CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4110|Reply: 44

[Tempatan] Trend layan telefon bimbit ketika memandu kereta, menunggang motorsikal semakin

[Copy link]
Post time 22-10-2017 06:28 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 20 Okt. -  Selepas didedahkan mengenai sikap pemandu kenderaan khususnya penunggang motosikal melanggar lampu isyarat merah, satu lagi gejala yang melanda pengguna jalan raya ialah menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Perbuatan yang boleh mengundang bahaya itu bukan sahaja dilakukan oleh pemandu kereta malah dalam kalangan penunggang motosikal pun ramai yang melakukan perbuatan dianggap sengaja menempah maut tersebut.

Dalam tinjauan oleh Utusan Malaysia di seluruh negara, adalah didapati pemandu kenderaan dan penunggang motosikal seolah-olah menganggap apa yang mereka lakukan bukan satu kesalahan.

Ada antara mereka yang asyik melayan perbualan melalui te­lefon bimbit dan ada pula membalas mesej sambil memandu. Perbuatan seumpama itu bukan sahaja boleh membahayakan mereka tetapi juga pengguna kenderaan lain.

Persoalannya, kenapakah gejala tersebut semakin berleluasa? Apakah mereka hanya akan mematuhi peraturan tidak menggunakan telefon bimbit itu ketika ternampak pihak berkuasa sahaja.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 40,125 saman melibatkan penggunaan telefon bimbit ketika memandu dicatatkan di seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan tahun ini dengan purata 148 saman telah membuktikan perbuatan itu sudah menjadi trend yang amat membimbangkan.

Pengguna-pengguna jalan raya yang mengamalkan sikap itu perlu faham sepenting mana pun panggila atau mesej diterima ia tidak setimpal dengan bahaya yang mungkin menanti jika mereka leka melayan telefon bimbit.

Jika terdapat panggilan atau mesej penting, berusahalah untuk berhenti seketika di pinggir jalan supaya mereka tidak mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Ia kerana mereka sudah diperingatkan berkali-kali bahawa penggunaan telefon bimbit ketika memandu atau menunggang motosikal boleh menyebabkan mereka hilang tumpuan yang sekali gus memungkinkan mereka terlibat dalam kemalangan.

Oleh itu gejala atau trend tersebut perlu dihentikan. Mungkin sudah sampai masanya hukuman lebih berat dikenakan kepada pengguna-pengguna jalan raya yang berdegil dalam soal tersebut.

Kita tidak boleh selama-lama­nya menganggap penggunaan tele­fon bimbit ketika memandu sudah menjadi perkara biasa memandangkan ledakan teknologi. Pendirian seumpama ini tidak menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya hanya akan menambahkan kadar kemalangan di negara.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2017 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
I mmg pantang org drive sambil main phone. Menyenget dh kete kau klu dh main phone. Nasib x langgar divider je. Tlg la jgn buat perangai mcm tu. Ni klu jadi ape2 dh susah kan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 07:31 PM | Show all posts
dari 10 pemandu..bleh kata 7 org mata sibuk tgk henpon..tak kisah kot mampus sbb nak tgk mesej2 n like2 bangang pprt  kat socmed tuh..
paling sadis yg naik moto pun tp sibuk melayan henpon
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Saaaaaaaaaaaaangat ramai yg guna phone masa memandu. Kalau kau follow belakang kereta yg slow giler waktu jalan lengang dan depan dia takde kereta, sah-sah dia tgh guna phone. Ai selalu hon kat org yg tgh guna phone waktu driving ni. Tapi diorg ni mmg degil nak mampus, tapi tak mampus jugak. Menyusahkan org. Tak menyempat nak jawab call. Bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yang termasuk guna fon sebab tengok google map/waze ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ada driver yg eksiden smpi jd oku dan mampus akibat main henfon ms driving, akak ucapkan tahniah la in advance iya
Salah sendiri la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2017 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
harap eksiden langgar tiang... jgn langgar kete orang
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 08:54 PM | Show all posts
kita tengok phone sbb nak tengok waze.... huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2017 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
pantang betul ak org main phone time drive. Akak klu drive xleh multitasking, tak fokus tau, so bila org main phone sambil drive ni akak geram...

