CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4920|Reply: 82

[Tempatan] 64 peratus pencarum berumur 54 tahun ke atas hidup susah lepas bersara

  [Copy link]
Post time 21-10-2017 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Hidup menderita selepas bersara




KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan 64 peratus daripada ahlinya yang berusia 54 tahun mempunyai baki wang kurang RM50,000 dalam akaun persaraan masing-masing bagi meneruskan kehidupan selepas bersara.

Penasihat Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP Petaling Jaya, Mogana Murugan (gambar kecil) berkata, hanya 21 peratus atau 2.9 juta ahlinya mempunyai simpanan asas yang cukup bagi menampung kehidupan mereka selepas tidak lagi bekerja.

“Jumlah simpanan asas ditetapkan KWSP selepas umur 55 tahun, setiap ahli perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM228,000 iaitu berdasarkan perkiraan seseorang individu itu memerlukan RM950 sebulan selama 20 tahun,” kata beliau semasa taklimat mengenai RAS di sini semalam.

Bagaimanapun, menurut beliau, berdasarkan situasi masa kini, ahli KWSP yang mempunyai baki kurang RM50,000 dalam akaun persaraan, wang tersebut hanya mampu bertahan selama empat tahun selepas mereka bersara.

Mogana memberitahu, mengikut statistik kebanyakan ahli yang berumur 55 tahun dilihat memilih melakukan pengeluaran secara sekali gus dan wang simpanan tersebut akan habis diguna dalam tempoh tiga hingga lima tahun.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2017 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
In future lg ramai yg tak de saving langsung kat epf sbb ramai yg buat kerja freelance...mcm uber, meniaga etc...kesedaran nk menabung memang tak de....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tentu la yg umur 54 tu tak banyak epfnya..
dah masa umur 50 tahun dorang boleh bawak keluar separuh..
duit dorang, lantak la dorang nak belanja kasi habis lepas sejam ke apa..
yang miskin nanti dorang..
nak nak pulak mak bapak hamba anak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sangat bila KwSP bersuara....ada makna yg tersirat disebaliknya. Mesti ada suara-suara dibelakang bagitau pengeluaran persaraan 50 atau 55 akan di naikkan...ye dok?..biar duit lama sikit dlm KWSP sebab nak menabung kat US kaedahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Helah kerajaan nak rembat duit rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lebih prefer duit KWSP boleh dikeluarkan sepanjang masa.lagi untung.senang nak buat pelaburan.bila sampai umur 55, jual semua aset.dapat duit balik kampong.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2017 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba korang pk,kalau gomen bagi keluarkan duit kwsp tu masa umur 30 tahun.contoh ada 50k.

Guna duit tu buat downpayment beli 2 buah rumah dan 1 apartment.selepas 20 tahun agak2 korang berapa banyak untung jual rumah tu nanti?nak harapkan dividen kwsp yang ciput tu buat rugi kat pencarum je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 21-10-2017 05:07 PM
Aku guna duit kwsp akaun 2 beli rumah teres kos sederhana tahun 2010 harga rm95k.selepas tujuh tahun ...

ko jual rumah lps 7 thn beli ke? rumah tu dh hbs byr eh mase ko jual tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2017 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 21-10-2017 05:34 PM
Tengok kaki la...nak survive dalam negara yang kerajaan diperintah oleh orang-orang gila,Kita ke ...

mantap giler rumah ko naik smpai 2 kali ganda
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 05:56 PM | Show all posts
NurAlia14 replied at 21-10-2017 05:43 PM
mantap giler rumah ko naik smpai 2 kali ganda

tengok kawasan kalau kat kawasan hot after 5 year dh blh tp 200% daripada harga semasa rumah. sewa orang bayarkan. kos pula 10% n lawyer. ada cash flow RM 500 sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
NurAlia14 replied at 21-10-2017 05:43 PM
mantap giler rumah ko naik smpai 2 kali ganda

Kena kenal2 dengan agent hartanah.nanti diorang bukak la rahsia.apa nak heran.

