CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RamonaFlower

29/11/18 Pesakit katil sebelah

  [Copy link]
Post time 23-10-2017 12:13 PM | Show all posts
best jugak. we want more hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 12:58 PM | Show all posts

jangan perut kak kepam bertingkat sudah yer....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:39 PM | Show all posts
RamonaFlower replied at 22-10-2017 10:09 PM
Kisah 1 : Budak tuition

Masa tu aku tingkatan 5, yang aku ingat benda ni jadi masa bulan 4 macam  ...

mujur bunian  lepaskan budak cina tu

err..bunian ke?


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:41 PM | Show all posts
kejar ngan basikal 4 roda hehe ..cute TT
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 03:16 PM | Show all posts
RamonaFlower replied at 22-10-2017 10:09 PM
Kisah 1 : Budak tuition

Masa tu aku tingkatan 5, yang aku ingat benda ni jadi masa bulan 4 macam  ...

uishh..citer la lagi..menarikknya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 04:54 PM | Show all posts
RamonaFlower replied at 22-10-2017 10:09 PM
Kisah 1 : Budak tuition

Masa tu aku tingkatan 5, yang aku ingat benda ni jadi masa bulan 4 macam  ...

kisah 1 ni terjadi tahun bila dan di mana? kalau taknak btau spesifik tempat pun atleast bgtau kat negeri dan dan daerah mana. Sabahan ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-10-2017 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 4 : Sekolah Part 1


Ulik mayang

Aku nak tau juga kenapa lagu ulik mayang ni orang selalu kata seram? Bukan kita masa kecil-kecil tadika ada nyanyi lagu ni ke?

Tapi kejadian pelik kali ni berlaku berkenaan lagu ni lah. Aku ambil form6 kat sekolah lelaki di Ipoh. Biasanya kalau kau asal dari sekolah All Girls, bila form 6 kau akan dihantar ke all boys school except for form 6; campur ada lelaki perempuan. Sebab tu budak-budak form1-form5 jakun sikit nampak perempuan dalam sekolah. Hahaha.

Masa ni aku ditugaskan untuk incharge group tarian kebudayaan. Jadi kami selalu stay back sampai ke petang untuk berlatih sambil tunggu kawan aku ambil adik dia balik sekolah sekali. Kadang lepak dengan budak-budak silat sembang-sembang sebab kawasan auditorium terletak kat tingkat atas hujung sekali. Seram lah sikit.

Nak pendekkan cerita, ada 1 hari ni hanya kami 6 orang perempuan je berlatih di auditorium. Kami selalu practice lagu Siti Nurhaliza tapi kali ni macam bosan je tetiba rasa nak try cari step guna lagu OST Puteri Gunung Ledang, Asmaradana. Tapi disebabkan tajuk lagu tu tak sesuai, ada sorang kawan aku, Shafinaz( bukan nama sebenar) suggest ‘ weh ade berani tak try lagu ulik mayang’ then yang lain pun ‘haaa jom2’. Kira one last dance before balik lah.

Sebab lagu tu kalau menari memang kena lembut gemalai kan, jadi macam syok lah walaupun badan keras. Hehehe. Dalam 6 orang tu, ade sorang, Didi ( bukan nama sebenar) tu pergi tandas. Dia ni macam alim sikit. Baik & sopan. Jadi yang practice hanya berlima. Jam dalam pukul 5’30 petang.

Lama jugak Didi pergi tandas. Sesat ke apa tak tahu.
Masa tengah practice tu dalam 20 minit macam tu, budak-budak lelaki dari bawah jerit-jerit panggil ‘kak, oh kak!’
Aku pun tengok tingkap & dorang suruh turun siap ada 2 orang cikgu lagi. Didi pun ada sekali sebab dia pergi tandas bawah. Lepas turun bawah, dorang suruh berkumpul kat kantin.

Salah sorang budak lelaki tu cakap, masa kami tengah mainkan lagu ulik mayang tu, dia nampak dari jauh ada 4 orang perempuan pakai baju tradisional tengah menari di padang. Dia ingatkan kami yang tengah practice. Jadi macam biasa, nak kacau kami lah tapi bila pergi dekat tengok penari tu macam orang zaman dulu, dengan makeup sanggul rambul bagai. Dia apa lagi lari lah bagitau cikgu.

