CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13885|Reply: 28

Lima ratu Kdrama bertempur merebut Best Actress pada tahun hadapan?

  [Copy link]
Post time 21-10-2017 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Lima ratu Kdrama bertempur merebut Best Actress pada tahun hadapan?
by        daus    ·                            Published October 21, 2017              · Updated October 21, 2017               
Dari kiri: Gong Hyun Jung, Kim Nam Joo, Son Ye Jin, Lee Young Ae dan Choi Ji Woo

Nampaknya kategori Best Actress tahun hadapan (2018) bakal disemarakkan dengan kemunculan sengit lima ratu kdrama ini yang terkenal dengan drama hit mereka sebelum ini. Ada antara mereka bukan saja popular di dalam drama, tetapi meraih penghargaan di layar perak membuatkan penggiat seni serta pengkritik dunia seni korea tidak keterlaluan meletakkan nama mereka “A-listed” dalam kalangan mereka yang hebat berlakon serta mampu meraih “ratings” tertinggi. Menariknya, masing-masing akan melakonkan watak yang berat dan lain daripada apa yang mereka pernah persembahkan selama ini. Nak tau lebih lanjut? Jom baca kandungan drama terbaru mereka yang akan disiarkan sekitar awal tahun hadapan.
'.      
Gong Hyun Jung



Gong Hyun Jung selaku Gundik Mishil dalam MBC Queen Seondeok.

Siapa yang tak mengenali pelakon wanita yang pertama menerima bayaran tertinggi untuk drama lakonannya dalam SBS Daemul, Gong Hyun Jung tak pernah sekali mengecewakan peminat kdrama dengan lakonan versatilnya bagi setiap watak yang dilakonkannya. Beliau menyerlah dengan lakonan berkarisma dalam drama SBS Sandglass , MBC Queen Seondeok dan SBS Daemul sehingga meraih “daesang” dan “Best Actress” di Baeksang Art Awards.

Projek terbaru beliau berjudul “Return”adalah bersama dengan pengarah Joo Dong Min bagi memenuhi slot SBS pada hari Rabu dan Khamis. Return mengisahkan tentang gerakan media yang diperhebatkan untuk mencari pembunuh sebenar terutamanya di kalangan golongan elit kerana mereka merupakan salah seorang suspek utama. Gong Hyun Jung yang berlatarbelakangkan peguam akan memegang watak sebagai produser untuk rancangan realiti tv tersebut. Kemunculan Gong Hyun Jung selepas setahun tak beraksi, kali terakhir menerusi tvN Dear My Friends memang sangat-sangat dinantikan peminatnya.

Kim Nam Joo



Kim Nam Joo di dalam MBC Queen of Housewives.

Aktres yang pernah menggemparkan drama mingguan saban tahun akan kembali dengan projek terbaru terbitan jtbc berjudul “Misty”. Misty yang diarahkan PD Mo Wan Il (Beautiful Mind, Serius) berkisarkan tentang seorang pembaca berita tv wanita, Go Hye Ran yang dikenali ramai sebelum dia dituduh sebagai suspek kes pembunuhan. Suaminya, Kang Tae Wok bertindak sebagai peguambela kepada Gong Hye Ran bagi memastikan kes tuduhannya digugurkan mahkamah.

Kim Nam Joo menjadi pemangkin “ratings” mingguan drama bermula tahun 2009 sehinggalah 2012 menerusi “Queen of Housewives” , “Queen of Reversal” dan “My Husband Got A Family” sehingga beliau menyapu bersih hampir kesemua anugerah Best Actress pada tahun-tahun tersebut. Penampilan semulanya selepas 5 tahun menerusi “Misty” agak dinanti-nantikan mereka yang mengagumi lakonan penuh beremosi daripada aktres ini.

Son Hye Jin


Son Hye Jin di dalam SBS Alone in Love.

Son Hye Jin baru berusia 35 tahun tapi beliau telah mempersembahkan resume karier lakonan yang amat mantap menjadikannya pelakon muda paling berbakat pernah dihasilkan Korea Selatan. Mempamerkan lakonan yang penuh syahdu dalam SBS Alone In Love sehingga merangkul anugerah Best Actress Paeksang, Son Hye Jin tidak henti-henti menunjukkan bakat lakonannya yang hebat di layar perak pula terutamanya sebagai kekasih tak setia dalam “My Wife Got Married”, kapten lanun wanita dalam “The Pirates” dan puteri terakhir kerabat Joseon dalam “Last Princess”.