Cuba tanya geng2 yang duk di kajang.berapa harga apartment diorang sebelum dan selepas MRT siap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2017 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
US bergantung pd duit EPF utk kukuhkan ekonomi mereka
Hebat jugak Malaysia ya
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Skang ni kalau nak beli rumah, beli di area ke arah barat dan selatan KL.kalau barat KL maksudnya menghala ke Kelang.kalau ke selatan plak maksudnya ke arah Nilai
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau harta pusaka tu dah banyak, beli la rumah di area Timur dan Utara KL
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 06:07 PM | Show all posts
950 sebulan tu cukup ke? Sekrg ni pun masing2 mengeluh serba serbi mahal. Lg 20 thn 950/m ni dah tak relevan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 21-10-2017 10:49 PM

Banyak cara kita boleh beranakkan duit kwsp ni kalau gomen tak kawal.

Cara paling malas,korang laburkan ke Unit Trust.boleh buat dengan 2 buah bank,CIMB dan PUBLIC BANK.Call agent bank,sign agreement.pastu agent akan settlekan.lebih lumayan berbanding dividen kwsp.tapi duit untung tu kita tak boleh ambik.agent akan transfer ke akaun kwsp Kita.umur 55 tahun baru boleh withdraw.tapi kita untung sebab Kita akan terima 2 dividen dalam setahun.satu dividen kwsp,lagi satu dividen dari pelaburan unit teras tadi.bos aku skit lagi nak jadi jutawan.makan duit dividen je.

Cara lain,duit kwsp tu Kita laburkan ke ASB..dulu aku tak berani sebab syubhah.tapi skang ASB dah ada pelaburan Islamic.dan dividen ASB ni adalah yang tertinggi di Malaysia.kalau korang letak 50k,korang boleh dapat dividen dalam rm3k hingga 4.5k setahun.kalau 20 tahun?cincai2 90k.

Cara ketiga,duit kwsp tu buat beli rumah...tapi yang ni untung kepada sape yang beli rumah dari tahun 2011 ke bawah sebab rumah masa tu murah sesangat lagi...skang mahal cam sial..dah beli tu, bg sewa murah2 dah la..bagi lepas bayar kat bank je.tak perlu nak tamak sangat

Cara keempat, beli tanah2 lot dengan duit kwsp tu...skang ni di selangor trend beli tanah lot n but rumah sendiri.tapi make sure sebelum beli tanya dulu saler yang lot tu ada geran individu atau tak.kalau ada geran individu, senang kita nak jual di kemudian hari.kalau kongsi geran,susah nak jual nnt.

Banyak tanah lot nak dijual di jalan kebun, semenyih dll...beli buat aset.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2017 07:03 PM | Show all posts
Edited by Pixie902 at 21-10-2017 09:36 PM

Daripada KWSP risau pasal simpanan ahlinya tak cukup untuk post persaraan, lebih baik fokus macamana nak melabur dapat pulangan bagus dan boleh beri dividen lebih tinggi pada ahli.  

Nak buat macamana lagi pasal ahli yang simpanan kurang RM50,000 pada umur 54? Dah gaji ciput banyak tu jer lah yang mampu disimpan di KWSP.  

Tapi this statistic does not tell the whole story...maybe ahli2 ni dah ada rumah sendiri di samping ada rumah sewa atau punya lain-lain pendapatan sampingan...in addition to contribution from their children.

I'm very skeptical of this kind of statistic that only focus on KWSP savings without taking into account other savings/income of retirees.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 21-10-2017 05:56 PM
Kena kenal2 dengan agent hartanah.nanti diorang bukak la rahsia.apa nak heran.

Cuba tanya geng2 ...

kaka tlg cari agent hartanah yg bleh dpt umah rm120k ke bawah area seremban nie haa...rumah secondhand pun ok...pm kite ye...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dudok kampung je la
Downsizing
Take public transport
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 09:26 PM | Show all posts
kalau nak duduk kampung, kena pakai kereta honda

naik bas ialah hina

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.060317 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list