Aku dengan kawan-kawan aku memang tak percaya langsung, ingat dia nak prank. Yelah budak lelaki saja nak bagi takut ke. Tiba-tiba, Didi sampuk ‘ sumpah aku nampak jugak. Sebab tu aku takut naik auditorium, kena lalu depan dorang’

Masa tu nak percaya pun susah sebab kami yang tengah menari tak rasa apa pun. Sejak kejadian tu, cikgu tak bagi stay back lebih pukul 4’30 petang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2017 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
unoryah replied at 23-10-2017 01:39 PM
mujur bunian  lepaskan budak cina tu

err..bunian ke?

Allahualam. Nak kata bunian tu pun tak pasti sebab cina tu sendiri pun tak percaya. Tapi yang dia bgtau mcm kita lah, orang. Makan macam biasa, duduk rumah elok, ada kereta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2017 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
minahsenget replied at 23-10-2017 02:41 PM
kejar ngan basikal 4 roda hehe ..cute TT

Hehehehe umur 4 tahun masa tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2017 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
espri6006 replied at 23-10-2017 04:54 PM
kisah 1 ni terjadi tahun bila dan di mana? kalau taknak btau spesifik tempat pun atleast bgtau kat ...

Masa ni kat Ipoh tahun 2009. Aku balik Ipoh semula lepas tahun 2006.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 10:44 AM | Show all posts
RamonaFlower replied at 24-10-2017 08:59 AM
Masa ni kat Ipoh tahun 2009. Aku balik Ipoh semula lepas tahun 2006.

ooo...terima kasih. sebab nanti nak bercerita pada anak2, nnti kang diaorg sibuk tanya pulak kat mana..he he
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 11:03 AM | Show all posts
RamonaFlower replied at 22-10-2017 10:09 PM
Kisah 1 : Budak tuition

Masa tu aku tingkatan 5, yang aku ingat benda ni jadi masa bulan 4 macam  ...

budak cina tu masuk kampung bunian la tu agaknya
macam adik saya lah dulu
hilang tiga hari
jenuh orang kampung cari, terjumpa dia kat perdu pokok buluh waktu senja
bila ditanya, dia kata dia pergi satu kampung, dia spend sana 3 jam je katanya
siap makan lagi

tapi kisah budak tuition sangat menarik
3 tahun???

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 11:07 AM | Show all posts
RamonaFlower replied at 23-10-2017 10:56 AM
Kisah ketiga : Hantu balan- balan

Masa aku darjah 2, family aku pindah ke Sabah ikut ayah kerja k ...

hantu penanggal ni memang ada keturunan ek?
kesiannya mana yang terpaksa warisi
kalau tak warisi, apa jadi ek?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 11:09 AM | Show all posts

oh my..seriously nampak orang zaman dulu menari?

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 11:51 AM | Show all posts
wow bestnya tiga2 cerita.. tapi paling menarik kesah budak tuition tu.. misteri sungguh.. kesian hilang 3 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 03:56 PM | Show all posts
skeri citer TT, sambung lagi tau semua citer best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2017 09:24 AM | Show all posts
Ipo replied at 24-10-2017 11:03 AM
budak cina tu masuk kampung bunian la tu agaknya
macam adik saya lah dulu
hilang tiga hari

dia msuk utan gak ke

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 02:21 PM | Show all posts

tak..masa tu dia nak ke sawah
sebelum sampai sawah tu, ada belukar kecil + banyak pokok buluh dan pokok nibong
kat situlah dia kata dia masuk satu kampung cantik
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik penceritaan tt, ada story sambung lagi. Sekolah ko form6 dulu mesti sekolah2 lama kan? Jenis sekolah all girls/boys ni macam methodist or convent school kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2017 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 28-10-2017 01:12 PM
Menarik penceritaan tt, ada story sambung lagi. Sekolah ko form6 dulu mesti sekolah2 lama kan? Jenis ...

Haah awak. Sekolah lama. Mmg methodist pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.094559 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list