CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 907|Reply: 8

[Tempatan] Singapura asalnya singa pura-pura

[Copy link]
Post time 22-10-2017 01:42 PM | Show all posts |Read mode
BARU-BARU ini Presiden Singapura, Halimah Yacob menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam satu majlis negara. Jarang sekali seorang ketua kerajaan (KK) bertutur begitu kepada ketua negara (KN).

Lazimnya seorang KK hanya menyampaikan tahniah setinggi-tingginya kepada pelantikan baharu KN dan berdoa semoga negara akan terus makmur, aman, stabil dan rakyat bersatu-padu.

PM Lee bersikap lebih dari itu. Beliau menyingkap latar belakang kerjaya dan rekod Halimah yang dihayati kerajaan selama ini, sekali gus mengharapkan segala itu akan berterusan demi kebaikan Singapura. Ini membuatkan ramai orang menganggapkan PM Lee berkuliah ringkas tentang tugas dan tanggungjawab KK.

Selain itu, Singapura atau PM Singapura tidak lupa menyebut Allahyarham Tun Yusof Ishak, Gabenor pertama Singapura, apabila hendak mendentingkan kedudukan hubungan kaum atau multiracial di negara pulau itu.

Kata-kata bernas Allahyarham dikutip secara jelas dan disiarkan di TV, radio dan akhbar. Ini selaras dengan apa yang PM Lee nyatakan kepada BBC (Perbadanan Penyiaran British), bahawa soal kaum dan agama adalah penting kepada Singapura.

Bagaikan berlaku pada satu masa sama, PM Lee menyingkap sejarah bahawa Singapura ditendang keluar Malaysia atas sebab Singapura mempunyai penduduk majoriti Cina. Ini adalah satu perkara yang memeranjatkan. Jika ia dimaksudkan sebagai satu provokasi, ia agak meleset. Tidak ada kata-kata balasan yang sama-sama lantang daripada pihak Malaysia.

Sejarah bergantung kepada siapa yang menyelakkannya. Tentu sekali Allahyarham Tun Dr Ismail, Syed Jaafar Albar dan Sheikh Abdullah Bismih mempunyai sudut dan sebab-musabab yang berlainan sama sekali. Tun dan Syed adalah pemimpin utama negara dan Abdullah ialah penulis agama yang pernah berdebat dengan Lee Kuan Yew di Radio Malaysia di Singapura.

Perpisahan itu berlaku atas hemah Allahyarham Tunku Abdul Rahman, PM Malaysia. Ini diakui sendiri Tunku. Pemimpin-pemimpin lain pada umumnya akur dengan pengakuan Tunku itu.

Bagaimanapun, banyak pihak percaya sekiranya hemah Tun dan Syed diterima, perpisahan itu mungkin tidak berlaku. Mungkin timbul satu cara lain yang tidak menyusahkan Malaysia dan tidak menjatuhkan air muka Singapura. Bagaimanapun, semuanya sudah menjadi sejarah.

Bercakap tentang sejarah, British atau Inggeris adalah satu bangsa yang banyak membentuk dan menukar sejarah akibat tindak-tanduknya demi kepentingan sendiri. Sejarahnya ditulis untuk menggemilangkan diri sendiri.

Apa-apa kehodohan berlaku kepada anak watan sesebuah tempat ditutupnya dengan pelbagai falsafah dan alasan. Untuk itu Pulau Pinang diambil British jauh lebih dulu dari Singapura.

Ia diambil secara pawah daripada Sultan Kedah. Kekecohan politik antara Kedah dan Siam serta Burma menguatkan tangan British melalui Francis Light sehingga pulau pawah itu bertukar menjadi tanah jajahan.

Stamford Raffles mengikuti jejak Francis Light dengan mendapatkan Singapura secara pawahan daripada Sultan Hussain pada 1819. Kerenah politik British mengecamukkan keluarga diraja Johor, dipecah-perintah, sehingga Singapura menjadi tanah jajahan seperti Pulau Pinang.

Perdagangan rempah-ratus dan bahan-bahan mentah untuk keperluan Revolusi Industri di England mengubahkan Singapura kepada sebuah pelabuhan strategik selaku laluan utama Timur-Barat. Buruh mula dibawa dari selatan negara China dan India.

Demi masa, ramai dalam kalangan mereka bertukar menjadi pedagang dan tauke. Begitu ramai mereka didatangkan sehingga jumlah Melayu dari Johor, Riau, Minang dan Jawa kurang peratusannya.

Apabila diunjurkan, peratusan mereka di Singapura kini tidak melebihi 15 peratus. Amalan imigrasi Singapura membuka pintu kepada ramai pendatang demi keperluan tenaga kerja untuk menampung industri perkhidmatan dan elektroniknya. Inilah antara sebabnya mengapa satu kaum atau etniknya jauh mengatasi yang lain-lain dalam jumlah penduduknya.

Dari segi sejarah bersirat legenda, Singapura mempunyai asal-usul yang menarik. Singapura mendapat nama daripada belingas singa. Belingas bermakna sesuatu yang pura-pura atau tidak jelas di mata. Jadilah dia Singa Pura-Pura.

Lama kelamaan ia bertukar kepada Singa Pura sebelum dicantumkan sebagai Singapura. Dengan pura bererti kota, jadilah ia Singa Pura atau Kota Singa. Mengapa Singapore? Itulah lidah Anglo (Inggeris).

Di India, Bengaluru ditukarkan kepada Bangalore. Di Mesir, Kaherah jadi Cairo. Di Syria, Damsyik jadi Damascus. Tidak kurang daripada Winston Churchill, pemimpin besar Inggeris, yang bersetuju ‘lidah Inggeris mengatasi  lidah Peribumi’.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 08:19 AM | Show all posts
Tanah merah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tipu.  Mana ada singa di nusantara ini.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:36 AM | Show all posts
white_musk replied at 23-10-2017 09:06 AM
Tipu.  Mana ada singa di nusantara ini.

Aku dari dulu tefikir benda alah ni.. Tak silap aku cuma di India ada singa. Kalau kat Nusantara ni mmg tak pernah terdengar. Tak tahulah kalau aku terlepas pandang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 11:00 AM | Show all posts
Ada teori : Kota (Pura)  persinggahan - Kota Singgah - Singgahpura - Singapura

Tapi kalaupun memang maksudnya singa, kat Asean ni Songkhla pun maksudnya Bandar Singa. jadi tak semestinya mesti perlu ada singa barulah layak untuk jadikan nama negeri macam kisah sang nila utama tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha ini betul2 atau cobaan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2017 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Singa poringe
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 11:26 AM | Show all posts
mungkin singa tu di ambil dari tarian singa...
tapi rupa nyer tak macam singa...so ramai la kata...
singa - tipu....sebabkan ramai betul yg sebut...terus nak ambik jadi nama tempat
tapi bunyinya tak sedap...terus tukar jadi
singa - pura-pura....
last2 jadi singa - pura

heheehhhe
tiori aku sendiri ni....
tak der kena mengena dgn yg hidup atau pun dah mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 11:35 AM | Show all posts
aku rasa dulu2 pun orang tanah melayu /nusantara dah pernah tengok singa...
bukankah dah ada pedagang 2 arab dan india yang ratusan tahun datang ke tanah melayu/nusantara...mungkin antaranya bawa binatang singa, harimau atau gajah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.079358 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list