Kali ini, sekiranya beliau menerima tawaran untuk projek terbaru berjudul “Pretty Noona Who Buys Me Food” bersama PD Ahn Pan Suk, iaitu pemenang Best Director CARI Kdrama Awards, ini merupakan penampilan pertama kali beliau dalam arena drama sejak KBS Shark yang disiarkan 5 tahun yang lepas. PD Ahn Pan Suk mahir menyerlahkan watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon di bawah arahannya seperti dilakukannya dalam SBS Heard it Through Grapevine, jtbc Secret Love Affair dan jtbc A Wife’s Credential dalam pada masa yang sama bermain dengan isu-isu sensitif dan sindiran ke atas masyarakat. Penulis amat berharap Son Hye Jin dapat berlakon di bawah arahan PD yang genius ini.

Lee Young Ae


Lee Young Ae selaku Jang Geum dalam MBC Jewel in the Palace

Lee Young Ae terlebih dahulu mengesahkan projek terbarunya dengan PD yang sama mengarahkan Saimdang: Light Diary, Yun Sang Ho yang berjudul “Different Dream”. Drama ini menceritakan tentang seorang pakar bedah bernama Lee Young Jin, yang dibesarkan oleh keluarga dari Jepun, akhirnya menjadi ‘perisik’ yang ditugaskan oleh Kerajaan Jepun-Shanghai untuk menggolakkan lagi peperangan Pasifik berlaku pada 1941 sehingga 1945. Drama ini akan mempersoalkan bagaimana dilema seorang yang berketurunan Korea tapi mempunyai identiti Jepun dalam membantu pihak yang sepatutnya menang dalam peperangan tersebut. Peperangan ini berakhir selepas Jepun mengaku kalah akibat kedua-dua bandar Nagasaki dan Hiroshima dimusnahkan dengan bom atom.

Seperti diketahui ramai, Lee Young Ae terkenal sebelum ini menerusi drama MBC Jewel in Palace sebagai tabib istana sehingga beliau meraih daesang di anugerah akhir tahun MBC. Kehebatan drama itu juga diakui seluruh pelusuk dunia sebagai penyebab utama “hallyu” selain drama KBS Winter Sonata. Lakonan beliau dihargai sekali lagi menerusi filem Sympathy for Lady Vengeance sehingga merangkul Best Actress dalam Paeksang Art Awards dan Blue Dragon Film Award. Penantian untuk menyaksikan aktres berjiwa murni ini di arena drama sekali lagi bakal berhasil pada tahun hadapan.

Choi Ji Woo

Choi Ji Woo di dalam SBS Stairway to Heaven.

Choi Ji Woo, nama yang tak asing lagi di kalangan peminat korea di Malaysia, bakal tampil dengan drama terbaru tulisan Noh Hee Kyung berjudul “The Most Beautiful Goodbye In The World” yang diarahkan oleh PD Hong Jong Chan. Choi Ji Woo menjadi anak perempuan yang paling disayangi oleh ibunya yang menderitai penyakit barah. Lontaran emosi yang ditunjukkannya terhadap ibunya bakal ditekankan dalam drama ini.

Choi Ji Woo semenangnya telah lama dikenali dengan watak-watak sedih dan menyayat hati seperti dilakukan beliau dalam SBS Beautiful Days, KBS Winter Sonata dan SBS Stairway To Heaven. KBS Winter Sonata merupakan drama Choi Ji Woo paling agung yang menyebabkan namanya meniti di bibir masyarakat sedunia. Beliau juga pernah mendapat pencalonan Best Actress sebanyak dua kali dalam Cari Kdrama Awards , iaitu melalui TvN Twenty Again dan SBS Suspicious Housekeeper. Kerjasama beliau dengan penulis skrip ini amat dinantikan peminat kdrama lagi-lagi Noh Hee Kyung telah membantu menaikkan nama Han Ji Min , Song Hye Gyo, dan Gong Hyo Jin .

