CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3935|Reply: 69

[Tempatan] Penggali kubur tuntut elaun tetap.

[Copy link]
Post time 23-10-2017 04:57 AM | Show all posts |Read mode



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x517.

PENGGALI kubur dan tukang mandi jenazah membawa replika keranda ketika demo menuntut elaun tetap. FOTO Zulfa Mohamad

TIGA belas penggali kubur dan tukang mandi jenazah sekitar Seberang Prai membuat demonstrasi secara simbolik dengan mengusung keranda bagi menuntut elaun tetap seperti dinikmati imam, tok siak dan bilal di pekarangan Masjid Daerah Teluk Air Tawar, Butterworth, hari ini.

Mereka menuntut elaun tetap kerana berkhidmat kepada masyarakat tidak kira masa dengan pendapatan tidak menentu sedangkan perlu menyara keluarga.

Mohd Radzi Shamsudin, 62, berkata, selama ini individu sepertinya hanya mengharapkan ada orang meninggal dunia untuk memperoleh sedikit pendapatan.

"Kami bukan nak minta sangat, tetapi kalau dapat elaun tetap seperti imam, bilal dan tok siak tentu meringankan beban kami.

"Ketika ini saya hanya dapat sekitar RM300 bagi seorang jenazah dan wang itulah diguna untuk membeli barang keperluan," katanya.

Sheikh Khuzaid Musa, 57, dari Permatang Binjai berkata, selama ini dia hanya mengharapkan sumbangan diberikan waris si mati dan tidak mempunyai sumber pendapatan lain.

"Jika ada elaun tetap, kami tidak perlu mengharapkan sumbangan waris kerana mereka pun bukan semua senang," katanya.

Bagi tukang mandi jenazah wanita, Salmah Othman, 58, selain orang kampung, dia turut memandikan jenazah pesakit HIV di hospital kerajaan.

"Bila ada orang mati, kami dicari tetapi kesusahan kami siapa yang tahu.

"Harap kerajaan negeri atau Pusat melihat sama rayuan kami," katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...mati-cari-kami


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Anggaplah ia sumber pendapatan untuk akhirat bang...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 07:31 AM | Show all posts
imam bilal hari2 pi masjid 5x dapat elaun, ni tukang kubur patut ada kerja sampingan di masjid, org mati bukan hari2
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 07:58 AM | Show all posts
org mati pun da jd sumber pendapatan yerr..
kena la simpan duit utk kegunaan hari mati..
xde duit nnti org biar mayat mereput ntah kat mana dicampak pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 08:14 AM | Show all posts
haryatie replied at 23-10-2017 07:58 AM
org mati pun da jd sumber pendapatan yerr..
kena la simpan duit utk kegunaan hari mati..
xde duit  ...

Kematian bakal menjadi sumber pendapatan/perniagaan. Slowly menuju seperti negara Jepun...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 08:25 AM | Show all posts
betul la tu apa yang dia orang minta...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2017 08:30 AM | Show all posts
aku ingat penggali kubur, tukang mandi mayat ni mcm kerja persendirian...ye la mcm penoreh getah, ada kije ada la pendapatan...

hmmm penoreh getah take note, lps ni blh la minta elaun
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 08:31 AM | Show all posts


Bila ada yang memerlukan pengali kubur letak lah rega $400 termasuk bahan.  Ini lagi untung jika banding dgn elaun tetap. Buat lah persatuan pengali kubur se Malaysia.

Ingat senang ke wooii nak gali kubur? nak pulak kaw yang berair .. gali situ keluar air gali sana keluar agi.  Bukan boleh guna jentera bagai. Guna tulan 4 kerat tau?

Tak pun pihak masjid kena buat tabung khas utk penggali kubur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 08:42 AM | Show all posts
haryatie replied at 23-10-2017 07:58 AM
org mati pun da jd sumber pendapatan yerr..
kena la simpan duit utk kegunaan hari mati..
xde duit  ...

teringat mayat2 di filipina..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 22-10-2017 04:14 PM
Kematian bakal menjadi sumber pendapatan/perniagaan. Slowly menuju seperti negara Jepun...

Sudah lama funeral services ini boleh buat duit bagi kafir... bagi muslim mungkin baru...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:03 AM | Show all posts
haryatie replied at 23-10-2017 07:58 AM
org mati pun da jd sumber pendapatan yerr..
kena la simpan duit utk kegunaan hari mati..
xde duit  ...

Zaman sekarang semuanya pakai duit.Aku tak salahkan diaorg bila minta elaun.Segala kos meningkat tapi orang melayu cuma mampu keluar duit sikit aje sama ada sebab miskin atau kedekut atau harapkan semua benda free.Kesedaran untuk menabung utk uruskan kematian sendiri pun tak ada.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:10 AM | Show all posts
Edited by kentel at 23-10-2017 09:12 AM

tapi penggali kubur ada jah yang bawah DBKL....gred H11....penggali kubur ama pembakar mayat/crematorium..

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:12 AM | Show all posts
DARSITA replied at 23-10-2017 08:31 AM
Bila ada yang memerlukan pengali kubur letak lah rega $400 termasuk bahan.  Ini lagi untung jika ...

tanah perkuburan selat klang korek kubur pakai backhoe sis..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:14 AM | Show all posts
aku setuju jer pengali kubur pakej skali dgn tukang jaga kawasan kubur tu dpt elaun...setengah kubur yg aku pg tempat tak terjaga langsung..sampah merata2..kawasan dah mcm hutan plak sebab rumput semua tinggi2..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:15 AM | Show all posts
yang khairat kematian tu kita bayar untuk apa? tak link dengan penggali kubur ke?
tanya sebab tak tau ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:22 AM | Show all posts
kentel replied at 23-10-2017 09:10 AM
tapi penggali kubur ada jah yang bawah DBKL....gred H11....penggali kubur ama pembakar mayat/cremato ...

Perghhh... Tinggi juga gaji permulaan tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian, iols ada tgok kisah penggali kubur ni dekat tv haritu. .bukan sng, tp yaa la mana2 keja pun buknnya mudah. .iye dok?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:26 AM | Show all posts
lantik la sbg tukang maintenance mesjid...kasi up gaji
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:29 AM | Show all posts
insulin replied at 23-10-2017 09:22 AM
Perghhh... Tinggi juga gaji permulaan tu....

siap ada ujian lasak lagi....nope...starting 1218....2.9k tu gaji max...

http://www.dbkl.gov.my/images/ar ... ept2017_updated.pdf
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:32 AM | Show all posts
bagi je..pngaali kubur pn 1 pkerjaan jgk...jgn bkira sgt...diaorg pn ade gak tanggungjawab...x semo gali kubur leh gali ngn backhoe...backhoe tu kn besar...kt kg aku mmg pnggali kubur dibayar bukan senang wei nk gali kubur nih kena ukur pulak liang lahad tu, bkn pakai main gali je...kalu kna tanah y keras bengkok cangkul tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.069866 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list