CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Voyagers

[Tempatan] Tanah Runtuh Di Pulau Pinang : 20 orang dikatakan dikebumi hidup hidup

  [Copy link]
Post time 21-10-2017 02:26 PM | Show all posts
'Tak sampai 1 minit pun...semua tertimbus'

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -punsemua-tertimbus

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2017 @ 12:26 PM

Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my


MOHD Bachu, 30, kata dia mahu memulakan kerja memasang besi di kawasan tapak pembinaan bersama rakan, pada kira-kira 8 pagi.  FOTO Rudy Syareme Sherifuddin.

  “SAYA tidak sempat buat apa-apa. Kejadian cukup pantas. Tak sampai satu minit," kata mangsa terselamat dalam tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown.

Warga Bangladesh, Mohd Bachu, 30, berkata, dia baru hendak memulakan kerja memasang besi di kawasan tapak pembinaan bersama rakan, pada kira-kira 8 pagi.


ANGGOTA penyelamat menemui mayat dalam runtuhan di tapak pembinaan Lembah Permai, Tanjung Bungah. FOTO Danial Saad

Menurutnya, ketika sedang bekerja dia diminta rakannya ntuk pergi mengambil besi di kawasan tapak pembinaan tidak jauh dari tempat runtuh itu.


FOTO Danial Saad

“Tidak sampai satu minit tiba-tiba tanah runtuh dan terus menimbus hampir 20 kawan lain termasuk saudara saya, Nur Alam, 35.

“Saya lihat semua sudah terperangkap bawah runtuhan. Tak sempat buat apa-apa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


FOTO Danial Saad

Difahamkan, antara 15 hingga 20 pekerja tertimbus dalam kejadian itu dan dua sudah diselamatkan.

Kerja mencari dan menyelamat kini dijalankan membabitkan pelbagai agensi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2017 02:28 PM | Show all posts
'Belum tau punca' kata Datuk Bandar Penang

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... datuk-bandar-penang

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2017 @ 1:04 PM

Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my


FOTO Danial Saad

MAJLIS Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan kerja pembinaan dihentikan serta merta untuk siasatan.

Datuk Bandar, Datuk Maimunah Mohd Shariff berkata, pihaknya mengeluarkan arahan untuk hentikan kerja pembinaan sehingga siasatan selesai dijalankan.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila dua mangsa berjaya dibawa keluar dari kawasan tanah runtuh antara 9.55 dan 10.43 pagi.

Katanya, kerja mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan sehingga kesemua mangsa dikeluarkan sepenuhnya.

“Punca kejadian sebenar masih belum diketahui kerana masih disiasat," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 02:30 PM | Show all posts
Sah 14 tertimbus, 3 dah jumpa

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... rtimbus-3-dah-jumpa

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2017 @ 2:12 PM

Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


FOTO Ihsan Bomba dan Penyelamat Malaysia

TIGA mangsa disahkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan sudah dikeluarkan manakala 11 lagi pekerja masih tertimbus.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Moktar berkata, kesemua 14 pekerja tertimbus dan bukannya lebih 15 seperti maklumat awal.

Katanya, sepanjang kira-kira 35 meter itu menimbus 14 pekerja yang sedang bekerja di bahagian bawah di kawasan pembinaan bangunan itu.

Menurutnya, tiga mayat mangsa yang sudah dikeluarkan termasuk dua lelaki Indonesia seorang lagi masih belum dikenalpasti.

Saadon berkata, pihaknya mengalami kesukaran ekoran keadaan tanah yang basah dan berlumpur dan sedang berusaha mengesan baki mangsa yang tertimbus.

“Difahamkan, 12 mangsa yang tertimbus berada di kawasan dekat cerun manakala mayat tiga mangsa yang dikeluarkan berada berjauhan dari cerun,” katanya.

Kejadian tanah runtuh sebenarnya di kawasan pembinaan rumah mampu milik di Tanjung Bungah, Georgetown. Projek bangunan 50 tingkat itu masih di peringkat awal pembinaan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
memangla malang tak berbau.. tapi kena la buat post mortem punca berlaku supaya dapat dicegah di masa depan... dan tanggungjawab bawah pihak berkuasa berkenaan... jgn la buta hati sngt bila kena pemimpin kesayangan sendiri, keluarla alasan tempat lain pun jadi juga... kesimpulan nya takde beza sape pemimpin nye kan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Cameron highlands tu aku sgah br ni ms blk dr perak masih sama je..kedai tepi jalan yg ada tiang elektrik tgh bumbung pun ada lg.yg xdenya karam singh walia..kena buang keje agaknya sbb kecoh psl ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
pulauturtle terkambus tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...sian nya yg jd mangsa...tgh kerja kot...smoga dpt lah pampasan ke apa yg patut
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada waris2 mangsa. Semoga ada pampasan untuk mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2017 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nyaa..dala keja memg teruk..haihhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sgt derang ni. Hari tu bom kuno meletup, ni plak tanah runtuh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 03:52 PM | Show all posts
penduduk dah bantah dah projek ni awal-awal. tapi berjalan jugak projek ni, maka selayaknyalah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dodifarid replied at 21-10-2017 01:29 PM
Rumah mewah dan apartment di cerun bukit area batu feringgi tunggu masa je nak kena sapu tanah runtu ...

Jgnlah doa macam tuuuuuu. Kisah highland tower tu sampai ni trauma tak hilang, uols. Tapi memang scary lah tgk condo selamba buat dekat lereng2 bukit.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
akibat pembinaan tak terkawal..
takziah je la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat yang kehilangan. Developer nohorom mohon beri pampasan!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Projek bangunn 50 tngkat. Mak oii tinggnya. Ke i slh tgk
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 04:32 PM | Show all posts
klau island sesak sgt, sila migrate ke tanah besar la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2017 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerakusan kerajaan DAPigs meluluskan projek di cerun-cerun bukit mungkin menjadi punca berlakunya tanah runtuh...ingatkan kerajaan BN je yang tak pandai memerintah
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian. Hidup2 kena timbus dengan tanah
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat bangunan 100 tingkat pun kt cerun bukit mmg xde masalah..teknologi pembinaan skang mmg blh buat. Cuma kontraktor kena ikut method of construction yg engineer bagi dengan strict la..x leh cut corner langsung. Klau tgk project2 construction kat china ngan jepun lagi mcm mustahil blh buat tapi dpt buat gak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 05:18 PM | Show all posts
takziah hendaknya

mohon mangsa saman kontraktor/ketua projek juta2 terus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.111358 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list