang kini mempunyai seorang anak, Askara Alfatih Ali, setahun tiga bulan, bagaimanapun enggan bercerita lanjut mengenai kehidupannya di sebuah kampung di Batubara, Medan dan hanya memberitahu beliau tidak bekerja ketika berada di sana dan tinggal bersama ibu saudaranya.
Dia pun DNA Indonesia jugak kan .. org melayu ckp bak "Sireh Pulang Ke Gagang" gituu |
|
|
|
|
|
|
|
banyaknye gadis melayu ditipu ke indon. ini adalah serangan keatas orang2 kita. kena lawan wey! |
|
|
|
|
|
|
|
umur dah tua... 20an...tp pemikiran tak matang
kdg kdg ada eloknya budak2 zmaan sekarang hadap kemodenan ni.... budak2 yg gila main mobile legend... malas masak... malas kemas rumah takdenya nak lari dgn laki indon ke tempat primitif yg takde internet... |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 21-10-2017 08:50 AM
umur dah tua... 20an...tp pemikiran tak matang
kdg kdg ada eloknya budak2 zmaan sekarang hadap kem ...
Setuju...pikir seratus kali kalau nak lari pun..check coverage internet kat sana dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kasihan, tu laa kalau susah siapa jgak yg pungut engkau balik? keluarga kan??? nasib baik kau xlumpuh, sakit teruk kalau x jgn harap laa jantan tu nak jaga kau! keluarga jgak yg bersusah payah!
betul jgak laa mak aku ckp jgn sesekali berkawan dgn llaki yg xada ic! menyusahkan hidup!
nasi pun dah jadi bubur, so besarkan laa anak tu sebaiknya. . |
|
|
|
|
|
|
|
Tu le pasal..kalo ikot kekosen ke ausie ke..ikut mat kepop ke korea ke ok jugak...ni ikut mat indon.. |
|
|
|
|
|
|
|
sombongnya la hai orang Malaysia walau pun ko tu DNA indon juga.... orang putih pun ada ikut indon dok reban ayam ada ka wakil rakyat dari yurop sebok angkut bawak balik?...
kalau ikhlas cuba lah tanya elok2 bantu pasangan ni pulihkan kehidupan rumah tangga mereka..... aku percaya masalah dorang hidup susah ja....
moga mereka2 yang bertanggungjawab memisahkan pasangan ini mendapat cash....
|
|
|
|
|
|
|
|
salah seorang jadi warganegara, anak dah boleh jadi warganegara,
tu tgk YB tu cakap..penyediaan dokumen, maknanya surat lahir etc ,dia xsebut warganegara pun
|
|
|
|
|
|
|
|
yes,
sama kes mcm pelajar kita kawin kat london, beranak sana, bawa balik daftar je.
sama kes bkn warganegara lahir anak kat sini tetap bkn warganegara,
contoh mcm ibu warga thai kawin malaysian,pas2 dia balik lahir anak di thai,anak tu warga thai sbb mak bkn warga msia..
kecuali dia lahir anak kat msia, anak tu jadi warga msia sbb bapa warganegara
kat tmpat saya ada kes begini
|
|
|
|
|
|
|
| |
|