Satu tangan pegang phone, satu pegang stereng, kpla otak msti dok karang ayat, kereta keluar msuk lane org tak kisah dah.

Spesis b****k, nak mati, mati sorang lah. Kita hon, kita plak kena marah. Perempuan ke laki sama je, tpi perempuan muda lesen P paling byk jadi makian akak setakat ni..

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 09:10 PM | Show all posts
tadi pagi aku dah hon sekor ni. naik kancil kat simpang trepik light nak ke jln ampang.  dia tengok aku, aku tengok dia balik tunjuk tapak tangan aku yg besor ni sambil membebel....bongok, bangang.  bole plak senang hati texting mekting.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 09:16 PM | Show all posts
kat group whatsapp ada orang share video truck langgar barisan kereta yg sedang statik..pemandu truck tu tengok phone satu saat pastu boom accident...




Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 09:21 PM | Show all posts
aku antara orang yang tak pandai multi tasking lagi2 masa bawak keta. Borak pun macam dengar tak dengar, kawan boring kalau aku bawak keta sebab bila dia borak, aku macam tak pay attention, kadang2 lama baru nak respond. So, nak pakai handphone masa tgh drive, mmg tak lah. Kalau ada org call pun, aku ignore je sampai dah pull over mana2, baru aku call balik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 12:23 AM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 22-10-2017 09:16 PM
kat group whatsapp ada orang share video truck langgar barisan kereta yg sedang statik..pemandu truc ...

ohhh fenomena sejagat rupanya..ingatkan specialities malaysian je

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 12:56 AM | Show all posts
pernah tgk mamat/minah naik motor...hphone selit dlm topi keledar...ko ingat handsfree kah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:08 AM | Show all posts
wirazam replied at 23-10-2017 12:56 AM
pernah tgk mamat/minah naik motor...hphone selit dlm topi keledar...ko ingat handsfree kah

aku selalu harap masa tu handphone diorang jatuh berderai atas jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:16 AM | Show all posts
meisapoya replied at 22-10-2017 03:28 AM
I mmg pantang org drive sambil main phone. Menyenget dh kete kau klu dh main phone. Nasib x langgar  ...


Aii hon jer. Dah lah bawa slow giler sebab sibuk texting sekali aii hon terkujat! kalau dia report aii tak hairan sebab aii ada dashcam. Polis boleh tengok dan dia sekali dpt surat saman.

Tapi di malaysia aii tak galakkan sebab Malaysian driver ada darah bugis ..silap silap masuk news kepala pecah kena pukul

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 02:18 AM | Show all posts
wirazam replied at 22-10-2017 08:56 AM
pernah tgk mamat/minah naik motor...hphone selit dlm topi keledar...ko ingat handsfree kah

Sekarang kan helmet dan ada device yang boleh letak cellphone? sekarang pembonceng belakang boleh berborak dgn pembonceng yang bawa motor tanpa menjerit jerit .. nanti aii tunjuk gambar. Uptodate sangat dah barang barang utk mat motor ni.

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:19 AM | Show all posts
jap jap cellphone kan ada speaker? kenapa nak texting? tekan speaker lepas tu cakap apa yang kita nak .. haaa terus ada texting .. lepas tu tekan jer send.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:25 AM | Show all posts
saladin780 replied at 22-10-2017 07:31 PM
dari 10 pemandu..bleh kata 7 org mata sibuk tgk henpon..tak kisah kot mampus sbb nak tgk mesej2 n li ...

yang ni pon jenis melayan


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:30 AM | Show all posts
beli laa phone holder...henpon ribu riban mampu, holder x smp rm50 tak mampu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.395920 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list