CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 911|Reply: 10

[Tempatan] Tentera Darat percaya kerajaan prihatin

  [Copy link]
Post time 22-10-2017 01:43 PM | Show all posts |Read mode
PORT DICKSON - Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim yakin kerajaan akan meneruskan keprihatinan terhadap keperluan Tentera Darat (TD) pada pembentangan Bajet 2018, Jumaat ini.

Ini katanya berdasarkan keperluan semasa yang menuntut pasukan itu dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya berada pada tahap  kesiapsiagaan yang tinggi.

"Kalau kita lihat Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) memaklumkan hasrat supaya kerajaan menimbangkan dalam bajet (Bajet 2018) ini untuk meningkatkan sebahagian daripada keupayaan elemen-elemen Tentera Darat.

"Antara yang disebut Menteri Pertahanan ialah Grup Gerak Khas dilengkapkan dengan kelengkapan yang membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan lebih berkesan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda di Pusat Latihan Asas Tentera Darat  di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi dan Panglima Medan Barat Lt Jen Datuk Azizan Md Delin.

Mengulas lanjut, Zulkiple berkata beliau melihat keutamaan perlu diberi kepada keperluan dalam menangani ancaman serantau dan juga dunia pada masa kini yang lebih menjurus kepada operasi-operasi tidak konvensional melibatkan kumpulan-kumpulan khusus yang mengancam keselamatan negara.

"Yang lebih penting bagi TD ialah kesiapsiagaan kami untuk digerakkan ke mana-mana untuk apa-apa keperluan dan juga operasi dan kita berdiri teguh sebagai tonggak pertahanan negara," katanya.

Terdahulu, Zulkiple memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan bagi perbarisan tamat latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 183/2017 dan Wanita Siri 43/2017.

Pada majlis itu, seramai 1,359 perajurit muda menamatkan latihan selama enam bulan yang bermula 8 April lalu.-Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2017 03:00 PM | Show all posts
percaya la...........
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
peruntukn bnyk pun buat apa klau smua disapu jerung2
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 05:00 PM | Show all posts
sian askar2.....
barang semua dah lusuh...
kuaters2...em....jangan citer la....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 05:12 PM | Show all posts
yg aku tak setuju budaya askar ni, ketara sangat la layanan dr segi ranking tu. alasannye sbb nanti orang bawahan taknak ikut arahan pegawai pangkat tinggi. bullshit la. kalau yg pangkat tinggi tu hebat serba serbi mcm rambo takpe jugak
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 05:57 PM | Show all posts
annehuda replied at 22-10-2017 05:12 PM
yg aku tak setuju budaya askar ni, ketara sangat la layanan dr segi ranking tu. alasannye sbb nanti  ...

Tu la. Mungkin sebab Munah bukan askar so tak tahu cara macam mana dia nilai seseorang tu sampai boleh naik rank tinggi2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2017 06:01 PM | Show all posts
munahjolie replied at 22-10-2017 05:57 PM
Tu la. Mungkin sebab Munah bukan askar so tak tahu cara macam mana dia nilai seseorang tu sampai b ...

tak silap aku, yg pangkat spm tu plg tinggi jadi sarjan je

yg masuk uni amek degree ni baru jadi pegawai
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 06:05 PM | Show all posts
annehuda replied at 22-10-2017 06:01 PM
tak silap aku, yg pangkat spm tu plg tinggi jadi sarjan je

yg masuk uni amek degree ni baru jad ...

Oh gitu. Tapi macam tak adil lah kadang2 bukan handal bermain senjata pun tak dapat rank tinggi sebab ada degree. Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2017 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
munahjolie replied at 22-10-2017 06:05 PM
Oh gitu. Tapi macam tak adil lah kadang2 bukan handal bermain senjata pun tak dapat rank tinggi se ...

Dalam ATM penetapan untuk jadi pegawai atau lain2 pangkat akan mengambil tahap OQ calun selain pencapaian IQ dan fitness mereka. Kalau cerdik, gagah perkasa tapi tak de OQ baik jadi Hero Remaja mangga atau Clever boy je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:10 AM | Show all posts
iqbalriad replied at 22-10-2017 08:17 PM
Dalam ATM penetapan untuk jadi pegawai atau lain2 pangkat akan mengambil tahap OQ calun selain pen ...

Oh macam tu. Kiranya kena seiring dan sejalan seindah bunga di taman....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Abang i askar LLP, memang kena brainwash menyokong gomen mengkhinzir buta. Gomen semua betul, pembangkang semua salah. Taktaulah askar lain camna tapi my brother ni dulu gaduh2 bertekak dengan my mom pasal politics. My mom pulak left wing

Sekarang ni baru dia slow down sikit angkara abg bij the money launderer tuh & lepas zaman gst terasa susah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.393698 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list