Artikel ini diinspirasikan daripada sumber (newsis) .

https://kmania.info/2017/10/21/l ... pada-tahun-hadapan/

Single Polls, Total 115 Users voted
6.09% (7)
6.96% (8)
0.00% (0)
1.74% (2)
85.22% (98)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2017 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmpir semua lakonan choi jo woo i tgk...lakonanya terlalu mantappp...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2017 06:17 PM | Show all posts
cahaya_almas replied at 21-10-2017 06:08 PM
Hmpir semua lakonan choi jo woo i tgk...lakonanya terlalu mantappp...

kat forum cari ni , hampir semua minat choi ji woo
zmn start forum ni dulu pun, drama choi ji woo & song hye gyo ni plg byk dikomen

lagi-lagi comeback nya agak menarik dr penulis yg hebat


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols jarang tgk drama plakon lain di atas selain choi ji woo...adakh ini faktor ramai yg memilih beliau?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 21-10-2017 06:17 PM
kat forum cari ni , hampir semua minat choi ji woo
zmn start forum ni dulu pun, drama choi ji woo ...

Ye ke..i selalu baca je thread k drama ni..nk tau citer terbaru yg best ...jrg komen..i tgk je semua citer korea tk kira sape pelakon jnji citer best..tp dlm2 byk2 pelakon perempuan cjw lah lakonan nya i plg igt...baru abis tgk second 20....best jgk..dia hayati watak ngan baik....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 07:42 PM | Show all posts
minat son ye jin lps tgk the last princess. nangis tgk cerita tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2017 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Son yen jin ambil drama baru ke.. Iols Suka dia.. X sabar nk tgk thn depan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 21-10-2017 06:17 PM
kat forum cari ni , hampir semua minat choi ji woo
zmn start forum ni dulu pun, drama choi ji woo ...

Kecuali iols lah kot.. Iols x berapa minat dia.. Drama fenomena dia winter sonata pun iols x berapa layan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2017 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
masdiana-ana replied at 21-10-2017 08:41 PM
Son yen jin ambil drama baru ke.. Iols Suka dia.. X sabar nk tgk thn depan


Dr pd feveret aku gak tu. Tp tak tau kau pernah tgk drama arahan pd ni. For the meantime, aku sarankan kau tgk heard it through gravepine.

Hopefully son hye jin terima
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2017 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
masdiana-ana replied at 21-10-2017 08:43 PM
Kecuali iols lah kot.. Iols x berapa minat dia.. Drama fenomena dia winter sonata pun iols x berap ...

Dedulu bof asian drama & ac selebrities porum cari ni menaik sbb drama choi ji woo : winter sonata & stairway to heaven. Start thn 2004 yg sudah.

Then, rmi juga forumer yg menantikan comeback dia , cuma drama dia tak brp hit lately. Klu tgk benang2 drama dia dlm porum ni pun, semua lebih dr 100 pg termasuk woman in suitcase yg sendu tu

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama korea yg best pd aku lah signal, reply 1988, full house, descendant of the sun... semualah.. diorang kalau bab nangis.. mencurah2 laju air mata turun.. terbaik.. script pun bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 01:22 AM | Show all posts
masdiana-ana replied at 21-10-2017 08:43 PM
Kecuali iols lah kot.. Iols x berapa minat dia.. Drama fenomena dia winter sonata pun iols x berap ...

I tak minat sangat choi ji woo ni juga. Honestly, winter sonata pun i tak pernah tengok betul betul. Rasanya adalah tengok dalam 1 episod itupun tak habis. Lagipun i malas nak layan drama korea yg heavy ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu point yg buat aku turn off nk tgk sesebuah drama korea adalah apabila ada dua atau tiga actor/ actress yg rupa dekat nk sama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku minat park tae hin yg jd hong se na dalam sweet enemy. Lakonan dia hidop. Boleh nampak transisi dari sombong, bongkak dan terlalu yakin diri kepada masih sombong dan bongkak tapi goyah sikit tanpa over acting.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaa semua best
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 12:45 PM | Show all posts
dauswq replied at 21-10-2017 09:19 PM
Dr pd feveret aku gak tu. Tp tak tau kau pernah tgk drama arahan pd ni. For the meantime, aku sa ...

yes harap dia terima ..lama dia x buat drama comeback

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2017 12:47 PM | Show all posts
dauswq replied at 21-10-2017 09:24 PM
Dedulu bof asian drama & ac selebrities porum cari ni menaik sbb drama choi ji woo : winter sonata ...

aku rasa genre drama dia pilih aku tak berapa minat mcm melodrama..

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 04:50 PM | Show all posts
dulu i lyn citer korea yg tjuk dia aa about eve.....
i suka heroin dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 04:51 PM | Show all posts
tp heroin dia mcm sendu ja....x dak pn dh la nih...muka dia dlm tv
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
I minat choi ji woo dlm truth lolol
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.083209 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list